Perkasa Dibenarkan MASUK / PKR Dihalang Memasuki Sarawak – ‘Pembelian Undi’ Sempena PRK Sarawak EKSKLUSIF

Dibenarkan memasuki Sarawak – Ketua Perkasa Ibrahim Ali pada minggu lepas telah meluangkan masa beberapa jam di Restoran Hotel Harbour View pada malam Mac. Sebaliknya ahli-ahli politik pembangkang yang sah PKR telah dihalang masuk ke Sarawak

Dibenarkan memasuki Sarawak – Ketua Perkasa Ibrahim Ali pada minggu lepas telah meluangkan masa beberapa jam di Restoran Hotel Harbour View pada malam Mac. Sebaliknya ahli-ahli politik pembangkang yang sah PKR telah dihalang masuk ke Sarawak

Sarawak Report mempunyai bukti mengatakan bahawa kenyataan Jabatan Imigresen Sarawak bahawa Ketua Perkasa, Ibrahim Ali tidak datang ke Sarawak minggu lepas adalah tidak benar.

Kami mempunyai bukti bahawa Ibrahim Ali sememangnya melawat Sarawak, kerana dibuktikan menerusi tandatangannya sendiri diturunkan semasa membuat pembayaran ke atas minuman dan makanan di Hotel Harbour View di Kuching, di mana dia juga menginap selama dua malam di Bilik 307.

Sarawak Report telah menerima gambar-gambar foto eksklusif berkenaan resit-resit pembayaran yang dilakukannya itu.

Kami dapat mengesahkan bahawa lawatannya ke Kuching pada minggu lepas itu telah diatur menggunakan nama kumpulan pelampau Melayu (yang menggelar diri mereka sebagai badan NGO) oleh Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali.

Syed Hassan Syed Ali telah menempah empat buah bilik atas nama Perkasa di Hotel Harbour View, yang berharga kira-kira RM150 semalam, untuk malam 20 – 21hb Mac yang lalu.

Pihak kami menerima salinan-salinan rekod pendaftaran itu.

Kumpulan itu kemudiannya berbual-bual selama beberapa jam sehingga larut malam di restoran itu bersama ahli-ahli PKMS – Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, yang dilaporkan sebagai penjemput kumpulan ekstremis berhaluan kanan Perkasa itu untuk memperkenalkan persatuan mereka itu.

IbrahimAli ketika berada di kawasan restoran di Hotel Harbour View bersama rakan-rakannya dari kumpulan pelampau Perkasa dan PKMS

IbrahimAli ketika berada di kawasan restoran di Hotel Harbour View bersama rakan-rakannya dari kumpulan pelampau Perkasa dan PKMS

‘Dato’ Ibrahim Ali’ menginap di Bilik 307 ditandatangani pada bil di Harbour View

‘Dato’ Ibrahim Ali’ menginap di Bilik 307 ditandatangani pada bil di Harbour View

Berikutan kemarahan ramai pihak berkenaan kunjungan itu dan juga laporan-laporan bahawa pemimpin Perkasa itu berhasrat untuk melancarkan sebuah cawangan baru ‘pertubuhan kebencian’ di Sarawak, Jabatan Imigresen Sarawak semalam telah mengeluarkan suatu kenyataan penafian bahawa dia pernah ke negeri itu.

Maklumat ralat ini turut disokong oleh pihak polis dan unit cawangan khas dan juga dilaporkan dalam media tempatan.

Namun kami dapat menunjukkan bahawa sekeping salinan karbon pelanduk dua serupa Ibrahim Ali bukan sekadar duduk bersantai bersama rakan-rakan Perkasanya pada hari Jumaat lepas, malah dia turut menandatangani bil menggunakan namanya sendiri, dengan gahnya memasukkan gelaran Dato’ termasuk juga menuliskan nombor biliknya 307.

Kami juga menerima sesalinan penyata tempahannya di hotel berkenaan yang dibuat atas nama Perkasa dan Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali.

Oleh yang demikian, sama ada keseluruhan lawatan itu adalah cubaan luar biasa, penuh dengan kenyataan media palsu dan seorang selebtiti yang menyamar sebagai Ibrahim Ali yang amat berpengaruh itu, menandatangani menggunakan namanya, atau pihak berkuasa Sarawak telah mula mengambil langkah bodoh bertindak menyebarkan maklumat palsu. Lawatan penyemai kebencian ekstrim, Ibrahim Ali, yang tidak diundang ke negeri itu tidak seharusnya diatur pada masa yang provokatif ini, dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang kemasukan tokoh-tokoh pembangkang.

 

Saifuddin Nasution – salah seorang jurucakap sah pembangkang yang dihalang masuk dan berkempen di Balingian

Saifuddin Nasution – salah seorang jurucakap sah pembangkang yang dihalang masuk dan berkempen di Balingian

Arahan yang dikeluarkan oleh pemerintahan PBB/BN kepada pihak imigresen bagi menghalang kemasukan PKR menjalankan kempen yang sah di PRK Balingian adalah suatu cubaan yang bersifat penafian berpolitik yang amat ketara.

Semalam, tiga orang ahli senior PKR Rafizi Ramli, Tian Chua dan Saifuddin Nasution telah diarahkan berpatah balik sebaik sahaja mereka tiba dari Semenanjung Malaysia dan turut menerima layanan yang serupa adalah 8 orang lagi ahli, yang berjuang membantu calon mereka merebut kerusi Balingian bagi pihak Pakatan Rakyat, telah disenaraihitamkan dari Sarawak.

Tindakan ini merupakan suatu salahguna klasik pengawalan sempadan oleh diktator Taib Mahmud, yang sering menghalang kemasukan sesiapa yang dikhuatirinya akan mengkritiknya, mendedahkannya atau mencabar genggamannya ke atas negeri Sarawak.

Suatu ketika dahulu editor blog ini juga pernah dihalang masuk ke Sarawak, di samping ramai yang lain.

Penghalang masuk beramai-ramai yang dijalankan ini telah menjadi bahan ejekan berkenaan musim PRK yang seharusnya ‘berdemokrasi’ di bekas kerusi Taib Mahmud, ianya juga turut mendedahkan tindakan bersifat hipokrit, dengan tindakan yang berbeza terhadap seorang ekstrimisi Melayu, Ibrahim Ali.

Kemarahan tercetus di Sarawak setelah ketua Perkasa didapati berkunjung ke negeri itu pada minggu lepas

Kemarahan tercetus di Sarawak setelah ketua Perkasa didapati berkunjung ke negeri itu pada minggu lepas

Lagi pun, apabila ketua menteri boneka, Adenan Satem, pada mula membangitkan rasa risaunya dalam ucapannya pada Sabtu lepas berkenaan rancangan oleh menghalang kemasukan ahli-ahli politik pembangkang, alasannya di khalayak ramai adalah dia akan menggunakan arahan pengawalan sempadan untuk menghalang kemasukan ‘orang-orang yang taksub agama’ dan ‘elemen-elemen berbelah bahagi’.

Namun sebaliknya ahli-ahli politik biasa telah dihalang masuk untuk menyampai mesej aman mereka, manakala orang Melayu yang taksub agama dan rasis telah dibenarkan masuk dan juga dibenarkan menubuhkan pangkalannya di negeri itu.

Adenan Satem – boneka pada Taib dan kuku kucing pada UMNO?

Adenan Satem – boneka pada Taib dan kuku kucing pada UMNO?

Mungkin ini adalah masanya di mana lebih ramai orang semakin memahami pembohongan dan menyedari bahawa Taib dan PBB tidak menghalang kemasukan elemen UMNO ke negeri itu, yang menjadi inti ucapan Adenan Satem pada musim PRK ini?

Sebaliknya, selama ini partinya telah bertindak selaku agen yang aktif pada UMNO, memerah kekayaan sumber alam Sarawak untuk memberi keuntungan kepada parti memerintah di Semenanjung Malaysia dan juga untuk diri mereka.

Dan kini kerajaan BN/UMNO telah mengakui bahawa mereka membiaya perjalanan Perkasa untuk menakut-nakut pihak lawan mereka dan nampaknya Adenan Satem juga memberi restunya pada Perkasa untuk ditubuhkan di Sarawak.

Adenan Satem belum menampakkan keberaniannya untuk menghalang kemasukan pemimpin PKR Anwar Ibrahim, seperti yang dijangkakan, mungkin kerana dunia menumpukan pandangan terhadap tookoh pembangkang itu.

Sebaliknya dia telah mengeluarkan ancaman agar Anwar tidak “terlalu nakal” sangat jika dia ingin datang.

Mencetuskan ‘huru-hara’, sememangnya, mengganggu cengkaman BN di Sarawak, dan seperti PRK luar bandar dan pedalaman Sarawak, PRK Balingian adalah suatu proses demokrasi yang olok-olok.

Diancam ‘disumpah’ yang dilakukan oleh ‘bomoh’ Taib yang pernah dilihat di Balingian pada PRU 2011 dahulu

Diancam ‘disumpah’ yang dilakukan oleh ‘bomoh’ Taib yang pernah dilihat di Balingian pada PRU 2011 dahulu

Sebenarnya, parti BN di Malaysia merupakan parti rejim ‘berdemokrasi’ tertua di dunia, terima kasih pada kerusi-kerusi luar bandar dan pedalaman Sarawak dan PBB akan berkempen selama 14 hari samping menyalahgunakan segala sumber dan jentera kerajaan untuk memaksa diri mereka ke dalam kerajaan.

Begitu juga, dengan menafikan pihak pembangkang mempersembahkan kes mereka di Balingian adalah semata-mata bertujuan menunjukkan kepada para pengundi bahawa ‘siapakah bos yang sebenarnya’ dan Adenan Satem telah mengeluarkan ancaman sejak dari mula lagi, memberitahu para pengundi bahawa mereka akan terkena ‘sumpahan’ jika mereka tidak menunjukkan ‘kesyukuran’ mereka terhadap Taib Mahmud dengan mengundi calon PBB.

PBB akan ‘menunjukkan kuasa’ mereka di sepanjang musim PRK Balingian ini dengan mengagih-agihkan wang ringgit di kalangan penduduk-penduduk kampung dan rumah panjang dan menawarkan bonus kepada ketua-ketua kaum mereka, bagi mengesahkan mesej yang ingin mereka sampaikan, iaitu “PBB/BN adalah bos, maka jangan main-main dengan kami”.

Tindakan sebegini tiada kaitan dengan demokrasi, kerana dalam demokrasi rakyat adalah bos kepada calon mereka. Maka negeri Sarawak bukanlah sebuah negeri yang berdemokrasi.

Balingian akan memilih seorang calon yang akan turut serta dalam mesyuarat 16 hari setahun dalam Dewan Undangan Negeri. Taib telah memendekkan hari mesyuarat yang terbahagi pada dua sesi 8 hari setiap satunya, kebanyakan hari itu digunakan untuk acara pembukaan dan penutup.

Berpakaian rasmi kemas dan segak tanpa tujuan sebenar – wakil rakyat bergaji lumayan

Berpakaian rasmi kemas dan segak tanpa tujuan sebenar – wakil rakyat bergaji lumayan

Mana-mana wakil rakyat yang bertanyakan soalan dengan betul mengenai kenapa kebanyakan bajet negeri menjadi begitu rahsia, akan diusir keluar dewan oleh orang-orang kuat Taib Mahmud.

Sebagai menghargai kehilangan kuasa perwakilan mereka pada tahun lepas Taib telah menggandakan gaji menteri-menterinya.

Setelah menutup mulut ahli-ahli politiknya Taib juga menutup mulut media menggunakan kaedah yang mudah bahawa mencetak itu haram, menerbit atau menyertai sesebuah kelab atau parti politik tanpa sebarang lesen.

Tiada siapa yang tidak dibenarkan oleh Taib boleh mendapatkan lesen itu, dan itulah sebabnya bukan hanya blog ini, namun blog Radio Free Sarawak dilayan seolah-olah mereka itu ‘haram’ di negeri Sarawak.

Namun, bertentangan dengan piawaian antarabangsa PBB, Negeri Sarawak, Gabenor Sarawak dan PRK yang olok-olok itulah yang haram dan Kerajaan Malaysia harus menguatkuasakan hak-hak kebebasan rakyatnya dan wakil-wakil politik mereka dalam negeri itu dan bukannya menaja secara senyap-senyap kumpulan-kumpulan ekstrimis seperti Perkasa memasuki Sarawak untuk membawa masalah pada rakyat di negeri itu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments