Gabenor Memulakan Perniagaannya

Akhbar The Star melaporkan runding tertutup sedang dilangsungkan

Akhbar The Star melaporkan runding tertutup sedang dilangsungkan

Apabila Taib Mahmud bercakap mengenai persaraannya beberapa tahun lalu dia telah memberitahu para penontonnya “apabila saya bersara nanti, saya akan berniaga”.

Para penontonnya berfikir pada masa itu, “apa yang telah dia lakukan dalam masa 40 tahun yang lalu?”

Lagipun dalam masa empat dekad itu Taib telah menyalahgunakan kedudukannya untuk memusnahkan hutan, membenarkan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit dan merampas kawasan-kawasan tanah negeri yang amat luas dan mengkorporatkan aset-aset negerinya.
Dia juga telah memberikan kontrak-kontrak yang besar kepada syarikat-syarikatnya sendiri.

Maka, kini kita mendapati bahawa dia sebenarnya baru memulakan perniagaan?

Dikhuatiri, nampaknya begitulah.

Jelaslah Taib Mahmud kini sedang dijangkiti penyakit ‘Wealthmanquesomethingitis’ (sejenis penyakit di mana pengidapnya menemui kekayaan tidak akan membawa kebahagiaan, tetapi mengandaikan kekayaan yang lebih banyak sebagai penawarnya) dan kini dia seorang Gabenor, keadaannya dalam bahaya bergerak ke tahap getir yang terakhir.

Sejak dia berpindah memasuki Astana dia telah melaksanakan kegiatan-kegiatan merampas, sambil dilaporkan dengan baik oleh media-media Malaysia yang dikawal.

Terdapat juga pengumumannya untuk meningkatkan rancangan pembinaan empangan, sebagai contoh, membina 5 buah empangan lagi dalam masa 12 bulan – dengan kajian-kajian impak terhadap alam sekitar telah diabaikan sama sekali.

Dan terdapat juga banyak lagi pengumuman berkenaan SCORE yang semuanya menguntungkan syarikat-syarikat miliknya sendiri.

Masa depan telekomunikasi – rancangan membina kemudahan awam telah menarik perhatian Taib

Masa depan telekomunikasi – rancangan membina kemudahan awam telah menarik perhatian Taib

Dan kini nampaknya Taib merancang untuk merebut pegangan dalam infrastruktur negeri ke dalam sakunya dengan CMS membida pengambilan syarikat telekomunikasi SACOFA.

Jangan lupa Sarawak Cable, yang dimiliki oleh anaknya Abu Bekir, sudahpun menguasai infrastruktur transmisi tenaga elektrik di Sarawak menerusi ‘penswastaan berundingan’.

Akhbar The Star, yang mendedahkan cerita mengenai penjualan SACOFA telah bersusahpayah menjelaskan bahawa CMS “mempunyai bahagian dalam semua lapangan ekonomi di negeri itu” dan bahawa syarikat itu telah “meletakkan diri sebagai proksi pertumbuhan ekonomi di Sarawak”.

Ianya suatu cara untuk menunjukkan bahawa Taib telah mempastikan sebarang perniagaan yang disokong oleh negerinya harus diberikan kepada syarikat-syarikat milik keluarganya.

Namun di manakah persoalan-persoalan mengenai pengambilalihan yang dirancangkan itu? Bagi memulakannya, bagaimana harus CMS dapat menumpukan perhatiannya terhadap syarikat mewah ini dan seterusnya mengatur langkah untuk mendapatkannya?

Dan bagaimana harus penjualan ini ‘dirundingkan’ dengan hanya CMS dan tiada perdebatan mengenai cadangan ‘penswastaan’ terlebih dahulu?

Keputusan untuk menjualkan syarikat ini terletak pada pemegang saham utamanya, Setiausaha Negeri Sarawak Morshidi Abdul Ghani, yang memegang 70% saham-saham mereka. Namun, di manakah sistem tender terbuka dan kenapakah orang ini sahaja yang berunding dengan CMS berbanding dengan syarikat-syarikat yang lain?

Namun, kenapakah penswastaan perindustrian yang amat lumayan, yang bakal berkembang menjadi pelaburan yang besar yang dirancangkan oleh kerajaan pusat dalam bidang telekomunikasi jalur lebar, tidak dibuka untuk rebutan awam, sama seperti proses penswastaan di negara-negara UK dan di tempat lain?

Taib bersama-sama Setiausaha Kerajaan Negerinya yang taat setia padanya – namun kini Taib bukan lagi bosnya

Taib bersama-sama Setiausaha Kerajaan Negerinya yang taat setia padanya – namun kini Taib bukan lagi bosnya

Sememangnya Taib Mahmud telah lama mengenali Setiausaha Kerajaan Negerinya, Morshidi Bin Abdul Ghani, seperti yang pernah kita liputi dalam laporan-laporan terdahulu.

Seperti penjawat-penjawat awam lain yang dilantik semenjak tiga dekad yang lalu, Morshidi Abdul Ghani telah menganggap Taib Mahmud sebagai bosnya, dan bukannya orang biasa di negerinya, di mana kepentingan tugas dan tanggungjawabnya seharusnya diutamakan.

Lagi pun, ahli keluarga Morshidi Abdul Ghani telah lama mendapat faedah daripada pemberian-pemberian Taib berkenaan tanah-tanah negeri yang berharga murah kepada kroni-kroninya dalam bentuk konsesi perladangan seluas 14,000 hektar.

Oleh yang demikian, bekas Ketua Menteri itu masih menganggap bekas budak suruhannya ini akan menandatangani salah satu dari perniagaan yang lumayan di Sarawak kepada ‘keluarga pertama’ tanpa sebarang kerenah.

Pelapor perniagaan seperti The Star telah merumuskan bahawa rundingan ini sebagai telah tercapai. Apa yang Taib inginkan adalah andaian terhadapnya. Lagipun, CEO berbangsa British dalam CMS, Richard Curtis telah bergiat aktif dalam beberapa bulan ini, untuk mendapatkan saham-saham utama dalam setiap kontrak yang berlangsung di SCORE untuk syarikat bosnya dan apakah ini mempunyai sebarang perbezaan?

Nyam-nyam – sebahagian dari perniagaan yang ingin Taib dapatkan untuk dirinya

Nyam-nyam – sebahagian dari perniagaan yang ingin Taib dapatkan untuk dirinya

Namun kami mencadangkan bahawa inilah masanya untuk melakukan perubahan.

Taib bukanlah bos, walaupun dia boleh menganggap adik iparnya itu sebagai boneka yang menggantikannya.

Pada hakikatnya Abdul Taib Mahmud bukan lagi sebagai ATM Sarawak dan dia juga bukan lagi bos kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Tandatangannya tidak lagi diperluakan dan dia tidak lagi dapat melucutkan sesiapa sesuka hatinya lagi.
Adakah pihak-pihak dalam Kerajaan Persekutuan akan tetap menghulurkan peruntukan sebanyak RM1.5 billion yang telah dikhaskan dalam bajet 2014 terhadap menara-menara telekomunikasi di Sarawak ke dalam saku syarikat-syarikatnya sekali lagi?

Jika Adenan Satem merupakan seorang ketua negeri yang tegas, bertanggungjawab dan penuh wibawa dan mewakili perubahan yang asli, inilah masanya untuk bermula dengan langkah pertama. Suatu proses tender terbuka harus dimulakan untuk penjualan kepentingan SACOFA dan ianya harus dijadikan suatu piawaian di masa akan datang.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments