“Red Granite Bukan Lagi Klien Kami” – Kes “Penipuan” Reda!

Keluaran terkini Red Granite

Keluaran terkini Red Granite

Hollywood telah diberitahu mengenai penyelesaian terakhir antara syarikat Red Granite Pictures milik anak tiri Najib Razak dan para pengeluar asal filem terkini mereka ‘Dumb and Dumber To’.

Terdapat kenyataan-kenyataan yang terhad dari kedua belah pihak, namun Sarawak Report dapat memperincikan latarbelakang penyelesaian kes ini, semasa Riza Aziz dan syarikatnya menghadapi tuduhan “menipu”.

Kami dapat mendedahkan bahawa di sepanjang perang perundangan ini, dalam masa syarikat guaman yang mewakili Red Granite digugurkan dari kes itu, dan dalam masa yang sama juga syarikat pengurusan perakaunan telah menarik diri dari mewakili syarikat itu.

Bertentangan dengan itu ancaman Red Granite untuk mengheret Sarawak Report ke mahkamah belum menjadi kenyataan lagi.

 

Riza Aziz (kanan) melonjak naik di Hollywood berperanan sebagai pengeluar utama

Riza Aziz (kanan) melonjak naik di Hollywood berperanan sebagai pengeluar utama

Pengeluar-pengeluar seperti Steve Stabler dan Brad Krevoy, yang menyelesaikan kes itu dengan Red Granite pada minggu lalu, adalah pereka asal filem Dumb and Dumber pada pertengahan 1990-an dengan dibintangi oleh Jim Carey dan Jeff Daniels.

Pasangan pelakon itu telah marah kerana usaha Red Granite telah menyingkirkan nama mereka dari sekuel kredit dan menafikan bayaran hakcipta pada mereka.
Pendakwaan mereka mengatakan bahawa Riza Aziz dan rakannya Joey McFarland sebagai pendatang baru di Hollywwod, yang didapati mempunyai akses pada peruntukan kewangan yang amat lumayan untuk membeli projek pengeluaran filem, tanpa memiliki sebarang kepakaran dalam bidang itu.

Maruah Riza Aziz sebagai penggemar majlis-majlis keramaian, di samping pembiayanya Jho Low, menarik perhatian umum di Malaysia, di mana mereka dikatakan terbabit dalam salah guna wang awam.

Hollywood telah sekali lagi digemparkan pada bulan Mac tahun ini apabila Stabler dan Krevoy mengubah tuntutan mereka untuk menuduh Red Granite dan pemilik-pemiliknya (termasuk anak tiri Najib Razak, Riza Aziz) mendapatkan peruntukan mereka dari “penipuan”.

Pengubahan pertuduhan itu tercetus di Malaysia bahawa syarikat itu berada di sebalik pengeluaran beratus juta dollar filem yang penuh kontrversi Wolf of Wall Street.

Channing Johnson – rakanniaga Loeb & Loeb telah marah pada pertuduhan itu, namun berundur setelah isterinya disabpina

Channing Johnson – rakanniaga Loeb & Loeb telah marah pada pertuduhan itu, namun berundur setelah isterinya disabpina

Pada perbicaraan minggu lepas mahkamah telah memberikan apa yang diminta oleh Stabler dan Krevoy – mereka telah diberikan penghormatan sebagai pengeluar eksekutif untuk filem itu.

Adalah difahami bahawa mereka telah menerima bayaran pampasan hakcita, yang telah cuba dinafikan oleh Red Granite.

Di pihak mereka berdua pertuduhan mereka telah digugurkan dan juga saman mereka terhadap Red Granite, yang akan didengar di mahkamah Los Angeles bulan depan.

Tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Stabler dan Krevoy kerana mengemukakan pertuduhan itu, begitu juga ancaman Red Granite terhadap Sarawak Report yang menuduh mereka menerima “peruntukan haram”.
Namun di sebalik penyelesaian sengketa ini kami dapat mendedahkan mengenai beberapa siri tindakan kasar, pengunduran diri dari tugas dan tanggungjawab dan kemusnahan hubungan perniagaan.

Pihak yang menanggung kerugian besar adalah pasangan suami isteri berkuasa di Hollywood, Channing dan Debra Johnson.

Channing Johnson adalah rakan niaga dalam syarikat guaman Loeb & Loeb di Hollywood, yang telah dikorporatkan dan mewakili Red Granite, sementara isterinya Debra Johnson bekerja sebagai penasihat pengurusan perniagaan dan harta dalam syarikat gergasi NKSFB selaku Pengarah Urusan sehingga awal tahun ini.

Riza Aziz adalah pemilik berdaftar Red Granite dan Loeb & Loeb telah dikorporatkan dan mewakili syarikat itu

Riza Aziz adalah pemilik berdaftar Red Granite dan Loeb & Loeb telah dikorporatkan dan mewakili syarikat itu

Debra Johnson – kini bekas Pengarah Urusan dalam NKSFB

Debra Johnson – kini bekas Pengarah Urusan dalam NKSFB

Sarawak Report telah difahamkan mengenai perbalahan yang berlaku di pejabat-pejabat peguam Stabler dan Krevoy dalam bulan April lalu, setelah mereka mengeluarkan tuduhan penipuan.

Menurut saksi-saksi, Channing Johnson telah menyerbu masuk semasa mesyuarat memfailkan kes dan mengancam bahawa sesuatu yang buruk mungkin berlaku jika tuduhan terhadap Red Granite diteruskan.

Seorang pemberi maklumat memberi Sarawak Report bahawa dia tidak pernah menyaksikan tindakan marah dikeluarkan dari seorang peguam yang professional.
Sebagai respon Stabler dan Krevoy telah mengeluarkan sabpina untuk menuntut rekod-rekod kewangan yang dipegang Debra Johnson, berkaitan dengan tugasnya dalam pengurusan kewangan Red Granite di syarikat gergasi NKSFB.

Dalam kes itu Channing Johnson telah diganti oleh salah seorang peguam terkemuka Hollywood, Patricia Glaser dari syarikat guaman Glaser Weil Fink Jacobs Howard Avchen & Shapiro.

Ini telah memberikan petunjuk pada niat untuk menuduh penipuan, tetapi sebaliknya khabar angin mengatakan bahawa Glaser inginkan penyelesaian.
Penyelesaian itu mengambil masa berminggu-minggu untuk dicapai, namun jika Glaser terus menarik balik tuduhan ke atas Stabler dan Krevoy, Red Granite menghadapi nasib malang.

Sama seperti Sarawak Report, Stabler dan Krevoy tetap berpegang pada pendirian mereka dan tidak berhasrta untuk menarik balik kenyataan mereka; mereka telah menarik balik kes itu setelah tuntutan mereka dipenuhi.

Dalam masa itu, kami dapat mendedahkan bahawa pada bulan depan Debra Johnson akan meninggalkan jawatannya dalam NKSFB, di mana di pernah mengendalikan akaun milik Red Granite!

Red Granite diwakili oleh debra Johnson dari NKSF, setelah syarikat itu dikorporatkan oleh syarikat guaman suaminya

Red Granite diwakili oleh debra Johnson dari NKSF, setelah syarikat itu dikorporatkan oleh syarikat guaman suaminya

Suatu panggilan telefon ke syarikat NKSFB di Los Angeles telah mengesahkan pengunduran diri Debra sebagai Pengarah Urusan mereka. Sarawak report pula mendapati bahawa tindakan itu diambil berikutan persengketaan dengan salah seorang dari rakan niaga mereka, setelah banyak tuduhan penipuan terhadap Red Granite didedahkan.

Walau bagaimanapun, kajian-kajian kami mendapati bahawa Debra telah bergabung dengan kliennya untuk menubuhkan sebuah syarikat yang baru.

Pada 10 April, dalam masa tuduhan penipuan mendapat perhatian media, sebuah syarikat pengurusan telah dikorporatkan di California, dengan nama Metropolis IX Capital Advisors.

Metropolis IX Capital Advisors telah didaftarkan menggunakan alamat bekas majikan Debra, NKSFB dan pada 1 Julai dia mengumumkan bahawa dia telah diterima sebagai Ketua Pegawai Operasi dalam syarikat yang baru itu setelah meninggalkan NKSFB.

Adakah Debra Johnson di sebalik syarikat Metropolis IX Capital Advisors, atau adakah orang lain yang diupah oleh syarikat baru berprofil rendah itu?

Adakah Debra Johnson di sebalik syarikat Metropolis IX Capital Advisors, atau adakah orang lain yang diupah oleh syarikat baru berprofil rendah itu?

Adalah kurang jelas siapakah orang lain yang bersama Debra bekerja di Metropolis atau jika pejabat itu berada pada bangunan yang sama dengan NKSFB.

Debra Johnson

Debra Johnson

 

 

 

 

 

Walau bagaimana pun, Debra telah dilaporkan pernah bersama Riza Aziz ke London atas urusan perniagaan dan bekas rakan-rakannya dapat mengesahkan bahawa Debra mungkin boleh dihubungi menerusi Red Granite.

Sarawak Report ingin bertanya jika Metropolis IX Capital Advisors telah ditubuhkan oleh Debra seorang, untuk mengendalikan harta kekayaan Riza Aziz dan syarikatnya Red Granite?

Walau apa pun kesnya, mungkin Debra dan suaminya Channing Johnson menjadi orang-orang yang bernasib malang.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments