Musa Membayar Bapa Chia Dengan Nilai Urusniaga Berjumlah RM67 Juta - EKSKLUSIF

Chia Nyet Min – bapa kepada Michael Chia, yang kini menghadapi hukuman penjara kerana didakwa cuba menuntut wang sogokan, yang didakwanya dilakukan bagi pihak Musa Aman dan BN

Chia Nyet Min – bapa kepada Michael Chia, yang kini menghadapi hukuman penjara kerana didakwa cuba menuntut wang sogokan, yang didakwanya dilakukan bagi pihak Musa Aman dan BN

Ketua Menteri Sabah Musa Aman telah secara senyap-senyap mencapai penyelesaian kehakiman dengan bapa ahli perniagaan yang dibelengu skandal Michael Chia, dengan memberinya konsesi pembalakan utama dan monopoli pengangkutan, kesemuanya bernilai RM67,300,407.

Michael Chia yang telah didedahkan kerana memegang beberapa siri akaun bank rahsia yang memberikan faedah kepada keluarga Musa Aman, telah dipenjarakan beberapa hari setelah urusniaga pada 6hb Ferbuari di bawah beberapa tuduhan yang berasingan.

Kesemua geran itu adalah dari dana awam dan mewakili sebuah tuntutan yang dibuat oleh bapa Michael, iaitu Chia Nyet Min, menentang Musa Aman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi dan bekas Ketua Eksekutif Yayasan Sabah.

Musa Aman telah memberikannya monopoli-monopoli pengangkutan kayu balak, di mana syarikat milik negeri, Berjaya Sdn Bhd yang kemudiannya cuba membahagi-bahagikan supaya lebih adil dan sistem pengangkutan yang lebih berkesan.

Jelaslah penyelesaian itu, yang dirasmikan oleh hakim sebelum kes itu didengar, mewakili penyerahan diri dan pengakuan anak syarika yayasan itu, yang telah dirundingkan antara Musa Aman dan kroni perniagaannya beberapa tahun yang lalu.

Dalam tahun 2012 Musa telah menafikan secara umum mengenai sebarang perkaitannya dengan Michael Chia, yang telah mewakilinya sebagai orang yang bertanggungjawab mengeluarkan konsesi pembalakan dan pernah juga mendakwa dirinya sebagai ‘anak angkat’ Musa yang juga hubungan rapat antara Musa Aman dengan bapanya Chia Nyet Min.

Namun, Sarawak Report telah mendedahkan Chia sebagai wakilnya di sebalik jaringan akaun-akaun bank, yang digunakan untuk memproses jutaan dollar wang sogokan dari pembalakan, yang berakhir dengan akaun-akaun bank Musa di Switzerland dan untuk membiaya pembelajaran anak-anaknya di Australia.

Tiada sebarang pertalian perniagaan dengan sesiapa – Musa Aman dan ‘anak angkatnya’ Michael Chia di suatu majlis rasmi di Sabah

Tiada sebarang pertalian perniagaan dengan sesiapa – Musa Aman dan ‘anak angkatnya’ Michael Chia di suatu majlis rasmi di Sabah

Apabila isu itu tidak dapat dinafikan lagi, ditambah dengan beban bahan bukti yang semakin bertambah, bos-bos Musa dan BN pusat telah cuba mengimbangi tuduhan itu dengan mengatakan bahawa bayaran yang diterimanya selama ini adalah untuk kegunaan perjalanan parti UMNO dan BN dan bukanya untuk kegunaan peribadi!

Bagai mana sogokan haram ini dihalalkan harus dijawab oleh gabungan parti pemerintah, kerana setiap cebisan rasuah yang diterima oleh sebuah parti politik itu adalah salah sama seperti diterima oleh sebarang individu.

 

Bayaran oleh taiko kayu balak kepada syarikat milik Chia, Zenique Investments telah ditanda sebagai wang deposit untuk konsesi pembalakan! Kenapakah wang itu tidak dimasukkan ke dalam dana awam?

Bayaran oleh taiko kayu balak kepada syarikat milik Chia, Zenique Investments telah ditanda sebagai wang deposit untuk konsesi pembalakan! Kenapakah wang itu tidak dimasukkan ke dalam dana awam?

Rekod-rekod yang diterima oleh Sarawak Report menunjukkan bahawa Musa Aman telah sekian lama menjalin persahabatan dengan Chia Nyet Min, dengan memberikan geran pada syarikatnya, Kini Abadi Sdn Bhd, monopoli pengangkutan utama kayu balak sejak 1997, ketika dia memegang jawatan Ketua Eksekutif di Yayasan Sabah.

Selain Chia, monopoli itu telah mendatangkan banyak faedah dan ianya telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan syarikat pembalakan yang lain yang ingin menggunakan sistem pengangkutan hasil tebangan yang lebih murah dan berkesan.

Kadar bayaran pengangkutan hasil tebangan yang dikenakan oleh Chia

Kadar bayaran pengangkutan hasil tebangan yang dikenakan oleh Chia

Ini kerana aduan-aduan ke atas monopoli bahawa Sabah Berjaya telah mula membenarkan taiko-taiko pembalakan yang lain menggunakan sistem pengangkutan yang lain dan ini telah mencetuskan kes undang-undang difailkan oleh Kini Abadi terhadap Sabah Berjaya.

Pada asasnya, bapa Michael Chia telah memfailkan saman berjumlah RM84 juta, yang telah mengejutkan kerana sememangnya wujud persahabatan antara keluarga Chia dengan Musa Aman.

Ramai yang menganggap jika perbalahan ini benar antara seorang ahli politik dan kroni utamanya, atau sekadar satu cara mereka mendapatkan wang untuk kegunaan Musa Aman, yang merangkumi usaha memberikan sabsidi kepada partinya?

Konsesi dan monopoli Yayasan Sabah ditawarkan kepada Michael Chia dan bapanya Chia Nyet Min (dokumen SPRM) – pada mulanya Musa selaku Ketua Eksekutif dan kini Pengerusi (yang juga Ketua Menteri Sabah)

Konsesi dan monopoli Yayasan Sabah ditawarkan kepada Michael Chia dan bapanya Chia Nyet Min (dokumen SPRM) – pada mulanya Musa selaku Ketua Eksekutif dan kini Pengerusi (yang juga Ketua Menteri Sabah)

Tuntutan Chia tehadap Sabah Berjaya/Yayasan Sabah adalah berkenaan kehilangan kuasa monopolinya, yang telah dibaharui untuk 5 tahun dalam tahun 2006 mencecah nilai sebesar RM84 juta.

Pada mulanya Sabah Berjaya telah mempertahankan tindakan itu, dengan mengisytiharkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang ikatan untuk mengekalkan monopoli itu, kerana kontrak yang dibaharui itu jelas menunjukkan bahawa keseluruhan urusan itu adalah di bawah budibicara yayasan milik kerajaan negeri.

Kes yang dipertahankan itu juga mengatakan bahawa Kini Abadi tidak memenuhi kontrak di pihaknya, kerana hasil kayu balak yang diangkut itu terlalu perlahan dan persiapan yang diatur itu telah membenarkan kontraktor lain juga turut ditawarkan tugas yang sama.

Kata-kata yang berani – namun pihak defenden (Yayasan Sabah/Sabah Berjaya) telah mengalah dan menjelaskan RM64 juta!

Kata-kata yang berani – namun pihak defenden (Yayasan Sabah/Sabah Berjaya) telah mengalah dan menjelaskan RM64 juta!

Namun berdasarkan salinan eksklusif yang ada pada kami menunjukkan bayaran yang terakhir di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman di Sandakan, Dato Douglas Cristo Primus Sikayun, dalam bulan Februari jelas menunjukkan bahawa perbadanan negeri itu telah mengalah, yang membenarkan keluarga Chia mengekalkan pegangan monopoli mereka dan juga memberikan hak eksklusif menebang kawasan-kawasan hutan yang amat luas di negeri itu!

Kawasan yang dibenarkan untuk ditebang itu adalah seluas 4,000 hektar.

Pampasan berbentuk konsesi pembalakan yang lebih banyak

Pampasan berbentuk konsesi pembalakan yang lebih banyak

Tambahan pula, penjelasan bayaran itu membenarkan syarikat Chia memohon kadar tebangan melampaui ukur lilit yang dibenarkan dan mengekalkan monopoli pengangkutan hasil tebangan.

Terdapat juga persetujuan untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan menaikkan kadar pengangkutan dalam monopoli itu yang dinikmati oleh Chia dan juga melaksanakan kadar yang baru dalam masa beberapa minggu!

Jumlah keseluruhan keputusan mengaku kalah ini dan konsesi yang dinyatakan dalam penjelasan bayaran itu berjumlah RM67 juta kepada bapa Michael Chia yang degil itu.

Sesuatu yang baik untuk “orang yang tiada berkaitan perniagaan” dengan Ketua Menteri dan juga Pengerusi Yayasan Sabah!

Keuntungan untuk Chia yang seharusnya dimasukkan ke dalam dana awam jika dilaksanakan dengan sistem tender yang ada saingan untuk mendapatkan kontrak.

Keuntungan untuk Chia yang seharusnya dimasukkan ke dalam dana awam jika dilaksanakan dengan sistem tender yang ada saingan untuk mendapatkan kontrak.

 

Malangnya bagi negeri Sabah di mana hutannya terus ditebang untuk memenuhi ketamakan keluarga ini yang telah didedahkan di mahkamah kerana terlalu korup.

Lagipun Michael sendiri telah dijatuhkan hukuman sebatan dan penjara hanya beberapa hari selepas terjelasnya bayaran itu dalam bulan Februari lalu.

Jenayah yang dilakukannya adalah menipu rakan taiko pembalakannya untuk percaya bahawa dia merupakan ‘perancang’, yang dapat menguruskan konsesi-konsesi dari Yayasan Sabah, kerana kononnya dia mempunyai status sebagai orang tengah kepada Musa Aman.

Chia telah memberitahu Argus Hassan bahawa dia perlu menjelaskan suatu bentuk derma politik dan komisyen yang besar.

Mahkamah telah mendapati kesemua ini adalah tidak benar dan Chia telah bertindak untuk dirinya sendiri.
Sungguh menakjubkan, apabila komuniti peniaga mengenali Chia sebagai orang kanan kepada Musa dan selepas hiraki BN mengakui bahawa Chia adalah pengendali ‘derma-derma’ untuk parti mereka.

RM64 juta amatlah berbaloi ditawarkan kepada orang upahan dalam kes ini!

Untuk mengikuti perkembangan kes Musa Aman dan ‘orang tengahnya’ Chia, lihat arkib Sarawak Report dalam laman Spotlight di laman ini.

Chia bersama peguam Musa, Christopher Barnes, seseorang yang menerima wang sogokan pembalakan bagi pihak Musa

Chia bersama peguam Musa, Christopher Barnes, seseorang yang menerima wang sogokan pembalakan bagi pihak Musa

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments