Bagaimana BN Menipu Semasa Pilihanraya Di Baram

Bagaimana BN Menipu Semasa Pilihanraya Di Baram

Stesen-stesen pembuangan undi yang diketahui dikunjung lebih banyak penyokong pembangkang telah ditutup pada pertengahan pagi di seluruh Baram sempena pilihanraya persekutuan yang lalu, sebagaimana didedahkan, tanpa mempedulikan barisan panjang pengundi-pengundi yang sudah naik marah kerana tidak berpeluang mengundi pada hari itu.

Ini merupakan salah satu kaedah bagaimana pegawai-pegawai pilihanraya telah mendapatkan majoriti tipis untuk BN bagi kawasan itu yang telah disumbangkan oleh ribuan penduduk pribumi yang kecewa dengan pemusnahan alam sekitar dan kediaman mereka untuk memberi laluan pada pembinaan Empangan Baram yang dirancangkan itu.
Penutupan awal stesen-stesen pengundian itu memang disengajakan. Taib Mahmud, berasal dari kumpulan Muslim etnik minoriti, tahu benar bahawa orang-orang pribumi Kristian itu harus pergi bersembahyang terlebih dahulu sebelum mereka keluar mengundi pada hari berkenaan.

Selepas bersembahyang, ribuan penduduk pribumi bergegas ke stesen-stesen pengundian walaupun mereka terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk sampai di sana menunaikan tanggungjawab mereka itu.

Apa yang mereka dan calon-calon pembangkang tidak diberitahu adalah mengenai arahan rahsia telah dikeluarkan untuk menutup stesen-stesen pengundian seawal 11 pagi itu. Kenyataan-kenyataan itu telah diletakkan di dalam stesen-stesen itu untuk tatapan pegawai-pengawa pilihanraya sahaja!

Dalam beberapa kes para pengundi telah diberitahu oleh pegawai-pegawai pilihanraya bahawa stesen-stesen akan ditutup pada 10.30 pagi itu dan tiada pengundian akan dibenarkan.

Berbanding dengan stesen-stesen pengundian lain di seluruh Malaysia pada hari itu, stesen-stesen ditutup pada pukul 5 petang terutamanya stesen-stesen di kawasan bandar.

Petisyen pilihanraya yang telah difailkan oleh calon pembangkang PR, Roland Engan, yang kalah tipis 194 undi (kekalahan paling kecil di seluruh Malaysia), mengatakan bahawa ramai orang telah dinafikan peluang mengundi disebabkan kaedah ini dan mereka mungkin mengundi menentang kerajaan.

Butir-butir yang lebih terperinci telah dimuatkan ke dalam petisyen rasmi untuk membatalkan keputusan pilihanraya Baram itu.

‘Mandat berdemokrasi’ Taib

Butir-butir dalam petisyen pilihanraya Baram, yang akan didengar pada 1hb Ogos akan datang, telah mendedahkan penipuan yang direka oleh Taib bagi mengekalkan apa kononnya kepercayaan rakyat secara demokrasi.

Hanya beberapa hari kemudian, Ketua Menteri itu telah secara sombongnya memberitahu para perwakilan Persidangan Pengeluar Tenaga Hidro Antarabangsa di BCCK Kuching bahawa ini adalah hasil undi kepercayaan dari Baram pada rancangan pembinaan empangan yang berkontroversi itu yang bakal menenggelamkan ratusan-ribu kediaman penduduk pribumi di hutan-hutan Baram itu.

Sebenarnya si tua Bangka itu yang kini meraikan ulangtahun ke-50-nya ‘dipilih’ ke jawatan itu pada awal bulan ini, telah melakukan sedaya upayanya untuk menyelamatkan rancangan SCORE cetusan mindanya sendiri di hadapan para tetamu yang berprofil tinggi dari luar negara.

Dan kaedah-kaedah penipuan yang dilakukannya di Baram itu mencerminkan bagaimana penipuan dilakukannya di seluruh Sarawak, di mana pihak pembangkang tidak dapat mengumpulkan segala sumber untuk menentang keputusan-keputusan pilihanraya Mei itu.

Taktik-taktik lama – BN didedahkan memberikan rasuah kepada bakal pengundi mereka di Kuala Besut. Di kawasan Baram seorang pengundi dibayar RM100, menurut petisyen pilihanraya itu.

Katalog taktik-taktik kotor

Petisyen Pilihanraya Baram seharusnya dijadikan bahan kajian bagi sesiapa yang ingin berniaga dengan Sarawak berdasarkan Taib yang mewakili demokrasi yang sah.

Dalam pada itu kerajaan BN Malaysia yang sangat bergantung pada Sarawak sebagai ‘simpanan tetap’ pimpinan Taib untuk terus berkuasa, walaupun mereka mendapat peratusan undi yang kurang berbanding pakatan pembangkang.

Petisyen itu menyenaraikan taktik-taktik kotor yang sudah biasa dan lali pada sesiapa yang pernah menghadapi jentera pilihanraya BN. Ini termasuk penggunaan secara berleluasa wang rasuah tunai pada masyarakat kampung yang sememangnya miskin terima kasih pada dasar menafikan hak mengundi yang diamalkan oleh Taib Mahmud.
Walaupun mereka miskin ramai di kalangan orang kampung telah menolak pemberian wang rasuah ini, menurut isi kandungan petisyen itu, kerana mereka sudah bersedia dan komited untuk menolak rancangan Taib untuk membina empangan gergasi di kawasan mereka.

Di beberapa tempat terdapat beberapa masalah timbul pada hari pengundian seperti yang dialami oleh pihak pembangkang. Pihak agen-agen pilihanraya pembangkang telah dinafikan hak mereka untuk menyemak dan mengesahkan kesemua Borang 14 mereka, yang digunakan untuk merekodkan keputusan-keputusan dari stesen-stesen pengundian tempatan sebelum dihantar ke pusat penjumlahan undi.

Calon pembangkang Roland Engan telah berkempen berlandaskan anti-empangan yang popular di Baram.

Ini bermakna di beberapa kawasan angka mungkin telah dimanipulasi untuk memuaskan agenda pegawai-pegawai pilihanraya, yang mempastikan ‘bos-bos’ BN mereka akan menang.

Terdapat juga aduan yang mengatakan wujud penipuan pada undi pos dan pengundian awal. Bekas-bekas kertas undi tidak ditutup dengan sempurna atau dikawal dalam masa sebelum hari pengundian, walaupun telah dituntut oleh pihak pembangkang.

Dan pada hari penjumlahan undi, undi-undi pos dan undi-undi awal itu telah dikira pada jam 2 petang tanpa kehadiran agen-agen pengundian pihak pembangkang dan juga bukannya pada masa rasmi jam 5 petang di pusat penjumlahan undi!

Walaupun calon pembangkang Roland Engan mendapat tentangan hebat di awal pengiraan undi dan beliau dilihat mendahului BN. Hanya selepas perbalahan dan penjumlahan semula dilakukan oleh pegawai-pegawai pilihanraya yang berpihak kepada Taib maka ‘kemenangan’ akhirnya diraih oleh BN.

Umum kini menunggu keputusan mahkamah sama ada untuk membuktikan bahawa ianya bebas dan berkecuali untuk membatalkan keputusan pilihanraya Mei itu yang dicemari oleh penipuan dan rasuah. Namun, ianya merupakan suatu permulaan.

Pilihanraya Kecil di Kuala Besut pada minggu ini mencerminkan bagaimana BN dijangka dapat mengendalikan perkara yang sama pada keadaan-keadaan yang serupa. Beratus-ratus juta ringgit nilai projek-projek akan ditawarkan kepada orang-orang tempatan.

Dapatkah orang-orang Baram menyedari bahawa ‘kekayaan’ yang ditawarkan kepada mereka itu tidak dapat menandingi kemewahan hasil dari kayu balak dan tanah yang telah dan yang akan dirampas oleh Taib Mahmud dan para kroninya?

Masa depan mereka dengan nilai RM100? Masyarakat pribumi Baram yang terancam telah menunjukkan bantahan mereka pada rancangan-rancangan BN.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments