Radio Free Sarawak Memenangi Anugerah Tertinggi Media Antarabangsa!

Mendengar!

Pada hari ini bersempena Hari Kebebasan Media Sedunia kami dengan bangganya, mengumumkan bahawa rakan-rakan kami di Radio Free Sarawak telah memenangi salah sebuah anugerah media antarabangsa yang paling berprestij!

Institut Media Antarabangsa (IPI) itu, yang terdiri dari pengarang, penyunting dan eksekutif media yang terulung di dunia, telah sebulat suara memilih Radio Free Sarawak sebagai penerima Anugerah Pelopor Media Bebas bagi tahun ini.

Ianya merupakan berita yang amat baik untuk dibawa kepada komuniti pendengar-pendengar setia kami di pedalaman Sarawak bahawa masyarakat seluruh dunia kini sedang mengikuti perkembangan-perkembangan yang diudarakan oleh stesen radio itu yang dikhaskan untuk menyokong mereka dan mendedahkan segala masalah-masalah hidup mereka!

Sarawak Report juga ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan rasa syukur kepada pasukan kecil golongan penerbit dan DJ-DJ dalam RFS, yang telah mengorbankan hidup seharian dan juga keselamatan mereka untuk bekerja dalam persembunyian selama berjam-jam sejak dua setengah tahun untuk menyiarkan rancangan-rancangan dalam bahasa Iban dan Melayu setiap hari kepada para penonton kami yang bertambah di samping pendengar-pendengar setia kami.

Sebuah radio namun ramai pendengar! Rumah-rumah panjang merupakan komuniti pendengar yang paling sesuai.

Pengoperasiannya adalah kombinasi bakat dan sumbangan-sumbangan bersemangat tinggi dari para pendengar dari Sarawak, namun sifat kedudukan terpencil masyarakat-masyarakat itulah yang menjadikan Radio Free Sarawak amat istimewa bagi para pendengarnya.

Walaupun kualiti penerimaan siarannya agak kurang baik pada mula ianya ditubuhkan yang disebabkan oleh keadaan-keadaan atmosfera dan kini disebabkan oleh perbuatan khianat pihak-pihak tertentu untuk menyekat suara kecil kami di musim pilihanraya umum, para pendengarnya tetap setia dan laporan-laporan menunjukkan bahawa bilangan pendengar itu kian bertambah dari hari ke hari.

Waktu makan boleh dikemudiankan!

Baru-baru ini RFS telah menyusun semula masa siaran dua jam setiap petang dari 6 hingga 7 petang berikutan permintaan orang-orang kampong bahawa ianya agak sukar bagi mereka untuk bergegas pulang dari huma atau sawah untuk mengikuti siaran tepat pada masa setiap hari!
Kami juga terpaksa mengubah frekuensi kami untuk mengelak godaman pihak-pihak tertentu dan para pendengar kami kini sudah dapat mengikuti kami semula, agar kami dapat ke udara sepanjang masa di musim pilihanraya ini.

RFS terhutang budi pada sumbangan kumpulan staf yang amat penyabar yang membantu kita melalui cabaran-cabaran yang luar biasa di perbadanan penyiaran WRN di UK.

Beberapa hari yang lalu gerombolan penggodam telah melancarkan serangan mereka sebagaimana yang telah dapat dikesan oleh WRN, termasuk menggunakan taktik-taktik tempatan mahupun antara bangsa, menjadikan agak sukar untuk kita ke udara buat beberapa ketika. Namun, pasukan kecil kami mampu juga beroperasi seperti biasa akhirnya.

Serangan cyber

RFS telah menggalakkan orang ramai untuk meluahkan apa yang membelengu hidup mereka.

Dan sememangnya Radio Free Sarawak dan stesen kembarnya Radio Free Malaysia (yang beroperasi pada musim pilihanraya) mengalami serangan cyber ke atas laman-laman mereka, seperti juga yang dihadapi oleh Sarawak Report beberapa minggu yang lalu.

Satu contoh serangan ‘DDOS’ yang dihadapi, berjumlah 130 juta kunjungan dalam masa 3 ½ jam, telah melumpuhkan ketiga-tiga laman itu selama tujuh hari.

Namun, penduduk-penduduk kampung tetap tidak berganjak dari memberikan sokongan mereka terhadap projek kecil kami ini. Berbekalkan telefon bimbit, para pendengar dikatakan memaksa diri mereka untuk berjalan beberapa jam untuk tiba ti tempat penerimaan capaian telefon untuk memanggil RFS bagi berkongsi masalah mereka dengan kami.

Mereka kemudiannya telah dapat mendengar sumbangan mereka sendiri dan respon-respon dari masyarakat yang lain di rumah menerusi radio, biasanya di rumah-rumah panjang yang terpencil dan jarang dikunjungi tetamu.
Radio-radio gelombang pendek telah dibeli dengan banyaknya di kedai-kedai tempatan dan ada yang diagih-agihkan oleh penderma-penderma dan petugas-petugas kempen dan juga kumpulan-kumpulan NGO.

Komen-komen daripada para pendengar kami menyebut, antara lainnya “RFS telah membuka mata dan minda kami”, “RFS telah memberi kami suatu harapan baru”, “Di manakah RFS malam ini? Kami rindu!”

Staf dan petugas terpaksa menyembunyikan identiti mereka untuk mengelakkan penganiayaan dan tuduhan ‘menghasut’

Dan buat kali pertamanya orang-orang yang telah lama menyepi setelah diancam dan dianiaya oleh samseng-samseng upahan syarikat pembalakan kini mulai yakin dan berani untuk berkongsi masalah mereka dengan kami.

Meracuni minda dan fikiran rakyat!

Namun, nampaknya dengan kedudukan RFS yang menjadi semakin popular di kalangan pendengar-pendengar tempatan, maka kerajaan BN Sarawak pimpinan Taib Mahmud menjadi semakin tidak popular, termasuk pihak-pihak kerajaan persekutuan di Malaysia.

Mereka sudah tidak mampu menerima kritikan-kritikan yang berkisar pada kesan-kesan pembalakan dan perladangan kelapa sawit dan juga perampasan tanah-tanah NCR.

Ramai dari kalangan ahli-ahli politik BN menjadi tersinggung apabila RFS mendedahkan mengenai bahaya inisiatif ‘perimeter survey’ yang dipromosikan oleh kerajaan negeri secara meluas.

Inisiatif itu mendakwa bahawa ia menawarkan masyarakat tempatan dengan geran-geran tanah yang telah lama dinanti-nanti oleh mereka berkenaan tanah-tanah adat peninggalan nenek-moyang mereka, tetapi hakikatnya inisiatif itu digunakan oleh kerajaan untuk merampas kesemua hak kecuali sebahagian kecil kawasan tanah yang telah diikhtiraf terlebih dahulu.

Banyak komuniti telah mula sedar pada amaran-amaran dan enggan menerima inisiatif ‘perimeter survey’ itu!
Kesan dari hebahan yang dibuat oleh RFS itu maka tercetus ancaman-ancaman dan laporan-laporan polis bermotif politik. Menteri-menteri seperti ‘Menteri Pembangunan Tanah Sarawak’, James Jemut Masing telah menjadi teramat marah.

Sebuah radio yang membawa berita mengenai perkembangan dalam kes mereka untuk kaum Penan yang mendirikan bloked bagi mempertahankan hak kemanusiaan untuk diberi perhatian berkenaan Empangan Murum pada tahun lepas.

Radio Free Sarawak telah dituduh sebagai “haram” dan sebuah “stesen lanun”, dikendalikan tanpa lesen daripada kerajaan.
Namun, kami telah menunjukkan bahawa RFS dikendalikan secara sah di sisi undang-undang di UK, dan bahawa para penggodam itulah yang telah melanggari protokol-protokol antarabangsa.

RFS telah mewujudkan sebuah suara bebas di Sarawak apabila semua media ‘berlesen’ dimiliki oleh Taib sekeluarga atau kroni-kroni pembalakannya.

Hakikat ini tidak menghalang kebanjiran tuduhan-tuduhan bahawa RFS telah ‘meracuni pemikiran’ rakyat untuk menentang kerajaan.

Jawapan kami, bahawa kami hanya memaklumkan orang ramai mengenai hak-hak mereka dan mereka pula berminat untuk mendengar!

Perhatian dari masyarakat antarabangsa

Peminat motosikal Syed Ahmad menunjukkan sokongan terhadap RFS!

Dan di samping berjuang untuk mendapatkan perhatian pendengar-pendengar Sarawak, RFS juga telah berjaya penarik perhatian masyarakat dunia mengenai masalah yang melanda mereka.

Dengan bertambahnya bilangan stesen TV antarabangsa, laporan-laporan akhbar dan radio telah menunjukkan minta pada RFS, khasnya mengenai masalah dari pembalakan, kelapa sawit dan rasuah yang mengancam para pendengar kami.

RFS telah mendapat tempat dalam Al Jazeera, BBC dan Dateline Australia dan juga artikel-artikel dalam pelbagai laman blog.

Kami berharap agar masyarakat dunia akan terus mengikuti kami dan memberikan perhatian pada orang-orang pribumi Sarawak yang suatu masa dahulu tinggal terpencil di pedalaman Sarawak dan perjuangan mereka kini tidak akan diabaikan begitu sahaja.

RFS akan menerima anugerah itu pada akhir bulan ini di Aman di Jordan. IPI telah ditubuhkan di New York dalam tahun1950 dan merupakan sebuah pertubuhan pembela kebebasan media tertua di dunia, kini beribupejabat di Vienna.

Semasa mengumumkan anugerah itu hari ini Timbalan Pengarah IPI, Anthony Mills menjelas:

“Dibelenggu komitmen untuk mencari dan melaporkan berita, walaupun terpaksa menempuh kesukaran, yang menjurus kita untuk membuat keputusan memberi penghormatan kepada Radio Free Sarawak sebagai penerima anugerah Pelopor Media Bebas IPI bagi tahun 2013. Kami ingin mengucapkan tahniah pada kerja keras mereka untuk menawarkan pendengar-pendengar mereka dengan suara-suara yang jujur dan adil di Sarawak, Malaysia.”

Sekali lagi, syabas dan tahniah pada pasukan RFS dan juga para pendengar kami ti rumah-rumah panjang dan kampung-kampung!

Sila baca artikel lanjut mengenai anugerah itu di laman web rasmi IPI.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments