Hari Bertindak Sedunia – Menyokong Sarawak Menentang Empangan!

Kartunis Malaysia, Zunar, menggambarkan visi Taib untuk Murum dan 50 lagi projek empangan di sebalik SCORE bersama sebuah symbol $

Pada hujung minggu ini para pejuang alam sekitar dan hak asasi kemanusiaan di Sarawak dan Malaysia telah menandakan bermulanya bulan tindakan kesedaran antarabangsa terhadap krisis pemanasan global.

Mereka menumpukan kerisauan mereka terhadap dasar “gila” projek-projek empangan gergasi di Sarawak.

Dalam sebuah kenyataan yang disokong oleh beberapa kumpulan NGO Malaysia, mereka telah mengutuk dan mengecam dasar pembinaan 50 buah empangan Taib yang ketinggalan zaman untuk negeri Sarawak, dengan bertujuan untuk menjadikan Sarawak sebuah “pusat perindustrian”.

Para NGO itu disasarkan kepada dakwaan Taib yang menggelikan itu bahawa negerinya masih mempunyai banyak hutan hujan ‘mesra alam sekitar’ dan menurut kumpulan-kumpulan NGO ini empangan-empangan bukan hanya memusnahkan alam sekitar, tetapi menyumbang kepada krisis pemanasan global.

Ini kerana air empangan yang bertakung pada isi padu yang banyak (khas di kawasan-kawasan hutan hujan tropika) akan mengeluarkan beribu-ribu tan gas methanol ke udara.

Dalam peranan bersepadunya sebagai ketua samseng rasuah pembalakan; penggerak utama rampasan tanah untuk membuka ladang-ladang kelapa sawit dan kini sebagai arkitek 50 projek empangan gergasi di Sarawak, kami telah mengisytiharkan Abdul Taib Mahmud ditempatkan pada kedudukan tertinggi Penjenayah Ekologi Sedunia di peringkat antarabangsa kini.

Kenyataan Hari Bertindak Sedunia oleh kumpulan-kumpulan NGO Malaysia pada hari ini:

“Rakyat Malaysia menyertai gesaan untuk mengenakan tindakan terhadap penyelesaian palsu bagi menangani krisis cuaca – Hentikan dasar gila pembinaan empangan-empangan gergasi di Sarawak.

Empangan-empangan gergasi di Sarawak mendatangkan bahaya kepada sistem cuaca, persekitaran dan melanggar hak asasi komuniti-komuniti orang-orang asli.

Perubahan cuaca merupakan krisis kemanusiaan terbesar kepada global


Sampai hati menteri James Jemut Masing menuduh kumpulan-kumpulan NGO ‘menggunakan kanak-kanak’ untuk menunjukkan betapa kecewanya komuniti yang dipindahkan, yang dianiaya oleh kerajaannya yang korup?

Laporan terkini dari Panel Antara Kerajaan berkenaan Perubahan Cuaca (IPCC) merumuskan bahawa “pemanasan sistem cuaca adalah berbelah bahagi” dan “menghadkan perubahan cuaca akan memerlukan pengurangan penghasilan gas rumah hijau secara berterusan”.

Kami mengisytiharkan bahawa Malaysia, sebagai sebuah negara yang membangun, telah menyumbangkan sedikit peranannya mengatasi masalah ini berbanding negara-negara perindustrian, kami harus memikul tugas secara berpasukan untuk menghalang perubahan cuaca. Kami juga harus mempastikan bahawa penyelesaian yang dicadangkan itu bersesuaian.

Dalam usaha membuat persediaan persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan November di Warsaw nanti, Kempen Sedunia untuk Menuntut Keadilan Cuaca menyeru agar semua penduduk dunia untuk mengutuk projek-projek tenaga yang kotor dan menuntut sistem tenaga diubah.

Mimpi ngeri Taib untuk Murum kini menakung air yang membanjiri lembah-lembah … Baram pula menyaksikan kemasukan mesin dan jentera berat yang dipindahkan dari Murum.

Empangan-empangan gergasi bukanlah mesra cuaca dan mesra manusia

“Sedihnya, negeri Sarawak di Malaysia didapati bersalah kerana mempromosikan sebuah penyelesaian yang palsu – empangan gergasi – yang mendatang kerugian bukan hanya pada perubahan cuaca dan alam sekitar malah juga memaksa komuniti-komuniti kaum asli dipindahkan oleh rancangan yang besar itu.

Kami, pertubuhan sivil dan individu-individu yang bertandatangan di bawah dari Malaysia Barat dan juga Sabah merasa risau, dengan ini menyokong kempen GCDCJ berkenaan Kembalikan Kuasa! Bulan Bertindak Tenaga Global dengan mengkhaskan hari ini (12 Oktober) sebagai hari bertindak menentang empangan-empangan gergasi dan projek-projek hidro yang merbahaya.

Kami bersatu dengan saudara kami di Sarawak Malaysia, kami menentang dasar kerajaan Sarawak mengeksploitasi potensi tenaga hidro yang ada pada sungai-sungainya dan mengatakan bahawa ianya sesuatu yang berterusan.

Orang-orang di Murum telah sedaya upaya mengapungkan rumah-rumah mereka bersempena kenaikan paras air empangan, menyerupai rumah-rumah ‘jelatong’ yang mengancam banyak keluarga di Bakun (gambar dari Borneo Post).

Kerajaan negeri Sarawak telah mewajarkan bahawa dasar pembangunan empangan gergasinya adalah untuk menyokong projek SCORE yang kononnya untuk menambahbaik tahap kemiskinan rakyatnya.

Faedah-faedah dari empangan-empangan gergasi telah lama dibuktikan palsu dan hasil-hasil kajian telah menunjukkan bahawa pengeluaran gas methanol dari bahan-bahan organik yang mereput akibat pengempangan sungai-sungai tetap menyumbang pada masalah pemanasan global. Gas methanol adalah gas merbahaya kesan rumah hijau yang 20 kali ganda berpotensi memanaskan global berbanding gas karbon dioksida. Kawasan hutan yang luas, yang berfungsi sebagai tempat simpanan karbon and menyerap karbon, juga dikorbankan apabila ditenggelami air.

Rancangan SCORE itu sungguh memalukan

Adalah tidak adil bagi komuniti-komuniti orang asli itu yang dipaksa berpindah kerana ingin memberi laluan pada projek-projek pengeluaran tenaga yang merompak hutan dan tanah pusaka mereka, kehidupan mereka dan identiti kebudayaan mereka, namun mereka tetap dinafikan keperluan asas di segi bekalan tenaga elektrik.

Lagipun, adalah penghinaan berganda bagi orang-orang asli itu apabila SCORE dapat berbangga dengan keupayaan mereka menarik pelabur-pelabur dengan bayaran tenaga elektrik yang murah yang dihasilkan oleh empangan-empangan ini.

Dari Empangan Bakun yang amat berkontroversi hingga ke krisis semasa di Empangan Murum yang bakal disiapkan sepenuhnya, dan hingga ke pembinaan Empangan Baram yang tetap diteruskan walaupun mendapat bantahan dan tentangan dari penduduk-penduduk tempatan, kerajaan negeri Sarawak telah menunjukkan kepada dunia bahawa ianya tetap meneruskan model pembangunan yang memburukkan lagi kesan perubahan cuaca di samping mengenepikan hak-hak asasi orang-orang asli itu.

Tuntutan-tuntutan kami

Kami menggesa kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan untuk memenuhi keperluan tenaga elektrik untuk komuniti-komuniti kaum asli dengan meneroka bentuk tenaga yang asli dan berterusan seperti melaksanakan projek membekalkan tenaga elektrik di luar grid, persendirian dan boleh diperbaharui.

Seterusnya kami mengutuk tindakan menukar sumber berharga sungai menjadi tenaga yang murah dan menjualkannya kepada perusahaan yang kotor seperti kilang-kilang peleburan aluminum dan mangan di bawah projek SCORE.

Maka kami menuntut agar penyokong pembinaan empangan iaitu Sarawak Energy Berhad, Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan harus menghentikan projek yang tidak berterusan ini dengan serta-merta dan menghentikan pelanggaran hak-hak asasi orang-orang asli.”

Kenyataan di atas telah dimeterai oleh organisasi-organisasi dan individu-individu (dalam urutan abjad):

1. Anak Muda Sarawak
2. Baramkini
3. Centre for Independent Journalism Malaysia (CIJ)
4. Centre for Orang Asli Concerns (COAC)
5. Centre for Environment, Technology and Development Malaysia (CETDEM)
6. Community Action Network
7. Community Development Centre (CDC)
8. Consumer Association of Penang (CAP)
9. Damn the Dam Action Group
10. EcoKnights
11. Himpunan Hijau
12. HUTAN (Sabah)
13. Islamic Renaissance Front (IRF)
14. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
15. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
16. LLG Cultural Development Centre
17. Malaysians for Beng Hock
18. Monitoring of Sustainability of Globalisation (MSN)
19. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
20. Partners of Community Organisations (PACOS, Sabah)
21. Peoples’ Green Coalition
22. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
23. Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Kuen Cheng, Kuala Lumpur
24. Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia
25. Pusat KOMAS
26. Sabah Environment Protection Association (SEPA)
27. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
28. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
29. SOS Selangor
30. Stop Lynas Coalition (SLC)
31. SUARAM
32. Tamil Foundation
33. Third World Network (TWN)
34. Tindak Malaysia

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments