MARAH!

Ya, Taib Mahmud kini benar-benar marah bahawa kaum Penan ingin mempertahankan masa depan mereka dengan menuntut pampasan pada kemusnahan rumah dan kehidupan mereka.

Dia telah meranapkan hutan mereka dan membanjiri perkampungan mereka dan menempatkan mereka semula di tengah-tengah kawasan yang kosong, ladang kelapa sawit terbiar, berbatu-batu jauh entah di mana ….. dan dia amat marah bahawa mereka masih mengadu.

Perkara ini dijelaskannya dalam ucapannya dalam Perhimpunan DUN pada minggu lepas, dengan menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan membayar satu senpun pada kaum Penan selain dari pampasan yang telah dibayar bagi kehilangan kediaman dan wilayah pusaka mereka.

Lagipun, mereka ingat siapakah mereka itu?

Menurut ucapannya, faktor yang menyebabkan dia marah, adalah tuntutan kaum Penan sebanyak RM500,000 untuk sebuah isi keluarga dengan penuh dan penjelasan sepenuhnya kerana penempatan semula yang diperintahkan secara paksa.

Jumlah ini mewakili tanggapan mereka berbanding nilainya sendiri dan dia jelas menganggap bahawa orang-orang asli itu mengada-ngada dengan menganggap bahawa meraka adalah berdarjat lebih tinggi.

Komuniti-komuniti tebingan sungai merasa terancam kerana kemusnahan sungai-sungai mereka

Komuniti-komuniti tebingan sungai merasa terancam kerana kemusnahan sungai-sungai mereka

Lagipun, RM500,000 adalah sepertiga dari gaji rasmi tahunan Taib (atau sebahagian kecil dari pendapatan tidak rasminya).

Jelaslah, sebuah keluarga kaum Penan yang kehilangan tanah-tanah dan sumber kehidupan mereka tidak harus menjangkakan lebih dari itu sepanjang hidup mereka, dan seterusnya!

Sebaliknya, kebelakangan ini Taib akhirnya tiba pada suatu jumlah wang pampasan yang, pada andaiannya, memadai untuk kaum Penan.

Dan menurutnya dia telah membuat keputusan bahawa mereka tidak harus diberikan apa-apa bayaran lagi.

Beginilah orang sepertinya ‘berunding’.

Jumlah sepenuhnya untuk sebuah keluarga adalah RM15,000.

Maka, berapa bahagian kecilkah gaji Taib diwakili oleh jumlah ini?

Dan, ianya sekitar 0.01% dari gaji rasmi yang diterima Ketua Menteri dalam setahun!

Beranikah mereka menuntut suatu jumlah sepertiga dari gaji tahunannya?

Beranikah mereka mengharapkan keselesaan dan keselamatan yang tidak akan diberikan oleh keluarganya?

Beranikah mereka mengharapkan keselesaan dan keselamatan yang tidak akan diberikan oleh keluarganya?

Sombong

Namun jika kita berbincang mengenai kekayaan tidak berisytihar milik Taib, sememangnya, kita akan terpaksa menambahkan beberapa angka sifar pada layanan tidak adil dan bagaimana dia meletakkan nilai kehidupan kaum Penan jika dibandingkan.

Dibina oleh syarikat Naim Candera – namun menteri-menteri gemar mengadu bahawa menempatkan semula kaum Penan menggunakan kos berjuta-juta ringgit.

Dibina oleh syarikat Naim Candera – namun menteri-menteri gemar mengadu bahawa menempatkan semula kaum Penan menggunakan kos berjuta-juta ringgit.

RM50 bilion merupakan suatu angka yang amat lumayan bagi kemewahan sebenar Taib sebagaimana diketahui oleh masyarakat dunia.

Dalam kes ini tawarannya RM15,000 untuk sebuah keluarga Penan hanyalah 0.0000003% dari keseluruhan kemewahannya, yang diperolehinya secara haram dengan mengeksploitasi sumber alam Sarawak!

Namun dia sering menganggap tawaran RM15,000 untuk kaum Penan adalah terlalu besar, jika dia membandingkan nilainya dengan nilai kaum asli itu.

Taib dan para menterinya telah secara umum mengadu bahawa kos memindahkan kaum Penan kini mencecah RM1.2 juta untuk sebuah isi keluarga.

Penilaian seperti itu, sememangnya, merangkumi perbelanjaan dari akaun Sarawak Energy yang dimiliki oleh kerajaan negeri yang dibayar kepada syarikat milik keluarga Ketua Menteri, Naim Candera untuk membina tapak-tapak penempatan semula.

Mungkin kita harus berfikir sejenak dengan lebih lanjut?

Sarawak Energy, yang mentauliahka kawasan-kawasan penempatan semula itu, dipengerusikan oleh sepupu dan juga selaku nomini kepada Taib, Hamed Sepawi. Naim Candera, yang memenangi kontrak itu, dipengerusikan dan hampir keseluruhannya dimiliki oleh Hamed Sepawi juga!

Maka, jika Taib dan menteri-menterinya mengadu mengenai perbelanjaan kerajaan negeri memindahkan kaum Penan, mereka harus juga ingat bahawa wang perbelanjaan ini telah berakhir di tempat yang sama seperti kebiasaannya, di tangan keluarga Taib.

Maka sememangnya, Taib menjadi MARAH untuk menafikan tawaran RM15,000 kepada kaum Penan. Jumlah inilah yang terlalu kecil yang tidak dapat dikembalikannya ke dalam sakunya.

Status sosial

Gunung Kinabalu – gunung tertinggi di Borneo dan Asia Tenggara

Gunung Kinabalu – gunung tertinggi di Borneo dan Asia Tenggara

Mungkin kita harus gunakan suatu teknik yang sering digunakan oleh pakar-pakar ekonomi untuk menggambarkan perbezaan dalam kekayaan, bahawa berkenaan ketinggian, bagi mendapatkan akses pada wawasan ke dalam minda Taib Mahmud?

Dengan perbezaan ini kita telah mengukur kekayaan antara Taib dengan apa yang dia telah tawarkan sebagai pampasan seumur hidup untuk kaum Penan, kita dapat melihat bahawa jika seorang Penan berketinggian normal 1.5 meter, maka ketinggian Taib adalah 5.3 juta meter – iaitu 1,325 kali lebih tinggi dari Gunung Kinabalu.

Berbanding nilai seorang Penan yang biasa, Taib menganggap kepalanya harus lebih tinggi ke angkasa! Malah hingga ke angkasa lepas.

Namun Taib harus ingat, pada paras ketinggian sehingga ke angkasa lepas, kandungan oksigen semakin berkurang dan boleh mengakibat pening-pening.

Memberikan laluan

Long Busang kini belajar tentang bahaya berada di hulu Bakun … bagaimana pula Baram, Murum, Baleh dan projek-projek empangan yang lain?

Long Busang kini belajar tentang bahaya berada di hulu Bakun … bagaimana pula Baram, Murum, Baleh dan projek-projek empangan yang lain?

Mungkin kerana telah agak kepeningan, Taib dalam ucapannya yang sama telah mula mengenepikan rancangan-rancangan haramnya.

Lagipun, pembinaan empangan Murum telah melanggari setiap protokol dan peraturan pembinaannya, semenjak pertama kalinya Taib memecahkan lereng-lereng bukit di Murum sejak 2008.

Tinjauan-tinjauan sosial dan alam sekitar dan pembayaran pampasan seharusnya diselesaikan SEBELUM sebarang pembinaan bermula. Namun kita saksikan bahawa Taib tidak berbuat apa-apa walaupun SELEPAS pembinaan itu.

Ketua Menteri itu telah mengubah wawasan agungnya dengan membenarkan pembinaan empangan-empangan beberapa kali sejak dia menggerakkan rancangannya itu.

Sejak projek empangan Murum dimulakan dia bercakap mengenai pembekalan tanaga elektrik ke Semenanjung Malaysia. Kini rancangan itu terbukti mustahil dia ingin menjadikan Sarawak sebagai peneraju perindustrian dunia yang pengotor dalam projek SCORE cetusan ideanya.

Perkara ini seharusnya dinilai terlebih dahulu oleh pakar-pakar yang berobjektif dan bebas dan berkecuali, bukan dinilai oleh seorang kleptokrat yang tidak tahu mengenai ilmu sains.

CEO SEB Torstein dan pasukannya yang telah menghadiri perhimpunan di PBB pada bulan lalu telah memberitahu dunia bahawa tiada sebarang rancangan diformulasikan walaupun empangan-empangan Baram dan Baleh telah digerakkan seperti diumumkan oleh Taib.

SEB dan Kerajaan Negeri Sarawak seharusnya menunggu prosidur dan penilaian yang betul yang diperlukan di bawah protokol-protokol antarabangsa.

Melainkan, Taib dalam ucapannya menegaskan bahawa kedua-dua empangan itu harus diteruskan! Ketua Menteri itu telah menjelaskan dalam ucapannya bahawa beribu-ribu orang asli dan 33 buah perkampungan harus bersedia untuk diusir oleh empangan Baram sahaja. Tiada persoalan.

Seorang wakil rakyat tempatan telah menggesa para pekerja ditarik-balik dan pembinaan ditangguhkan untuk mengelak sebarang perkara yang lebih buruk berlaku. Taib dan Torstein telah juga berundur sedikit ke belakang namun suatu masa nanti mereka tetap akan meneruskan projek ini!

Pengaruh warga Norway, Torstein Sjotveit

Taib juga menyentuh mengenai CEO SEB kegemarannya yang dibayarnya gaji tahunan berjumlah berjuta-juta dollar, warga Norway Torstein Sjotveit, dalam ucapannya di DUN.

Bukan kerana wang? Rumah selesa Sjotveit di Norway yang turut dikunjungi oleh kumpulan-kumpulan NGO

Bukan kerana wang? Rumah selesa Sjotveit di Norway yang turut dikunjungi oleh kumpulan-kumpulan NGO

Dia telah menuduh kumpulan-kumpulan NGO yang menyokong penentang di kalangan orang-orang tempatan merupakan sebab utama mengapa penduduk asli tidak membenarkan tanah dan kawasan pusaka mereka dimusnahkan.

Dia menuduh bahawa keseluruhan perjuangan itu adalah suatu muslihat kumpulan-kumpulan NGO untuk mendapatkan wang sumbangan daripada penyokong-penyokong mereka, yang mereka simpan untuk diri mereka.
Suatu wawasan yang menarik untuk melihat isi minda Ketua Menteri dan orang kanannya warga Norway, yang sering melontarkan tuduhan demi tuduhan yang sama.

Namun, Ketua Menteri itu kini menyedari mengapa sebenarnya orang-orang Sarawak tetap enggan menerima rancangan-rancangan pembinaan empangannya. Dia telah mengakui bahawa komuniti-komuniti yang terjejas yang telah dijanjikan faedah-faedah dari penempatan semula dahulu dan kemudian sebenarnya tidak mendapat apa-apa.
Alasannya? Bahawa di masa lalu “kita belum mampu menawarkan pampasan”!

Kata-kata ini terluah dari mulut seseorang yang berdiri dengan kepalanya di ruang angkasa sebagai seorang hartawan di planet ini, terima kasih pada pelbagai kementerian di Sarawak yang dinaunginya dan memanjakannya.
Eloklah Ketua Menteri itu mengakui bahawa kerajaannya MAMPU membayar pampasan yang sempurna kini. Maka, kenapakah pampasan tidak dibayar kepada kaum Penan?

Sebenarnya orang-orang Baram dan Murum dan di tempat-tempat lain kini telah mengambil keputusan untuk menilai Ketua Menteri mereka itu menerusi tindak-tanduknya dan bukan menerusi janji-janjinya. Dan untuk ini dia harus menyalahkan dirinya sendiri.

Terbaik di dunia?

Tempat Taib berucap – bangunan DUN, dikatakan menyerupai Sarkis Negeri Korea Utara, telah dibina oleh syarikat Taib sendiri, CMS

Tempat Taib berucap – bangunan DUN, dikatakan menyerupai Sarkis Negeri Korea Utara, telah dibina oleh syarikat Taib sendiri, CMS

Ketua Menteri itu mengakhiri ucapannya melambangkan sifat dan tindak-tanduknya sendiri. Dia mengemukakan sebuah kenyataan rawak yang tidak bersokong dan berbukti kukuh.

Dia mendakwa bahawa rancangan penempatan semula Sarawak “mungkin antara yang terbaik di dunia”.

Mungkin Torstein Sjotveit harus mencuba menjual pakej pampasan RM15,000 dan RM250 sebulan (untuk 4 tahun sahaja) termasuk bekalan beras dan kawasan penempatan semula yang tidak selesa kepada jiran-jiran senegaranya di daerah Oslo dan lihatlah apa reaksi mereka?

Taib mengakui apa sahaja yang dia suka, kerana dia menganggap dia boleh melarikan apa yang akan dia ambil. Dia mengakui hutan Sarawak adalah 80% dan hampir keseluruhan negeri itu diliputi hutan dara. Dia mengakui bahawa keluarganya boleh menjana pendapatan mereka sendiri kerana mereka pintar, bukan dari pemberian-pemberiannya pada apa yang mereka suka di Sarawak.

Dalam ucapannya dia juga mengakui bahawa kerajaannya telah meningkatkan taraf hidup orang-orang asli Sarawak semenjak 50 tahun lalu. Kaum asli yang kini ditawarnya pampasan RM15,000.

Namun satu-satunya laporan yang telah ditauliahkan oleh kerajaan negerinya sendiri ketika menghadapi penduduk asli Murum memberikan gambaran yang amat berbeza. Laporan itu telah mengakui bahawa gangguan yang didatangkan pembalak-pembalak yang ditaja oleh Taib ke atas orang-orang Murum telah mengakibatkan mereka mengalami masalah kekurangan makanan berzat dan dibiarkan kehilangan tempat bergantung hidup.

Laporan itu turut menunjukkan bahawa kerajaan Taib TIDAK memberikan sebarang faedah dalam pembangunan. Sifar pelaburan dan sifar bantuan kewangan. Sifar pendidikan dan sifar aspek kesihatan dan perubatan.

Taib telah gagal melakukan apa-apa pada orang-orang asli yang telah dirompaknya di Sarawak, maka kenapa dia anggap mereka harus menuntut apa-apa sekarang dan kenapa dia anggap mereka tidak akan percaya pada janji-janjinya?

Perjuangan yang nekad atau sekadar rasa marah yang biasa?

Perjuangan yang nekad atau sekadar rasa marah yang biasa?

 

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments