Akhbar Di UK – Anwar Mungkin PM Yang Baru!

Ratusan ribu penyokongnya hadir di ceramah di saat-saat akhir PKR

“Kehadiran kali kedua Anwar Ibrahim. Dia sudah sampai ke kemuncak dan kemudian dipenjarakan. Kini ketua pakatan pembangkang Malaysia itu berdiri semula di ambang kemenangan pilihanraya” [akhbar Independent, UK]
“Anwar Ibrahim, ketua pakatan pembangkang Malaysia, berdiri menghampiri kuasa yang bakal bertukar secara demokrasi dari sebuah gabungan parti pemerintah paling lama di dunia pada pilihanraya Ahad ini” [akhbar Telegraph, UK]
Artikel-artikel daripada dua buah akhbar terkenal UK yang berbeza fahaman itu, Telegraph yang cenderung ke arah konservatif dan Independent yang lebih liberal, telah memberikan kenyataan yang bernada berhati-hati pada fakta bahawa Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, mungkin mengakhiri masa menunggu untuk menjadi ketua negara yang baru.

Tambahan lagi, semalam buat kali pertamanya undian-undian dalam media perdana telah mendapati Anwar semakin mendahului Najib sebagai calon Perdana Menteri yang lebih popular, dengan momentum terakhir berpihak pada pembangkang.

100,000 orang penyokong di Pulau Pinang, yang telah dikecewakan oleh gejala pembelian undi pada beberapa minggu yang lalu oleh calon BN Jho Low.

Walaupun wujud pemberian sogokan yang banyak, walaupun ditakut-takutkan, walaupun diberi amaran bahawa projek-projek akan ditangguhkan dan walaupun janji-janji akan ditunaikan setiap hari oleh BN.

Mungkinkah rakyat Malaysia kini sudah bosan dengan pemerintahan oleh sebuah gabungan kerajaan paling lama di dunia?

Jika kerajaan-kerajaan berdemokrasi lain di dunia ini dapat menerima perubahan, mungkinkah Malaysia membuat keputusan untuk berbuat demikian?

Namun akhbar Finacial Times telah menunjukkan bahawa penggerak utama peningkatan momentum menentang BN adalah golongan pengundi muda dan pengundi baru yang telah muak dengan gejala rasuah. “Dia [pengundi muda] bercadang untuk mengundi pakatan pembangkang kerana dia merasa malu dengan gejala rasuah dan kepimpinan yang tidak boleh dipersoalkan”, jelas FT.

Artikel itu juga menunjukkan bagaimana Najib telah membeli undi dengan ketaranya pada minggu-minggu sebelum ini.

Kepercayaan yang mempengaruhi liputan media barat mengenai Malaysia adalah bahawa ekonominya berjaya.
Namun sebilangan kecil sahaja yang akan percaya bahawa BN telah bergantung sumber alam Malaysia, khasnya sumber alam dari Malaysia Timur yang kononnya tidak akan kehabisan, berbanding usahanya membangunkan ekonomi pembuatan moden.

Apa yang merisaukan adalah ‘kejayaan ekonomi’ BN terletak pada kelas kroni yang telah mengaut minyak, kayu balak dan sumber-sumber asli negara pada kadar dan ketidak-berterusan yang amat membimbangkan.

Adakah para pengundi akan mencerminkan manfaat-manfaat jangka pendek eksploitasi yang telah dibawakan kecuali kepada sebilangan kecil orang-orangnya?

Lebih berminat pada Anwar

Telegraph – Anwar adalah seorang Muslim Malaysia, yang telah berjuang untuk kesamarataan layanan untuk semua kaum dan agama sejajar dengan negara-negara moden di seluruh dunia.

Berkenaan ekonomi dan pengundian sahaja, akhbar UK nampaknya mempunyai pengikhtirafan yang bersatu untuk Anwar Ibrahim, sebagai pemimpin yang memiliki ketahanan sebagai pemimpin kelas dunia dan seorang yang mampu mengharungi rintangan-rintangan.
Akhbar Independent menceritakan kisah hidupnya yang ‘menarik’ bermula sebagai reformis muda, hingga menjadi tokoh nombor dua negara, hingga ke penjara dan kini ke suatu kemungkinan memenangi pilihanraya yang bakal membawa Malaysia menuju kematangan dalam demokrasi tulen menerusi pertukaran kerajaan yang dipilih dan secara aman.

Dalam masa yang sama, rekod-rekod kerjaya Anwar Ibrahim yang luarbiasa yang dipenuhi suka-duka dan cerita-cerita seram yang telah dihebahkan bahawa pertukaran kerajaan kononnya akan menjejaskan keyakinan masyarakat dunia pada Malaysia sudah tidak mudah dipercayai.

Persamaan kisah Anwar Ibrahim dengan Nelson Mandela dari Africa Selatan juga turut dibincangkan. Ada kemungkinan bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi contoh tokoh kepimpinan dunia, sama meraih simpati daripada kerajaan-kerajaan Barat seperti pemimpin yang ada sekarang.

Kerisauan mengenai penipuan menggunakan dakwat kekal yang mudah dibersihkan! BN seharusnya belajar untuk menerima kekalahan secara baik adalah sesuatu terhormat dilakukan untuk rakyat dan negara di samping menunjukkan kematangan politik.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments