Perhatian Umum Ke Arah Melikin – Bagaimana Keganasan Samseng Dan Politik Berbaur Di Negeri Sarawak…

Surik Anak Muntai – dianiaya sehingga nyawa-nyawa ikan ketika dia hendak menjemput anaknya dari sekolah – telah mencetuskan bantahan penduduk tempatan terhadap pembalak di Melikin.

Taib Mahmud telah mengadu bahawa Sarawak kini berada di bawah ‘lampu limpah’ media setelah sekian lama berada dalam ‘kekaburan’.

Namun, dengan kekaburan itu dan tidak dilaporkan dalam media kawalannya itu, maka keganasan samseng telah dibiarkan bermaharajalela untuk menentang orang-orang asal di negerinya.

Selama beberapa tahun lamanya, gerombolan samseng telah secara bersistematik digunakan untuk mengancam dan menganiaya masyarakat pedalaman, bagi menguatkuasakan konsesi pembalakan dan pembukaan ladang-ladang yang diberikan oleh Ketua Menteri ini.

Dan sebenarnya, hanya sebilangan kecil masyarakat dunia yang menyedari dan mengetahui apa yang dilakukan Taib Mahmud di negerinya sendiri itu.

Maka, kami ingin mencadangkan bahawa kini sudah tiba masanya lampu limpah media harus dihalakan kepada kawasan-kawasan yang diancam oleh keganasan itu, seperti di Melikin di daerah Serian, Sarawak, di mana selama beberapa tahun penduduk-penduduk asal yang memperjuangkan kawasan tradisi mereka telah diancam dan diniayai oleh samseng-samseng dari kawasan Sibu, Sarawak.

Lagipun, Ketua Menteri itu inginkan hanya “kebenaran” sahaja yang harus dilaporkan dalam media kawalannya.

Salah seorang dari samseng yang telah ditahan kerana mengancam penduduk-penduduk kampung di Rumah Ranggong – pihak polis telah membenarkan yang lainnya pulang setelah penduduk-penduduk kampung mengepung samseng-samseng itu.

Kini juga sudah tiba masanya untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat hubungan antara syarikat-syarikat yang mengupah samseng-samseng itu dan orang-orang kanan politik di negeri itu, yang terbabit dalam kegiatan rampasan tanah – sekutu-sekutu Taib sendiri.

Maka, oleh sebab itulah pihak polis mengambil masa yang agak lama menyiasat kegiatan samseng ini, hanya kerana kebanyakan pemilik konsesi-konsesi pembalakan dan perladangan mempunyai hubungan politik di peringkat tertinggi.

Sebaliknya, pihak polis lebih gemar menahan dan mendakwa mangsa-mangsa penganiayaan, berdasarkan tuduhan-tuduhan palsu yang dilaporkan terhadap penduduk-penduduk tempatan.

Kini keadaan semakin berubah kerana dengan kehadiran ‘lampu limpah media’ yang baru ini dan juga aduan-aduan yang dibuat oleh Taib.

Berikutan beberapa pelaporan mengenai serangan ke atas seorang penentang pembalakan, Surik Anak Muntai, oleh para samseng di Melikin, Serian, pihak polis kini telah menjalankan siasatan-siasatan di kawasan tersebut.

Inilah wira-wira Melikin – mereka dituduh secara bertipikal oleh syarikat-syarikat pembalakan yang menceroboh masuk ke kawasan peninggalan nenek moyang mereka.

Mereka telah enggan mendakwa pengurus kem pembalakan itu, walaupun dia telah dikenalpasti oleh mangsa penganiayaannya sebagai dalang serangan oleh lima lelaki ke atasnya itu.

Namun, pada hujung minggu lalu, pegawai-pegawai kanan polis telah memberanikan diri mereka mengumumkan mengenai penemuan bekalan senjatapi yang disembunyikan dalam kem-kem ladang di sekitar kawasan Melikin.

Kenyataan mereka telah menunjukkan kenapakah semua orang di Sarawak telah hidup dalam ketakutan terhadap gerombolan-gerombolan samseng dari Sibu itu, yang hanya dapat dilihat bergerak-gerak di ladang-ladang dan juga kem-kem pembalakan.

Bekalan senjatapi yang ditemui itu sudah cukup untuk membuat darah kita tersirap. Bekalan itu merangkumi pisau dan parang, senapang, bahan-bahan letupan dan senjata seni mempertahankan diri. Dan penemuan senjatapi-senjatapi berpadanan dengan penemuan-penemuan senjatapi yang digunakan oleh penguatkuasa-penguatkuasa samseng, yang didapati di bawah pengaruh jaringan dadah yang diharamkan.

Pihak polis mengumumkan penangkapan samseng-samseng di Melikin.

Badan Surik yang teruk dipukul samseng

Namun, langkah luar biasa pihak polis mengumumkan perkara yang bersensasi ini hanya mendapat tindakbalas yang hambar dari pihak media arus utama di negeri itu.

Jika Taib mahukan “kebenaran” dilaporkan mengenai pengurusan pembalakan di Sarawak, kenapakah cerita-cerita sedemikian tidak diliputi dengan sempurna dan sepenuhnya oleh media yang dikawalnya?

Dan apakah cerita-cerita ‘positif’ yang ada dalam minda Ketua Menteri itu untuk ‘menyangkal’ imej-imej ‘negatif’, jika tiada tindakan diambil untuk menangkap dan mendakwa samseng-samseng itu dan juga bos-bos syarikat yang mengupah mereka?

Seorang lagi mangsa – Minggat Anak Nyakin hampir terbunuh bersama-sama anaknya yang menentang para pembalak yang memasuki dusun buah mereka.

Maka kini sudah tiba masanya untuk menghalakan cahaya lampu limpah terhadap orang-orang yang berada di sebalik syarikat-syarikat pembalakan yang menentang penduduk-penduduk asal di Melikin itu.

Kemusnahan di Melikin – mula-mula para pembalak menebang hutan-hutan yang bernilai tinggi, kemudian mereka membuka ladang-ladang kelapa sawit atas tanah-tanah NCR. Mahkamah-mahkamah pula secara konsistennya memutuskan bahawa tindakan-tindakan itu adalah salah di sisi undang-undang, namun kerajaan Taib telah secara konsisten mengemukakan rayuan mereka.

Menurut sumber maklumat rasmi Sarawak Report telah mengenalpasti dua buah syarikat utama yang terbabit dalam pemusnahan hutan tanah NCR di kawasan itu, dan tanah-tanah itu ada pemiliknya yang sah. Syarikat-syarikat yang dimaksudkan itu adalah United Teamtrade Sdn Bhd dan Memaju Jaya Sdn Bhd.

Kedua-dua buah syarikat itu mempunyai perkaitan dengan tokoh-tokoh politik kanan di Sarawak.

Dua buah syarikat itu dikaitkan dengan ahli-ahli politik terkemuka Sarawak – United Teamtrade dan Memaju Jaya.

Pemegang utama saham-saham dalam United Teamtrade S/B terdiri dari dua orang peniaga dari Sibu, Sarawak, Kong bersaudara yang memiliki WFM Development S/B, bersama-sama rakanniaga mereka Awang Matusin Bin Awang Drahman, yang selaku pembantu peribadi kepada Menteri Perancangan Sarawak, Awang Tengah Bin Awang Ali Hassan.

Dengan kekayaan Awang Drahman selaku pemilik perladangan, kami ingin bertanya bagaimana harus dia diambil bekerja sebagai pembantu peribadi kepada menteri Awang Tengah?

Atau adakah Awang Drahman itu hanya selaku proksi niaga kepada Menteri Perancangan yang amat berpengaruh itu?

Corak dan pola perniagaan yang lazim dan mempunyai hubungan berpolitik – WFM Development milik Kong bersaudara dan juga pembantu peribadi kepada Awang Tengah berada di sebalik konsesi 7,300 hektar Teamtrade S/B.

Adakah hubungan berpolitik ini yang menaungi samseng-samseng yang mengancam orang-orang tempatan di Melikin daripada didakwa dan dibicarakan? Adakah ini sebabnya media kawalan Taib tetap enggan meliputi perkembangan cerita ini?

Pada masa yang sama, sebuah lagi syarikat perladangan utama yang beroperasi di kawasan berhampiran, Memaju Jaya S/B, yang dimiliki oleh pemegang saham utamanya, Frederick Bayoi Manggie. Bayoi merupakan wakil rakyat, yang telah menerima konsesi perladang sebagai insentif dia rela mengundur diri dari bertanding di pilihanraya yang lalu.

Konsesi yang amat lumayan – berapakah harganya di pasaran terbuka?

Pihak polis bertanggungjawab dalam menentukan sama ada samseng-samseng itu telah didatangkan dari daerah Sibu, Sarawak oleh pengusaha-pengusaha ladang, atau sama ada samseng-samseng ini telah mengancam penduduk-penduduk tempatan kerana ada sebab tertentu yang lain?

Realiti yang dihadapi oleh orang-orang tempatan adalah kehidupan mereka telah dimusnahkan oleh kegiatan rampasan tanah dan hutan tempat mereka bergantung hidup tetapi kini mendatangkan keuntungan kepada segelintir orang politik dan peniaga, dan bantahan mereka telah ditentang menggunakan kekasaran dan ancaman.

Inilah yang sebenarnya yang telah berlaku, dan Taib Mahmud amat risau bahawa cerita ini tidak harus disiarkan untuk pengetahuan umum.

Secara mudahnya, bayaran tarif sebanyak RM5.4 juta itu telah dibenarkan sebagai bayaran dalam masa 5 tahun, menurut sebuah nota dalam rekod Jabatan Tanah dan Survei.

Pada 2hb Novermber 2011 berikutnya, Kong bersaudara itu telah menyertai United Teamtrade secara langsung sebagai Pengarah dan syarikat mereka WFM Development menjadi pemegang saham, dengan kedua-dua Awang Matusin dan Awang Drahman mengekalkan saham-saham yang ketiga.

Seminggu selepas itu Jabatan Tanah dan Survei telah mencetak geran sementara ke atas tanah itu.
Para ahli politik dan peniaga telah bekerjasama selama beberapa tahun untuk mendapatkan tanah kaum asal dan menyimpannya untuk mereka sendiri.

Nota – ini adalah geran tanah sementara. Namun dengan penguatkuasa bersamseng seperti butir-butir (iaitu keperluan untuk mendapatkan kebenaran) seringkali diabaikan.

Adalah menjadi amalan biasa di Sarawak bahawa seseorang ahli politik sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu kontrak atau geran tanah, bekerjasama dengan golongan peniaga, yang akan menyerahkan sebahagian dari wang saham mereka kepada ahli-ahli politik dalam syarikat mereka. Maka, bolehkah Awang tengah memberikan penjelasan pada urusniaga berkenaan United Teamtrade ini?
Begitu juga, dapatkah dia dan YB Bayoi menjelaskan siapakah yang menaugi samseng-samseng yang telah menyerang ketua-ketua kumpulan penduduk asli yang menentang pembagian tanah mereka itu?

Sarawak Report kini ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai jalinan politik Kong bersaudara, dengan seorang lagi sekutu politik kepada Abdul Taib Mahmud.

Dalam kes yang berasingan yang melibatkan kumpulan syarikat-syarikat milik Kong bersaudara, terdapat dua kawasan tanah NCR yang telah dibahagi dan diambil oleh Naroden Majais, Menteri Pembangunan Usahawan, ke tangan dua buah syarikatnya, Hydroflow S/B dan Indranika Jaya S/B.
Pemegang utama bagi kedua buah syarikat ini (sebelum dijual pada keuntungan berjuta-juta ringgit) WFM Plantations S/B, juga dimiliki oleh Kong bersaudara yang berpejabat di Sibu.

Rekod-rekod Jabatan Tanah dan Survei bagi tahun 2007/8 jelas menunjukkan bahawa Naroden Majais bertanggungjawab dalam kejadian rampasan tanah ini.

Nama Naroden Majais didaftarkan dalam rekod-rekod Jabatan Tanah dan Survei 2007/8 (yang dibocorkan) sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pembahagian kawasan-kawasan yang amat luas di bawah nama dua buah syarikat ini.

Bekas seorang guru ini, yang dikenali sebagai amat rapat dengan Taib Mahmud ini, telah juga mengendalikan secara berasingan sebuah saham yang amat besar untuk dirinya dalam sebuah konsesi pembalakan (Peninsular Rise) dan juga beberapa konsesi perladangan kelapa sawit yang telah mendatangkan masalah kepada pemilik-pemilik tanah NCR.

Sebenarnya, salah sebuah syarikatnya (Nirwana Muhibbah S/B) telah tewas dalam perbicaraan di mahkamah, setelah para pemilik tanah-tanah NCR mendakwa pengambilan tanah itu adalah haram.

Namun, kerana sikap degil dan enggan menerima keputusan mahkamah itu, Naroden Majais telah memfailkan rayuan untuk menentang keputusan mahkamah, yang akhirnya telah mengakibat kesengsaraan masyarakat tempatan yang telah kehilangan hutan dan tanah mereka.

Hasil-hasil kajian kami mendapati bahawa rekod-rekod berkaitan syarikat Hydroflow S/B dan Indranika Jaya S/B menunjukkan bahawa Kong bersaudara dilihat bekerjasama dengan Naroden sama seperti mereka bekerjasama dengan Awang Tengah menerusi United Teamtrade.

Dokumen-dokumen syarikat menunjukkan bahawa Indranika Jaya S/B telah didaftarkan pada 26hb Oktober 1991, iaitu sebulan selepas Naroden Majais dipilih sebagai ahli Dewan Undangan. Seorang yang bernama Iskandar Bin Jahiddin merupakan seorang Pengarah paling lama berkhidmat, yang dilantik sejak 1997.

Kami dapat mengesahkan bahawa isteri kepada Iskandar Jahiddin adalah bersaudara dengan isteri Naroden Majais. Maka kami mengandaikan bahawa Iskandar adalah nomini kepada Naroden, jika tidak dia dilihat tidak berpatutan untuk terbabit dalam urusniaga tanah di negeri itu.

Kemudian, menurut rekod-rekod lagi, dalam tahun 2002 Kong bersaudara juga menjawat jawatan pengarah-pengarah dalam Indranika Jaya.

Di antara tahun-tahun 2003 dan 2007 banyak konsesi di daerah Gedong, Sarawak telah diberikan kepada syarikat ini.

Akhirnya, dalam tahun 2009, nama Naroden Majais telah diganti sebagai orang yang boleh dihubungi dalam usahasama itu dalam rekod-rekod Jabatan Tanah dan Survei dengan Kong bersaudara (walaupun mereka masih didaftarkan di bawah alamat yang sama di Jalan Rubber, Kuching, Sarawak, dengan syarikat-syarikat perampas tanah milik Naroden Majais).

Kong bersaudara didaftarkan sebagai orang yang boleh dihubungi bagi syarikat itu dalam rejistri tanah dalam 2009, mengambil alih Naroden Majais.

Pada tahap ini pemilikan saham dalam syarikat itu telah bertukar dengan tertubuhnya usahasama antara syarikat WFM Plantations milik Kong bersaudara (yang memiliki saham sebanyak 70%) dan syarikat Sadong Wibawa S/B (yang memiliki pegangan sebanyak 30%).
Kerajaan Negeri Sarawak telah menggerakkan ‘usahasama’ ini sebagai dinamakan ‘pembangunan usahawan’ yang distrukturkan oleh Naroden Majais.

Namun, jelaslah bahawa Pengarah asal syarikat Indranika dan pemegang, Iskandar Jahiddin (biras kepada Naroden), kekal sebagai pemegang saham terbanyak dalam syarikat itu yang sepatutnya mewakili kepentingan-kepentingan pemilik-pemilik sebenar tanah-tanah NCR dalam ‘usahsama’ ini.

Dari 10,894 saham yang dikeluarkan dalam Sadong Wibawa, Iskandar Jahiddin mengekalkan 5,000 untuk dirinya dan seorang lagi individu, Alwa Bin Dris, mengekalkan 5,000 saham, dengan bakinya sebanyak 894 saham untuk dibahagikan di kalangan pemilik-pemilik sebenar tanah NCR itu – satu saham seorang. Inilah usahasama yang distrukturkan itu!

Usahasama atas tanah NCR – 10,000 saham dibahagikan antara dua orang individu, manakala baki 894 saham dibahagikan antara 894 orang pemilik NCR itu!

Suatu ketika dahulu Sarawak Report telah membuat perkiraan setelah umum menjadi bising pada tindakan Kerajaan Sarawak yang dilihat telah mengeluarkan dividen-dividen pada saham kepada Sadong Wibawa, setiap seorang pemilik NCR hanya mendapat RM200 untuk setiap saham itu!

Jumlah bayaran balik yang menyedihkan ini tidak berbaloi dengan kehilangan tanah yang didatangkan oleh sebuah usahasama sebegini.

Namun jika anda menggandakannya sebanyak 5,000 kali, ianya akan mendatangkan keuntungan sebanyak RM1 juta untuk dua orang pemegang utama saham-saham itu, iaitu saudara kepada Naroden Majais!

Berkeusahawanan? Naroden Majais

Dan hasil-hasil siasatan kami telah menunjukkan bahawa suatu proses yang serupa dilakukan ke atas syarikat Hydroflow S/B, yang ditubuhkan dalam tahun 1992, dengan Pengarah pertamanya adalah Japar Bin Mustapa.

Japar merupakan sepupu kepada Naroden, di mana ibu-ibu mereka adalah bersaudara sekandung.
Maka kami mengandaikan bahawa Japar merupakan nomini kepada Naroden.

Kong bersaudara menjadi pengarah-pengarah dalam syarikat ini dalam tahun 2003 dan Naroden Majais telah menlaksanakan beberapa siri plot-plot utama yang diagihkan kepada syarikat ini antara 2004 dan 2007.

Dalam 2009 syarikat Hydroflow telah dibahagi kepada sebuah ‘usahasama’ antara syarikat WFM Plantations milik Kong bersaudara (memegang 70% saham) dan sebuah syarikat pemilik “tanah-tanah NCR” tempatan yang dinamakan Punggor Wibawa Bhd (yang memegang 30%).

Walau bagaimanapun, sekali lagi, pemegang saham terbanyak dalam syarikat tanah-tanah NCR ini masih lagi Japar Bin Mustapa, dan seorang lagi Pengarah baru, Shara Bin Enai. Kedua-dua mereka memegang 5,000 saham, mana kala selebihnya dipegang oleh para pemilik tanah NCR yang memegang satu saham seorang dari baki 740 saham yang dikeluarkan!

Namun apakah keuntungan yang terlibat dalam urusan pembahagian tanah-tanah tradisi itu?

Rekod-rekod telah menunjukkan bahawa Kong bersaudara telah cepat-cepat menjualkan 70% saham-saham mereka ke atas pegangan 5,562 hektar tanah NCR dalam Hydroflow (menerusi sebuah lagi syarikat mereka iaitu Sawit Green Plantation S/B) kepada TF Plantations Bhd pada harga selumayan RM72.5 juta pada tahun lepas.

Komen pihak TF Plantations menerusi Laporan Tahunan mereka mengatakan bahawa urusan jual-beli itu telah melibatkan harga sebanyak RM18,700 sehektar untuk tanah Hydroflow.

Namun, sebuah nota dalam rekod-rekod Jabatan Tanah dan Survei (yang dibocorkan) menunjukkan bahawa Naroden Majais pada asalnya telah medapatkan tanah ini dari kerajaan negeri pada harga RM500 sehektar dalam tahun 2006!

Jumlah harga yang mereka bayar adalah RM2.8 juta, mengakibatkan keuntungan sebanyak RM70 juta … sejumlah wang yang tidak dimasukkan ke dalam dana Kerajaan Negeri Sarawak, apatah lagi kepada pemilik NCR yang berhak di kawasan Gedong, tetapi kepada segelintir orang yang mempunyai jalinan berpolitik yang besekongkol dengan arkitek rampasan tanah, Naroden Majais.

Dibeli dari kerajaan negeri pada harga RM500 sehektar – kemudian dijual kepada TF Plantations pada harga RM18,700 sehektar!

Maka kami ingin tahu, apakah peranan Menteri ‘Pembangunan Usahawan’ ini terhadap orang-orang Sarawak, apabila seluruh kemahiran keusahawanannya diarahkan untuk memperkayakan dirinya dan para kroni perniagaanya dan bukannya orang lain?

Dan betapa kejam dan beraninya Ketua Menteri Taib Mahmud membenarkan kegiatan merampas tanah itu dilakukan di negerinya dengan disokong oleh gerombolan-gerombolan samseng untuk mengiaya dan mengancam penduduk-penduduk tempatan?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments