Berhati Mulia? Bagaimana Taib Sekeluarga Mengaut Untung Bersandarkan Pembeli Rumah Berpendapatan Rendah Di Samariang

Bank tanah kami yang amat luas” – “rumah modular” buatan CMS yang harus menawarkan rumah kos rendah bagi membantu golongan miskin memiliki rumah sendiri di Bandar Samariang

Bank tanah kami yang amat luas” – “rumah modular” buatan CMS yang harus menawarkan rumah kos rendah bagi membantu golongan miskin memiliki rumah sendiri di Bandar Samariang

Siasatan Sarawak Report tentang bagaimana Taib sekeluarga telah mula mendapat keuntungan dari projek Bandar Samariang, sebaik sahaja Ketua Menteri itu menyerahkan sebidang tanah seluas 5,200 ekar ke tangan syarikat miliknya Cahya Mata Sarawak Berhad (atau CMS).
Penemuan itu membongkar kesengsaraan pembeli rumah yang berpendapatan rendah, yang terpaksa membeli rumah yang sab-piawai dan pampasan yang kecil.

Namun, Taib telah mempromosikan projek Bandar Samariang itu sebagai suatu usaha “baik hati” keluarganya, direka khas bagi membantu keluarga-keluarga yang miskin, yang bersusah-payah ingin memiliki rumah berkos rendah sendiri yang selesa.

Semasa melancarkan projek itu dalam tahun 1997 Ketua Menteri itu mengumumkan tidak kurang dari 3,000 – 5,000 rumah baru diperlukan di kawasan Kuching setiap tahun bagi meyelesaikan masalah ketiadaan rumah di kalangan orang-orang miskin.

Bandar Samariang seharusnya memberikan 13,500 buah kediaman seperti ini dan pada majlis yang sama saudara Ketua Menteri, Onn Mahmud, selaku Pengerusi CMS ketika itu, telah berjanji bahawa semua rumah kos rendah akan siap terbina dalam masa 5 tahun.

Pada majlis yang sama juga, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Anwar Ibrahim telah memuji CMS kerana apa yang dinamakannya sebagai “projek berhati mulia” untuk membantu golongan miskin. Taib mendakwa kebanyakan syarikat tidak gemar melabur di kawasan itu dan mengumumkan bahawa CMS dijangkakan “tidak akan membuat banyak keuntungan”!

Tetapi 15 tahun kemudian gambaran yang muncul amatlah berbeza.

CMS dijangka mendapat kuntungan RM474 juta di Bandar Samariang dalam masa lima tahun akan datang!

Kini semakin usang – bahan  binaan yang kurang baik

Kini semakin usang – bahan binaan yang kurang baik

Setelah satu dekad melepasi tarikh penyiapan, hanya sebahagian dari rumah kos rendah yang dijanjikan dahulu telah siap, iaitu hanya 2,500 buah sahaja.

Kebanyakannya tidak dibina dengan baik dan kini sudah menunjukkan keusangan yang semakin teruk.
Sarawak Report boleh mendedahkan bahawa keadaan rumah-rumah ini disebabkan oleh sikap tamak ahli keluarga Taib yang mengendalikan CMS, untuk mendapatkan keuntungan atas projek yang dibiayai menggunakan wang awam.

Dalam pada itu, dengan melupakan niat mengaut untung yang besar, syarikat itu telah mendapat keuntungan berlipat ganda, dengan menjual rumah-rumah mewah, lot-lot kedai dan juga tanah di kawasan itu, yang kini dianggap sebagai “bank tanah bernilai rendah yang luas”.

Dengan alasan asal Taib menyerahkan tanah itu kepada syarikat peribadinya kerana kononnya tanah itu terlalu mahal untuk diusahakan dan syarikat lain tidak berminat melabur di situ, kami ingin bertanya bagaimana CMS kini menamakan kawasan itu sebagai “rendah nilai”?

Dalam Laporan Tahunan terkini CMS, mereka mengumumkan bahawa jabatan hartanah mereka telah mendapat keuntungan RM60 juta pada tahun lepas. Dan untuk lima tahun akan datang mereka dijangka mendapat keuntungan RM474 juta dari projek di Bandar Samariang!

Dakwaan Taib bahawa CMS hanya berminat dengan projek itu kerana mereka tidak rela melihat golongan miskin “tiada kediaman” dan di samping itu juga mereka melakukannya “tanpa mengaut untung yang banyak”!

RM474 juta – “bank tanah rendah nilai yang luas” diserahkan oleh Ketua Menteri kepada syarikat keluarganya! [Laporan Tahunan CMS 2012]

RM474 juta – “bank tanah rendah nilai yang luas” diserahkan oleh Ketua Menteri kepada syarikat keluarganya! [Laporan Tahunan CMS 2012]

  Sabsidi-sabsidi untuk orang awam merancakkan lagi keuntungan CMS

Kurang bermutu dan tidak tahan lama. Para penghuni mengatakan bahawa dinding dalaman hanya dibuat dari kepingan plaster dan asbestos yang rapuh

Kurang bermutu dan tidak tahan lama. Para penghuni mengatakan bahawa dinding dalaman hanya dibuat dari kepingan plaster dan asbestos yang rapuh

Cerita mengenai pengorbanan diri dan hati mulia CMS didedahkan apabila seseorang memeriksa bagaimana Taib menggerakkan dana awam ke arah syarikat hartanah milik keluarganya.

Mula-mula dia akan mempastikan bahawa Suruhanjaya Perumahan Sarawak membida awal 2,500 buah rumah kos murah yang akan dibina oleh CMS, dengan usahasama bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Rumah-rumah yang sudah siap ini akan dijualkan kepada para pembeli dengan harga RM35,000 setiap satu, bersandarkan pinjaman dari bank-bank tempatan termasuk Bank Utama milik keluarga Taib Mahmud sendiri.
Ramai telah menjadi mangsa terma-terma dan syarat ketat pinjaman itu atau ada yang kehilangan rumah disebabkan kelewatan bayaran balik.

Mangsa-mangsa itu termasuk seorang pembeli rumah yang bersetuju rumahnya dijadikan bilik operasi BN pada PRU lalu. Selepas PRU Mei itu, pembeli itu sekeluarga telah diperintahkan mengosongkan rumah mereka!

Keluarga ini sudah tidak mampu membayar balik pinjaman mereka. Agak keterlaluan bagi BN!

Keluarga ini sudah tidak mampu membayar balik pinjaman mereka. Agak keterlaluan bagi BN!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kini, selain mensasarkan pada pembeli dari golongan miskin tegar, projek Bandar Samariang CMS hanya berfokus pada pembeli rumah mewah dan usahaniaga komersil yang menguntungkan.

Pasukan jualan turut mengiklankan rumah-rumah binaan mereka sehingga ke Sibu, Miri dan komuniti-komuniti mewah lain dengan jualan sedikit di bawah setengah juta ringgit sebuah.

Apa yang terjadi dengan 11,000 buah rumah yang masih dijanjikan pada golongan miskin di Kuching?

Rumah-rumah mewah yang cantik, kedai-kedai dan usahaniaga yang menjamin pulangan lumayan – apa yang terjadi pada golongan miskin?

Rumah-rumah mewah yang cantik, kedai-kedai dan usahaniaga yang menjamin pulangan lumayan – apa yang terjadi pada golongan miskin?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Taib juga telah memberikan projek itu dengan mengarahkan pelaburan negeri dalam projek-projek infrastruktur utama.

Ini termasuk jalan Pusat Pentadbiran Persekutuan yang menghubungkan Bandar Samariang terus dengan jambatan tol Sungai Sarawak dan hingga ke jalan baru dari utara ke selatan melaluinya. Akhbar Borneo Post juga telah melaporkan bahawa pembesaran jalan di Jalan Sultan Tengah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas antara Bandar Baru Samariang dan Kuching. Apa yang gagal dilakukan oleh Negeri Sarawak, menurut penduduk-penduduk tempatan, melabur dalam sistem pengangkutan yang lebih sempurna ke kawasan itu. Perkhidmatan bas ke Kuching adalah tidak berguna, membiarkan orang-orang tempatan terkandas dan mengharapkan kenderaan yang tidak mampu mereka miliki. Keadaan ini tidak menghentikan menteri-menteri BN mengkritik orang-orang tempatan kerana bersikap ‘boros’ dalam membeli kereta dan menunjukkan bahawa bumbung rumah mereka terpasang piring satelit. Orang-orang tempatan mengatakan bahawa kebanyakan piring satelit itu telah diberikan secara percuma sempena promosi Astro dan kini sudah tidak berfungsi lagi, kerana mereka sudah tidak mampu menghadapi terma-terma pembelian jangka masa panjangnya.

Ini termasuk jalan Pusat Pentadbiran Persekutuan yang menghubungkan Bandar Samariang terus dengan jambatan tol Sungai Sarawak dan hingga ke jalan baru dari utara ke selatan melaluinya.

Akhbar Borneo Post juga telah melaporkan bahawa pembesaran jalan di Jalan Sultan Tengah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas antara Bandar Baru Samariang dan Kuching.

Apa yang gagal dilakukan oleh Negeri Sarawak, menurut penduduk-penduduk tempatan, melabur dalam sistem pengangkutan yang lebih sempurna ke kawasan itu.

Perkhidmatan bas ke Kuching adalah tidak berguna, membiarkan orang-orang tempatan terkandas dan mengharapkan kenderaan yang tidak mampu mereka miliki. Keadaan ini tidak menghentikan menteri-menteri BN mengkritik orang-orang tempatan kerana bersikap ‘boros’ dalam membeli kereta dan menunjukkan bahawa bumbung rumah mereka terpasang piring satelit.

Orang-orang tempatan mengatakan bahawa kebanyakan piring satelit itu telah diberikan secara percuma sempena promosi Astro dan kini sudah tidak berfungsi lagi, kerana mereka sudah tidak mampu menghadapi terma-terma pembelian jangka masa panjangnya.

Jaringan jalan, namun bilangan bas yang sedikit untuk kegunaan golongan miskin!

Jaringan jalan, namun bilangan bas yang sedikit untuk kegunaan golongan miskin!

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemerosotan mutu rumah modular

Projek awam inilah yang penuh berskandal dilakukan oleh keluarga Taib yang mengaut keuntungan yang banyak.

‘Perumahan Modular’ yang berinovatif – Laporan Tahunan CMS 2000

‘Perumahan Modular’ yang berinovatif – Laporan Tahunan CMS 2000

Sarawak Report kini telah menjalankan penyiasatan berkaitan bagaimana ahli-ahli keluarga mengendalikan CMS untuk menghimpunkan kekayaan mereka sendiri menggunakan usahaniaga yang dibiayai oleh negeri yang dilaksanakan atas kepentingan golongan miskin.

Kami merujuk pada Ketua baru Jabatan Hartanah CMS pada 1997, warga Australian peranakan Lebanon, Robert Geneid – suami pada adik Taib, Raziah Mahmud.

Dan kami juga merujuk pada Pengerusi syarikat itu, adik Taib sendiri, Onn Mahmud.

Geneid telah mengakui bahawa kariernya dalam pembangunan hartanah adalah berjaya menerusi laman webnya yang terkini.

Namun, yang menariknya dia tidak merujuk pada pengalaman 8 tahunnya sebagai Ketua Eksekutif Jabatan Pembangunan Hartanah CMS dari 1997-2005.

Agaknya bukan mengenai saya – tidak merujuk pada malapetaka Perumahan Modular CMS!

Agaknya bukan mengenai saya – tidak merujuk pada malapetaka Perumahan Modular CMS!

Pada masa ini, Geneid berfokus pada kedudukannya mengendalikan pelbagai syarikat ‘pembinaan’ isterinya Raziah Mahmud, yang telah menerima beberapa siri kontrak utama dan tanah yang luas di Miri dari kerajaan negeri tadbiran abangnya Taib Mahmud.

Secara nyata syarikat-syarikat ini, yang merangkumi Miri Properties, Kumpulan Parabena dan Kumpulan Construction, telah mengsab-kontrakkan kerja-kerja kepada juru-juru bina yang lain.

Seperti yang dikatakan oleh seorang yang ada hubungan langsung dengan syarikat Kumpulan Parabena kepada Sarawak Report, “syarikat itu tidak memilik sebuahpun kereta sorong!”

Namun, pada tahun 1997, semasa Geneid mengambil-alih tugas pengurusan kanannya di samping ahli-ahli keluarga Taib yang lain dalam CMS, dia telah melihat dengan jelas kedudukan mendapatkan peluang yang utama.

Ini adalah sebelum merosotnya mutu inisiatif ‘perumahan modular’ yang dilaksanakan oleh CMS bagi membantu golongan miskin memiliki rumah sendiri.

Semuanya dalam sebuah keluarga – anak-anaknya Abu Bekir dan Sulaiman, saudara-saudaranya (kini arwah) Arip dan Onn, menantunya Alsree Alwee dan adik iparnya Robert Geneid

Semuanya dalam sebuah keluarga – anak-anaknya Abu Bekir dan Sulaiman, saudara-saudaranya (kini arwah) Arip dan Onn, menantunya Alsree Alwee dan adik iparnya Robert Geneid

Total Pride Sdn Bhd

Laluan bukti itu berpatah balik ke beberapa siri syarikat-syarikat persendirian, yang dikendalikan oleh Geneid dan isterinya menerusi pejabat-pejabat mereka di 154-6 Jalan Sungai Padungan di Kuching, seretak pada masa di sedang bekerja di Kuching.

Menurut hasil siasatan kami, salah sebuah syarikat persendiriannya dikenali sebagai Total Pride Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada 1997 semasa dia dipertanggungjawabkan CMS melaksanakan inisiatid ‘rumah kos murah’.

Para pemegang saham dalam Total Pride termasuk sebuah syarikat dimiliki seorang saudaranya berketurunan Lebanon, pemaju perumahan Nabil Nazri Ghazali; sebuah syarikat yang ‘dimiliki’ oleh setiausaha dan nominee kepada Onn Mahmud (pada masa itu selaku Pengerusi dan pemegang saham terbesar dalam CMS) dan sebuah lagi syarikat luar negara yang dijangka dimiliki Geneid dan isterinya, syarikat Blue Azure.

Syarikat Whittaker adalah salah sebuah syarikat-syarikat di Hong Kong ‘dimiliki’ oleh setiausaha Onn Mahmud, Shea Kin Kwok, mana kala syarikat Philbest dimiliki oleh saudara Geneid, Nabil Nazri.

Menurut maklumat yang kami terima Total Pride telah membeli sebuah cipta baru daripada Nabil Nazri, yang telah dipatenkannya dengan nama Modular Housing

Ciptaan ini adalah berdasarkan sejenis bahan binaan yang pada asalnya direka khas untuk karavan, seperti yang kami difahamkan, dan pada masa yang sama sebuah syarikat juga telah ditubuhkan beralamat di 154-6 Jalan Sungai Padungan, dengan nama Viscount Caravans Sdn Bhd.

Namun, Ketua baru Jabatan Pembangunan Hartanah CMS dan Pengerusinya, Onn Mahmud, telah mendapat satu rancangan hebat berkenaan potensi tetapi belum dicuba, bagi mengeluarkan panel dinding dan bumbung pasang siap yang murah. Mereka memutuskan untuk menjualnya kepada CMS untuk membina beribu-ribu buah rumah murah yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Perumahan Negeri Sarawak.

Namun, Ketua baru Jabatan Pembangunan Hartanah CMS dan Pengerusinya, Onn Mahmud, telah mendapat satu rancangan hebat berkenaan potensi tetapi belum dicuba, bagi mengeluarkan panel dinding dan bumbung pasang siap yang murah. Mereka memutuskan untuk menjualnya kepada CMS untuk membina beribu-ribu buah rumah murah yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Perumahan Negeri Sarawak.

Dari tahun 1998 Robert Geneid telah mempromosikan konsep ‘Perumahan Modular’ sebagai suatu kaedah murah.

Perumahan Modular CMS didakwa sebagai suatu “kaedah berinovasi” yang terjamin, dan yang paling menarik, ianya amat murah bagi membina perumahan kos murah.
Adakah ianya tidak masuk akal, dengan sebuah kaedah yang hanya telah dipatenkan dan belum lagi teruji di mana-mana tempat di dunia ini?

Adakah dakwaan Geneid bagi pihak sebuah sistem tidak dipengaruhi oleh hakikat bahawa dia telah menjual kilangnya dan keseluruhan proses yang direkacipta oleh saudaranya kepada majikannya pada harga RM48 juta.

Para penduduk di Bandar Samariang telah mula menyedari bahawa dakwaan mengenai kekuatan, daya tahan dan ciri-ciri kalis air rekaan Nabil Nazir tidak mampu menghadapi ujian realiti, sebaik sahaja mereka mulai membayar ansuran bulanan rumah yang disiapkan dalam masa yang singkat.

Sebenarnya unit-unit rumah itu tidak setahan seperti yang didakwa. Kaedah binaan yang cepat tidak menyelamatkan CMS. Dalam 2006, setahun selepas Robert Geneid meletak jawatannya sebagai Ketua dalam Jabatan Hartanah CMS dia telah dipetik sebagai berkata mengenai penutupan kilang mereka.

Cerita sepenuhnya tidak dikemukakan

Cerita sepenuhnya tidak dikemukakan

Geneid dan Onn Mahmud telah menjual sebuah sistem yang mengeluarkan perumahan mereput kepada orang-orang miskin dengan biayaan kerajaan negeri.

CMS juga turut kehilangan dana dalam perniagaan ini akibat kesilapan keputusan ahli lembaga pengarahnya sendiri yang lebih mementingkan keuntungan sendiri.

Namun, golongan miskin adalah golongan yang paling malang kerana terpaksa membeli perumahan yang tidak baik mutunya.

Dalam Fasa 3 cerita kami mengenai bandar Samariang kami akan mendedahkan dengan lebih lanjut kebenaran sistem Perumahan Modular dan bagaimana golongan miskin yang malang telah ditipu untuk membelanjakan segala yang mereka ada untuk membeli “rumah kos rendah” CMS yang sab-piawai.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments