Para Pemilik Sarawak Oil Palm Membuka Pekung Di Dada Mereka!

Sepupu Taib, Hamed Sepawi selaku pengerusi SOPPOA

Sepupu Taib, Hamed Sepawi selaku pengerusi SOPPOA

Perindustrian kelapa sawit Sarawak kini telah mendedahkan sifat buruk sebenar mereka berikut serangan mereka ke atas syarikat Wilmar dari negara jiran Indonesia, yang mengumumkan hasrat mereka untuk mengubah amalan-amalan buruk mereka merosakkan alam sekitar selama ini.

Kenyataan media mereka pada minggu lepas jelas menunjukkan bahawa tindakan itu tidak akan menjejaskan Kesatuan Pemilik Perladangan Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) melainkan kegiatan mengaut untung mereka, walaupun usaha pembersihan imej mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lagi pun, seperti usahasama-usahasama pengaut untung yang lain di Sarawak, SOPPOA dikawalselia secara ketat oleh Abdul Taib Mahmud dan ianya melambangkan sikap-sikap buruknya.

Pengerusi SOPPOA adalah sepupu Taib, Hamed Sepawi, yang juga mempengerusikan syarikat-syarikat lain seperti Sarawak Energy Bhd, Naim Candera, Ta Ann dan Sarawak Plantations dan juga Perbadanan Pembangunan Industri Perkayuan, termasuk banyak lagi syarikat persendirian dan perladangan lain.

Maka apabila SOPPOA membuat pengumumannya kita boleh menjangkakan bahawa tindakan itu adalah cetusan minda Taib dan rasa marahnya bahawa Wilmar ingin membersihkan imej mereka dilihat sebagai tiada sempadan.
Namun dalam proses itu SOPPOA dilihat sebagai telah mendedahkan rancangan Taib untuk menebang lebih banyak kawasan hutan Sarawak berbanding sebelumnya. Sehingga sepertiga luasnya!

Definisi hutan Taib merangkumi perladangan kelapa sawit bagi membolehkannya mengumumkan mengenai keluasan ‘hutan’ di Sarawak

Definisi hutan Taib merangkumi perladangan kelapa sawit bagi membolehkannya mengumumkan mengenai keluasan ‘hutan’ di Sarawak

Sarawak kini telah diliputi sejuta hektar kelapa sawit, dan dalam masa yang sama Ketua Menteri itu mendakwa bahawa negerinya masih mempunyai kawasan hutan seluas 80% keseluruhannya.

Taib dan rakannya, Menteri Pembangunan Tanah James Jemut Masing telah mengumumkan bahawa mereka berhasrat untuk menggandakan usaha membuka perladangan kelapa sawit sehingga 2 juta hektar menjelang 2015 nanti.

Inilah peluang bagi mereka mengisi saku-saku mereka menerusi politik.

Namun kemarahannya terhadap usaha menjalankan amalan-amalan dengan lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar, contohnya mengelakkan penggemburan tanah paya gambut, nampaknya telah mendedahkan rancangan sebenar Taib.

Marah pada usaha bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan alasan Keselamatan Negara!

Marah pada usaha bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan alasan Keselamatan Negara!

SOPPOA telah memberitahu kami bahawa rancangan asal mereka adalah untuk membuka sehingga 3 juta hektar ladang kelapa sawit dengan membelakangkan garis-garis panduan asas antarabangsa dalam proses itu.

Sarawak masih lagi menjadi negara tunggal di dunia yang tidak menghalang pemusnahan hutan paya tanah gambut. Ini adalah kerana kerakusan dan kebongkakan Abdul Taib Mahmud, yang sering menganggap dirinya mengatasi semua undang-undang, khas apabila berkenaan dengan usaha mendapatkan wang.

Inilah orang yang sanggup mendakwa dirinya sebagai pemimpin yang memperjuangkan alam sekitar dan mempromosikan “eko-pelancongan” di hotel-hotel milik ahli keluarganya yang mereka bina di atas kawasan yang mereka rampas daripada orang asal.

Amalan-amalan tamak dan pemusnah alam sekitar itu telah mendatangkan rasa malu terhadap negaranya Malaysia, yang kini dalam usaha memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah (EU) yang mengecualikan Sarawak. Ini kerana Taib telah enggan akur pada tanggungjawab asas pada amalan-amalan memelihara tanah-tanah negeri dan hutan hujan Borneo.

Para pelabur dan pengikutnya dalam SOPPOA kini dilihat sebagai mengikut rentak tarinya dengan mendapat keuntungan haram dengan cara memusnahkan planet bumi ini, terutamanya mengancam orang-orang asal yang dirampas tanah tradisi mereka bagi memberikan laluan pada industri-industri yang hanya menguntungkan keluarga-keluarga politik yang berkuasa sahaja.

Maka SOPPOA telah mendapatkan kedudukan mereka di kalangan pengubah cuaca dan ahli perniagaan yang sentiasa menafikan hasil kajian saintifik, yang sering mengaanggap diri mereka lebih tahu dari saintis apabila hasil kajian itu akan menjejaskan keuntungan mereka.

Jelaslah ‘kajian-kajian bersaintifik’ di Malaysia yang dibiayai oleh pihak-pihak berkepentingan seperti SOPPOA akan merumuskan bahawa tiada sebarang masalah dengan penebangan dan pembakaran hutan tanah gambut dan seterusnya mereka meminta orang ramai mempercayai mereka.

SOPPOA telah menjadi ahli Rundingan Meja Bulat Kelapa Sawit Berterusan dalam tahun 2008. Adakah sudah sampai masanya keahlian mereka harus ditamatkan?

Saya tahu apa yang terbaik untuk diri saya. Taib bersama pemilik-pemilik ladang kelapa sawit yang setia padanya

Saya tahu apa yang terbaik untuk diri saya. Taib bersama pemilik-pemilik ladang kelapa sawit yang setia padanya

 

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments