Sungguh Memalukan!

Dicampakkan – bekalan asas daripada SEB dibiarkan berlonggok sebagai bantuan kepada kaum Penan untuk satu bulan

Dicampakkan – bekalan asas daripada SEB dibiarkan berlonggok sebagai bantuan kepada kaum Penan untuk satu bulan

Anda mungkin berfikir jika terdapat satu perkara Torstein Sjotveit dari SEB dan orang kanannya warga Tasmania, Nick Wright, (Ketua CSR dan Program Penempatan Semula) akan pastikan, ianya adalah bahawa kaum asal Penan, yang telah diusir keluar meninggalkan hutan tradisi mereka oleh Empangan Murum, tidak banyak mengadu.

Lagi pun kami terpaksa mengambil kira dua orang asing ini yang dibayar gaji terlampau lumayan dan sering berbangga sambil memuji diri sendiri mengenai projek empangan pemusnah mereka untuk kononnya membawa kesenangan pada orang asal yang terjejas dan bagaimana amaran dari kumpulan-kumpulan NGO dari seluruh dunia itu tidak bermakna langsung.

Torstein telah pergi lebih jauh dan menuduh kumpulan-kumpulan pencinta alam sekitar itu sebagai ‘berbuat bising’ hanya untuk menambahkan dana untuk kegiatan mereka sendiri.

Apakah niat sebenar warga Norway yang diupah gaji tahunan lebih dari satu juta dollar, yang turut membawa masuk rakan-rakannya yang juga turut dibayar upah berlebihan dalam syarikat milik kerajaan Sarawak!

Nick Wright selaku Timbalan Presiden dalam SEB dipertanggungjawabkan untuk menyelia ‘Penempatan Semula’ dan Tanggungjawab Korporat dan Sosial syarikat berkenaan!

Nick Wright selaku Timbalan Presiden dalam SEB dipertanggungjawabkan untuk menyelia ‘Penempatan Semula’ dan Tanggungjawab Korporat dan Sosial syarikat berkenaan!

Beberapa hari yang lalu kita mendapat tahu mengenai kutukan yang dikemukakan oleh suruhanjaya hak asasi manusia Malaysia sendiri berkenaan rintihan kaum Penan yang telah ditempatkan semula dan kita juga mendapati seorang wakil rakyat mengetuai kaum asalnya yang marah membuat laporan polis menentang SEB kerana telah menipu mereka kerana tidak cukup bekalan makanan.

Komuniti kaum Penan hanya mempunyai beberapa ratus isi keluarga: Namun SEB telah meminjam berbilion-bilion ringgit dari dana awam untuk membayar kegiatan membina empangannya.

Bayaran ‘pampasan’ yang dibuat secara terpaksa kepada komuniti-komuniti itu, sebagai ganti memusnahkan hutan warisan mereka, hanyalah sekadar RM800 sebulan untuk sebuah isi keluarga (lebih rendah dari gaji minimum sebulan bagi negeri Sarawak).

Adalah tidak sukar untuk mengeluarkan bantuan kepada komuniti-komuniti ini. SEB mempunyai komitmen untuk memberi bantuan wang tunai sebanyak RM250 dan bantuan dalam bentuk bekalan makanan bernilai RM650 (menjadikan jumlah RM800 kesemuanya).

Namun, selepas setahun, SEB masih tidak dapat menunaikan tanggungjawab dan janji ini.

Hantarkan mereka bahan makanan kering … sebuah lori untuk membawa makanan kepada kaum Penan

Hantarkan mereka bahan makanan kering … sebuah lori untuk membawa makanan kepada kaum Penan

Kaum Penan telah dibiarkan berlapar dan terkandas dan komuniti terpencil mereka, jauh dari kawasan perburuan mereka dan dibekalkan makanan kering yang kurang berkhasiat dari SEB.

Sementara perbualan mengenai bekalan tenaga elektrik yang mencukupi, air bersih, persekolahan untuk kanak-kanak dan kemudahan ‘hidup moden’ yang dijanjikan oleh Torstein Sjotveit – lupakan sahaja, tiada sebarang perkembangan yang baik hanya masalah demi masalah yang timbul, walaupun empangan itu mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina – tempoh yang cukup lama untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul.

Nick Wright dari Tasmania telah dibayar gaji amat lumayan untuk mendapatkan penyelesaian yang betul, namun dia telah gagal sama sekali.

Maka, adakah ini permainan utama yang dirancang oleh Sarawak Energy dan bos mereka, Taib Mahmud?

Adakah tujuan keseluruhan mereka sebenarnya untuk mengusir saki-baki ‘makhluk primitif hutan’ ke suatu kawasan penempatan di pinggiran pekan kecil dan kemudian akan menyerapkan mereka ke dunia perindustrian moden?
Atau, adakah mereka inginkan kaum asal itu mati dan terus pupus?

Laporan polis yang dibuat oleh kaum asal Penan telah dilaporkan oleh akhbar tempatan.

Sebenarnya banyak laporaan dan aduan yang timbul dari Metalung dan Tegulang sejak beberapa minggu atau bulan yang lalu berkenaan kekurangan bekalan makanan dihantar ke perkampungan baru itu.

Kami ‘mengajar mengenai pengeluaran makanan’ – seperti yang dilaung-laungkan oleh SR …

Kami ‘mengajar mengenai pengeluaran makanan’ – seperti yang dilaung-laungkan oleh SR …

Tidak terdapat bekalan air bersih, tenaga elektrik yang konsisten dan keadaan laluan serta jalan yang kurang elok menghala ke kawasan penempatan semula itu menyebabkan perjalanan ke sekolah terlalu jauh dan sukar. Anda menghadapi kesukaran untuk bergerak jauh dengan peruntukan tambang berjumlah RM250 sebulan!

Malah SEB tetap tidak berbuat sebarang perubahan bagi membetulkan keadaan.

Keadaan itu dibiarkan berlarutan sehingga, akhirnya, kaum Penan membuat laporan polis dan wakil rakyat tempatan Liwan Lagang terpaksa mengambil tindakan untuk membantu kaum asal itu dengan mendapatkan bekalan makanan dari pihak SEB.

Bagaimana Torstein dan Nick mampu tidur nyenyak pada waktu malam walaupun mereka tahu bahawa komuniti kaum asal ini menjalani hidup sukar dan berlapar?

Lagi banyak gambar saya bersama kanak-kanak yang bertuah ini yang masa depan mereka dicipta oleh saya – PR diri Torstein yang tidak berkesudahan dan tidak bermakna

Lagi banyak gambar saya bersama kanak-kanak yang bertuah ini yang masa depan mereka dicipta oleh saya – PR diri Torstein yang tidak berkesudahan dan tidak bermakna

Bagaimana jika anak dan isteri mereka pula yang terkandas di tengah-tengah sesuatu keadaan yang bermasalah menunggu ketibaan pengangkutan membawa beras dan minyak masak pada mereka?

Adakah mereka suka memikirkan jika ahli keluarga mereka yang diusir dari kawasan kelahiran mereka dan diletakkan di suatu kawasan yang tandus, tanpa dapat dihubungkan ke tempat lain, hanya dengan sebatang jalan yang tidak elok dan tiada pengangkutan untuk bergerak ke luar?

Terdapat banyak alasan, dan anda boleh namakannya, bagi masalah-masalah yang telah timbul di kawasan penempatan semula kaum Penan.

Namun, kesemua masalah ini boleh dijangkakan dan isu-isu asas adalah bahawa SEB tidak menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi projek-projek empangan dengan mempastikan soal kebajikan orang asal yang terjejas bahawa mereka berpura-pura mereka mendapat banyak faedah.

Kepura-puraan telah terbongkar.

Dan, dalam masa kerajaan BN merancang untuk membina lebih banyak empangan menggunakan cara yang sama seperti Bakun dan Murum (bina dahulu, keluarkan hasil penilaian kesan projek kemudian) mereka tidak boleh terkejut dengan peningkatan penentangan dari komuniti kaum asal, yang kini sudah tidak percaya pada motif mereka.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments