Turbin-Turbin Bakun Hanya Beroperasi Pada 50% Dari Kapasiti Penuhnya – EKSKLUSIF!

Angka-angka turun-naik – kapasiti Bakun sering berubah-ubah mengikut pengumuman

Angka-angka turun-naik – kapasiti Bakun sering berubah-ubah mengikut pengumuman

Sumber maklumat dalaman dari Loji Kuasa Bakun telah mendedahkan bahawa empangan kedua tertinggi di dunia itu sedang menjana separuh dari kapasiti optimumnya.

Pendedahan itu dilakukan pada hari Khamis minggu ini bersempena sambutan ke-100 hari Bloked Anti-Empangan Baram.

Ini telah menggalakkan para penentang untuk mempersoalkan kenapakah Taib Mahmud begitu bersungguh-sungguh untuk membina 12 buah lagi projek seperti ini sedangkan empangan-empangan yang ada sekarang lebih dari mencukupi?

Pembinaan empangan Bakun dahulu dianggap sebagai mempunyai prospek untuk menyalurkan tanaga elektrik menggunakan kabel-kabel bawah laut ke Semenanjung Malaysia dan juga ke bahagian-bahagian lain di kepulauan Borneo – suatu konsep yang terbukti sebagai sia-sia.

Sekarang Taib dilihat telah cuba membawa masuk industri-industri yang ‘dahagakan’ tenaga untuk dibina berhampiran Bakun, suatu prospek perindustrian yang telah dilupakan oleh syarikat-syarikat seperti Rio Tinto Alcan yang telah mengambil kira reputasi mereka.

SEB telah mendakwa bahawa terdapat permintaan yang besar dan juga segera pada tenaga hidro.
Kami difahamkan bahawa kapasiti 8 turbin Bakun itu telah dikurangkan menurut jurucakapnya, seperti CEO Torstein Sjotveit, dari 300MW kepada 200MW sahaja!

Portal Malaysian Insider – apabila diminta untuk menjelaskan mengenai keperluan membina lebih banyak empangan, Sjotveit kelihatan bersedia mencadangkan bahawa turbin-turbin itu hanya mengeluarkan 200MW tenaga!

Portal Malaysian Insider – apabila diminta untuk menjelaskan mengenai keperluan membina lebih banyak empangan, Sjotveit kelihatan bersedia mencadangkan bahawa turbin-turbin itu hanya mengeluarkan 200MW tenaga!

Bakun, yang telah diapungkan lebih setahun yang lalu, sepatutnya beroperasi pada 8 trubin, setiap satunya dapat menjanakan tenaga sebanyak 300MW. Kesemua turbin itu dijadualkan dipasang sepenuhnya pada akhir tahun lalu.

Maka, kenapakah perlu membina lebih banyak empangan, walapun mendapat tentang hebat dari penduduk tempatan sedangan Bakun hanya beroperasi pada kapasiti yang separuh?

Taib Mahmud sememangnya merancang untuk mengeluarkan tenaga yang banyak, dengan memusnahkan sungai-sungai dan alam sekitar Sarawak, adalah untuk mempelawa masuk industri-industri pengotor dari seluruh dunia dan menikmati bekalan tenaga elektrik yang murah.

SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy) telah melayakkan pelan induk yang gila, sementara pemerintah yang mempunyai kuasa yang berlebihan telah merancakkan projek-projek gergasi, tanpa menghiraukan akibatnya pada alam sekitar dan sosial.

Tanpa sebarang penilaian, perundingan atau perundangan mengenai industri-industri yang dibawa masuk, rancangan empangan di Sarawak akan membawa padah dan penduduk-penduduk tempatan berhak untuk membantah dan menentang.

Loji melebur aluminum pada kawasan bekas hutan hujan Sarawak

Loji melebur aluminum pada kawasan bekas hutan hujan Sarawak

Jelaslah, walaupun kehadiran dan kunjungannya dipenuhi ucapan mengenai ‘kemajuan dan pembangunan’, Taib mengabaikan kehidupan rakyat baisanya tetapi mendahulukan rancangan empangannya.

Jika tidak, dia mungkin akan mencari projek yang lain untuk dilaksanakan.

Sarawak mempunyai puluhan ribu penduduk yang hidup tanpa bekalan asas elektrik dan mereka yang telah dijanjikan untuk mendapat bekalan elektrik di bawah projek-projek empangan mega ini.

Apa yang dihasratkan oleh pemimpin autrokrat tua ini adalah membina kilang-kilang (yang sudah pastinya menggunakan syarikat-syarikat milik keluarganya) dan mempelawa masuk syarikat-syarikat pengeluar kimia-kimia dan pelebur logam ke kawasan SCORE.

Membina loji tenaga berskala kecil adalah lebih berkesan dan boleh membantu menambahbaik kehidupan penduduk tempatan berbanding membawa masuk kilang-kilang asing yang boleh mencemar alam sekitar dan memudaratkan sesiapa yang tinggal berhampiran dengannya.

Namun, loji tenaga berskala kecil ini tidak memberi kontrak yang besar pada syarikat-syarikat di Sarawak yang mempunyai hubungan politik, seperti pemenang kontrak membina empangan-empangan gergasi, yang dikendalikan oleh keluarganya, CMS.

Pemandangan yang lumrah di Sarawak, namun ianya bukan menjadi sasaran rancangan pembangunan gergasi

Pemandangan yang lumrah di Sarawak, namun ianya bukan menjadi sasaran rancangan pembangunan gergasi

Inilah sebabnya Ketua Menteri itu merasakan dirinya berkonflik dengan rakyatnya sendiri.

Sebahagian dari komuniti itu yang berada di Miri minggu ini juga turut meraikan 100 hari penentangan pada empangan Baram yang diketuai oleh Pengerusi Peter Kallang dari NGO Save Rivers.

Kedua-dua bloked itu telah berjaya mengusir keluar pasukan binaan Sarawak Energy Berhad (SEB) yang tiba di dua tapak pembinaan di Baram, apabila mereka cuba memulakan kerja-kerja mereka tahun lepas. Dan para penentang telah bertahan di bloked-bloked yang mereka dirikan, sebagai langkah menghalang penceroboh itu kembali semula.

Pada awal penentangan, ahli-ahli politik BN telah menggesa SEB dan kerajaan negeri untuk berundur dari projek Baram itu kerana takut pada sesuatu yang buruk yang mungkin berlaku. Namun mereka percaya bahawa orang-orang tempatan akan mengalah akhirnya.

Jika benar, usaha melobi untuk meneruskan projek itu kini merasakan tekanannya. Tiada sebarang petanda penduduk tempatan akan mengalah, dengan membiarkan Taib Mahmud memikirkan pilihan yang terhad sama ada untuk a) berundur b) menggunakan kekerasan atau c) mengubah pemikiran penduduk-penduduk yang menentang.
Adakah Taib akan merancang untuk meneruskan rancangan “untuk menambah-baik kehidupan rakyatnya”

Menggunakan gerakan tentera? Adakah dia akan mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan? Mungkin tidak sama sekali.

Maka, dapatkah dia mengubah fikiran rakyatnya. Cubaannya untuk menghulurkan wang pada musim Krismas yang lepas telahpun dilaporkan rakyatnya kepada pihak polis kerana mereka merasa marah pada cubaannya menyogok komuniti mereka.

Rancangannya yang terkini adalah untuk menamatkan kontrak kerja CEO SEB Tortsein Sjotveit yang kurang popular itu dan menggantikan tempatnya dengan seorang anak tempatan, dari kaum Kelabit, yang sedang bekerja dengan CMS, Isaac Lugun.

Bloked di Baram – nekad telah mendorong penduduk-penduduk tempat bertahan sehingga 100 hari seperti ini

Bloked di Baram – nekad telah mendorong penduduk-penduduk tempat bertahan sehingga 100 hari seperti ini

Sjotveit, dikatakan telah berkunjung ke Myanmar, di mana dia akan membantu membina lebih banyak empangan di negara itu

Sjotveit, dikatakan telah berkunjung ke Myanmar, di mana dia akan membantu membina lebih banyak empangan di negara itu

Sjotveit pastinya akan berhenti bekerja dengan SEB, menurut suatu sumber dalaman.

Kontrak kerja dua tahunnya yang akan tamat pada akhir tahun ini tidak akan dibaharui oleh bosnya, Ketua Menteri Sarawak itu.

Maka, adakah kehadiran Isaac Lugun akan dijadikan alat untuk memujuk penduduk-penduduk tempatan, yang hanya akan merenung balik nasib yang telah menimpa penduduk-penduduk Bakun, Murum dan juga Batang Ai untuk mendapatkan gambaran sebenar mengapa mereka tidak seharusnya percaya pada janji-janji Tiab untuk menambah-baik hidup merela?

Mungkin tidak sama sekali.

Masih terdapat pilihan untuk berundur. Lagipun, Taib telah beberapa kali berjanji untuk bersara, maka kenapakah dia tidak mengubah fikirannya berkenaan Baram juga?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments