‘Wanita Terkaya’ Kanada Jamilah Taib Didatangi Media Yang Tidak Diundang

Jamilah Taib dan suaminya Hisham (Sean) Murray

Jamilah Taib dan suaminya Hisham (Sean) Murray

Sebuah majalah satira paling popular di Kanada kini telah menerbitkan cerita-cerita bersensasi berkenaan ‘wanita paling kaya’ di Kanada, Jamilah Taib.

Majalah Frank dikenali dengan persembahan liputannya yang bersifat santai dan bersatira tetapi pedas dan ianya tidak mengecualikan anak perempuan Ketua Menteri Sarawak dan suaminya Sean Murray.

Secara khusus, majalah itu telah mengkaji bukti dan butir kekayaan mereka berlandaskan jarahan yang dilakukan oleh ayahandanya Taib Mahmud ke atas hutan hujan Sarawak dan sumber asli lain.

Screen Shot 2013-12-06 at 22.13.10

(Jamilah merupakan wanita terkaya di Kanada pemegang harta bernilai $1.2 billion, maka dari manahkah datangnya semua wang itu? Tanyalah pada ayahandanya)

Kot bulu …

Kot bulu …

Saya menyaksikan ada beberapa pihak berkuasa di negara lain telah mula mengesan aset-aset keluarga yang dikaitkan dengan Jamilah Taib-Murray, wanita terkaya di daerah Rockcliff dan Kanada ($1.2 billion). Jamilah adalah anak sulung perempuan pada Abdul Taib Mahmud, seorang Ketua Menteri Sarawak di Malaysia, seorang tokoh negeri paling kaya secara tidak diketahui puncanya.

Dua tahun lalu, pihak RCMP, FINTRAC dan PMO telah menerima surat-surat daripada pertubuhan Bruno Manser Fund (BMF). BMF yang berpangkalan di Switzerland itu menuduh sebahagian dari kekayaan bapa Jamilah – di mana dia memegang harta bernilai $15 billion! – memiliki beberapa urusniaga keluarga di Kanada. Urusniaga-urusniaga itu merangkumi empayar hartanah Sakto bernilai berjuta-juta dollar yang berpangkalan di Ottawa, dimiliki dan dikendalikan oleh Jamilah dan suaminya Sean Murray. Peguam Negara Switzerland telah gagal mengesan sebarang bukti daripada BMF. Peguam Negara itu mendedahkan bahawa keluarga Taib tiada sebarang barang rompakan disimpan dalam bank yang terkenal dengan kebijaksanaan mereka itu. Namun Peguam Negara itu dapat mengesahkan bahawa dua orang dari kalangan keluarga Taib telah mengeluarkan kesemua simpanan mereka dalam tahun 1999.

Siasatan-siasatan yang serupa dilakukan di Germany dan UK juga telah gagal mengesan simpanan wang haram keluarga Taib seperti didakwa oleh BMF, khasnya wang haram dari kegiatan pembalakan haram dan rampasan tanah di Sarawak. Malaysia menduduki tangga kedua tertinggi pengaliran keluar wang haram di dunia, kebanyakannya melalui akaun-akaun bank negara-negara Singapura dan Hong Kong.

Dihiasi barangan kemas (kiri) bersama ibu saudaranya Raziah

Dihiasi barangan kemas (kiri) bersama ibu saudaranya Raziah

Berpangkalan di Ottawa, Jamilah dan Sean, menerusi rangkaian syarikat-syarikat yang berjaya, mengendalikan sebuah empayar hartanah di Kanada, U.S, Australia dan U.K. Aset-aset mereka yang lain merangkumi Pejabat Peguam Negara Ontario di Preston Street di Ottawa, Bangunan Abraham Lincoln – Ibupejabat FBI Seattle, dan Hotel Adelaide Hilton. Sean, yang berasal dari keluarga Murray di daerah Rockcliffe (bapa saudaranya Patrick dari syarikat Murray & Murray Architects, merupakan bekas seorang walikota perkampungan), bertemu Jamilah ketika dia menuntut di Kolej Asbury bersama saudaranya, Mahmud Abu Bekir (anggota bekas pelajar Class of ’82). Jamilah ketika itu menuntut di Elmwood.

Ketika menjalin hubungan di Carleton University, rakan-rakan sepengajian Jamilah dalam jurusan pengurusan perniagaan mengenalinya sebagai seorang “puteri raja”. Tiada seorang pun dari mereka merasa terkejut apabila Jamilah menghadiahkan bakal suaminya Sean sebuah kereta Mercedez Benz jenis konvertibel pada hari jadinya. Mereka berkahwin dalam tahun 1987 dan Sean menukar namanya kepada Mohamad Nor Hisham Murray – dan memeluk agama Islam sebagai menghormati keluarga Jamilah. Pasangan Ottawa itu sering mengadakan jamuan-jamuan mewah di rumah mereka di No. 668 Manor Avenue (yang dikatakan bernilai $9.9 juta dan semakin meningkat nilainya, rumah kedua paling berharga di daerah Rockcliffe). Media-media yang kurang terkenal telah menawarkan spekulasi-spekulasi tanpa henti mengenai punca pendapatan berjuta-juta dollar milik Jamilah. Menurut bapanya, Jamilah menjadi kaya hasil kejayaan perniagaannya. Wang Jamilah tiada kaitan dengan kekayaan bapanya di negara asalnya, Sarawak. (Bapanya sering melawat Ottawa untuk menziarahi anak menantu dan cucu-cucunya, dan membeli-belah di kedai-kedai barangan antic tempatan. Dengan ditemani pengawal peribadi berbadan sasa, bapanya akan mengunjungi kedai-kedai tempatan sambil menghayun-hayunkan tongkatnya dan mengeluarkan bayaran berjuta-juta dollar dalam sekali berbelanja).

Selama 30 tahun, bapanya Taib telah menghimpunkan kekayaan dianggarkan berjumlah $15 billion menerusi syarikat-syarikat keluarganya dengan mendapatkan kontrak-kontrak utama di negerinya. Dan dia telah melakukannya bersandarkan gaji ketua menteri yang kurang dari $200,000 setahun. Perniagaan cara lama Taib bertumpu pada pembinaan bukan bersifat sumbangan atau berkebajikan.

Screen Shot 2013-12-06 at 22.12.38

Di alam fantasi – memainkan watak Diana Ross

Di alam fantasi – memainkan watak Diana Ross

Wikileaks telah berjaya mengesan maklumat daripada Pejabat Duta U.S dan Jabatan Negera setelah bertemu dengan ahli-ahli politik pembangkang di Sarawak.
Dan, berkenaan bangunan DUN Sarawak yang baru dan bersejarah itu. Taib telah memberikan kontrak berjumlah $82 juta untuk membina 27 tingkat itu kepada Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS), iaitu sebuah syarikat induk milik Taib sekeluarga, yang kemudiannya mengsabkontrakkannya kepada sebuah lagi syarikat binaan tulen pada harga $60 juta, dengan menyimpan lebihan sebanyak $22 juta. Bagi masyarakat tempatan CMS bermaksud “Chief Minister & Sons”, namun pemegang utama saham-sahamnya adalah sebuah syarikat usahasama milik Jamilah dan adiknya, Hanifah, yang juga memiliki stesen radio swasta, CATS FM, dan syarikat akhbar New Sarawak Tribune, yang dimiliki bersama dengan sepupunya, Hamed Sepawi.

Screen Shot 2013-12-06 at 22.17.28 Sebagai tambahan pada dakwaan Bruno Manser Fund, Jamilah, Sean dan ahli-ahli keluarga Taib yang lain telah mendapat liputan artikel-artikel tulisan Clare Rewcastle Brown, adik ipar pada bekas PM Gordon Brown dan juga merupakan penerbit blog bersiasatan Sarawak Report dan stesen media online bebas, Radio Free Sarawak.

Lantaran itu keluarga Taib telah bertindak balas dengan menuduh blog-blog itu dibiayai oleh ahli-ahli politik pembangkang atau penaja-penaja bermisteri dari luar negara. Apabila Global TV telah cuba meliputi mengenai kegiatan pengubahan wang haram pada tahun 2011 dan menjemput Sean dan Jamilah untuk memberikan komen-komen mereka, mereka telah diberikan sepucuk surat undang-undang daripada Bruce Carr-Harris dari syarikat guaman Borden Ladner Gervais Etc. “Bapa Jamilah tiada kaitan secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan pemerolehan kekayaan anaknya itu dari negara mereka,” menurut penjelasan Carr-Harris. Namun menurut dokumen-dokumen yang difailkan, pelaburan “pasif” Jamilah termasuk bukan sahaja syarikat besar mereka, CMS (syarikat persendirian terbesar di Sarawak), malah Resot Royal Mulu, syarikat pembalakan WTK dan majalah fesyen dan gaya hidup Malaysia, Tell.

Wartawan bebas Rewcastle Brown telah, pada awal tahun ini, diberikan sepucuk surat guaman yang panjangnya berjela-jela dari peguam-peguam Sean Murray dari syarikat guaman Mischon de Reya, sebuah syarikat yang sama yang pernah diupah oleh Puteri Diana memfailkan tuntutan perceraiannya daripada Putera Charles. Perasaan tersinggung telah wujud berkenaan dakwaan-dakwaan yang mengatakan kekayaan Jamilah dan Sean datangnya dari ayahanda mereka Ketua Menteri Sarawak! Sememangnya Jamilah telah menerima pemberian daripada bapanya – $4 juta – semasa dia memulakan syarikat Sakto dalam tahun 80-an bersama bapa saudaranya Onn Mahmud dan adiknya Mahmud Abu Bekir (yang kini merupakan penerima faedah-faedah berbilion-bilion ringgit dari kontrak-kontrak mewah di Sarawak).

Kediaman mewah Jamilah-Sean di bandar Ottawa, Kanada

Kediaman mewah Jamilah-Sean di bandar Ottawa, Kanada

“Ianya bermula 20 ke 30 tahun lalu. Saya memberikan wang kepada anak perempuan saya itu,” jelas Ketua Menteri itu dalam sebuah temubual tahun 2011 dahulu. “Saya memberikan sebahagian dari wang pencen saya untuk membolehkannya memulakan perniagaan yang baru, dan ianya berjaya.” Ketua Menteri itu tidak menjelaskan secara terperinci asal-usul wang “pencen” itu. Namun Sean Murray telah memberitahu majalah Frank pada minggu ini bahawa “sejumlah wang itu” diberikan kepada Jamilah daripada bapanya pada pertama kalinya dia tiba di Kanada “adalah untuk kegunaan peribadinya, tanpa perlu dijelaskan sebarang bayaran balik. Wang itu bukan dikhaskan untuk menubuhkan syarikat Sakto.”

Sean menambah bahawa bapa mertuanya Ketua Menteri itu tiada sebarang kepentingan dalam Sakto, Sakti atau Ridgeford. “Dia bukan seorang pegawai, pengarah atau pemegang saham,” kata Sean Murray. Dia tidak pernah menyumbang apa jua bentuk wang kepada syarikat-syarikat ini.

Ancaman-ancaman perundangan itu tidak diikuti dengan sebarang tindakan, namun Rewcastle Brown telah mendakwa bahawa akaun emailnya telah digodam, dan kandungan-kandungannya telah dimuatkan dalam sebuah laman blog tanpa pemilik. Gangguan siber itu telah berikan perhatian mendalam – dan alamat laman blog itu dapat dikesan – menerusi liputan dalam akhbar terbitan keluarga Taib, New Sarawak Tribune. Dan siapakah si Bruno Manser itu, jika anda perlu tahu? Pejuang hak orang asli itu telah berkunjung banyak kali ke hutan di negeri Sarawak tadbiran Taib dan dalam 2000 dia telah hilang di hutan Sarawak. Dia diandaikan telah mati, namun yayasannya terus menghantui keluarga Taib Mahmud.

Screen Shot 2013-12-06 at 22.31.02

Seorang lagi pengkritik Ketua Menteri itu, bekas pengurus aset dalam Sakto, Ross Boyert, bukan diandaikan telah meninggal, tetapi sememangnya ditemui mati. Dalam 2010, mayat Boyert telah dijumpai di sebuah bilik hotel di Los Angeles, dengan kepalanya disarungkan beg plastik dan dipita di sekeliling lehernya. Pakar forensik mengesahkan kes itu sebagai bunuh diri.

Boyert telah bekerja dengan syarikat Sakti International selama 12 tahun. Apabila dia disingkirkan dan diganti dengan Sean Murray, Boyert telah mengeluarkan saman. Pada tahun-tahun akhirnya, menurut balunya, Jonni, Boyert telah dibelengu kebankrapan, sakit mental dan banyak aduan mengenai gangguan dan ancaman polis dan juga orang-orang yang tidak dikenalinya.

Dari dokumen-dokumen Sakto yang dipegang Boyert adalah sebuah perjanjian tahun 1988 yang menunjukkan bahawa separuh dari saham-saham dalam syarikat itu di bawah nama ahli-ahli keluarga Taib, namun sebenarnya dipegang secara beramanah bagi pihak ayahanda mereka, Ketua Menteri Sarawak itu.

Gemar berpesta-ria ..

Gemar berpesta-ria ..

Kini Rewcastle Brown dan rakan-rakannya percaya bahawa mereka telah menjumpai bukti-bukti menerusi dokumen-dokumen gadaian dan kemasukan dana keluarga Taib dari sebuah syarikat di Hong Kong ke dalam syarikat milik Sean dan Jamilah dalam tahun-tahun 90-an, didakwa sebagai mengikat mereka dengan lebih erat lagi bersama syarikat-syarikat perkayuan dari Jepun. Majalah Frank enggan percaya pada dakwaan ini tetapi sekadar menunggu bukti-bukti berkenaan tuduhan ini.

Sebagai memburukkan lagi sengketa dalam keluarga Taib-Murray, sepupu Sean, Brian Murray, yang mengendalikan Sakto, telah didapati bersengketa dengan isterinya Kristina dalam bulan Julai yang lalu. Kisah ini dilihat sebagai suatu gangguan pada keluarga itu, dan majalah Frank percaya bahawa kewangan keluarga itu tidak akan didedahkan dengan lebih meluas lagi apabila peguam-peguam Kristina memeriksa kes itu.

Akhir kata peringatan pada Sean Murray, yang telah mencadangkan bahawa dakwaan terkini ini harus dinilai “dalam konteks pilihanraya yang sengit di Sarawak. Sarawak Report menyokong sepenuhnya kepentingan parti pembangkang. Mereka menggunakan sumber-sumber, seperti Cullen Johnson yang telah tercemar nama baiknya, yang mana kesahihannya telah dimusnahkan sama sekali.”

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments