Baram Malaysia Bertemu Baerum Norway … Dan Sjotveit Dilaporkan Kepada OKOKRIM

Risalah-risalah diedar-edarkan di sekitar Baerum.

Risalah-risalah diedar-edarkan di sekitar Baerum.

Apabila dia tidak memusnahkan kayu-kayu tropika di Sarawak, CEO SEB itu menikmati percutiannya di rumah pintarnya di pinggir Oslo di Norway, dikenali sebagai Baerum.

Pada minggu lalu, terkejut dengan projek-projek gergasi yang dianugerahkan oleh CEO SEB warga Norway kepada syarikat-syarikat milik keluarga bosnya, pemerintah autokratik Taib Mahmud, kumpulan-kumpulan NGO membuat keputusan untuk memberitahu penduduk Bandar Baerum mengenai kegiatan korup jiran mewah mereka, yang banyak menghabiskan masanya berada di salah sebuah negara Asia Tenggara itu.

Maka mereka berkunjung ke Baerum, Norway untuk mengedarkan risalah bagi menjelaskan apa yang sedang dilakukan bos Sarawak Energy (SEB) Torstein Dale Sjotveit di Baram, Sarawak, dan bagaimana keseluruhan projek itu dikaitkan dengan perlakuan seorang pemusnah berkleptokrat, Taib Mahmud ke atas sebuah hutan hujan tertua di dunia.

Kumpulan NGO itu bermula dengan mengedarkan risalah-risalah mereka kepada para komuter di stesen keretapi tempatan di Bekkestua dan kemudiannya memasuki kawasan kejiranannya untuk menyampaikan mesej mengenai Sjotveit dan meninggalkan sesalinan risalah itu di kediaman pintarnya di atas sebuah bukit.

Screen Shot 2013-11-06 at 13.25.08

Perang mulut yang hebat

Dalam masa beberapa jam Datuk Sjotveit telah mengutuskan beberapa email dari Kuching Sarawak sebagai menunjukkan bantahannya, mengatakan bahawa kegiatan itu sebagai “tunjuk perasaan yang kasar di luar rumah saya”, yang didakwanya telah “mengancam” keluarganya.

Kumpulan NGO itu memberikan respon bahawa CEO itu seharusnya menunjukkan kerisauannya pada orang-orang asli yang sebenarnya amat terjejas akibat tindakannya yang selaku ketua dalam SEB.

Okokrim!

Para delegasi NGO itu juga berada di Norway atas jemputan Okokrim, sebuah agensi rasmi penentang jenayah, yang menjemput mereka ke suatu mesyuarat di ibupejabat mereka di Oslo bagi mengemukakan sepucuk kenyataan mengenai kegiatan Sjotveit di Sarawak.

Kumpulan-kumpulan NGO itu menemui Okokrim, badan pencegah rasuah Norway.

Kumpulan-kumpulan NGO itu menemui Okokrim, badan pencegah rasuah Norway.

Arnt Angell, Ketua Pendakwaraya dan Ketua Jabatan II Okokrim, mengesahkan bahawa undang-undang rasuah Norway itu merangkumi semua warganegaranya yang melakukan jenayah di luar negara ataupun di dalam Norway sendiri.

Berikutan perbincangan itu, Okokrim mengesahkan menerima kenyataan mengenai Sjotveit itu yang telah ditulis oleh Bruno Manser Fund, yang disokong oleh rakan-rakan mereka di Norway, iaitu kumpulan NGO FIVAS, dan menyatakan bahawa perkara itu akan diambil tindakan.

Lagipun, pada minggu lalu Sjotveit telah diketahui menganugerahkan sebuah kontrak pemasangan kabel berkuasa tinggi bernilai US$200 juta kepada syarikat keluarga Taib, termasuk Sarawak Cable Berhad, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh anak Taib Mahmud untuk mendapatkan keuntungan dari projek yang dinamakan ‘Koridor Tenaga’ SCORE.

Penganugerahan kontrak berjumlah US$400 juta bagi memasang kabel berkuasa tinggi yang terkini kepada keluarga Taib itu diuruskan oleh Torstein.

Aku dan bosku – urusan di SCORE telah mendatangkan habuan berjuta-juta ringgit kepada syarikat-syarikat Taib.

Aku dan bosku – urusan di SCORE telah mendatangkan habuan berjuta-juta ringgit kepada syarikat-syarikat Taib.

Di samping itu, keluarga Taib Mahmud terus mendapat faedah dari kontrak-kontrak membina jalan, pembinaan dan monopoli perniagaan simen yang mereka kuasai atas pembinaan empangan-empangan, hampir kesemuanya dianugerahkan tanpa sebarang tender terbuka yang diselia oleh Sjotveit.

Laman blog ini juga telah melaporkan bahawa Sjotveit telah mendapatkan pinjaman sebesar RM15 billion (US5 billion) untuk SEB bagi menyokong projek-projek itu dalam tahun 2011.

Namun, dalam masa Torstein yang baru sahaja menerima gelaran Datuk dari Negeri Sarawak, dia telah enggan menerbitkan Laporan-Laporan Tahunan sejak 2010, di mana masyarakat dunia dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang dilakukan olehnya dan juga Taib lakukan di negeri Sarawak.

Bukan sahaja membangunkan SCORE tetapi turut mendapat faedah dari kontrak-kontrak tenaga yang murah

Okokrim juga turut dijelaskan oleh NGO-NGO itu bahawa kesemua kontrak murah dari Bakun dan kini dari Murum, telah membabitkan urusniaga-urusniaga yang menguntungkan keluarga Taib.

Sebagai contoh, OM Holdings, syarikat luar negara yang ada kaitan dengan China, yang berpangkalan di Bermuda, yang melabur dalam kerja-kerja melebur mangan, telah menawarkan banyak urusniaga dan kontrak kepada kepentingan perniagaan Taib, termasuk kontrak pembinaan dan saham 20% pada anak syarikat mereka di Sarawak.

Aku dan bosku – memeterai perjanji dengan OM Holdings.

Aku dan bosku – memeterai perjanji dengan OM Holdings.

Begitu juga, syarikat Rio Tinto Alcan telah menarik diri dari perusahaan melebur aluminum yang dirancangkan setelah Sarawak Report mendedahkan bagaimana sebuah urusniaga yang serupa telah dicapai bersama keluarga Taib.

Persembahan maklumat Sarawak kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang turut dihiasi dengan gambar-gambar Torstein bersama Taib Mahmud memeterai perjanjian mengenai perindustrian melebur aluminum yang banyak menggunakan tenaga elektrik, kesemua kontrak utama dilihat telah dibolot oleh syarikat-syarikat milik keluarga Ketua Menteri itu.

Ini termasuk kemudahan peleburan aluminum Press Metal.

Aku dan bosku – tiada kelibat Pengerusi Hamed Sepawi semasa Ketua Menteri Taib Mahmud mempengerusikan urusniaga untuk menguntungkan diri sendiri yang dilakukan oleh Torstein bagi pihak SEB.

Aku dan bosku – tiada kelibat Pengerusi Hamed Sepawi semasa Ketua Menteri Taib Mahmud mempengerusikan urusniaga untuk menguntungkan diri sendiri yang dilakukan oleh Torstein bagi pihak SEB.

Namun dengan bertambahnya kerisauan pada pengenalan perindustrian-perindustrian yang mempunyai rekod mengeluarkan pencemaran yang buruk di China dan di tempat-tempat lain.

Masalah ini disokong oleh beberapa laporan dan aduan mengenai kesihatan dan kemusnahan tumbuh-tumbuhan di sekitar kilang Press Metal di Mukah, Sarawak.

Aku dan bosku – satu lagi perjanjian memasang kabel berkuasa tinggi yang diberikan kepada syraikat Sarawak Cable milik keluarga Taib (gambar, persembahan SEB di PBB, Geneva).

Aku dan bosku – satu lagi perjanjian memasang kabel berkuasa tinggi yang diberikan kepada syraikat Sarawak Cable milik keluarga Taib (gambar, persembahan SEB di PBB, Geneva).

Kumpulan-kumpulan NGO ini menyatakan rasa risau mereka kerana tiada terdapat sebarang Penilaian yang bebas dan berkecuali mengenai Kesan Impak Ke Atas Alam Sekitar dan Sosial yang boleh meyakinkan para pemerhati yang berobjektif bahawa kepentingan penduduk kebanyakan dan alam sekitar yang sensitif ini sedang dihormati dan dipelihara.

Lagi pun, orang yang menaungi Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Alam Sarawak adalah Menteri Perancangan dan Sumber, tidak lain dari Taib Mahmud sendiri!

Oleh itu, adalah jelas bahawa apa yang dihebahkan dalam nama ‘kepentingan awam’, adalah sebenarnya digunakan untuk menjana pendapatan persendirian untuk Taib sekeluarga, terima kasih pada kesetiaan dan ketaatan bos SEB yang bergaji US$1.2 juta setahun itu, Torstein Dale Sjotveit.

Bangsa-Bangsa Bersatu

Berobjektif dalam perkara berkaitan dengan SCORE atau selaku pemangkin keuntungan – bekas Peguam Negeri, J C Fong.

Berobjektif dalam perkara berkaitan dengan SCORE atau selaku pemangkin keuntungan – bekas Peguam Negeri, J C Fong.

Sjotveit telah seterusnya berbuat baik untuk Taib dengan menghantar Timbalan Presidennya dalam SEB, Nick Wright ke Geneva minggu lalu untuk menyampaikan sebuah kertas kerja yang mendakwa Negeri Sarawak dan syarikat Sarawak Energy tidak melanggar sebarang aspek kemanusiaan atau hak-hak orang asli di negeri itu.

Pada masa yang sama, tidak kurang dari enam buah hadangan yang didirikan oleh orang-orang asli bagi menentang perlaksanaan Empangan Murum yang telah memaksa perpindahan beramai-ramai orang asli ke tapak penempatan semula, dan juga permulaan kerja-kerja Empangan Baram, yang dikatakan Sjotveit kepada PBB sebagai belum lagi difikirkan.

Orang yang dipertanggungjawabkan menyampaikan persembahan secara lisan mengenai empangan-empangan kepada PBB adalah penghujah kegemaran Taib Mahmud, J C Fong, bekas Peguam Negeri.

Namun, apakah kewajaran dan kesubjektifan jurucakap ini, memandangkan J C Fong juga merupakan salah seorang Pengarah terkanan dalam Sarawak Cable, sebuah syarikat yang menerima saham-saham utama dari kontrak-kontrak, yang bekerja di samping anak Ketua Menteri, Abu Bekir Taib?

Bercakap tanpa memihak pada orang-orang Sarawak, atau sekadar seorang ahli perniagaan yang semakin meningkat naik.

Bercakap tanpa memihak pada orang-orang Sarawak, atau sekadar seorang ahli perniagaan yang semakin meningkat naik.

Sebenarnya J C Fong juga meraih 1 juta saham dalam syarikat itu yang menjadikannya seorang pemegang saham terbanyak yang merupakan suatu contoh bagaimana projek SCORE mewakili kepentingan peribadi dan bukannya kepentingan awam di Sarawak.

[Kenyataan media daripada BMF]

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments