Kehilangan Pesawat MH370 Terus Menghalakan Suluhan Lampu Limpah Pada BN

Akhbar-akhbar asing cuba merumuskan maklumat yang mengelirukan dan berkontra untuk pembaca-pembaca mereka

Akhbar-akhbar asing cuba merumuskan maklumat yang mengelirukan dan berkontra untuk pembaca-pembaca mereka

Kritikan yang semakin berkembang dari kalangan dunia kewartawanan berkenaan jawapan kurang pasti dari Kerajaan Malaysia terhadap kehilangan pesawat MH370 enam hari lalu telah mencetuskan penganalisaan yang tidak diundang ke atas sistem politik BN.

Lagipun kejadian itu berlaku pada hari yang sama selepas keputusan mahkamah yang memalukan terhadap ketua pembangkang Anwar Ibrahim atas tuduhan ‘sodomi’, terima kasih pada rayuan luar biasa untuk menentang keputusan akuital terdahulu mahkamah.

Hanya beberapa hari sebelum itu pendakwaan yang hampir serupa telah dikenakan ke atas seorang pemimpin pembangkang, Karpal Singh, kerana ‘melemparkan fitnah’ juga berakhir dengan pendakwaan yang penuh keraguan. Kedua-dua pertuduhan ini, melibatkan tempoh penahanan yang panjang, mudah dilihat oleh masyarakat dunia sebagai pertuduhan berpolitik oleh sebuah rejim yang berasa terancam atau tergugat.

Hishammuddin Hussein – seperti tokoh awam lain yang menghadapi sebarang krisis, media barat telah dimaklumkan bahawa kelayakan utama Menteri Pertahanan itu menjawatan hanyalah kerana dia mempunyai hubungan kekeluargaan (anak kepada mantan Perdana Menteri Hussein Onn)

Namun tanpa impak kehilangan pesawat MH370, lampu limpah dunia kini mungkin tidak dihalakan ke arah Malaysia secara terpilih dan mungkin sedikit sahaja penilaian ke atas isu-isu lain oleh media yang lebih luas dan juga pandangan umum.

Sebenarnya, seperti yang ditunjukkan oleh agensi berita New York Times daripada analisa mereka terhadap kelemahan politik BN, Malaysia boleh melarikan diri dengan menunjukkan dirinya sebagai sebuah negara yang berfungsi, terima kasih pada pencarigalian minyak dan sumber bumi yang lain yang banyak diperolehi dari negeri Sabah dan Sarawak yang menderita.

Wang hasil minyak juga digunakan untuk membiayai usaha-usaha PR yang mahal-mahal di barat, yang memberikan imej bersih pada sebuah rejim yang mengamalkan diskriminasi, pilih-kasih dan rasuah dan menunjukkan diri pengamal demokrasi, di samping mengamalkan penipuan dalam dan rasuah di setiap pilihanraya.

Harga ayam? Perdana Menteri Najib Razak (anak mantan Perdana Menteri Abdul Razak) memilih untuk memfokuskan pada PR secara dalaman, walaupun berada di tengah-tengah krisis utama dunia

Harga ayam? Perdana Menteri Najib Razak (anak mantan Perdana Menteri Abdul Razak) memilih untuk memfokuskan pada PR secara dalaman, walaupun berada di tengah-tengah krisis utama dunia

Menerusi akhbar mereka, New York Times telah merumuskan pandangan baru dunia terhadap Malaysia dan BN di bawah limpahan cahaya kehilangan pesawat MH370.

Ianya akan mengambil usaha yang lebih untuk menukar pandangan masyarakat dunia mengenai Malaysia.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments