‘Politik Wang’ BN Mengekalkan Kedudukan ‘Perdana Menteri Berjenayah’

Cerita pilihanraya ini – namun ada banyak lagi salahguna kuasa dan tanggungjawab!

Bukti-bukti terus dikirimkan kepada kami mengenai apa yang dilakukan pada suatu hari yang dinamakan sebagai ‘Hari Ahad Hitam’.

Ianya merupakan suatu hari di mana peluang untuk mengamalkan demokrasi tulen telah dirampas dan dimusnahkan oleh taktik-taktik samseng dan pembelian undi yang primitif di pihak Barisan Nasional.

Pihak pembangkang telah menggesa orang ramai untuk memakai serba hitam sebagai simbol berkabung ke atas kematian sebuah harapan demokrasi tulen.

Sedihnya, 80% dari pengundi yang telah keluar mengundi pada hari itu, yang ingin menyaksikan reformasi, telah dibayar dengan penipuan oleh kelas penyandang, yang sebaliknya ingin mempastikan bahawa mereka masih meletakkan tangan-tangan mereka pada dana-dana negara, yang telah mereka kawal dan rompak selama beberapa dekad yang lalu.

Lagi banyak muka-muka kantoi BN – dirakam menggunakan kamera di Perak, berurusan dari ‘kereta wang’

‘Perdana Menteri Berjenayah’ yang agak rasis itu menyalahkan kaum Cina atas kekalahan barisan pimpinannya, walaupun mereka telah bekerja keras menipu dalam pilihanraya itu.

Kawasan majoriti kaum Cina telah sebenarnya berjaya menolak penipuan pilihanraya secara besar-besaran pada kerusi-kerusi bandar yang lebih ramai penduduk berbanding kerusi-kerusi yang diduduki majoriti kaum Melayu.

Ini bukan bermakna bahawa kaum Melayu juga tidak berdedikasi untuk berubah dan untuk menyalahkan kaum Cina sahaja bukanlah sesuatu yang sihat dan boleh menjejaskan perpaduan semasa pilihanraya seperti itu.

Perdana Menteri Berjenayah, Najib Razak, harus menyalahkan dirinya sendiri, seperti juga ahli-ahli partinya yang benar-benar ingin menjatuhkannya secepat mungkin untuk memberi laluan pada suatu ‘perwatakan yang lebih keras’.

Dirakam dalam video

Walau bagaimana pun, dalam masa politik BN mungkin bersifat primitif dan ala-Dunia Ke-3, namun teknologi dan kepintaran golongan pengundi-pengundi muda Melayu dilihat sebagai lebih canggih dan maju.

Seperti amaran-amaran yang telah kami keluarkan, pengundi-pengundi muda ini telah keluar untuk merakamkan dan mencatatkan sebarang insiden penipuan yang dilakukan dan Perdana Menteri Berjenayah itu dan tidak akan menikmati mandat pilihanraya yang dimenangi secara adil, seperti mana ditunjukkan pada penampilan-penampilannya di hadapan penontonnya menjelang pilihanraya itu.

Ya – kami akan menyokong BN

Kami tetap akan memetik dan menuliskan entri-entri blog bersempena media-media pilihanraya yang lain mengemukakan bukti-bukti di media-media baru dan negara bersedia untuk membuatkan bantahan mereka didengar pada Bersih 4 Rabu ini.
Kumpulan-kumpulan NGO bebas telah bersatu dan berpakat menunjukkan kemarahan mereka pada salahguna kuasa BN mengawal SPR, pasukan polis dan tentera dan juga ekonomi negara untuk mendapatkan suatu keputusan seperti yang mereka kehendaki walaupun kehadiran para pengundi adalah tinggi.

Majoriti-majoriti yang besar memihak pada pembangkang walaupun dikira beberapa kali telah secara tiba-tiba bertukar menjadi kekalahan yang tipis dan pasukan-pasukan polis juga dilihat mengiringi peti-peti undi yang tiba lewat!

Bersih dan Pemantau memberikan keputusan mereka berkenaan penipuan pilihanraya yang meluas dan amat ketara.

Perkara-perkara ini mengatasi beberapa buah bas yang diiringi oleh polis untuk mengangkut pengundi-pengundi yang meragukan, senarai nama pengundi yang meragukan yang mana pihak SPR telah enggan membersihkannya, dakwat kekal yang mudah dibersihkan dan keseluruhan media telah dijadikan tukang sorak BN dan bukannya sebagai pemberi maklumat bertanggungjawab seperti yang seharusnya mereka lakukan.

BN telah mendakwa mereka beroleh ‘kemenangan’ pada pilihanraya ini, namun mereka tidak berjaya meyakinkan sesiapa dalam negara mahupun di luar negara. Teruskan dengan menghantar bukti-bukti kepada kami!

Sudah tiba masanya untuk menunjukkan kekecewaan.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments