Kehilangan Pesawat MH370 Mendedahkan Kelemahan Pentadbiran BN Di Seluruh Dunia

Berita-berita palsu menambah kemarahan ahli keluarga mangsa

Berita-berita palsu menambah kemarahan ahli keluarga mangsa

Rakyat Malaysia sudah biasa dengan layanan pemimpin kelas ketiga, dipromosikan kerana keluarga dan bukannya merit dan mereka juga sudah terbiasa dengan keadaan tidak kompeten kerana diabaikan atau diputarbelit oleh media yang berkomplian.

Kehilangan pesawat MH370 sejak hampir seminggu, lebih banyak negara yang sebahagian penduduk mereka juga menjadi penumpang telah dibiarkan menanti jawapan dari segolongan orang yang seharusnya mentadbir Malaysia termasuk kroni-kroni mereka dalam perkhidmatan awam.

Pada hari ini, akhirnya isu yang ada sekarang telah menarik perhatian media antarabangsa.

Malaysia sendiri telah menjadi bahan cerita dalam media dan ceritanya bukanlah sesuatu yang enak di halwa telinga.

Agensi berita Bloomberg dari US mendahului agensi-agensi berita antarabangsa yang lain menuliskan artikel yang bertajuk “Kegagalan Malaysia Menangani Krisis Mendedahkan Had Dalam Kepimpinan”. Dalam artikelnya Bloomberg menunjukkan kelemahan paling asas negara Malaysia adalah keselesaan rejim 50 tahun yang sudah biasa dengan cara mengawal publisitinya sendiri.

Para wartawannya kemudian menujukkan bahawa masalah utama dengan cara Malaysia menangani krisis itu, yang digabungkan dengan kurangnya ketelusan, apabila ketelusan diperlukan, telah disembunyikan oleh kenyataan mereka yang lebih kanan yang seharusnya lebih mengetahui.

Saudara mara dibiarkan menjadi keliru

Saudara mara dibiarkan menjadi keliru

Sindiran-sindiran dari pegawai-pegawai kanan mengenai ‘lelaki Asia’ yang menggunakan paspot nama orang Eropah dan mengenai ‘bukti’ bahawa pesawat itu telah berpatah balik menggunakan laluan asalnya telah menjadi maklumat yang mengelirukan selama beberapa ketika, dalam apa yang dikatakan sebagai tidak berkodinasi dan bertanggungjawab terhadap malapetaka ini.

Bagi komuniti antarabangsa yang lain, ini merupakan kaedah yang tidak berprofesional.

Negara-negara di dunia yang telah bersungguh-sungguh membasmi kepengganasan seperti dikemukakan dalam kenyataan yang kuat itu dan telah mengembangkan kawasan pencarian mereka, termasuk Lautan Hindi, kerana komen-komen yang buruk, yang kemudiannya dinafikan oleh mereka yang telah sebenarnya mengucapkannya.

Penemuan pertama serpihan kini telah mula dilihat di lautan, betul-betul di tempat pesawat itu terputus hubungan, pihak akhbar Guardian dari UK telah mengemukakan kritikan mereka terhadap Malaysia.

Para nelayan melaporkan mengenai penemuan serpihan ini ke Agensi Maritim Malaysia, yang telah menggugurkannya semula semasa mengambilnya – perkataan ‘boarding’ tertulis pada apa yang dilihat sebagai rakit keselamatan

Para nelayan melaporkan mengenai penemuan serpihan ini ke Agensi Maritim Malaysia, yang telah menggugurkannya semula semasa mengambilnya – perkataan ‘boarding’ tertulis pada apa yang dilihat sebagai rakit keselamatan

Pada tajuk utama mereka “Pencarian Penerbangan Malaysia berada dalam keraguan berkenaan laluan terakhir pesawatnya – Vietnam telah menghentikan usahanya mencari pesawat MH370, mengutuk Malaysia, di samping kenyataan bercanggah daripada pegawai-pegawainya” akhbar Guardian melaporkan bahawa kerjasama antarabangsa dalam krisis ini menjadi semakin luntur sebagai respon kepada kegagalan Malaysia.

Dalam pada itu, BBC telah mendahului laporan berkenaan penafian yang dibuat oleh sepupu PM/pemangku Menteri Penangkutan bahawa terdapat keraguan berkenaan di mana sebenarnya pesawat yang hilang itu.

Pada tajuk utama mereka “ ‘Keraguan’ Pencarian Pesawat Malaysia dinafikan” malangnya telah diungkapkan untuk mendapatkan balik bahan jenaka daripada para pembacanya, yang tahu benar akan kebenaran yang bertentangan.

Sungguh mengecewakan bahawa Malaysia telah tanpa disedarinya memilih untuk menjadi lebih malu di kalangan komuniti antarabangsa.

Amat penting untuk memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukannya

Amat penting untuk memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukannya

Sememangnya, sebarang negara yang berhadapan dengan keadaan ini mengambil risiko untuk dikritik seperti ini.

Namun, kerajaan BN telah jauh tersungkur selain mengendalikan krisis ini, dengan membiarkan komuniti antarabangsa memahami kekurangan pada rejim kekok itu, di mana para pemimpinnya telah terlalu memfokuskan pada usaha berpaut pada kekuasa dan membuat keuntungan sebanyak mana yang mereka mampu lakukan, untuk beberapa dekad dalam kerajaan.

Gelagat masyarakat antarabangsa itu merupakan suatu peringatan pada BN bahawa berada dalam kerajaan bukan semata-mata untuk berkuasa, tetapi melaksanakan khidmat kepada rakyat.

Dengan membenarkan kritikan terbuka dan jujur, selain memperkecilkan media dan menutup para pengkritik kerana ‘menggalakkan pernyataan tidak puas hati terhadap kerajaan’ adalah langkah penting dari perkara yang mereka lakukan sekarang.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments