Misteri Semakin Menebal Pada Jutaan Ringgit Yang Hilang Yang Dikhaskan Untuk Membina Sekolah-Sekolah

Damansara Updown – dirancang untuk dibangunkan oleh pemaju gergasi Bandar Utama See Hoy Chan

Damansara Updown – dirancang untuk dibangunkan oleh pemaju gergasi Bandar Utama See Hoy Chan

Syarikat yang dinyatakan sebagai sebuah jentera untuk rancangan pra pilihanraya SUPP pimpinan Peter Chin untuk membina 15 buah sekolah di Sarawak telah dinafikan secara berkategori
Pemaju yang berpangkalan di KL itu, See Hoy Chan, telah memberitahu Sarawak Report bahawa mereka tidak tahu mengenai cadangan RM559 juta itu, yang telah disegerakan dan diluluskan oleh pejabat-pejabat PM dan TPM beberapa minggu sebelum pilihanraya kecil yang lalu.

Butir-butirnya telah didedahkan dalam blog ini yang lalu menyatakan senarai 15 buah sekolah yang amat diperlukan di Sarawak dan Peter Chin telah mengemukakan konsortium One BU Redha Services, yang terdiri dari syarikat kroni Taib Mahmud, Redha Services dan One BU Sdn Bhd untuk menjalankan kerja-kerja itu.

Sepucuk surat telah dihantar ke pejabat PM daripada One BU Redha Services Sdn Bhd mendakwa bahawa konsortium mereka itu adalah “sebahagian dari kumpulan syarikat-syarikat dalam See Hoy Chan”.

‘Sebahagian dari syarikat-syarikat See Hoy Chan’

‘Sebahagian dari syarikat-syarikat See Hoy Chan’

Nampaknya One BU bermaksud Number One (Nombor Satu) Banda Utama, yang merupakan ibu pejabat syarikat itu yang terkenal di KL.

Namun, semasa dihubungi, salah seorang dari pengarah-pengarah syarikat keluarga itu pada minggu lalu, Dato Teo Chiang Liang, kami mendapati ini bukannya kes yang dimaksudkan.

Penafian ini menambahkan kebimbangan berkenaan usaha yang wajar dalam melaksanakan projek bernilai setengah billion ringgit yang diproses oleh PM secara terburu-buru menerusi pejabatnya yang hanya digesa oleh seorang ahli politik BN dari Sarawak hanya beberapa hari menjelang pengumuman piliharaya.

Pemimpin SUPP Peter Chin merupakan ahli politik yang menggesa projek itu menerusi pintu belakang pejabat PM

Pemimpin SUPP Peter Chin merupakan ahli politik yang menggesa projek itu menerusi pintu belakang pejabat PM

Perutusan dari Peter Chin yang dibuat secara berulang-ulang itu sebagai satu cara memenangi undi untuk BN dari masyarakat pedalaman Sarawak yang telah menunggu selama 50 tahun untuk mendapatkan sekolah-sekolah yang sempurna.

Malah, untuk memproses suatu cadangan projek yang amat besar menerusi pintu belakang adalah suatu cara yang luar biasa bagi sesebuah negara berdemokrasi.

Kami telah menyoal mengapakah seorang ahli politik tempatan di Sarawak akan menggesa cadangan binaan itu secara peribadi dan mencadangkan sebuah konsortium yang tidak dikenali untuk melaksanakan kerja-kerja itu dan kini konsortium itu telah mengemukakan dakwaan palsu bahawa mereka ada kaitan dengan sebuah kumpulan utama yang terkemuka.

Pemegang utama saham dalam One BU dan juga See Hoy Chan, pengarahnya Dato Teo Chiang Hong – diliputi dalam majalah Tatler sebagai penggerak perniagaan ke-300 tertinggi

Pemegang utama saham dalam One BU dan juga See Hoy Chan, pengarahnya Dato Teo Chiang Hong – diliputi dalam majalah Tatler sebagai penggerak perniagaan ke-300 tertinggi

Selepas itu apabila Sarawak Report cuba menghubungi pengarah syarikat See Hoy Chan yang didapati mempunyai perkaitan langsung dengan projek itu, dia telah memutuskan perbualan kami.

Dato Teo Chiang Hong adalah saudara di dalam kepengarahan syarikat keluarga mereka, yang mempunyai kepentingan perladangan di Sarawak.
Dia telah dikenali sebagai salah seorang peniaga paling kaya dan berpengaruh di Malaysia, seperti yang diliputi dalam majalah Tatler – majalah yang turut menyenaraikan dia dan isterinya sebagai golongan sosialis utama.

Teo Chiang Hong adalah pemegang utama saham-saham dalam One BU Sdn Bhd. Apabila kami cuba menghubunginya untuk bertanya sama ada dia telah membenarkan dakwaan bahawa syarikatnya juga sebahagian dari kumpulan See Hoy Chan, dia mengatakan bahawa dia sedang berada di China dan tidak sesuai untuk membincangkannya ketika itu.

Apabila kami cuba bertanyakan pengesahan yang cepat panggilan kami diputuskan. Apabila kami cuba menghubunginya lagi, panggilan kami tidak dilayannya. Begitu juga dengan emel yang kami utuskan padanya pada minggu lepas.

Kegagalan mendapatkan jawapan daripada Dato Teo, di samping penafian berkategori dari saudaranya, meninggalkan beberapa siri persoalan penting untuk Perdana Menteri, timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Peter Chin dan juga Taib Mahmud untuk memberikan jawapan.

Berglamor – Lisa Teo, isteri Tiong juga turut diliputi oleh senarai 300 orang-orang kenamaan dalam majalah Tatler

Berglamor – Lisa Teo, isteri Tiong juga turut diliputi oleh senarai 300 orang-orang kenamaan dalam majalah Tatler

Bagaimana harus sesuatu projek itu telah dicadangkan dan diluluskan tanpa sebarang penelitian sewajarnya ke atas syarikat yang disarankan itu? Kami bercakap mengenai 15 buah sekolah utama yang dipromosikan kepada para pengundi semasa pilihanraya.

Kami juga bercakap mengenai RM559 juta wang awam yang dibelanjakan secara sewenang-wenangnya untuk dimanipulasi oleh urusniaga peribadi ini.

Pihak bank Maybank juga turut terbabit dalam skandal ini, memandangkan Sarawak Report turut menerima sesalinan surat dari cawangannya untuk membekalkan perkhidmatan kepada Dato Teo, suatu jarak yang amat dekat dengan pejabat Banda Utama di KL.

Surat ini datangnya daripada pengurus cawangan, yang diutuskan ke pejabat PM sebagai sebahagian dari dokumen sokongan permohonan, yang mengesahkan bahawa pihak bank itu boleh menyediakan akses kewangan kepada One BU Redha Consortium dalam projek itu.

Sebenarnya, setahun kemudian projek 15 buah sekolah yang dicadangkan itu tidak lagi kedengaran walaupun ianya dikemukakan menggunakan satu muka surat bersaiz A4 yang diterima oleh pejabat PM sebagai ‘cadangan projek’, yang diluluskan dalam masa beberapa hari sahaja.

Turut tidak kedengaran adalah peruntukan setengah billion ringgit oleh kerajaan BN untuk merancangan pembinaan kemudahan yang amat diperlukan ini.

Surat sokongan daripada Maybank yang mengesahkan bahawa syarikat itu mendapat akses kemudahan kredit – dihantar kepada TPM Muhyiddin Yassin

Surat sokongan daripada Maybank yang mengesahkan bahawa syarikat itu mendapat akses kemudahan kredit – dihantar kepada TPM Muhyiddin Yassin

Pemimpin SUPP Peter Chin berada pada kedudukan bertanggungjawab dalam pekara ini dan responnya mengapa dia telah mencadangkan projek ‘pembelian undi’ yang tidak diteliti secara wajar ini amatlah diperlukan.

Dalam masa yang sama juga, para pengundi Sarawak yang sudah cukup terdedah itu kini sekali lagi dibiarkan menanti sekolah-sekolah yang dijanjikan dan juga projek-projek lain bernilai jutaan dollar di salah sebuah negeri yang kaya sumber aslinya di Malaysia itu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments