Lagi Mengenai Projek-Projek Gergasi

Wajah Kuching diubah menggunakan impian Taib

Wajah Kuching diubah menggunakan impian Taib

Sebuah kontrak pembinaan yang amat lumayan telah diberikan oleh Taib Mahmud kepada syarikat-syarikat milik ahli keluarganya sendiri pada minggu terakhir dia menjadi Ketua Menteri.

Kontrak ‘yang dirundingkan’ itu mengatasi amalan tender terbuka yang bermakna dia telah mempastikan secara berkesan bahawa kontrak itu dirundingkan untuk dirinya sendiri.

Hasilnya, tebingan sungai Sarawak di Kuching, yang suatu ketika dahulu amat indah dan bercirikan tradisi negerinya sendiri kini akan diubah mempunyai elemen kemewahan Arab – semuanya dari idea Liberace yang telah menjual pianonya kepada Taib.

Sememangnya Taiblah yang akan mendapat lebih banyak faedah dari kontrak yang sedang dijalankan itu.

Liberace, peminat Las Vegas dan perancang wajah baru bandaraya Kuching untuk Taib?

Liberace, peminat Las Vegas dan perancang wajah baru bandaraya Kuching untuk Taib?

Tanah untuk kawasan pembangunan itu telah diambil dari para pemiliknya pada harga yang kecil dan pembiayaan menggunakan dana negeri telah disalurkan menerusi suatu ‘usahasama’ dengan SEDC (Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak).

Projek-projek berusahasama itu mempastikan bahawa kos itu dibiayai oleh dana awam, manakala keuntungan akan masuk ke akaun kontraktor keluarga Taib, seperti CMS, Naim Candera dan PPES
Dengan projek-projek seperti Jambatan Emas (Pembina seperti PPES/Naim Candera) merentangi sungai bagi membentuk laluan masuk ke kawasan bangunan DUN Sarawak yang baru.

Kontrak RM35 juta kepada syarikat keluarga Taib PPES dan Naim Candera untuk membina Jambatan Emas merentangi sungai di Kuching

Kontrak RM35 juta kepada syarikat keluarga Taib PPES dan Naim Candera untuk membina Jambatan Emas merentangi sungai di Kuching

Taib tiba dalam kenderaan mewahnya di majlis pelancaran menara berkembar di Kuching Itmus

Taib tiba dalam kenderaan mewahnya di majlis pelancaran menara berkembar di Kuching Itmus

Namun kontrak-kontrak lumayan beberapa bulan yang lalu adalah menara berkembar yang dibina atas kawasan Kuching Itmus.

Bangunan-bangunan itu akan menempatkan dua pejabat agensi utama di negeri Taib itu.

Sebuah menara adalah untuk LCDA, sebuah agensi yang ditubuhkannya untuk mendapatkan tanah tradisi orang asal di Sarawak.

Sebuah lagi menara akan menempatkan pejabat SEDC, sebuah agensi pelaburan yang membiayai banyak usahasama milik keluarganya, seperti resot percutian Mulu.
SEDC juga ‘rakan usahaniaga’ kepada CMS yang membina pejabat barunya!

Setiap saru pejabat kerajaan itu telah diserahkan kepada CMS untuk nilai sebanyak RM76 juta – kedua-dua berjumlah RM150 juta untuk syarikat keluarga Taib.

Projek itu telah dirasmikan pada bulan Ogos yang lalu dikendalikan CEO CMS warga Britain, Richard Curtis.
Projek pembinaan itu hanyalah satu dari rangkaian kontrak yang telah diserahkan oleh orang tua tamak itu kepada syarikat-syarikatnya tanpa sebarang persaingan. Untuk membiayai program SCORE dia selaku Menteri Kewangan telah memperuntukkan separuh dari bajet negerinya untuk membiayai pinjaman bagi menyokong berbilion-bilion ringgit nilai pembinaan-pembinaan gergasi, kebanyakannya menggunakan syarikat-syarikatnya sendiri.

Kini selaku Gabenor, tiada tanda-tanda pelan ‘pembangunan ekonomi’ di negerinya itu diubah.

Kerajaan lego milik Taib? Menara tinggi di Kuching yang akan dibina oleh syarikat-syarikatnya

Kerajaan lego milik Taib? Menara tinggi di Kuching yang akan dibina oleh syarikat-syarikatnya

Wang yang dipinjam menggunakan bajet Sarawak, yang telah mengatasi peruntukan untuk membiaya sekolah-sekolah dan hospital-hospital, kini digunakan untuk projek-projek dalam SCORE dan pembinaan gajah putih, seperti bangunan kerajaan ini.

Tidak hairanlah media-media perniagaan melaporkan mengenai syarikat-syarikat yang pasti mendapat faedah dalam SCORE – dari kalangan tujuh buah syarikat seperti yang dilaporkan oleh Borneo Post, kesemuanya dimiliki oleh Taib dan kroni-kroni perniagaannya.

Di tangga tertinggi dalam senarai adalah CMS yang dipengerusikan oleh anak Taib sendiri.

Seterusnya Naim Candera, dipengerusikan oleh sepupu dan juga nomininya Hamed Sepawi.

Bank Pelaburan Kenanga harus tahu, kerana separuh dari bank itu dimiliki oleh CMS, yang dimiliki oleh Taib!
Turut dalam senarai itu adalah Ta Ann, yang juga dipengerusikan oleh Hamed Sepawi; KKB Engineering, 20% darinya dimiliki oleh CMS.

Keluarga Taib akan menjana pendapatan berbilion-bilion di Sarawak, sementara orang-orang biasa seperti para pengendali perahu tambang, yang bergantung pada tambang dari penumpang yang merentasi sungai masih tertanya-tanya apakah faedah yang akan mereka dapat dari monopoli-monopoli yang dikendalikan keluarganya?

Sememangnya dibangunkan oleh CMS

Sememangnya dibangunkan oleh CMS

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments