‘Taktik Niaga’ Alvin Chong Mendedahkan Klien Terkemuka Yang Lain

Merompak anda terang-terang? Penghinaan Chong pada orang pribumi yang telah banyak kali ditipu.

Peguam terkemuka Sarawak, Alvin Chong, telah menjelaskan secara terperinci mengenai petua-petuanya mengelakkan cukai dan undang-undang di hadapan kamera tersembunyi tempoh hari.

Dia telah menganggap bahawa dia sedang memberi taklimat pada bakal pelanggannya, namun sebenarnya merupakan pemberita bersiasat.

Amalan-amalan Chong dikatakan berleluasa di Sarawak, terutamanya menggunakan “nomini” untuk menutup identiti-identiti sebenar pemilik-pemilik syarikat-syarikat dan konsesi-konsesi yang diberi Taib Mahmud.

Peguam yang kaya itu menjelaskan bahawa dia selalu mencari para nomini dari kalangan orang-orang pribumi yang miskin di kawasan pedalaman agar tidak mudah dipengaruhi oleh penasihat-penasihat undang-undang yang pandai. Golongan itu seharusnya boleh ditipu dan dikendalikannya dan sukar bagi mana-mana penyiasat untuk mencari mereka.

Masa untuk menilai klien-klien Chong yang lain?

Klien-klien yang lain termasuk syarikat binaan terkemuka Hock Seng Lee

Setelah membuat pengakuan yang berskandal mengenai kaedah-kaedah mengelak cukai, Chong yang bekerja sebagai seorang peguam berprofil tinggi di Sarawak, seharusnya menjadi subjek yang diteliti. Ini kerana dia sering melibatkan pihak-pihak ternama di Sarawak.
Pihak-pihak itu termasuk Jabatan Tanah & Survei, yang diketuai oleh Taib Mahmud; Naim Candera, Sarawak Plantations dan Dayang Enterprise Holdings, kesemuanya dikaitkan dengan Taib Mahmud menerusi sepupu yang juga proksinya Abdul Hamed Sepawi; dan Sarawak Cable, yang sebahagian besarnya dimiliki oleh anak Taib Mahmud, Mahmud Abu Bekir dan telah menerima kontrak-kontrak yang besar dari program elektrik hidro SCORE.
Tambah pula kami ingin memberikan klu kepada pihak SPRM (yang kini sedang menggeledah pejabat-pejabat Chong) terhadap sebuah lagi klien utamanya, Hock Seng Lee (HSL).

Syarikat binaan yang besar itu juga dikaitkan dengan kerajaan Taib Mahmud sebagai penerima banyak kontrak awam, sama ada langsung atau tidak langsung menerusi syarikat-syarikat milik keluarga Taib Mahmud.
Pada akhir tahun 2011 HSL telah dengan bangganya mengumumkan portfolio bernilai RM2billion kontrak awam dan penasihat perundangan mereka adalah Alvin Chong.

Penasihat Perundangan kepada syarikat HSL – sudah sampai masanya memeriksa kontrak-kontrak mereka?

Hubungan dengan Taib

Dengan pengakuan yang Chong buat sebagai menyebut ‘kaedah-kaedah perniagaan’ pihak SPRM seharusnya menyiasat beberapa orang dan juga syarikat yang bermisteri yang berkaitan dengan kontrak-kontrak awam Hock Seng Lee bagi menentukan sama ada mereka merupakan nomini-nomini sebagaimana telah lama disyaki.

 

 

 

 

Para kontraktor binaan yang mewah? – Raziah Mahmud yang mengenakan barangan kemas bernilai tinggi (kiri) dan Zaleha Mahmud, adik-adik perempuan kepada Abdul Taib Mahmud.

Jika demikian, siapakah di sebalik para nomini ini dan nama-nama syarikat yang tidak pernah didengar selama ini nampaknya telah meletakkan diri mereka di antara kerajaan dan kontrak-kontrak mewah kepada Hock Seng Lee, untuk mengaut jutaan ringgit dalam proses itu?
Sebahagian dari syarikat-syarikat pengantara itu pernah didedahkan oleh Sarawak Report sebagai dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Taib. Contohnya, projek sistem pembentungan Kuching.

Pada asalnya projek multi-jutaan ringgit itu telah diberikan kepada sebuah syarikat yang bernama Kumpulan Construction yang dikendalikan oleh Raziah Mahmud, adik Taib, suaminya Robert Geneid dan seorang lagi adiknya, Zaleha Mahmud.

Sumber dalaman mengatakan bahawa syarikat Kumpulan Construction “tidak memiliki sebuah kereta sorong sekalipun”, maka tidak hairan Raziah telah menyerahkan kontrak itu kepada HSL, yang telah terpaksa bersetuju bahawa potongan sebanyak RM78juta dari peruntukan itu disimpan.

Kami dapat mendedahkan bahawa pola amalan ini seringkali diulang-ulang pada kontrak-kontrak yang lain yang melibatkan syarikat-syarikat kendalian Raziah Mahmud. Pada musim pilihanraya bulan Mac 2011, sebagai contoh, sebuah lagi syarikat yang dikenali sebagai KP Mukah Development Sdn Bhd telah membuka pintu-pintunya untuk berniaga.

Taib mempunyai saham-sahamnya sendiri dalam syarikat-syarikat yang menerima kontrak-kontrak negeri

Taib pernah dipetik sebagai berkata “I don’t do business in Sarawak [Saya tidak berurusniaga di Sarawak]”!

Para pengarah dalam syarikat KP Mukah Development adalah Raziah Mahmud dan suaminya Robert Geneid bersama-sama anak lelaki Raziah (dari perkahwinan pertamanya), Ewan Abas. Pemegang saham 100% adalah sebuah lagi syarikat keluarga mereka, Kumpulan Parabena.

Kumpulan Parabena telah menerima banyak kontrak yang besar-besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan salah seorang pemegang utama saham-sahamnya adalah abang kepada Raziah Mahmud, iaitu Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud sendiri!

KP Mukah Development telah dianugerahkan sebuah konsesi bernilai tinggi untuk membina sebuah kolej teknologi di Mukah, yang kemudiannya mereka serahkan kepada Hock Seng Lee pada nilai RM291juta. Soalan yang ingin ditimbulkan di sini: kenapakah kontrak itu tidak diberikan terus kepada HSL?

Mungkin peguam Alvin Chong boleh memberikan kita jawapan yang wajar?

Para nomini

Kami kembali kepada perkara berkenaan beberapa buah syarikat yang bermisteri yang telah menyerahkan kontrak-kontrak mereka kepada HSL dan nampaknya mereka ini hanya dikendalikan oleh nomini-nomini.

Dengan kewujudan nomini-nomini sebagaimana dinasihatkan oleh Alvin Chong (seperti yang pernah diakuinya dalam filem dedahan NGO tempoh hari) Sarawak Report memohon dari Hock Seng Lee agar meyakinkan orang awam berkenaan identiti-identiti mereka yang meragukan yang bertindak selaku pengarah-pengarah bagi syarikat-syarikat yang menerima kontrak-kontrak mewah dengan mendapatkan khidmat nasihat perundangan dari peguam Alvin Chong.

Syarikat-syarikat yang telah terlibat secara langsung dalam kontrak-kontrak awam bernilai jutaan ringgit akhirnya menyerah pada HSL, termasuk Dwimula Sdn Bhd, Pembinaan Nomisual Sdn Bhd, PN Construction Sdn Bhd, AF Construction Sdn Bhd dan Matrik Bestari Sdn Bhd.

Siapakah di sebalik syarikat-syarikat ini dan apakah bidang kepakaran mereka?

Hubungan antara Pembinaan Nomisual, Dwimula Sdn Bhd, Matrik Bestari dan Raziah dan Kumpulan Parabena milik Taib!

Kami dapat mendedahkan fakta-fakta yang membimbangkan. Pembinaan Nomisual, yang tidak mempunyai sebarang aktiviti pembinaan bangunan, didapati sering berjaya menerima kontrak-kontrak mewah dari negeri Sarawak.
Laman sesawang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) (yang mana laman mereka telah ditutup setelah kami banyak mendedahkan gejala rasuah berdasarkan data dalam lamannya) menunjukkan bahawa syarikat itu telah menerima jutaan ringgit dalam bentuk kerja-kerja awam, termasuk sebuah kontrak bernilai RM131.5juta untuk membina 10,000 rumah kediaman di Mukah.

Kontrak telah diberikan kepada HSL dengan nilai … RM125,745,992 beberapa minggu kemudian.

Namun pengumun dari HSL telah menjelaskan bahawa kerja-kerja itu telah mereka perolehi 3 bulan kemudian dengan harga yang telah dikurangkan bernilai RM125,745,992.

Keadaan ini membuat kita tertanya-tanya apakah yang dilakukan Pembinaan Nomisual dengan RM5,754,078 yang hilang itu?

Sumber-sumber dalaman telah memberitahu Sarawak Report bahawa kontrak asal telah sebenarnya diberikan kepada Kumpulan Parabena Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Raziah dan saudaranya Taib dan juga ahli-ahli keluarga mereka yang lain, namun tindakan itu dianggap sebagai terlalu ketara.

Sumber-sumber dalaman ini memberitahu kami bahawa kontrak itu sebaliknya telah diberikan kepada Pembinaan Nomisual sebelum dijadikan “sub-kontrak” kepada HSL pada jumlah yang lebih kecil. Dengan pengakuan Alvin Chong bahawa dia sering mengendalikan kerja-kerja sedemikian, orang awam berhak untuk mengetahui cerita sepenuhnya apakah yang telah berlaku pada wang awam seterusnya.

Siapakah sebenarnya orang yang bernama Malaysiawati Binti Tazen, pengarah yang didaftarkan dan “orang yang bertanggungjawab” dalam syarikat itu, yang telah menerima banyak wang awam? Dan siapa pula pengarah-pengarah yang lain? Adakah mereka itu sekumpulan orang yang ‘daif’ seperti mana diakui oleh Alvin Chong bagi menyembunyi identiti sebenar pemilik-pemilik syarikat-syarikat itu?

Ketiga-tiga orang pengarah itu merupakan para pemegang saham dalam Pembinaaan Nomisual – siapakah para kontraktor utama ini?

Sarawak Report telah gagal mengesan Zaleha Bin Bujang, yang dikatakan tinggal di sebuah kampung tanpa nombor rumah di sebuah kawasan pedalamaan.

Walau bagaimanapun, Malaysiawati secara menariknya mempunyai kaitan dengan sebuah lagi syarikat yang menerima kontrak-kontrak besar negeri dan, seperti kebiasaanya, menyerahkannya kepada HSL. Syarikat ini adalah Dwimula Sdn Bhd dan ia menggunakan alamat perniagaan yang sama di Pending Point di Kuching.

Dalam tahun 2009 HSL dengan ‘bangganya mengumumkan’ bahawa ia telah menerima sebuah projek tebatan banjir di Sibu yang dibiayai menggunakan wang awam bernilai RM137,151,089.00. Namun pengumuman itu menunjukkan bahawa projek itu telah diberikan kepada mereka sebagai sebahagian dari sebuah konsortium bersama dengan Dwimula Sdn Bhd dan Pembinaan Nomisual.

Kedua-dua syarikat itu, yang memegang 15% saham dari kontrak itu bukan sahaja menggunakan alamat perniagaan yang sama, malah para pengarah utama mereka juga tinggal di rumah yang sama.

85% dari saham itu dipegang oleh HSL, mana kala 15% itu kepada Dwimula dan Pembinaan Nomisual?

Pengarah dan pemegang saham utama Dwimula Sdn Bhd, seorang yang dikenali sebagai Jamali Bin Abdullah, berkongsi kediaman dengan Malaysiawati Binti Tazen dari syarikat Pembinaan Nomisual.

Menurut dokumen-dokumen syarikat, mereka tinggal serumah di rumah nombor 498 Jalan Fatingah, Kuching dan mereka juga mempunyai akaun Facebook dan laman-laman social yang lain yang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sepasang suami isteri.

Sepasang suami isteri merupakan pemegang saham-saham dan juga bertindak selaku pengarah-pengarah dua buah syarikat yang menyertai suatu ‘konsortium’ bersama HSL untuk membangunkan sistem tebatan banjir di Sibu …

Malaysiawati seringkali menganggap dirinya hanya bertindak selaku pengurus perniagaan dalam syarikatnya.
Mungkin ini merupakan suatu sebab kenapa Alvin Chong merahsiakan hakikat bahawa Malaysiawati sebenarnya seorang Pengarah dan juga Pemegang utama saham-saham dalam syarikatnya itu. Ini memerlukan penjelasan dari Alvin Chong sebagai mana telah dijadikannya sebagai suatu kebanggaan semasa bertemu ‘bakal pembeli’ dulu.

Malangnya bagi pasangan suami isteri yang melibatkan diri dalam dunia pembinaan ianya juga merupakan suatu kesalahan di sisi undang-undang didaftarkan sebagai penerima dua lesen berasingan dari pihak CIDB. Ini merupakan sebuah lagi isu yang memerlukan perhatian segera pIhak HSL, SPRM dan juga kerajaan yang telah terlepas pandang memberikan kontrak awam yang besar kepada sebuah konsortium yang luar biasa untuk menebat banjir di Sibu.

Lebih banyak persoalan ditimbulkan

Oleh yang demikian, Malaysiawati telah muncul dalam suatu lagi syarikat yang mempunyai kaitan dengan HSL untuk mendapatkan kontrak-kontrak besar dari kerajaan.

Matrik Bestari merupakan sebuah syarikat yang telah menerima 10% dari sebuah projek yang diberikan kepada HSL untuk membangunkan ‘taman teknologi’ di Kota Samarahan dengan harga RM72juta, yang dibayar sebahagian menggunakan wang awam dan sebahagian lagi, plot tanah. Malaysiawati bertindak selaku pengarah dan pemegang utama saham-saham di situ, bersama seorang lagi yang tidak dikenali.

Siapa dan apakah Malaysiawati?

Dan, sedihnya bagi semua orang yang miskin dan daif di Sarawak yang mengharapkan amalan kerajaan yang terbuka, jujur dan telus, kisahnya berterusan.

Zaleha Bin Bujang (sila lihat di atas) juga turut muncul semula sebagai seorang pengarah dan pemegang saham bagi sebuah lagi syarikat yang pelik yang nampaknya mempunyai kaitan dengan HSL dan beberapa kontrak kerajaan, yang dikenali sebagai PN Construction Sdn Bhd. Pengarahnya pula adalah Malaysiawati Binti Tazen.

Zaleha bin Bujang – seorang kontraktor binaan multi-jutawan adalah rakaniaga kepada HSL, yang menetap di salah sebuah rumah panjang yang tiada nama dan nombor bilik.

PN Construction adalah sebuah syarikat yang besar kerana ia dilihat telah menerima kontrak-kontrak kerajaan secara langsung. Kemudian ia mengkontrakkan semula kepada HSL, tanpa perlu menjadikannya ‘usahasama’. Sub-sub-kontrak utama kepada HSL ini termasuk projek tebatan banjir di Sibu dengan nilai RM45.7juta dan pembinaan sebuah sekolah menengah di Senibong. Sekali lagi, sedihnya pemilikan pelbagai syarikat pembinaan yang diluluskan kerajaan ini telah melanggar peraturan-peraturan.

Sekolah bernilai RM39.5juta, juga disub-kontrakkan oleh Malaysiawat.

Terdapat syarikat-syarikat lain yang telah disub-kontrakkan kepada HSL menggunakan kaedah yang sama. Pada peringkat ini persoalan-persoalannya mulai melunturkan kesabaran para pembaca.

Maka kami memohon pada pihak SPRM untuk menyiasat kontrak-kontrak awam yang dijalankan oleh HSL dan juga terhadap beberapa juta ringgit yang telah terlebih dahulu dipotong dari mereka sebagai suatu keutamaan siasatan mereka ke atas peguam kegemaran Taib, Alvin Chong.

Tiada ertinya bertanya pada Najib. Dia juga sibuk dengan para nomini perniagaannya sendiri.

Kami memohon penjelasan-penjelasan mengapakah jutaan ringgit kontrak-kontrak awam telah bertukar tangan antara individu-individu yang tidak diketahui identiti mereka, setelah beberapa juta didapati hilang begitu sahaja?

Ingin kami mendedahkan bahawa baru-baru ini terdapat berbillion-billion ringgit nilai kontrak-kontrak awam telah diberikan kepada HSL di kawasan Tanjung Manis, yang sedang dan telah ditebang dan dibangunkan menjadi apa yang dinamakan sebagai ‘Hab Makanan Halal’ oleh sepupu-sepupu Taib Mahmud yang telah didedahkan sebagai klien-klien Alvin Chong dalam filem Global Witness tempoh hari.

Ahli Parlimen Norah Abdul Rahman kini dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusinya pada pilihanraya palrimen bagi kawasan berkenaan, di mana dia juga bertindak selaku Ketua Eksekutif bagi sekumpulan syarikat dalam Hab Makanan Halal, semuanya disokong oleh kerajaan negeri. Siapakah yang memafaati dari projek ini?

Kami dapat menerima hakikat bahawa jumlah beratus-juta ringgit yang telah ghaib bagi menaungi kontrak-kontrak untuk jatuh ke tangan syarikat-syarikat yang dikendalikan secara bernomini kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Namun, dengan sikap SPRM yang gemar mencekup ikan-ikan bilis dan mengabaikan jerung-jerung untuk bermaharajalela, mungkin mereka harus fokus pada syarikat HSL?

* [kami pernah tersilap lapor mengenai seorang yang bernama Zaleha yang kami jangka adalah adik kepada Taib Mahmud, yang juga sebenarnya memiliki banyak saham dalam syarikat-syarikat yang menerima banyak kontrak dari kerajaan negeri, namun bukannya Zaleha yang ini. Kami telah cepat-cepat memadam kesilapan itu pada tahun 2010 dahulu].

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments