Taib Mendapatkan Kontrak SCORE Yang Terkini!

Bagaimana Taib sering digambarkan oleh kaum blogger – sebagai seekor Gollum tamak

Sikap tamak haloba telah menguasai Ketua Menteri dengan menjadikannya lupa bahawa dia sering mendapatkan apa saja secara konsisten dari Sarawak.
Ragutan yang dilakukannya secara ketara telah diumumkan semalam dengan pemberian sebuah projek ke-4 terbesar dalam pelan induk pembangunan SCORE di negeri itu.

Projek gergasi SCORE itu melibatkan pembanjiran kawasan yang amat luas di Sarawak bagi membekalkan tenaga elektrik hidro ke kilang-kilang. Ketua Menteri itu mempastikan bahawa kebanyakan kegiatan dalam kawasan SCORE itu haruslah dimonopoli oleh perniagaannya sahaja.

Anak perempuannya Hanifah mendapat hadiah yang terkini

Menurut berita semalam syarikat usahasama Iwatani-SIG akan meneruskan rancangan membina kilang untuk membekalkan gas cecair kepada pelanggan-pelanggan di Sarawak, Sabah dan Brunei, berdasarkan ‘Zon Perindustrian’ baru yang dicadangkan Taib untuk kawasan Samalaju.

Akhbar-akhbar itu menjelaskan bahawa “Iwatani-SIG merupakan usahasama 60:40 antara Iwatani Industrial Gas Pte Ltd yang beribupejabat di Jepun dan Southern Industrial Gas Sdn Bhd, sebuah anak syarikat berpemilikan penuh SIG Gases”.

Namun, mereka telah gagal menyebut berkenaan konsortium di pihak Malaysia yang sebahagiannya dimiliki oleh anak perempuan Taib, Hanifah Binti Taib.

Perniagaan usahasama Sarawak yang tipikal – 60% diusahakan oleh pembekal utama manakala 40% lagi kepada sebuah syarikat Taib

Sebenarnya Iwatani-SIG adalah sebuah syarikat usahasama ala-Sarawak yang klasik, yang terdiri daripada 60% diusahakan oleh pembekal utama dan 40% oleh syarikat milik keluarga Taib, tanpa penglibatan seperti ini maka tiada lesen akan diberikan.
Suatu masa dahulu Taib pernah mewujudkan usahasama yang seumpama itu antara CMS dan Rio Tinto Alcan di Samalaju (sebelum ini kita mendedahkan mengenai urusniaga berasuah yang memalukan dan kemudian kilang multi-jutaan Australia itu akhirnya menarik diri).

Turut terlibat dalam projek itu dahulu adalah pembinaan kilang memproses manganese milik OM Holdings yang telah menyerahkan sebahagian besar saham-saham mereka kepada CMS dan juga melibatkan sebuah syarikat binaan milik Taib, KKB Builders, untuk melaksanakan kebanyakan kerja-kerja pembinaan di tapak itu.

Mengajak suaminya untuk menguruskan asetnya yang bernilai tinggi

Saham-saham

Penglibatan Hanifah dalam projek SIG itu adalah sesuatu yang boleh dijangkakan. Suaminya Ahmad Alsree Alwee merupakan salah seorang dari pengarah-pengarahnya dan dia sendiri sebagai pemegang saham yang terbesar!

‘Syarikat awam’ ala-Malaysia. Lebih dari separuh dimiliki oleh Pengarah Urusan dan sepertiga pula dimiliki oleh anak perempuan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud (bersama suaminya yang turut menganggotai lembaga pengarah).

Hanifah bukan sahaja memiliki sebahagian besar saham-saham di bawah namanya, namun dia merupakan pemilik kepada separuh dari saham-saham dalam sebuah syarikat yang bernama Phoenix SIG Holding Sdn Bhd.

Seperti saudaranya, Jamilah Taib, Hanifah juga gembira dengan pemilikan saham-saham utama dalam pelbagai syarikat di Sarawak, termasuk seperempat dari CMS (konglomerat terbesar di Sarawak) dan akhbar harian Sarawak Tribune.
Suami Hanifah juga diberikan kedudukan penting dalam Lembaga Pengarah dalam CMS.

Hantu Gollum? 


Phoenix – separuh saham-saham dalam syarikat dipegang oleh Pengarah Urusan dan separuh lagi oleh anak perempuan Ketua Menteri. Beginilah cara perniagaan mendapatkan kontrak-kontrak di Sarawak

Hantu Gollum adalah terlalu obsess dengan emas dan itulah yang telah menjatuhkannya

Taib kini mendapati sukar untuk meyakinkan sesiapa bahawa tenaga penggerak di sebalik rancangan-rancangan gilanya untuk menenggelamkan sebahagian luas bumi Sarawak dengan projek-projek empangan dan mengubah hutan hujan paling berharga di dunia menjadi sebuah taman perindustrian adalah impian dan asalannya untuk ‘membawa pembangunan kepada rakyatnya’.

Tambahan pula rakyat Sarawak akan menyaksikan bilangan pekerja tempatan yang akan diambil nanti adalah amat rendah.

Suatu ketika dahulu Taib telah pergi ke India untuk ‘melamar’ tenaga kerja untuk melaksanakan projek-projek berskala besar di kawasan SCORE.

Apakah faedahnya pada orang-orang tempatan, sebaliknya mereka dilanda masalah pencemaran, masalah banjir dan kehilangan tanah-tanah akibat pembukaan kawasan industri-industri SCORE itu.
Ketua Menteri Sarawak itu seringkali digambarkan oleh golongan blogger sebagai seekor hantu Gollum. Watak tersebut adalah suatu watak berlegenda dalam filem Lord of The Rings, yang menjadi terlalu obsess dengan kekayaannya dan termusnah oleh sifat tamaknya sendiri.

Siapa yang harus dia salahkan melainkan dirinya sendiri?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments