Perang Perundangan Di Hollywood Menyelubungi ‘Penipu’ Riza Aziz

Sumber pembiayaan Red Granite telah dipersoalkan secara terbuka di kamar mahkamah Los Angeles

Sumber pembiayaan Red Granite telah dipersoalkan secara terbuka di kamar mahkamah Los Angeles

Sebuah saman undang-undang yang dimulakan oleh anak tiri Najib, Riza Aziz menentang rakan-rakan penerbit filemnya, Steve Stabler dan Brad Krevoy telah melonjak semula dengan pertuduhan-pertuduhan terhadapnya, seperti yang dilaporkan dalam media di Los Angeles.

Kedua-dua Stabler dan Krevoy telah mengubah dakwaan balasa mereka terhadap Riza dan juga syarikat pengeluar filem yang dibiayai dengan lumayan, Red Granite untuk menuduhnya berdasarkan ‘pelanggaran Akta Pengaruh Penipuan dan Organisasi Berasuah’!

Kedua-dua Hollywood Reporter dan laman web Deadline, yang meliputi sebuah cerita ini secara eksklusif, telah menerbitkan pertuduhan-pertuduhan baru, yang telah diletakkan dalam mahkamah California sebagai sebahagian dari pergelutan ke atas hak-hak pada filem Dumb and Dumber To.
Sila ikut surat keterangan yang telah difailkan di mahkamah itu, di sini

(http://sarawak.s3.amazonaws.com/documents/Steve-Stabler-Brad-Krevoy%201-First_Amended_Complaint.pdf)

 “Panas dibincangkan” – bagaimana majalah atas talian Deadline di Hollywood meliputinya

“Panas dibincangkan” – bagaimana majalah atas talian Deadline di Hollywood meliputinya

Kes tersebut telah sebenarnya mendapat perhatian para peguam di Hollywood, yang jarang menemui pertuduhan-pertuduhan secara langsaung. Ianya timbul sebaik sahaja filem Wolf of Wall Street, yang berharga lebih $100 juta untuk dibiayai (suatu jumlah peruntukan yang dapat dijelaskan dengan mudah oleh Riza dan rakannya Joey Mcfarland) telah gagal mendapat sebarang anugerah.

Riza Aziz dan Joey Mcfarland bersama pelakon Wolf of Wall Street mereka, di Caprio pada sebuah majlis keramaian

Riza Aziz dan Joey Mcfarland bersama pelakon Wolf of Wall Street mereka, di Caprio pada sebuah majlis keramaian

Keengganan Jawatankuasa Anugerah Academy membenarkan Riza Aziz mendapat sebarang anugerah sebagai pengeluar filem itu mendahului anugerah-anugerah Oscar telah mengejutkan ramai pihak dan mencetuskan banyak spekulasi di Hollywood.

Insiden-insiden itu diikuti oleh perletakan jawatan Presiden Pengeluaran Joe Gatta yang paling berpengalaman dalam Red Granite.

Kisah itu telah memprovokasikan komen pada sumber pembiayaan yang samar-samar industry perfileman itu dan juga perbincangan berkenaan nama baik mereka kerana jumlah besar sumber pembiayaan itu tidak dipersoalkan sebelum ini.

Red Granite telah memberikan respon balas pada persoalan itu menggunakan kenyataan-kenyataan penafian. Syarikat Red Granite, yang diwakili oleh peguam-peguam Loeb and Loeb telah memberitahu Hollywood Reporter.

Para peguam dari Loeb and Loeb telah menuliskan dua surat guaman yang panjang lebar kepada blog ini, dengan mendakwa liputan kami pada pembabitan Riza Aziz dan Red Granite dalam filem itu adalah berfitnah. Walau bagamaina pun, ancaman mereka untuk menyaman Sarawak Report masih belum lagi dijalankan.

Kini Hollywood masih menunggu untuk melihat sama ada Red Granite dan para peguam mereka akan menhadapi pertuduhan yang terkini dalam mahkamah atau menyelesaikan pertuduhan itu, yang pada asalnya ditimbulkan sebagai suatu usaha untuk menafikan pengeluar-pengeluar asal filem daripada filem Dumb and Dumber To yang akan dikeluarkan itu nanti.

‘Penghargaan khas’ kepada pembiaya bermisteri yang juga selaku rakan keluarga Riza Aziz, iaitu Jho Low untuk pembiayaan filem mereka, Wolf of Wall Street

‘Penghargaan khas’ kepada pembiaya bermisteri yang juga selaku rakan keluarga Riza Aziz, iaitu Jho Low untuk pembiayaan filem mereka, Wolf of Wall Street

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments