‘Khabar Angin’ Mengenai Penggunaan Buruh Hamba Di Projek Empangan Murum, Dan Banyak Lagi Laporan Mengejutkan Mengenai Kejadian Rogol Menimpa Kaum Wanita Penan

Para penunjuk perasaan di salah sebuah tapak di Murum tahun lalu

Dalam masa menunggu kenaikan air empangan bagi empangan terkini Murum di Sarawak, Sarawak Report juga menerima laporan mengenai penggunaan buruh hamba di tapak projek itu.

Ribuan orang buruh paksa dari China, Myanmar, Bangladesh dan Pakistan yang diimpot untuk membina empangan itu di suatu kawasan hutan hujan dan juga kawasan tradisi bagi kaum Penan Barat separa nomadik itu.

Beberapa orang dari mereka yang berjaya melarikan diri dari tapak projek itu telah berjaya menyalurkan maklumat kepada para pemberita minggu lalu, bahawa mereka terpaksa meninggalkan tempat kerja itu kerana tidak dibayar sebarang gaji.

Berita yang lebih merisaukan yang diterima oleh sepasukan pemberita antarabangsa, yang telah berjaya sampai ke tapak pembinaan empangan Murum yang dikawal rapi adalah mengenai kes-kes rogol yang dilakukan oleh orang luar terhadap kaum wanita Penan di kawasan itu.

Tuduhan-tuduhan yang serius ini dikeluarkan beberapa minggu selepas Sarawak Energy Berhad (SEB) mempromosikan kaedah baru mereka bagi memenuhi tanggungjawab korporat, sosial dan alam sekitar di Persidangan Pengeluar Tenaga Hidro Antarabangsa, yang telah dianjurkan walaupun dikatakan amat berkontroversi, dalam bulan Mei di Kuching.

Perubahan?

Pembangunan dalam kawasan hutan hujan? Orang-orang tempatan mencari kehidupan baru di bahagian hilir empangan Bakun.

SEB dipengerusikan oleh sepupu yang juga proksi kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdul Hamed Sepawi, yang merupakan penerima banyak konsesi, kontrak dan kepentingan-kepentingan awam yang lain di negeri itu.

Seorang CEO sejak 2009, Torstein Sjotveit berbangsa Norway, telah mendakwa bahawa projek-projek empangan di Sarawak sebelum ini tidak dijalankan mengikut piawaian-piawaian antaranbangsa dan garis-garis panduan yang ditetapkan.

Ini merangkumi projek empangan Murum sendiri, yang telah dimulakan secara senyap-senyap selama dua tahun, dengan andaian bahawa pembinaannya akan mencetuskan kepekaan memusnahkan kawasan kehidupan kaum Penan.

Kaum Penan yang aman itu telah berjuang selama 4 tahun, dalam masa syarikat-syarikat para kroni Taib menebang puluhan ribu hektar hutan hujan, tanpa membayar sebarang pampasan kepada kaum asli itu.

Menebang dan terus menebang hutan Murum seperti yang disaksikan pada minggu lalu – projek-projek empangan membuka ruang dan laluan kepada lebih banyak pokok bernilai tinggi ditebang.

Sjotveit membahaskan bahawa dia kini telah membawa perubahan secara total. Namun, pendedahan mengenai penggunaan buruh paksa telah melemahkan dakwaannya itu, begitu juga kekurangan bukti mengendalikan hak-hak orang asli kaum Penan.

Sjotveit tidak dibantu oleh laporan-laporan yang menunjukkan bahawa dirinya seorang eksekutif yang bergaji amat lumayan sememangnya suatu bentuk rasuah berkomplisit. Salah satu tugas utamanya adalah mempastikan bahawa projek-projek SEB, seperti pembekalan kabel-kabel berkuasa tinggi, diberikan kepada syarikat-syarikat milik anak Ketua Menteri itu sendiri.

Lagi banyak kerisauan mengenai gejala rogol yang menimpa kaum Penan

Apa yang lebih merisaukan adalah penemuan maklumat terbaru yang dilakukan oleh sekumpulan pemberita dari Jepun, India dan juga dari Sarawak sendiri, yang berjaya memasuki kawasan yang dikawal rapi pada minggu lalu. Penemuan-penemuan itu telah menemui bukti mengenai isu-isu eksploitasi ke atas kaum Penan yang menghuni kawasan di mana pekerja-pekerja dari negara-negara asing ditempatkan.

Para pemberita berkenaan berjaya melawat penempatan-penempatan yang digesa kerajaan untuk ditempatkan semula, walaupun tuntutan-tuntutan mereka untuk dipampas secara adilnya belum ditunaikan.

Para pemberita mendapati beberapa orang kanak-kanak kelihatan mempunyai iras muka dan fizikal seperti ‘orang India/Pakistan’, kata salah seorang dari pemberita, Peter John Jaban dari stesen radio internet Radio Free Sarawak.
Orang-orang kampung itu menjelaskan bahawa kanak-kanak itu merupakan zuriat para ‘sahabat’ berketurunan India/Pakistan yang datang untuk berjaja di dalam komuniti-komuniti itu.

Kaum Penan adalah kaum nomad hutan Asia yang terakhir dan termiskin dan juga kumpulan yang paling mudah dieksploitasi di Sarawak. Mereka kini menyaksikan pemusnahan kawasan sara hidup mereka akibat pembalakan besar-besaran, yang merupakan kawasan tempat mereka mendapatkan sumber dan bekalan keperluan harian utama dan juga ekonomi mereka.

Sejak beberapa tahun kaum Penan telah mengadu bahawa keluarga mereka telah dieksploitasi oleh kaum pendatang dan bahawa kanak-kanak mereka adalah hasil kejadian rogol – perempuan ini menceritakan pengalamannya kepada Sarawak Report.

Apa yang mengejutkan adalah walaupun tanah-tanah tradisi telah banyak dimusnahkan, kerajaan negeri Sarawak pimpinan Taib Mahmud tidak membayar sebarang pampasan atau menghulurkan sebarang bantuan kepada kaum-kaum asli yang terjejas menggunakan jutaan ringgit hasil pembalakan dan perladangan di atas tanah pusaka komuniti-komuniti itu.

Begitu juga, walaupun kini sudah terdapat laporan-laporan dari kerajaan persekutuan mengenai aduan-aduan kes rogol ke atas kaum wanita Penan oleh pekerja-pekerja pembalakan, Ketua Menteri Sarawak dan rakan-rakannya tetap enggan mengikhtiraf masalah itu.

Dalam tahun 2010 James Jemut Masing, Menteri Pembangunan Tanah dalam kabinet kerajaan Taib (telah mengumumkan bahawa negeri itu akan menggandakan pembukaan ladang kelapa sawit dari 1 juta ke 2 juta hektar) telah menafikan bukti-bukti rogol terhadap kanak-kanak perempuan kaum Penan semuda sepuluh tahun dengan mengatakan bahawa kaum asli Kristian itu “pandai mereka-reka cerita” dan “secara semulajadinya mereka adalah pelaku seks rambang’ dan ‘biasanya mereka akan berkahwin pada usia duabelas tahun’.

Timbalan Ketua Menteri, Alfred Jabu, juga telah didapati mengumumkan bahawa bukti mengenai kes rogol yang dikumpulkan oleh NGO adalah ‘sesuatu perkara yang membazir masa’.

Masa untuk berhenti bongkak dan mengeluarkan bukti yang kukuh untuk berubah

Torstein Sjotveit menunjukkan keperihatinannya bagi pihak Sarawak Energy

Dengan Torstein Sjotveit yang menerajui imej baru Sarawak Energy Berhad, terdapat banyak dakwaan dan pengakuan sombong dikeluarkan.

Bukan hanya semasa Persidangan Pengeluar Tenaga Hidro Antarabangsa di BCCK Kuching, malah di mana-manapun termasuk menerusi laman web rasmi SEB, mengenai program tanggungjawab sosial korporat itu dan keperihatinan terhadap alam sekitar yang terjejas akibat visi zalim Taib Mahmud untuk mengindustrikan hutan hujan negerinya.

Namun, bukti-bukti menunjukkan bahawa syarikat itu masih gagal memenuhi sebarang keperluan protocol antarabangsa atau deklarasi hak-hak kemanusiaan dan orang asli yang dianggotai oleh Malaysia.

Apabila laman blog ini mendedahkan rancangan penempatan semula berahsia kerajaan pada tahun lalu, melibatkan ‘pembayaran-pembayaran pampasan’ yang lebih kecil dari separuh gaji minima untuk sebuah isi keluarga selama 4 tahun, kaum Penan telah bertindak mendirikan bloked jalanan menuju ke tapak pembinaan empangan sebagai membantah, yang kemudiannya menyebabkan Kerajaan negeri Sarawak telah berjanji untuk bekerjasama dengan komuniti demi untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Namun sebuah laporan terkini dari NGO International Rivers telah memperincikan bagaimana komuniti-komuniti di situ telah dipaksa untuk berpindah meninggalkan kawasan-kawasan berdekatan tapak pembinaan empangan itu tanpa diikat jamin untuk dibayar pampasan ataupun permintaan dan tuntutan mereka dilayan.

NGO International Rivers juga mendapati bagaimana kerajaan Taib telah memilih hanya untuk berunding dengan ‘wakil’ kaum Penan yang dipilih kerajaan sahaja, yang telah diberikan ganjaran kerana kerjasama dan sokongan yang mereka tunjukkan terhadap pembinaan empangan itu.

Para pemberita yang melawat kawasan itu minggu lalu telah mendapati bahawa muslihat itu telah memecah-belahkan kesepaduan komuniti di situ.

Protes anti-empangan pada minggu lalu. Taib merancang untuk membina 50 buah empangan gergasi untuk menyokong visi pengindustrian SCORE-nya.

Kawasan-kawasan penempatan sumula yang telah diperiksa oleh para pemberita, yang telah mendakwa bahawa pembinaan itu adalah separa standard, kecil dan selesa menyelesakan. “Lebih teruk dari di Sungai Asap” kata Peter John Jaban, yang merujuk pada kawasan penempatan semula Bakun, di mana lebih satu dekad kemudian komuniti di situ masih menunggu pampasan yang dijanjikan kepada mereka oleh kerajaan.

Salah sebuah dari kawasan penempatan semula, Long Singu, telah diletakkan di kawasan hutan yang telah ditebang dan ditanam kelapa sawit. Tanaman itu telah ditinggalkan oleh syarikat yang mengusahakannya sejak berita mengenai kawasan itu telah ditetapkan untuk menempatkan semula kaum Penan, kata Peter John Jaban, dan pokok-pokok kayu pula kelihatan kekuningan dan layu.

Jarak kawasan penempatan semula itu hanya beberapa jam dari kawasan baki hutan setelah kawasan itu ditebang terlebih dahulu sebelum rancangan pembinaan empangan Taib.

Buruh hamba yang lari

Sekembalinya dari kawasan Murum pasukan pemberita itu telah melewati kawasan di bahagian hilir empangan Bakun. Setelah lebih kurang setahun, tasik yang digenangi air bertakung itu terus mengeluarkan gas-gas methanol ke ruang atmosfera dan komuniti setempat takut akan kesannya terhadap kesihatan mereka.

Di hilir Bakun – wajah kematian akibatkan emisi gas-gas methanol yang dijangka akan terus dikeluarkan selama lebih seratus tahun lagi, merangsang pemanasan global.

Di sinilah pasukan pemberita itu dikatakan telah bertemu dengan beberapa orang buruh hamba yang telah melarikan diri dari kem pembinaan empangan Murum, cuba mencari kehidupan dengan melakukan apa saja kerja yang ada.
Dengan diupah oleh agen-agen, ramai dari kalangan ribuan pekerja-pekerja impot di Murum sukar menerima gaji atau tidak dibayar apa-apa, menurut temubual mereka dengan pasukan pemberita itu. Itulah sebabnya mereka lari.
Menurut mereka pembayaran gaji mereka dibuat menggunakan cek syarikat, di mana di kawasan pedalaman sedemikian mereka terpaksa menunaikan cek itu menerusi juruwang syarikat. Untuk perkhidmatan itu, mereka dikena caj ‘yuran pengurusan’ sebanyak 10%!

Laporan itu telah membuka satu lagi skandal yang memalukan di Sarawak. Sistem buruh hamba yang dilaksanakan menggunakan eksploitasi besar-besaran Taib Mahmud menggunakan sumber asli negeri dan ekonomi pembangunan perladangan.

SEB telah gagal memenuhi syarat-syarat dan tanggungajawab mereka terhadap para pekerja mereka walaupun dibesar-besarkan menerusi laman web mereka.

Projek menang-menang – kayu balak bernilai tinggi ini merupakan pertaruhan yang pasti untuk usahasama ini.

Maka, Sarawak Report mencadangkan agar CEO bergaji lumayan mereka (yang dibayar gaji sebanyak $1.2 juta setahun) itu, dan Pengerusi mereka, Hamed Sepawi, menambahbaik mutu perkhidmatan mereka.

Mereka harus menyiasat dakwaan mengenai wujudnya masalah buruh paksa dan kes-kes rogol bersistematik ke atas kaum Penan di kawasan mereka.

Bagi mana-mana syarikat antarabangsa yang ingin melabur dalam Sarawak Energy atau dengan kerajaan Sarawak yang sudah kehakisan maruah, mereka harus mengambilkira reputasi mereka.

Hutan tradisi Murum, sebahagian dari kawasan hutan hujan tertua di dunia, telah ditukar menjadi sumber pendapatan bagi Taib dan para kroninya.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments