Kaum Penan Murum Berhak Menentang

Kaum-kaum keluarga berkhemah di luar – bloken Murum pada bulan Oktober lalu disertai oleh kaum wanita dan kanan-kanak untuk selama beberapa minggu.

Sarawak Energy Berhad (SEB) kini menggunakan taktik yang biasa terhadap pembaharuan bloked di Murum yang didirikan oleh kaum asli Penan pada hujung minggu lalu.

SEB telah membiayai mereka, dengan mengadu bahawa kaum asli itu telah “dihasut” oleh kumpulan-kumpulan NGO yang nama mereka tidak didedahkan.

Beberapa hari yang lalu terdapat beberapa laporan mendakwa sekumpulan besar kaum asli itu telah sekali lagi menghalang kerja-kerja pembinaan di tapak empangan itu.

Tuntutan utama kaum asli itu adalah supaya mereka dibayar pampasan secukupnya, yang harus disokong oleh jaminan-jaminan yang sah, sebelum mereka bersedia untuk diusir keluar dari kawasan-kawasan tradisi mereka oleh projek empangan Murum yang hampir siap itu.

Namun, dalam pemikiran SEB kaum asli Penan adalah kaum yang ringkas bahawa mereka tidak akan dapat membuat keputusan untuk mengambil tindakan yang berkesan. Namun, para pegawai mendakwa beberapa orang dari NGO-NGO telah berjaya ‘menghasut’ kaum asli itu.

Maka, pada kes ini tenaga penuh kerajaan dan SEB telah terbukti tidak dapat memujuk ‘orang ringkas’ ini.

Kenapakah Sarawak Energy mengharapkan orang-orang asli percaya akan janji-janji Taib?

Ditinggalkan di tepi jalan – sejak itu tiada tanda-tanda kemajuan ekonomi yang boleh menguntungkan orang-orang asli yang telah kehilangan tanah kepada pembalakan, kelapa sawit dan empangan-empangan elektrik hidro.

Sebenarnya kaum-kaum asli Penan dan Kenyah ini boleh berfikir untuk diri mereka sendiri dan memahami di mana letaknya kepentingan mereka.

SEB dan kerajaan Taib Mahmud telah sekali lagi melanggar undang-undang dan hak-hak orang asli semasa mereka membina empangan ini, yang dikendalikan secara senyap-senyap pada dua tahun pertama di dalam hutan hujan.
Kini, walaupun CEO mereka, Torstein Sjotveit telah mengumumkan bahawa mereka ‘mengambil tindakan yang wajar dan betul’ di masa akan datang, SEB cuba menggunakan kuasa mereka untuk dipindahkan ke kawasan penempatan semula yang serba kekurangan di samping dijanjikan pampasan minima secara kabur.

Apa yang telah ditawarkan hanya sebahagian kecil dari yang dituntut oleh kaum Penan dan tidak pula terdapat sebarang jaminan-jaminan sah.

Maka, kaum Penan berhak untuk berkata tidak.

Mereka boleh dikatakan kurang siuman jika bersetuju untuk dipindahkan dan ditempatkan semula di bawah terma-terma dan syarat-syarat itu, kerana sebaik sahaja mereka berpindah mereka pastinya akan kehilangan kuasa dan hak untuk menuntut sebarang pampasan untuk masa depan mereka. Maka siapakah yang menghasut siapa dan kenapa pula SEB beria-ia sangat memaksa mereka berpindah dengan dibayar pampasan yang sangat kecil?

Mengapa harus SEB berharap agar kaum-kaum asli mempercayai janji-janji manis Taib?

Kaum-kaum asli Penan tidak perlu dihasut, dengan keadaan yang sedang mereka hadapi sekarang.
Kerajaan negeri sedang berusaha untuk mengusir mereka dari kawasan pusaka mereka, yang akan digenangi dan dirosakkan oleh air empangan, ke suatu kawasan penempatan yang jauh ke hilir empangan itu.

Sebagai menghargai pengorbanan mereka kerajaan menawarkan janji-janji yang kabur untuk membayar upahan bulanan untuk setiap keluarga bernilai separuh dari gaji minima, yang akan dihentikan selepas 4 tahun.

Sememangnya tidak mencukupi – terutamanya jika ianya tidak berjaminan. Di Bakun kaum-kaum asli diminta untuk membayar balik harga rumah baru yang mereka duduki sebaik sahaja mereka berpindah ke situ.

Selain itu ada juga janji-janji yang kabur seperti mengadakan bekalan makanan kerana jika kaum Penan tidak dapat menyesuaikan diri mereka akan kebulur di kawasan penempatan yang baru itu, yang sebenarnya terletak di kawasan ladang kelapa sawit yang terbiar.

Kaum asli Penan secara semula jadinya pemburu dan pemungut hasil hutan, dan bukannya petani dan mereka tidak memahami sifat-sifat kelapa sawit. Bagai mana mereka dijangkakan dapat belajar untuk hidup di keadaan-keadaan sedemikian selama 4 tahun dan kenapa harus mereka mempercayai janji-janji sedemikian yang tidak dijamin secara sah yang dimeterai antara mereka dengan kerajaan mahupun SEB?

Papan tanda pada tapak penempatan semula yang baru ‘yang dikhaskan’ untuk kaum asli Penan

Siapakah yang akan mempercayai Taib selepas membaca Pelan Tindakan Penempatan Semula keluaran kerajaannya yang dibocorkan, yang kami terbitkan pada tahun lalu?

Dokumen itu telah mengakui betapa kejamnya kaum asli Penan itu dilayan di Murum sejak Taib membenarkan pembalakan dilakukan di kawasan mereka dan mendedahkan bagaimana kehidupan mereka telah menjadi semakin sengsara akibat ‘pembangunan’ tanah-tanah mereka, yang akhirnya mereka tidak mendapat apa-apa.

Laporan itu mengesahkan betapa ramainya kaum asli Penan kini menduduki bekas reban-reban ayam di Sungai Asap, yang merupakan baki rumah yang ada untuk keluarga-keluarga yang ingin tinggal berdekatan dengan sekolah yang jaraknya beberapa ratus meter dari tanah-tanah adat mereka.

Kaum-kaum asli Penan itu tidak perlu dihasut apabila mereka telah melalui kehidupan sedemikian menerusi pengalaman-pengalaman mereka.

Mereka juga mempunyai pengalaman-pengalaman mengenai orang lain untuk mengingatkan mereka supaya jangan sesekali percaya pada janji-janji Taib Mahmud dan juga agen-agennya, terutamanya apabila menyentuh pembayaran pampasan berkenaan pembinaan empangan.

Bakun

Lagipun, kesengsaraan orang-orang yang telah mempercayai janji-janji Kerajaan Negeri Sarawak dan juga Taib Mahmud mengenai penempatan semula Bakun merupakan suatu amaran yang ditawarkan pada sesiapa yang menghadapi keadaan yang sama. Setelah lebih satu dekad Taib masih lagi gagal untuk mengadakan kawasan gantian dan pampasan yang telah dijanjikannya dahulu.

Apa yang lebih teruk lagi adalah di mana para pegawainya kini semakin berani untuk menuntut bayaran bagi rumah yang pernah dijanjikannya secara percuma dahulu untuk kaum-kaum asli yang dipindahkan itu.

Dan helah dan pembohongan yang sama telah digunakan dalam kes Batang Ai, menurut penduduk yang marah. Maka, kenapa pula orang-orang di Murum akan bersetuju untuk dijerat tanpa sebarang dokumen sah yang ditandatangi untuk menjaga kepentingan mereka

Kenapa tiada perwakilan sah?

Sjotveit menemui orang kampung – Tiada pilihan lain untuk prosidur undang-undang, rundingan tulen dan jaminan sah, sebagaimana diketahui oleh warga Norway itu!

Kerajaan Negeri Sarawak dan SEB tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa mereka bertindak secara jujur dan ikhlas. Janji-janji manis sering berubah-ubah, bergantung pada siapa yang mendengarnya, bukanlah sesuatu yang baik buat orang kaum asli itu.

Jika terdapat sebarang kepercayaan kerajaan negeri pasti akan memberikan kaum asli Murum nasihat guaman yang dibiayai sepenuhnya dari kalangan peguam-peguam pilihan mereka sendiri.

Sebaliknya, kaum asli itu dibiarkan untuk berjuang tanpa sesiapa yang mewakili mereka, hanya berdepan dengan para peguam yang mewakili syarikat dan juga kerajaan negeri.

Begitu juga, jika mereka jujur, kerajaan dan juga SEB pasti akan menjalankan rundingan terbuka sejak dari mula lagi dan mengambil kira permintaan-permintaan kaum asli.

Sebaliknya, mereka telah menyembunyikan beberapa siri persediaan pembayaran pampasan seperti yang terdapat pada Pelan Tindakan Penempatan Semula yang tidak diterbitkan, yang hanya diketahui oleh kaum asli itu apabila Sarawak Report membocorkannya pada tahun lalu.

Penemuan rahsia kerajaan negeri dan SEB ini, yang berbeza dengan janji-janji kabur, telah menyebabkan kaum asli mendirikan bloked pertama pada bulan Oktober lalu.

Tiada bantuan untuk yang lemah dan daif

SEB kini telah meneliti semula pembayaran pampasan yang mereka rundingkan dengan “pemimpin-pemimpin” yang mereka tentukan sendiri.

Namun ‘para pemimpin’ pilihan mereka itu bukanlah mewakili keseluruhan kaum asli berkenaan. Dan kenapakah orang kebanyakan di kalangan kaum asli itu harus diwakili oleh individu-individu yang dipilih oleh kerajaan negeri sahaja?

Lagipun, bersetujukah anda meninggalkan kediaman anda dan berpindah ke suatu kawasan penempatan semula hanya bersandarkan janji-janji lisan, tanpa adanya dokumen dan persetujuan sah?

Bersetujukah anda dengan kerajaan melanggari protokol-protokol antarabangsa mengenai prosidur pembinaan empangan, hanya kerana para jururunding Taib meyakinkan anda untuk tidak risau?

Sudah pastinya anda tak akan bersetuju, begitu juga kaum asli Penan dan Kenyah di Murum.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments