HARI KE-300 – “Tiada Kebenaran Untuk Meneruskan”!

Laporan – Tiada kebenaran untuk meneruskan

Laporan – Tiada kebenaran untuk meneruskan

Para pejuang menentang projek pembinaan empangan dan kumpulan-kumpulan NGO telah bergabung tenaga di Kuala Lumpur pada hari ini untuk memaksa pembatalan projek kegilaan Taib Mahmud, Empangan Baram.

Dalam rumusan mereka menjelaskan bahawa rancangan itu tiada hak untuk diteruskan setelah menghadapi tekanan undang-undang yang telah diabaikan oleh Kerajaan Sarawak buat sekian lamanya.

Baram merupakan sebuah dari 12 buah empangan baru yang akan dibina di bawah rancangan SCORE Taib Mahmud dan ianya akan mengapungkan tidak kurang dari 400 kilometer persegi kawasan hutan dan memaksa lebih 20,000 orang asal berpindah meninggalkan kawasan tradisi mereka.

Jika pembinaan empangan yang lainnya akan tetap diteruskan nanti maka lebih 2,000 kilometer persegi kawasan hutan di Sarawak akan ditenggelami air, bersama-sama kediaman bagi puluhan ribu penduduk asal.

Pada hari ini, NGO yang arif dalam empangan tenaga hidro, International Rivers telah mempersembahkan laporan mereka mengenai cadangan Empangan Baram, bersempena dengan hari ke-300 penentangan bersungguh-sungguh orang asal terhadap projek ini.

Tapak bloked Baram – 300 hari dan kian bertambah, mereka telah menentang rancangan membina empangan yang tidak sah oleh Sarawak Energy

Tapak bloked Baram – 300 hari dan kian bertambah, mereka telah menentang rancangan membina empangan yang tidak sah oleh Sarawak Energy

Ianya mewakili satu lagi penilaian yang teliti berkenaan pembinaan empangan yang telah menjurus ke arah mengutuk kerajaan Sarawak pada isu itu.

Badan-badan hak kemanusiaan di Malaysia sendiri, Suhakam, Majlis Peguam Malaysia, Suaram dan Bruno Manser Fund telah mengeluarkan laporan mereka sendiri mengecam rasuah dan kepincangan dalam rancangan SCORE.

Dan suatu ketika dahulu Universiti Oxford telah mengeluarkan laporan mereka yang mengungkit kerisauan berkenaan faedah daripada empangan-empangan gergasi sebagai alat untuk merancakkan pembangunan keseluruhannya.

Sebenarnya Oxford telah merumuskan bahawa empangan-empangan gergasi selalunya amat mahal dibina dan sering berakhir sebagai gajah putih yang membazirkan dana sesebuah negara.

Pada minggu ini, giliran Vietnam pula mengambil langkah menentang pembinaan empangan seperti itu.

Negara berkenaan telah mengumumkan pembatalan membina tidak kurang dari 12 buah empangan gergasi yang mereka rancangkan. Sama seperti bilangan empangan yang dirancang oleh kerajaan Taibenan Satem yang ditentang hebat oleh penduduk asal di Sarawak.

Taib tidak akan mengatakan “tidak” sebagai jawapannya … namun dengan berbuat demikian dia melanggar hak asasi rakyatnya

Taib tidak akan mengatakan “tidak” sebagai jawapannya … namun dengan berbuat demikian dia melanggar hak asasi rakyatnya

Namun, Gabenor Taib Mahmud dan Ketua Menterinya Adenan Satem, telah menunjukkan bahawa mereka tetap akan meneruskan projek itu.

Seperti yang telah dapat dibuktikan syarikat-syarikat milik keluarga dan kroni Taib bersedia membuat berbilion-bilion dollar dari usahasama yang meragukan, di mana syarikat Three Gorges Dam dari China didapati amat gembira mempraktikkan kemahiran baru mereka di Sarawak, terima kasih pada wang pinjaman daripada kerajaan mereka sendiri.

Akhirnya nanti penduduk Sarawak yang akan membayar balik kesemua hutang negeri mereka itu.

Seperti yang ditunjukkan dalam laporan-laporan mengenai projek empangan di Sarawak, langkah pertama untuk mempertimbangkan sama ada projek ini sah dibina di sisi undang-undang adalah alasan mendirikan struktur yang akan memusnahkan warisan semulajadi dunia dan kediaman dan juga kebudayaan orang-orang asal di bumi Sarawak.

Namun, pembaca kita diingatkan untuk membaca semula terbitan laporan EIA terkini berkenaan Empangan Murum.
Pada laporan itu terdapat ‘kenyataan keperluan’, yang mendakwa bahawa struktur gergasi Bakun itu diperlukan untuk menghantar 100% dari tenaga elektrik menerusi kabel dasar laut ke Semenanjung Malaysia, kecuali, seperti yang diketahui masyarakat dunia, Bakun tetap tidak mampu berbuat demikian, kerana teknologi sedemikian belum wujud lagi!

 ‘Kenyataan keperluan’ Murum sebenarnya adalah sesuatu yang tidak masuk akal, kerana konsepnya mustahil untuk dijelmakan. Tenaga dari Bakun tidak mungkin dapat disalurkan ke Semenanjung Malaysia … apakah keperluannya menganggap 12 lagi empangan harus dibina, bermula dengan Baram?

‘Kenyataan keperluan’ Murum sebenarnya adalah sesuatu yang tidak masuk akal, kerana konsepnya mustahil untuk dijelmakan. Tenaga dari Bakun tidak mungkin dapat disalurkan ke Semenanjung Malaysia … apakah keperluannya menganggap 12 lagi empangan harus dibina, bermula dengan Baram?

Maka, ‘kenyataan keperluan’ bagi Murum hanyalah sesuatu yang dianggap boleh dicapai tetapi sebenarnya mustahil, berdasarkan kemustahilan di segi teknikalnya.

Kini Bakun hanya boleh menjanakan 50% dari tenaga elektrik hidro dan tidak perlu bagi tenaga elektrik dari empangan lain seperti Murum.

Maka, apakah kemungkinan ‘perlunya’ tenaga elektrik dari empangan Baram … dan 12 lagi empangan?

Rancangan ini rata-rata bukan untuk menghasilkan tenaga elektrik hidro. Ianya berkenaan memecahbelahkan kaum Dayak di Sarawak dan mendatangkan keuntungan berbilion-bilion dollar untuk syarikat-syarikat keluarga Taib dan kroninya.

Sila baca laporan terkini dari International Rivers.

Lakaran artis berkenaan Empangan Baram yang dirancangkan …

Lakaran artis berkenaan Empangan Baram yang dirancangkan …

Dan kenyataan media daripada NGO tempatan Save Rivers:

Kuala Lumpur: Sebuah bloked bagi menentang projek pembinaan empangan tenaga elektrik Baram di Sarawak kini memasuki hari ke-300 pada hari ini, Isnin 18hb Ogos, 2014. Sebagai suatu acara sempena hari itu, sekumpulan orang kampung yang datang dari sekitar kawasan tapak empangan ayng dicadangkan itu kini berada di Kuala Lumpur untuk menyertai sebuah forum. Forum itu dianjurkan khas bagi melancarkan sebuah laporan daripada sebuah misi mencari fakta berhubung hak asasi manusia yang dibuat di Baram berkaitan pembinaan empangan Baram. Dalam forum itu, rombongan dari Baram telah memberikan keterangan mereka pada hasil kajian misi itu.

Terdapat banyak dakwaan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia dilakukan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) di tapak empangan Baram yang dicadangkan itu. Sebagai tindakbalas terhadap tuduhan-tuduhan itu sebuah kumpulan kajian yang bebas ditubuhkan dan dijalankan di 15 buah perkampungan di kawasan Baram pada bulan Februari lepas. Hasil kajian itu dinilai dengan merujuk kepada garispanduan hak kemanusiaan Malaysia dan juga antarabangsa.

Berdasarkan hasil kajian itu, tindakan SEB dan Kerajaan Sarawak untuk memulakan persiapan membina empangan Baram telah melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Ketetapan Hak Kemanusiaan PBB. Laporan yang terbit dari hasil kajian itu telah menegaskan tujuh kategori yang spesifik berkenaan ketidaktepatan yang telah dilakukan oleh SEB di Baram, seperti berikut: (1) Menafikan hak mendapatkan maklumat dan kurang ketelusan mengenai impak projek yang dicadangkan, (2) tidak menghormati prinsip kebebasan dan kebenaran; (3) melanggar hak untuk penyertaan bermakna; (4) penghapusan hak-hak ke atas tanah adat dan tradisi kaum asal; (5) pelanggaran hak untuk meneruskan kehidupan; (6) menggunakan kekasaran terhadap orang asal; (7) pelanggaran hak orang asal untuk menentukan hala tuju hidup mereka sendiri. Dalam laporan itu, misi mencari fakta itu telah mengesyorkan kepada SEB dan Kerajaan Sarawak supaya menepati keperluan kebangsaan dan antarabangsa

Pada hari yang sama, laporan itu telah diserahkan secara rasmi kepada SUHAKAM dengan memohon kepada badan itu untuk – “Mengambil langkah yang wajar melancarkan kajian bebas yang terperinci terhadap tuduhan salahlaku rasuah SEB dan pemaksaan terhadap orang-orang kampung di kawasan Baram.” Laporan itu juga akan diberikan kepada mana-mana institusi yang ingin melabur pada projek empangan di Sarawak.

Menurut Peter Kallang, pengerusi NGO SAVE Rivers berkata, “Orang-orang Baram merayu bantuan dan semoga rayuan mereka dapat didengar supaya amalan kerajaan yang membuli rakyatnya sendiri itu dihentikan serta-merta,” beliau turut menambah, “saya amat gembira kerana SUHAKAM telah bersedia untuk mendengar.”

KENYATAAN MEDIA DITAMATKAN DI SINI

SAVE Rivers merupakan akar umbi jaringan komuniti orang asal dan pertubuhan sivil di negeri Sarawak, bekerja untuk melindungi hak kemanusiaan dan menghentikan projek pembinaan empangan di Sarawak.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments