Datuk-Datuk Kaum Dayak Yang Kotor - Calon-Calon Dari Kalangan Kroni BN

Sudah berdamai semula – Leonard Linggi Jugah pernah bersengketa dengan Taib yang pernah mengutuknya “dia terlalu meinta-minta”

Jika anda merupakan seorang pemimpin Dayak yang dihormati dalam masyarkat anda dan suatu roh penipuan datang pada anda dan menyuruh anda menghianati kaum anda sendiri sebagai balasan untuk menjadi jutawan beberapa kali ganda banyaknya, adakah anda akan melakukannya?

Fikir-fikiranlah.

Mungkin anda enggan menyalahkan keluarga Leonard Linggi atau keluarga Alfred Jabu, kerana anda mungkin akan menjual maruah orang-orang Dayak yang sekaum dengan anda kepada gerombolan pembalak upahan Taib Mahmud dan juga taiko-taiko perladangan.

Sebaliknya keluarga-keluarga ini melakukannya pada anda dan mereka kini menjadi teramat kaya dan sedihnya, dalam masa yang sama, rakyat Sarawak sendiri masih dibelengu kemiskinan serta termusnah kehidupan mereka.

Kini mereka dicalonkan semula sebagai MP anda supaya mereka dapat bergerak lebih jauh ke hadapan untuk terus meragut apa yang tinggal pada anda dan komuniti anda, termasuk simpanan minyak Sarawak, arang batu, tenaga elektrik hidro, saki-baki tanah-tanah orang pribumi dan juga hutan hujan negeri.

Dari sebuah hutan hujan yang subur menghijau kini bertukar wajah menjadi padang pasir yang kering kontang di kawasan Taib Mahmud sendiri di Balingian – hakisan tanah dan tiada apa yang akan tumbuh dan hidup di atasnya di bawah pancaran matahari Borneo

Mungkin anda juga boleh lakukan seperti mereka, namun adakah anda ingin diperlakukan sebagai mangsa mereka?
Sanggupkah anda memberikan kepercayaan dan mandat kepada Alexander Nanta Linggi, Douglas Uggah Embas (orang kanan kepada Alfred Jabu) dan orang-orang lain untuk terus memerintah and terus membenarkan Taib Mahmud menyelesaikan ragutannya atas tanah hutan hujan anda?

Tidakkah anda mempunyai tanggungjawab pada anak-cucu anda, atau adakah RM1,000 sebagai suatu bentuk rasuah yang dijanjikan pada anda itu lebih dari mencukupi digunakan untuk meneruskan kehidupan mereka ke masa-masa hadapan?

Hanya dengan RM1,000 adakah anda bersedia menjual maruah anak-cucu anda untuk menjadi “kuli di tanah sendiri”, sebagaimana dilaporkan oleh Suhakam berhubung dasar-dasar Taib yang merampas tanah-tanah milik orang pribumi.

Jika anda gembira dan berpuas hati dengan bentuk penghambaan dengan harga RM1,000, maka teruskanlah dan undilah keluarga Linggi dan Jabu.

Jika tidak, ambil sahaja pemberian mereka itu (lagi pun merekalah yang sebenarnya berhutang berjuta-juta ringgit pada anda yang telah mereka tipu) dan undilah REFORMASI!

Bagaimana keluarga Leonard Linggi Jugah menjadi kaya-raya? 

Syarikat milik Linggi, Asian Plantations telah memperolehi tanah seluas 51,322 ekar tanah perladangan yang luas di Sarawak

Leonard Linggi Jugah memulakan kariernya sebagai seorang pemimpin Dayak yang dihormati yang tidak mempunyai banyak wang, menjadi Pengerusi syarikatnya, Asian Plantations.

Syarikat Asian Plantations dikendalikan oleh menantu Linggi, Graeme Brown yang berbangsa British, telah berjaya memperolehi tanah perladangan seluas 51,000 ekar dari Negeri Sarawak.

Berdasarkan harga RM4,000 seekar seperti yang dituntut oleh sepupu Taib, Fatimah Abdul Rahman dalam video Global Witness baru-baru ini, tanah Linggi itu boleh mencecah nilai RM200 juta.

Kekayaan Linggi sekeluarga itu datangnya dari tanah-tanah yang berharga murah, yang telah dianugerahkan oleh Taib kepada mereka tanpa melalui proses bidaan dan tender.

Sebagai balasan Linggi diharapkan untuk menjadi taat dan setia padanya. Dia juga diharapkan mengajak kaumnya untuk memberikan semula mandat kepada Taib untuk memerintah sampai bila-bila.

Anak angkat Linggi, Alexander Nanta, merupakan seorang anggota BN yang dicalonkan untuk kerusi parlimen kawasan Kapit, suatu kawasan yang mempunyai hutan hujan yang subur menghijau tetapi kini telah digondolkan oleh keluarga Linggi.

Keresa Plantations, telah diberikan kepada Linggi – 14,883 ekar di Bintulu hanya dengan harga RM44,640 sahaja. Pada hari ini harganya mungkin akan mencecah RM60 juta

Ladang-ladang yang diperolehi dengan harga yang murah sebenarnya terletak pada tanah yang ditumbuhi pokok-pokok hutan hujan dara agar orang-orang seperti Linggi boleh menebangnya terlebih dahulu untuk mendapatkan keuntungan bagaikan durian runtuh.

Taib, yang gemar menggelar dirinya sebagai CEO Negeri Sarawak telah mengakui bahawa telah terlanjur menjual tanah-tanah ladang di sekitar Bintulu, kerana dia mungkin boleh menjana kekayaan di kawasan berkenaan. Keluarga Linggi telah memusnahkan kawasan itu dan Taib pernah didengar merungut bahawa Linggi “sering meminta-minta”!

Keberterusan? 

Asian Plantations – menganggap diri mereka sebagai berterusan?

Syarikat Asian Plantations milik keluarga Linggi sering menganggap diri mereka berkonsepkan ‘berterusan’.

Sebenarnya keluarga Linggi merupakan salah sebuah keluarga penyangak tanah yang bertanggungjawab pada kemusnahan Sarawak, bukan hanya menerusi pembukaan ladang tetapi dengan cara menebang terlebih dahulu hutan hujan menggunakan lesen-lesen yang mereka terima dari Taib sebagai mendapatkan sokongan politik dari mereka.

Linggi telah mendapat kawasan hutan yang amat luas menerusi lesen mereka menggunakan Keresa Timber dan juga Rajang Wood.

Sebuah desertasi ke atas pemberian tanah-tanah pembalakan peringkat awal dari Taib, yang ditulis oleh Dr David Brown [Why Governments Fail to Capture Economic Rent – The Unofficial Appropriation Of Rain Forest By Rulers In Insular South East Asia 1970-1999] telah memperincikan berapa banyak keuntungan yang telah dikaut oleh Linggi dalam bentuk konsesi-konsesi pembalakan.

Bagaimana Taib membayar seorang untuk mendapatkan ‘Undi Dayak Kristian’

Maklumat seterusnya menujukkan mengapa Taib telah membuat keputusan untuk membeli Leonard Linggi Jugah.

Mengejar lebih banyak konsesi – Alexander Nanta Linggi. Adakah anda akan memberikannya mandat hanya sekadar menerima beberapa ringgit yang dijatuhkan dari mejanya?

“Linggi tidak memegang sebarang kedudukan yang dipilih menerusi pengundian, namun dia merupakan orang nombor dua yang mengendalikan “Sayap Kristian” dalam PBB. Kedudukan Linggi amat penting pada kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu atau penganut-penganut Kristian yang ingin menjadi calon mewakili PBB … Linggi juga merupakan Setiausaha Agung dalam PBB … PBB akan datang padanya untuk bertanyakan perbelanjaan di musim pilihanraya” [David Brown]

Justeru itu, kedudukannya sebagai anak kepada seorang pemimpin Dayak yang dihormati dan boleh mendapatkan pengundi Dayak Kristian untuk PBB Taib Mahmud.
Dokumen-dokumen syarikat menunjukkan bahawa Linggi masih sebagai pemegang utama saham dalam syarikat-syarikatnya dan sememangnya anaknya Alexander Nanta sudahpun mengagih-agihkan wang sogokan kepada para pengundinya untuk menyokongnya sebagai MP kawasan Kapit.

Dengan rancangan Taib untuk menenggelamkan hampir separuh dari bumi Sarawak, adakah kaum Dayak masih bersedia untuk menunggu pemberian sisa-sisa wang untuk menjadikan Linggi lebih kaya?

Douglas Uggah Embas – seorang lagi Ahli Yang Berhormat”?

Serupa dengan tindak-tanduk Linggi apabila menghianati kaum Dayak adalah seorang lagi calon veteran BN yang mencalonkan dirinya untuk dipilih semula, Douglas Uggah Embas, bertanding di kerusi parlimen Betong, merupakan orang terpenting kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Alfred Jabu Numpang. Uggah telah menjawat jawatan sebagai Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli di Kerajaan Persekutuan, walaupun negerinya sendiri kini telah berkeadaan kering-kontang kerana kehabisan hutan dan minyak setelah dimamah pemimpin-pemimpin BN selama ini.

Uggah sedar bahawa dia harus melayan kehendak tuannya dan bukannya orang-orang yang telah mengundinya, sebagaimana diharuskan!

Uggah telah mendahulukan BN untuk kembali ke pejabatnya, sama seperti keluarga Jabu dari Betong. Dua orang watak ini terpaksa berpaut pada Taib untuk menguasai kawasan-kawasan milik kaum Iban, di mana sokongan dari kalangan orang tempatan terhadap mereka berdua masih lagi kuat.

Sila teliti sebahagian dari lesen-lesen yang telah diberikan kepada keluarga-keluarga ini sebagaimana telah digariskan dalam kajian terpuji Dr David Brown itu:

Jabu, Uggah dan Linggi, sebahagian dari orang-orang politik yang penting bagi Taib merupakan orang-orang yang menerima banyak lesen pembalakan yang luas sejak beberapa tahun yang lalu – kesalahan rasuah yang amat ketara yang menghianati orang-orang pribumi yang akhirnya tidak mendapat apa-apa manfaat seperti mereka

Siasatan kami ke atas para pemilik konsesi yang luas Rajang Wood, menunjukkan betapa banyaknya konsesi yang dikawal oleh Linggi.

Rajang Wood Sdn Bhd adalah milik dua buah syarikat Rajang Resources And Bdn dan Limar Management Services Sdn Bhd:

Rajang Wood dimiliki oleh Rajang Resources dan Limar Management Services …

Dan sebahagian besar dari Rajang Resouces itu dimiliki oleh keluarga Linggi – suatu maklumat yang mengejutkan!

Semuanya dipegang oleh keluarga Linggi dan juga Uggah

Dan sudah pastinya Limar Management Services itu dimiliki oleh …

Keluarga Linggi ..

Kekayaan dan kemewahan keluarga Linggi juga telah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Asian Plantations bagi tahun 2012:

Wah! Lihatlah! $200 juta US nilai ladang mereka di Sarawak – berapakah yang anda dapat?

Pada masa keluarga Linggi telah berjaya, apakah yang terjadi pada orang-orang tempatan yang seharusnya diberikan perhatian? Laporan Suhakam yang dibocorkan kepada Sarawak Report jelas menyatakan, orang-orang pribumi kini ‘terpaksa menjadi kuli di atas tanah mereka sendiri”.

Linggi dan Uggah jelas mengharapkan bahawa kemiskinan kaum Dayak yang sekaum dengan mereka akan menggalakkan mereka mengambil wang sogokan dalam jumlah yang kecil supaya mereka akan terus mengundi mereka untuk penggal yang seterusnya. Inilah strategi mereka. Kini terpulang pada rakyat untuk memilih atau menolak mereka, dengan mempastikan orang yang mereka pilih tidak akan menipu mereka lagi.

Kuli di atas tanah sendiri atau sekadar pekerja asing? Ladang milik keluarga Linggi di Sarawak

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments