Bagaimana 1MDB Membiayai Hidup Peribadi Jho Low! BERITA EKSKLUSIF SETERUSNYA

Begitu banyaknya wang yang digunakan pada minuman champagne yang mewakili gaji bulanan paling minimum di Malaysia untuk harga sebotol minuman itu

Begitu banyaknya wang yang digunakan pada minuman champagne yang mewakili gaji bulanan paling minimum di Malaysia untuk harga sebotol minuman itu

Berikutan pendedahan awal Sarawak Report kini mendedahkan lebih banyak bukti eksklusif hubungan antara ahli pembiaya jutawan bermisteri Jho Low dan kemuliaan dana kekayaan One Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ianya menunjukkan bahawa dalam tahun 2011 1MDB telah digunakan untuk menjelaskan hutang berjuta-juta euro untuk suatu pembelian di Ireland, yang membentuk suatu landasan dalam strategy untuk mendapatkan kawalan Jho Low ke atas saham sebuah rangkaian hotel di London untuk syarikat milik peribadinya, Wynton Group.

Bukti yang terbaharu ini wujud dari permukaan banyak penafian semenjak beberapa bulan lalu oleh Jho Low sendiri bahawa dia mempunyai sebarang perkaitan atau menerima sebarang faedah dari dana awam.

Ianya juga menimbulkan persoalan mengapa ketua pegawai 1MDB mendakwa bahawa Jho Low mempunyai peranan “sifar” dalam 1MDB

Pengerusi yang menguasai dana mewah dalam 1MDB itu adalah Perdana Menteri Najib Razak sendiri, yang mengasaskan yayasan itu sebagai tindakan pertamanya sejak kembali ke jawatan PM-nya dalam tahun 2009.
Jho Low diketahui berkait rapat dengan ister Perdana Menteri dan anaknya Riza Aziz, yang memberikan kredit kepada Jho Low pada akhir filem blockbusternya Wolf of Wall Street di bawah kenyataan “Special Thanks” (Penghargaan Khas).

Connaught Hotel di Mayfair merupakan sebahagian dari kumpulannya itu

Connaught Hotel di Mayfair merupakan sebahagian dari kumpulannya itu

Dalam pendedahan awal kami Sarawak Report telah melaporkan bagaimana Jho Low dan syarikat ekuiti peribadinya Wynton Group disokong menggunakan 1MDB dalam suatu cubaan yang gagal untuk membeli sebuah syarikat perhotelan London yang memiliki Claridges.

Hakim David Richards telah memperincikan penilaiannya dalam sebuah kes bahawa bagaimana dalam bidaannya Low cuba meminjam di bawah nama Agensi Pengurusan Aset Kebangsaan Ireland (NAMA), yang telah diambilalih daripada seorang peniaga yang telah berputus asa, Derek Quinlan.

Tujuannya adalah untuk memberikan peluang kepada Jho Low untuk memiliki lebih kuasa pegangan dalam kumpulan hotel yang dibiayaai hutang yang telah diperolehi itu.
Namun, kemanakah perginya ahli perniagaan muda Pulau Pinang itu, yang mendakwa bahawa keluarganya bukanlah golongan yang kaya, mendapat begitu banyak wang untuk membeli balik hutang berjumlah sehingga €60 juta itu?

Hakim itu tidak menyiasat lebih mendalam berkenaan perkara pembiayaan itu, yang tidak relevan terus dengan kes yang didengarnya. Namun, terdapat banyak bukti yang boleh ditimbulkan pada masa itu menerusi akhbar Irish Press, dalam masa yang sama juga Derek Quinlan adalah seorang ahli perniagaan tempatan yang amat terkenal.

Laporan-laporan media ini tidak menyebut Jho Low, kerana pembiaya di sebalik pembelian balik hutang ini, menurut Irish Independent dan media-media yang lain, adalah dana kemewahan Malaysia sendiri, One Malaysia Development Berhad (1MDB)!

Jho Low telah dilaporkan sebagai seorang individu yang mengetuai rundingan ini. Sehingga kini tidak ramai orang Malaysia yang tahu bahawa dia sedang dibiayai oleh 1MDB

Jho Low telah dilaporkan sebagai seorang individu yang mengetuai rundingan ini. Sehingga kini tidak ramai orang Malaysia yang tahu bahawa dia sedang dibiayai oleh 1MDB

Maka jelaslah dari liputan berkenaan urusniaga yang telah mengenalpasti hutang Quinlan di Ireland itu bukanlah Jho Low, tetapi dana 1MDB.

Hutang untuk pembelian ini merupakan sebahagian dari bidaan Jho Low dalam ekuiti peribadinya untuk mengambilalih pegangan pada kumpulan Hotel Coroin di London dan mahkamah UK jelas menunjukkan bahawa Jho Low mendahului perjumpaannya dengan NAMA dan yang telah membeli saham-saham menerusi sebuah syarikat yang ada kaitan dengan Wynton Group yang dikenali sebagai JQ2.

Kemudian pada 17 haribulan April akhbar Irish Independent telah mengesahkan bahawa urusniaga itu telah dijalankan. Sekali lagi liputan akhbar itu hanya menyebut 1MDB selaku pembelinya dan bukannya Jho Low. Ianyan telah member keuntungan yang amat lumayan berjumlah €60 juta (atau RM271 juta) kepada agensi pengurusan aset Ireland itu, NAMA.

Penjualan hutan berisiko tinggi Malaysia yang berjaya dilakukan mengatasi harga yang orang lain sudi untuk jelaskan

Penjualan hutan berisiko tinggi Malaysia yang berjaya dilakukan mengatasi harga yang orang lain sudi untuk jelaskan

Akhbar Sunday Times di UK juga meliputi berita yang sama dan mendakwa bahawa pembayar hutang itu adalah 1MDB.

Akhbar Sunday Times mengatakan bahawa pembelian oleh 1MDB itu berjumlah €57million – juga tidak menyebut nama syarikat ekuiti peribadi Wynton Group milik Jho Low!

Akhbar Sunday Times mengatakan bahawa pembelian oleh 1MDB itu berjumlah €57million – juga tidak menyebut nama syarikat ekuiti peribadi Wynton Group milik Jho Low!

Liputan itu meninggalkan sedikit keraguan bahawa pembiaya Jho Low dalam cubaan memjelaskan hutan (yang memberikan keuntungan lumayan kepada pihak Ireland) itu adalah 1MBD, selain dari menyebut nama syarikat Wynton Group milik Jho Low/JQ2!

Dengan beberapa rangkaian penafian yang tekal daripada Jho Low dan juga pihak pengurusan dalam 1MDB bahawa pemuda jutawan playboy itu mempunyai sebarang pertalian dengan sesiapa ke atas dana mewah dan pelaburan-pelaburan mereka perkara ini memerlukan jawapan yang amat segera.

Kenapakah dana mewah Malaysia, yang seharusnya digunakan untuk dilaburkan untuk pembangunan di Malaysia sendiri, sebaliknya, secara berbukti, digunakan untuk membiayai usahasama syarikat-syarikat ekuiti peribadi milik Jho Low yang berisiko tinggi itu?

Adakah bermakna Jho Low sebenarnya ketua pelabur untuk 1MDB dan jika ya berapakah margin keuntungannya?

Atau, adakah Jho Low itu sebenarnya dijadikan ketua pelabur-pelabur lain yang tidak boleh dinamakan?
Akhir sekali, tidakkah penglibatan Jho Low dalam 1MDB dan hubungan rapatnya dengan ahli-ahli keluarga Pengerusi 1MDB, Najib Razak, memberikan penjelasan terkini yang meyakinkan, berkenaan sumber pelaburan mengejutnya?

Rakyat Malaysia kebanyakannya berhak untuk tahu jika dana untuk pembangunan mereka itu dikendalikan dan dilaburkan menerusi transaksi ekuiti peribadi seorang pemuda kaya yang pemboros, ketagih kelab malam dan yang masih muda mentah berusia dalam 20-annya?

Ahli perniagaan jutawan yang pemabuk – adakah pemuda ini sesuai membuat keputusan ke atas 1MDB?

Ahli perniagaan jutawan yang pemabuk – adakah pemuda ini sesuai membuat keputusan ke atas 1MDB?

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments