Terkandas Di Lapangan Terbang!

Penerbangan yang dicatar atas Air Asia yang mesra BN dari KK dan Kuching – sarat dengan pekerja-pekerja ladang Indonesia …

Terkandas di lapangan terbang merupakan apa yang terjadi pada pilihanraya Malaysia kini.
Penerbangan-penerbangan rahsia turut diketahui berisi penuh dengan wang tunai.
Dalam pada itu pesawat-pesawat yang sarat dengan penumpang warga asing dilihat tiba, disyaki digunakan sebagai pengundi hantu untuk BN.

Tikus-tikus kian meninggalkan kapal yang tenggelam, sementara PM terus berusaha untuk memenangi pilihanraya menggunakan “apa saja kos yang ada”.

Pada hari ini Najib Razak telah didapati cuba membawa masuk puluhan ribu pekerja asing ke KL bertujuan mempengaruhi pilihanraya menggunakan undi haram!

Sumber dalaman dari syarikat-syarikat penerbangan Air Asia dan Malaysian Airlines telah membocorkan emel-emel yang mendedahkan keseluruhan operasi menggunakan kedua-dua set emel-emel yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak secara peribadinya melakukan penyelewengan!

Semasa ahli-ahli UMNO pimpinannya telah mula meninggalkan parti itu secara senyap-senyap bolehkah PM hidup dengan pendedahan ini?

Tikus-tikus meninggalkan kapal yang kian tenggelam

Orang-orang kaya Malaysia didapati membawa keluar wang mereka menggunakan apa jua cara sekalipun. Kerani-kerani bank mengatakan mereka tidak pernah bekerja sesibuk ini, sementara seorang saksi mendakwa mendengar cerita daripada seorang kru penerbangan yang ditemuinya semalam:

“sebuah jet peribadi meninggalkan Subang, dipenuhi koleksi beg-beg mewah dan sebuah guni berisi wang US dianggarkan berjumlah RM2.5 billion. Beg-beg itu diturunkan oleh beberapa lelaki berpakaian suit yang memandu sepasang kereta Mercedes berplat-nombor 11”.

‘Kita harus mengangkut 30,000 penumpang ini dalam masa 3 hari’ Malaysia Airlines perlu melapor balik kepada PM dengan segera!

Sementara itu, penerbangan-penerbangan itu dikhaskan untuk mengangkut orang-orang tertentu ke suatu arah, KL, untuk dijadikan sebagai pengundi ‘hantu’.

Nampaknya Najib melakukan penipuan itu terang-terang dengan membawa pekerja-pekerja ladang warga asing untuk mengundi BN menggunakan pesawat 747 untuk mengangkut lebih dari 40,000 warga Indonesia dari Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu.

Kini sudah tersebar banyak bukti bergambar-foto dan juga dalam bentuk teks dan maklumat-maklumat penerbangan di laman-laman web. Bagaimana pula dengan emel-emel yang memohon maklumat mengenai penerbangan-penerbangan daripada syarikat Air Asia (pada hujung bulan selama 3 – 5 hari) secepat mungkin kerana pegawai eksekutif yang relevan itu harus melapor kepada PM secepat mungkin?

Malaysian Airlines – ‘Dijadualkan untuk membawa para pengundi dan petugas-petugas SPR’ dari Kuching ke KL

Dan bukti-bukti yang terdapat dalam emel itu (sila teliti bukti lengkap menerusi pautan di bawah laman ini) merujuk kepada PM sendiri!

‘Kita harus menggerakkan 30,000 orang dalam masa 3 hari ini’ – PM ingin tahu perjalanan rancangan yang telah diatur

Beritahu saya mengenai keadaan penerbangan pada pagi esok kerana saya akan berjumpa PM pada tengah harinya!!!

Seseorang akan tertanya-tanya bagaimana BN yang mendakwa diri mereka sebagai berpegang pada ‘kestabilan’ apabila mereka melakukan perbuatan yang provokatif untuk mengangkut masuk pekerja asing ke stesen-stesen mengundi di Selangor pada hari Ahad ini?

Pesawat-pesawat yang dicatar tiba sebelum hari pengundian dan berlepas sebaik sahaja pengundian tamat! Adakah ini yang BN maksudkan dengan ‘merampas balik Selangor menggunakan apa jua cara sekalipun’?

Dan bagaimana pula kedua-dua ketua penyangak BN Malaysia Timur, Ketua Menteri Taib Mahmud dan Musa Aman telah secara tipikal bekerjasama dalam kegiatan berskandal ini.

Menurut sumber-sumber dalaman yang menyaksikan penerbangan bercatar telah mula membawa pekerja-pekerja ladang yang dengan ketaranya kelihatan terpinga-pinga, disuruh melakukan apa yang harus mereka lakukan

Kedua-dua ketua menteri itu yang telah banyak kali didedahkan kerana terbabit dengan rasuah berbillion-billion ringgit. Mereka juga merasa hampir putus asa dan terdesak untuk menyelamatkan Najib dan melindunginya selama mana mereka mampu mempertahankan kerusi-kerusi mereka untuk membolehkannya terus berkuasa.
40,000 pekerja-pekerja ladang diterbangkan pada hujung minggu di Selangor? Kenapa tidak?

Projek IC Sabah adalah perbandingan yang nyata. Kemudian UMNO telah ‘menghalalkan’ pendatang asing mencuri negeri Malaysia Timur itu dari pengundi-pengundi tempatan.
Kini mereka menghantar pekerja-pekerja asing ini ke Semenanjung Malaysia untuk mencuri negeri-negeri mereka juga!

Kru penerbangan Malaysia yang berbual-bual dengan para pemberita di lapangan terbang Heathrow mendapati maklumat ini pada pagi Selasa yang lalu:

“Berada di Heathrow pada hari Selasa dan bertemu beberapa orang kru senior. Mereka mendakwa Najib menggunkan pesawat-pesawat lama 747 untuk menerbangkan warga asing dari Kuching dan KK … ada banyak penerbangan yang serupa dilaksanakan beberapa minggu yang lalu” [pemberita di UK]

Air Asia, yang bersekongkol dengan pemerintah di Malaysia, harus tampil ke hadapan dan menjelaskan setiap penerbangan – dan peranan PM melaksanakannya

Pada hari ini Anwar Ibrahim mengumumkan dia kini mempunyai banyak bukti mengenai penerbangan-penerbangan sedemikian … sila teliti bukti-bukti mengenai apa yang sedang dilakukan berikut.

Pergilah ke lapangan terbang dan ambil gambar mengenai kegiatan yang mencemar maruah bangsa ini!

Mengupah warga Bangladesh untuk mengundi BN 

Mempromosikan BN, tapi adakah dia ini orang Melayu?

Kini BN sudah kehabisan sumber minyak, kayu balak dan penyelesaian pada semua masalahnya setelah berkuasa selama lebih 50 tahun yang berpegang pada konsep “jika anda inginkan sesuatu, belilah sendiri”.
Kecemerlangan rejim yang tercatat dalam, kononnya, ‘rekod pengurusan ekonomi yang baik’, yang sebenarnya tiada apa-apa, sebaliknya mengenai pembaziran sumber-sumber negara tanpa memikirkan masa depan generasi berikutnya.

Dan pada pilihanraya ini, nampaknya mereka menghadapi kesukaran untuk membeli sokongan kaum Melayu untuk parti mereka itu, mereka kini mulai mengupah tukang sorak warga asing untuk mengenakan baju-baju T dan mengibar-ngibarkan bendera mereka.

Maklumat-maklumat mengenai pengaliran wang ke luar negara secara haram yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang tamak sebagaimana yang sering ditimbulkan oleh Sarawak Report.

Dengan mengamalkan pepatah yang mengatakan ‘ikutlah kemana wang anda membawa anda’ menyaksikan beberapa tokoh-tokoh UMNO mengandaikan apa yang akan berlaku selepas pilihanraya umum Malaysia kali ini. Seperti yang dikatakan oleh seorang warga Malaysia kepada agen hartanah di London menjelang Kristmas yang lalu:
“Saya akan membeli mana-mana hartanah di London. Saya harus membawa wang saya keluar dari negeri saya kerana Malaysia akan mengadakan pilihanraya umum tidak lama lagi dan kerajaan yang baru mungkin lebih tegas mengenai pembawaan keluar wang seperti ini!”
Namun, dalam masa orang-orang kanan BN mula menjadi kelam-kabut, terdapat seorang yang yakin bahawa partinya akan menang kali ini dan orang itu adalah PM Najib Razak, di mana bongkaknya berdasar kejayaan yang diandaikannya.

Siapa yang boleh memarahi orang-orang ini jika mereka diarahkan oleh bos-bos mereka untuk mengibar-ngibar bendera demi mendapatkan upah yang kecil?

Tindak-tanduk Najib sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan mereka sanggup melakukan apa yang tidak baik berbanding taktik jahatnya untuk menang pilihanraya “menggunakan apa saja”.

[Kenyataan akhbar daripada Anwar Ibrahim mengenai pengangkutan pengundi hantu ke KL

Untuk bukti-bukti lanjut dari PKR mengenai kegiatan mengangkut warga asing ke KL untuk dijadikan pengundi hantu, sila klik di sini dan di sini]

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments