“Tiada Isu Alam Sekitar” Di Sarawak - Jemputan Terbuka BN Untuk Mencemar Negeri

Dari hutan dara ke ‘pembangunan dan kemajuan’?

Kenyataan-kenyataan terkini dari para pelabur dalam OM Holdings telah mendedahkan kekurangan rasa risau Ketua Menteri Sarawak terhadap masalah pencemaran alam sekitar dari industri-industri di negeri itu.

OM Holdings yang beribupejabat di Bermuda yang dipelawa oleh Taib Mahmud untuk melabur dalam perusahaan melebur manganese di Simalajau, dengan memberikan pulangan 20% kepada syarikat CMS milik keluarganya dalam usahasama itu.

Rundingan yang korup itu melibatkan pembinaan kilang yang berpotensi mendatangkan kesan pencemaran yang buruk yang bakal mengancam kesihatan dan nyawa para penduduk dan alam sekitar di kawasan itu.

Di negara-negara lain industri-industri yang mendatangkan pencemaran dikehendaki menjalani perancangan yang amat rapi dan dipantau secara dekat, yang boleh mendatangkan masalah yang mahal pada pemilik-pemiliknya.

Namun, menurut Ketua Eksekutif syarikat Boustead Singapura, Wong Fong Fui apabila dia menjelaskan kenapa dia membuat keputusan untuk menghadapi risiko dan melabur dalam kilang OM Holdings, bahawa Sarawak tiada isu alam sekitar dan rakyatnya amat memerlukan projek-projek sebegini untuk menyokong projek hidro elektrik Bakun. Para pelabur, menurutnya lagi, boleh menikmati pelepasan cukai yang baik dan bekalan tenaga yang digunakan adalah murah.

Tidak risau jika didenda kerana mendatangkan pencemaran di Sarawak?

Implikasi-implikasi pada orang-orang tempatan dan hutan hujan Sarawak adalah amat membimbangkan.

Bakal dilanda risiko? Beribu-ribu orang tinggal berdekatan kilang-kilang Pressmetal dan OM Holdings di kawasan Mukah dan Simalajau.

Jelaslah usahawan-usahawan seperti Wong Fong Fui menganggap kerajaan negeri pimpinan Taib Mahmud kini sudah ketandusan idea untuk menarik para pelabur untuk menyokong Bakun dan empangan-empangan lain yang telah dirancangan dan dibina dan bahawa piawaian keselamatan dan pencemaran boleh dikompromikan – merujuk kepada apa yang dinamakan sebagai “isu-isu alam sekitar”.

Dalam masa Taib Mahmud melaksanakan rancangan perindustrian gergasinya, mesejnya adalah Sarawak tidak berhasrat untuk menjadi cerewet dalam soal pencemaran.

Lagi pun, setiap sen yang dibayar kepada Taib Mahmud dan perusahaan-perusahaan yang seumpamanya akan menambahkan kekayaan pada dirinya. OM Holdings telahpun melabur berjuta-juta ringgit secara berasingan dalam anak syarikat CMS, KKB Builders Sdn Bhd untuk membina kilang itu.

Sedihnya, dalam proses ini kebajikan orang-orang tempatan telah diketepikan.

Kini sudah terdapat laporan-laporan yang mengatakan masalah kesihatan telah menjejaskan orang-orang tempatan yang tinggal berdekatan dengan kilang aluminum Pressmetal di Mukah itu.

Sudah mendatangkan masalah kesihatan pada orang-orang tempatan – namun hanya membawa masuk tenaga pekerja asing – kilang Pressmetal di Mukah.

Menurut para pelawat, kawasan di sekeliling kilang itu telah menunjukkan kesan pencemaran pada tumbuhan dan tanah dan juga sungai. Kimia-kimia yang digunakan untuk mengeluarkan aluminum adalah amat toksik.

Tumbuhan yang layu dan mati di sekeliling kilang Pressmetal.

Apa yang lebih menyedihkan adalah orang-orang tempatan yang terjejas telah dikecualikan dari sebarang pekerjaan dalam kilang dan setakat ini perusahaan di situ tidak mendatangkan apa-apa manfaat pada mereka.
Sebaliknya, Taib Mahmud telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang mendakwa bahawa dia merancang untuk membawa masuk puluhan ribu pekerja dari negara-negara seperti India untuk bekerja di kilang-kilang di situ.

Baru-baru ini dia telah berkunjung ke dua buah universiti Islam di India untuk merekrut pekerja-pekerja sedemikian, sebagai pilihan kedua untuk mengambil rakyatnya sendiri, yang didakwanya sebagai kegagalannya sendiri untuk memberikan pelajaran dan kemahiran yang sesuai untuk mengisi peluang kerja dalam rancangan ‘pembangunannya’ sepanjang 30 tahun pemerintahannya.

Dengan pendedahan-pendedahan mengenai dasar-dasar BN membawa masuk imigran-imigran ke Sabah bagi melemahkan undi-undi penduduk tempatan, umum seharusnya tertanya-tanya kenapa Taib Mahmud memilih institusi-institusi dari India itu.

Dalam pada itu, potensi-potensi untuk menjanakan kekayaan untuk keluarga Taib Mahmud dan kroni-kroninya terus bergerak dari suatu kekuatan ke kekuatan yang lain. KKB Engineering telah disasarkan untuk mendapatkan kontrak untuk membina sebuah dermaga bagi meyokong kegiatan ekspot bahan manganese dari kilang OM Holdings.Peluang-peluang sedemikian tiada hadnya kerana Taib Mahmud merupakan orang yang mengeluarkan lesen-lesen sedemikian.

Dan jelaslah Ketua Menteri itu amat gembira menggunakan pengaruh politiknya di Malaysia untuk mempelawa para pelabur dalam projek-projek yang meragukan. Semasa ditemubual, Wong Fong Fui mendakwa bahawa pasaran bahan manganese tidak terjamin, kerana harga bahan itu sering merosot, namun dia begitu yakin dengan penglibatannya dalam pelaburan setengah billion dollar itu disokong oleh modal syarikat yang rendah.

Keyakinan itu turut disokong oleh bank-bank Malaysia yang memperjudikan $300 juta nilai pelaburan. Dana itu telah disokong oleh sebuah consortium bersandarkan RHB Bank Bhd (di mana sebahagian besar dari KWSP telah dibeli oleh Taib Mahmud beberapa tahun yang lalu); Malayan Banking Bhd; Standard Chartered Malaysia Bank Bhd.

Pelaburan yang amat membantu dalam perusahaan setengah billion dollar yang berisiko disokong oleh institusi-institusi Malaysia. Kebanyakan dari wang itu pasti akan hilang dan dibolot oleh kontrak-kontrak syarikat milik Taib Mahmud sekeluarga.

Dengan minat dan harapan Taib Mahmud pada projek gergasi yang disokong oleh bank-bank utama di Malaysia, maka jelaslah para pelabur tidak begitu risau mengenai “isu-isu alam sekitar” yang menjadi masalah dari perusahaan kotor mereka di Sarawak.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments