“Dipaksa Menjadi Kuli Atas Tanah Sendiri” EKSKLUSIF

Laporan mengenai pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia yang telah dibocorkan kepada Sarawak Report.

Sarawak Report telah menerima salinan laporan yang dibocorkan layanan-layanan buruk ke atas orang-orang pribumi di Sabah dan Sarawak, yang cuba disembunyikan oleh BN sehingga selesainya pilihanraya umum ke-13 ini.

Laporan suruhanjaya hak asasi manusia Malaysia (Suhakam) itu telah mengkritik Kerajaan Negeri pimpinan Taib Mahmud mengenai layanan-layanan buruk ke atas para pemilik tanah NCR.

Laporan itu telah merumuskan bahawa orang-orang pribumi telah “dipaksa menjadi kuli ti tanah sendiri” akibat perilaku Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak (PELITA, atau LCDA), yang dipengerusikan oleh Taib Mahmud.

Selama beberaapa minggu persoalan-persoalan telah dibangkitkan untuk mendapatkan penjelasan kenapakah terdapat kelewatan Kerajaan BN melambat-lambatkan penerbitan laporan itu.

Pada minggu lalu bekas ahli-ahli Suhakam telah mengutuskan surat terbuka kepada PM Najib Razak dengan menyatakan kerisauan mereka bahawa laporan itu belum lagi diterbitkan untuk tatapan umum, dengan tarikh akhirnya telah ditetapkan pada 25hb April iaitu beberapa jam sebelum suruhanjaya itu dibubarkan..

Salinan yang dibocorkan kepada kami itu telah menyebabkan beberapa orang menteri BN menjadi kelam kabut untuk menyembunyikan maklumat itu sehingga setelah selesainya pilihanraya umum nanti, kerana laporan itumemperincikan bukti-bukti pengabaian dan pelanggaran hak asasi manusia sejak 5 dekad yang lalu oleh kerajaan BN ke atas masyarakat-masyarakat pribumi di Malaysia, yang memihak pada badan-badan korporat yang besar-besar dengan skim-skim cepat kaya mereka, di mana ahli-ahli politik tempatan pula mempunyai kepentingan kewangan dengan mereka.

Laporan yang mengejutkan dari Suhakam

Kritikan-kritikan yang hebat terhadap Taib berkenaan pelanggaran hak-hak asasi orang-orang pribumi Sarawak

Suhakam adalah ringkasan bagi Suruhanjayan Hak Asasi Manusia Malaysia

Kini ianya boleh dilayari menerusi portal khas dalam Sarawak Report.

Di bawah terma-terma berujukan yang dilandaskan secara perundangan Suruhanjaya itu menjelaskan bahawa mereka mungkin akan menyiasat tuduhan-tuduhan pelanggaran hak kemanusiaan yang diusulkannya atau sebagai respon pada aduan-aduan pihak-pihak lain. Menurut Suhakam lagi, mereka telah menerima banyak aduan dari tahun 2002 hingga 2010 berkenaan pencerobohan tanah-tanah NCR, yang kini kebanyakannya belum diselesaikan sepenuhnya.

Kini kami telah meletakkan siasatan-siasatan dan laporan akhir suruhanjaya itu secara online setelah kami menerima salinan yang dibocorkan.

Gambaran Ketua-Ketua Menteri Sabah dan Sarawak seperti yang dikirimkan oleh seorang pembaca kepada Sarawak Report

Kami telah dibekalkan dengan salinan yang dibocorkan itu kerana Kerajaan Persekutuan telah enggan mendedahkan hasil-hasil siasatan mengenai kegagalannya melindungi rakyatnya daripada dieksploitasi, khasnya kes rampasan tanah yang dibantu oleh pihak-pihak berkuasa seperti di Sarawak.
Banyak perkara yang dicatatkan dalam laporan itu menyokong kebanyakan perkara yang kami tuliskan dalam laman blog ini selama ini di mana tanah-tanah milik orang-orang pribumi telah diambil oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan diserahkan kepada syarikat-syarikat usahasama atau sekadar diserahkan kepada syarikat-syarikat pembalakan dan perladangan bertopengkan pembangunan.

Suhakam juga menjelaskan dalam laporan mereka bahawa kerajaan negeri Sabah pimpinan parti UMNO di bawah Ketua Menteri Musa Aman juga menjalankan pelanggaran hak asasi manusia dan salah guna kuasa itu juga dijalankan secara meluas di Semenanjung.

Sekali lagi Sarawak Report telah menjelaskan secara terperinci projek-projek yang kononnya dianggap boleh memanfaatkan rakyat kebanyakannya tetapi sebaliknya telah mendatangkan kekayaan kepada ahli-ahli keluarga, rakan-rakaniaga dan para kroni perniagaan Taib Mahmud, yang mengawal segala lesen menerusi kedudukannya sebagai Menteri Sumber dan Perancangan, Ketua Menteri dan juga Pengerusi PELITA (LCDA).

Dan dalam laporan yang dibocorkan oleh suruhanjaya hak kemanusiaan itu telah menyokong bukti-bukti kami dan menyenaraikan pelbagai cara bagaimna Taib telah melanggar hak-hak asasi rakyatnya.

Hasil siasatan-siasatan utama – Negeri Sarawak tetap tidak ambil peduli pada mahkamah-mahkamah
Hasil-hasil siasatan yang disenaraikan oleh laporan mengenai Sarawak, seperti yang digariskan dalam Bab 7, termasuk fakta bahawa Kerajaan Negeri Sarawak telah kerap kali tidak memperdulikan keputusan-keputusan mahkamah yang telah menegakkan hak-hak para pemilik tanah adat di negeri itu yang menentang apa yang didakwa oleh Taib sebagai perundangan dan Kod Tanah Sarawak.

Negeri yang berahsia

Laporan itu turut membuat beberapa rujukan pada kegagalan yang dilakukan pentadbiran kerajaan Sarawak untuk mendedahkan maklumat yang seharusnya diketahui umum. Ianya menegaskan bahawa kegagalan itu merupakan sesuatu yang disengajakan oleh kerajaan pimpinan Taib dan telah menimbulkan kesan pada para pemilik tanah-tanah adat, yang telah dibiarkan untuk tidak menyedari apa yang dirancang pada tanah mereka.

Kelewatan-kelewatan yang disengajakan

Laporan itu menyentuh tentang kelewatan-kelewatan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Taib dalam menguruskan kes-kes dan aduan-aduan. Pengurusan permohonan tanah dari beberapa pihak berkuasa telah didapati tidak konsisten.

Tiada notis dan pemberitahuan wajar diberikan

Laporan itu juga menyerlahkan apa yang diketahui oleh setiap rakyat Sarawak, bahawa pentabiran kerajaan tidak member maklumat yang mencukupi mengenai rancangan untuk menyerahkan tanah-tanah asal kepada syarikat-syarikat pembalakan dan perladangan. Laporan itu menegaskan bahawa perbuatan seperti ini adalah bertentangan dengan undang-undang negeri.

Tiada bantuan guaman untuk rakyat

Suatu lagi amalan yang diserlahkan dalam laporan itu adalah kegagalan kerajaan negeri untuk membantu masyarakat-masyarakat yang diganggu oleh syarikat-syarikat pembalakan dan perladangan. Sebaliknya, orang-orang pribumi itu telah dibiarkan untuk berunding dengan syarikat-syarikat besar yang bersifat kasar tanpa sebarang makluman mengenai hak kaum pribumi dan tanpa sebarang akses pada bantuan guaman.

PELITA dilantik menjadi ‘pemegang amanah’ untuk tanah-tanah NCR milik orang-orang pribumi!

Mungkin penemuan yang paling berskandal dicatatkan dalam laporan itu adalah keputusan sombong Taib bahawa PELITA yang dipengerusikannya telah mengambil alih pegangan bagi pihak orang-orang pribumi ketika membuat keputusan mengambil tanah dari mereka dan menyerahkannya kepada syarikat-syarikat mengenai apa yang kononnya dikenali sebagai ‘usahasama’ berbiaya.

Perlu diingat bahawa kegiatan-kegiatan usahasama ini, tanpa sebarang kekecualian, telah dijalankan oleh keluarga Taib atau para kroni politik dan perniagaannya, di mana jelas mencerminkan percanggahan kepentingan bahawa PELITA pimpinan Taib itu harus bertindak melindungi kepentingan orang-orang pribumi!

Adalah begitu ketara bagi seseorang jurucakap kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan secara rambang bahawa pembangunan di atas tanah orang-orang pribumi adalah untuk manfaat mereka. Laporan Suhakam ini dapat mengesahkan bahawa setiap orang di Sarawak faham bahawa hanya Taib seorang yang mendapat manfaat mana kala rakyat biasa dibiarkan menjadi semakin miskin.

Polis digunakan untuk menentang rakyat

Turut memalukan dan juga mengejutkan adalah kegagalan anggota polis membantu masyarakat pribumi apabila hak-hak mereka diceroboh oleh Taib dan para pemegang lesennya atau apabila mereka diserang oleh samseng-samseng yang diupah oleh syarikat-syarikat pembalakan dan perladangan.

Laporan itu menunjukkan bahawa pihak polis akan hanya bertindak apabila pemegang lesen membuat aduan mengenai gangguan yang dicetuskan oleh orang-orang pribumi dan kemudian menyumbat mereka ke penjara walaupun mereka memperjuangkan hak-hak mereka sendiri.

Kerosakan dan pencemaran persekitaran diabaikan

Turut dilaporkan adalah bahawa pentadbiran Taib sering membiarkan Kajian Kesan Terhadap Alam Sekitar tidak diendahkan atau tidak dijalankan sepenuhnya dan bahawa orang-orang pribumi telah dibiarkan menjalani kehidupan pada tanah dan sungai yang telah teruk tercemar.

Perundingan yang palsu

Laporan itu juga menunjukkan bahawa biasanya tidak wujud sebarang usaha untuk berunding dengan kaum-kauim pribumi yang terjejas apabila lesen dikeluarkan ke atas tanah-tanah NCR mereka. Namun apabila adanya perundingan ia biasanya untuk ditunjuk-tunjukkan sahaja, yang melibatkan Ketua Kaum, yang dilantik dan diupah secara rasmi oleh Taib.

Ketua-ketua Kaum ini tahu bahawa untuk mengekalkan upah mereka harus melakukan apa yang disuruh, maksudnya mereka bukanlah bertindak mewakili anak-anak buah mereka, tetapi mewakili kepentingan-kepentingan Taib. Ini adalah pelanggaran hak asasi manusia yang amat ketara.

Tiada dividen untuk orang-orang pribumi

Laporan itu juga membincangkan mengenai masalah yang terkenal mengenai projek-projek usahasama Taib yang seringkali dikritik dalam laman blog ini. Semasa Ketua Menteri yang tamak itu gemar mengatakan bahawa projek-projeknya adalah untuk membantu dan membangunkan ‘usahasama-usahasama’ untuk memperkayakan orang-orang pribumi, jarang sekali mereka dibayar sebarang dividen!

Golongan yang menjadi semakin kaya adalah ahli-ahli keluarga dan para kroni Taib yang memiliki syarikat-syarikat yang terlibat dalam usahasama-usahasama itu. Ini menunjukkan bahawa ‘Pemegang Amanah’ bagi pihak orang-orang pribumi, iaitu jabatan PELITA yang dipengerusikan oleh Taib bukanlah pejuang yang baik untuk mewakili orang-orang pribumi yang dirampas tanah itu.

Tiada sebarang pampasan

Laporan itu juga menunjukkan bahawa Taib tidak membayar sebarang pampasan pada orang-orang pribumi yang telah kehilangan tanah-tanah NCR mereka.

Kelewatan di segi tindakan undang-undang

Dan sememangnya jika orang-orang pribumi itu membuat keputusan untuk mendakwa syarikat-syarikat itu dan juga kerajaan negeri, maka hutan mereka telah habis dimusnahkan dan Taib telah secara konsistennya enggan menghentikan projek-projek “pembangunannya” sehingga persengketaan itu selesai.

Ini bermakna walaupun pentadbiran pimpinan Taib sering kalah dalam perbicaraan di mahkamah, tanah yang sedang dipertahankan oleh orang-orang pribumi itu telah musnah keseluruhannya. Taib sepatutnya telah lama disingkirkan oleh kerajaan pusat pimpinan BN kerana pelanggaran hak-hak rakyatnya, maka itu juga merupakan suatu alasan bahawa BN telah menyembunyikan laporan Suhakam ini sehingga selesainya pilihanraya umum itu.

Membuli dan mengancam

Laporan Suhakam itu juga menunjukkan bahawa bantuan dan sokongan pihak-pihak berkuasa pada orang-orang pribumi yang terjejas tanah dan kehidupan mereka tidak diberi perhatian. Pihak polis dan cawangan khas dan juga samseng-samseng sering diupah untuk membuli dan mengancam orang-orang pribumi supaya menyerahkan hak-hak mereka pada kepentingan-kepentingan perniagaan Taib.

Penutup

Laporan Suhakam itu mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dirumuskan dengan seruannya untuk mengembalikan tanah-tanah yang telah dirampas secara haram itu kepada pemilik asalnya dan membayar pampasan bagi kerugian yang tidak dapat dibaiki.

Untuk memperbaikin segala kemusnahan itu, Suhakam bersetuju dengan janji PR pembangkang untuk menubuhkan Suruhanjaya Di-raja. Ia mempunyai cadangan yang serupa, iaitu menubuhkan Tribunal Tanah Orang Asal.

Suhakam juga menegaskan bahawa orang-orang pribumi harus mendapatkan bantuan guaman untuk mewakili kepentingan-kepentingan mereka, agar hak-hak mereka boleh diikhtiraf dan diselesaikan selaras dengan undang-undang antarabangsa berkenaan hak asasi manusia dan hak-hak orang pribumi.

Robert Mugabe Malaysia – Taib Mahmud terdedah pada pendakwaan oleh kerajaan persekutuannya.

Selama ini Taib mungkin telah memperlekehkan kritikan-kritikan golongan NGO dan para pemerhatinya.

Adakah dia akan menamakan mereka sebagai “nakal” sepertimana dilakukannya pada pihak SPRM?

Rejim BN telah berusaha melindunginya dan juga jirannya Ketua Menteri Sabah Musa Aman dengan laporan yang begitu menekan. Namun pengelakkan itu kini menemui kegagalan.

Rakyat Malaysia kini sudah merasa muak dengan Taib Mahmud dan rasa malu yang dicetuskannya pada mereka dan juga kesengsaraan yang dibawanya pada orang-orang Sarawak.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments