19 Sep 2013

Bagaimana Pemimpin Baitulmal Mencerobohi Dana Islam Sarawak – LAPORAN EKSLUSIF!

This post is also available in: English, Iban

16 Sep 2013

Meneliti bangunan Baitulmal yang dibina dengan nilai berates juta ringgit. Dana di dalamnya khas untuk membantu golongan yang miskin

Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam Sarawak, Daud Abdul Rahman, mempengerusikan kesemua wang yang dikutip dan diedarkan kepada kaum Muslim di seluruh negeri, menerusi peranannya sebagai Pengerusi Lembaga Baitulmal Sarawak.

Dana ini merangkumi hasil kutipan Zakat wajib, yang dikutip dari penaganut Islam yang ikhlas beramal untuk membantu golongan yang miskin.

Namun, hampir keseluruhan wang itu kini telah diselewengkan kepada projek-projek bangunan komersil utama dan kami dapat menunjukkan bahawa Daud telah mendapatkan jutaan ringgit dari dana ini dengan cara menyalurkannya menerusi projek-projek gergasi pada syarikat miliknya sendiri, Eastbourne Corporation Bhd.

Adakah seorang pemimpin dana Islam itu telah menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan berjuta-juta ringgit yang dikutip khasnya untuk membantu golongan yang miskin?

Menurut bukti yang kami perolehi kami ingin mencabar Daud untuk menjelaskan bagaimana mudah baginya untuk menyerahkan kontrak-kontrak utama menerusi syarikat miliknya?

Dengan keizinan dari Taib Mahmud, cukai-cukai ke atas orang-orang Islam kini dikuatkuasakan ke atas orang Islam oleh Kerajaan Negeri Sarawak secara undang-undang dan amaunnya amatlah besar.

Namun, kini terdapat kerisauan pada pengurusan berahsia wang tersebut oleh Daud dan Lembaga Hal Ehwal Islam yang dinaunginya itu.

Parti pembangkang DAP telah bertanya kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) untuk mendedahkan laporan kewangan mereka, namun tidak menerima sebarang respons daripada TBS.

Bangunan Baitul Makmur di Kuching merupakan permulaan rancangan pembinaan yang dibiayai menggunakan wang Zakat

Terdapat kritikan-kritikan yang timbul dari keputusan-keputusan untuk membelanjakan wang kebajikan ini pada bangunan-bangunan komersil yang besar-besar, dan bukannya untuk membantu golongan yang amat memerlukan, ramai di kalangan mereka telah mengadu bahawa bantuan yang mereka terima telah dihentikan oleh Lembaga Baitulmal.

Daud sendiri telah memberitahu media bahawa dana itu tekah membelanjakan RM2 juta setahun untuk membantu golongan miskin, dengan menambah “setiap tahun, kami membelanjakan tidak kurang dari RM30 juta ke RM40 juta untuk membantu kumpulan sasar.”

Namun peranan utama untuk membantu golongan yang miskin sudah tidak penting lagi dengan peruntukan sebanyak beratus juta ringgit dikhaskan bagi pembinaan ‘Pusat-pusat Islam’, yang telah didirikan di Kuching, Miri dan Sibu.

Bangunan Baitulmal Kuching yang baru disiapkan pembinaannya itu bernilai RM90 juta dan mengandungi menara setinggi 17 tingkat dengan dua tingkat mengandungi ruang perniagaan untuk menempatkan 74 buah lot perniagaan.

Syarikat Naim Candera milik sepupu kepada Ketua Menteri yang juga selaku proksinya, telah dipilih Daud dan juga Lembaga Baitulmal sebagai kontraktor binaan projek yang akan dirasmikan pada hari Isnin 16 September ini.

Dengan mendapat kontrak sebesar ini, sepupu Taib, Hamed Sepawi yang mempengerusikan Naim Candera, kelihatan amat riang sekali

Projek lambing kebajikan atau semata-mata untuk perniagaan?

Projek-projek binaan yang lain bernilai RM100 juta juga turut dikomisyenkan oleh Lembaga Baitulmal di Sibu dan Miri.Namun, kini sudahpun terdapat projek yang lebih besar dilaksanakan di Kuching, bangunan Baitul Makmur II di Petra jaya, yang diumumkan dalam bulan Mei lalu, sebaik sahaja selesai PRU13 yang ‘dimenangi’ BN.

Baitul Makmur II direkaletak sebagai sebuah bangunan pejabat dan komersil 18 tingkat, yang dijangkakan akan menempatkan banyak kementerian apabila ianya siap dibina nanti.

Perkaitannya dengan keagamaan adalah kabur. Walau bagaimanapun, bank RHB telah mengesahkan dalam bulan Jun yang lalu bahawa mereka akan memperuntukkan sebuah ‘kemudahan kewangan Islam’ berjumlah RM300 juta untuk membantu membina ‘bangunan pejabat’ itu.

Dalam masa yang sama, menurut kajian kami, syarikat pembinaan Hock Seng Lee telah diumumkan sebagai juru-bina yang berjaya mendapat kontrak membina kompleks dengan nilai RM228 juta. Namun kontrak itu bukannya terbit dari Lembaga Baitulmal, tetapi sebaliknya, dari syarikat milik Daud sendiri, Eastbourne!

Kontrak diserahkan dari Eastbourne kepada HSL (dengan komisyen asalnya dikurangkan sebanyak RM25 juta)

Kajian yang dilakukan pada laman rasmi CIDB menjelaskan bahawa kontrak asal itu bukannya diberikan mepada HSL tetapi kepada Eastbourne Corporation Berhad pada harga RM253 juta sebaik sahaja selesai PRU pada 25 Mei lalu.

Pinjaman daripada RHB itu diumumkan sebulan selepas itu, iaitu pada 28 Jun, hari yang sama HSL mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Eastbourne untuk mengambil alih projek itu pada harga RM228 juta, iaitu RM25 juta kurang dari amaun asalnya yang dianugerahkan oleh lembaga Baitulmal.

Laman web rasmi CIDB merakamkan bahawa Daud dari Baitulmal memberikan syarikat miliknya sebuah projek gergasi bernilai RM253 juta, yang mana beberapa minggu kemudian diberikan pula kepada HSL pada nilai RM25 juta kurang dari harga permulaannya

Berdasarkan rekod-rekod awam itu, kami ingin mendapat penjelasan dari Menteri Hal Ehwal Islam Sarawak mengapakah Lembaga Baitulmal pimpinannya menganugerahkan projek gergasi itu kepada syarikatnya sendiri pada harga RM253 juta, yang kemudiannya diserahkan kepada sub-kontraktor HSL pada harga RM228 juta?

Apakah fungsi RM25 juta itu, yang telah diperolehi atas nama kebajikan yang diterima dari penyumbang-penyumbang yang ikhlas dan beramal?

Daud selaku orang kanan Taib yang diberi kepercayaan menguruskan kutipan kebajikan Islam dan juga projek-projek pembinaan, yang telah berkembang seiringan di Sarawak

Golongan penjawat awam yang beragama Islam adalah golongan yang amat risau, kerana mereka tahu bahawa gaji-gaji bulanan mereka telah ditetapkan untuk dipotong oleh pejabat pembayar gaji untuk dimasukkan sebagai Zakat, yang dikendalikan oleh Lembaga Baitulmal pimpinan Daud Abdul Rahman.

Sarawak Report telah mendedahkan syarikat Eastbourne milik Daud dalam konteks yang berlainan.

Menteri Hal Ehwal Islam ini juga berperanan mengendalikan Kementerian Pembangunan Infrastruktur, di mana dia berperanan mempengerusikan banyak kontrak kepada syarikat Eastbourne.

Dengan adanya Daud sebagai pembuat keputusan pada projek-projek infrastruktur, kami dapat mendedahkan bahawa Negeri Sarawak telah menganugerahkan Eastbourne Corporation kontrak-kontrak mencecah satu bilion ringgit!

Maka jelaslah pada kita bahawa pola dan corak yang kini sudah kelihatan. Kita dapat melihat seorang Menteri, yang tidak keberatan menggunakan kedudukannya untuk memasukkan peruntukan dari dana awam ke dalam perniagaan peribadinya.

Konflik kepentingan? – Pemegang saham utama dalam Eastbourne, bertindak selaku penerima kontral Baitulmal yang besar, adalah tidak lain dan tidak bukan Pengerusi Baitulmal sendiri, Daud Abdul Rahman

Ramai pihak tertanya-tanya sama ada ianya menjadi urusan badan kebajikan Islam untuk membelanjakan sejumlah wang yang banyak pada projek-projek pembinaan bangunan-bangunan komersil, akan mendapat jawapan pada motif sebenar syarikat-syarikat mewah ini berfungsi.

Lagipun kesemua kontrak Baitulmal telah diberikan menerusi syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan dengan pembuat keputusan.

Dalam sebuah lagi kes melibatkan pembinaan sebuah projek gergasi yang disokong oleh Lembaga Baitulmal pimpinan Daud dan juga Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Sarawak di Batu Lintang. Sekali lagi projek ini menguntungkan keluarga politik bosnya, syarikat Naim Candera.

Bekas kawasan yang menempatkan rumah-rumah pegawai kerajaan suatu ketika dahulu kini telah dijadikan sebuah pasaraya yang besar, 70% darinya dimiliki oleh Naim Candera.

Kontraktor Hock Seng Lee (HSL) juga turut berkedudukan kukuh sebagai syarikat klien yang utama kepada keluarga Taib, sebagai penerima banyak kontrak bagi projek yang disalurkan menerusi kendalian ahli-ahli keluarga Ketua Menteri.

Dengan Idris Buang yang memgang jawatan pengerusi dalam HSL maka perkaitan politik dengan Taib telah memperkukuhkan lagi pelaburan mereka dengan menerima lebih banyak projek di sebuah negeri berasuah seperti Sarawak.

Sebuah lagi syarikat kroni – Pengerusi Lembaga Pengarah dalam HSL, Idris Buang merupakan syarikat kegemaran Taib

Sign up to receive regular updates from Sarawak Report

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments