Pengurus Murum Telah Disoalsiat SPRM Sebelum Kematiannya Secara Mengejut EKSKLUSIF!

Kematian mengejut Frankie Chin telah dilaporkan dalam Borneo Post bulan lepas

Kematian mengejut Frankie Chin telah dilaporkan dalam Borneo Post bulan lepas

Sarawak Report telah difahamkan bahawa Pengurus Teknikal Sarawak Energy untuk projek Empangan Murum, Frankie Chin, telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik sebelum kematiannya pada bulan lepas
Frankie Chin telah meninggal dunia pada malam 12hb Jun setelah mengidap suatu kesakitan.

Seorang kenalan telah memberitahu Sarawak Report bahawa Chin, yang berusia 57 tahun, telah mati akibat masalah jantung, sebaik sahaja dia kembali dari percutian di Vietnam.

Pendedahan terkini bahawa pegawai teknikal tertinggi SEB, yang dipertanggungjawabkan ke atas pembinaan dan aspek keselamatan Empangan Murum, telah disoalsiasat oleh SPRM setelah timbulnya kerisauan beberapa pihak berkenaan pentauliahan empangan dan pemeriksaan keselamatannya.

Frankie Chin dijangka akan menghadapi soalsiasat audit di SEB pada hari serentak kematiannya yang menjadi tekanan padanya berikutan suatu laporan dalam bulan Mac, yang menunjukkan pada kecacatan merbahaya pada turbin-turbin yang telahpun dihantar ke tapak empangan itu.

Laporan yang telah diperolehi oleh SR, mengandungi beberapa ilustrasi grafik masalah-masalah pada turbin Murum

Laporan yang telah diperolehi oleh SR, mengandungi beberapa ilustrasi grafik masalah-masalah pada turbin Murum

Laporan ini telah disembunyikan dan dirahsiakan oleh SEB dan Sarawak Report kini telah mendapati bahawa terdapat beberapa lagi laporan berkenaan mutu binaan empangan itu.

SR percaya terdapat kerisauan pada tahap kerahsiaan yang menyelubungi keseluruhan projek ini.

Murum adalah “Selamat sepenuhnya” – CEO SEB Torstein telah menyembunyikan segala kecacatan dan kerja-kerja baikpulih pada empangan dan juga turbin yang didakwanya selamat. Dia kini sedang bercuti di negeri kelahirannya, Norway.

Murum adalah “Selamat sepenuhnya” – CEO SEB Torstein telah menyembunyikan segala kecacatan dan kerja-kerja baikpulih pada empangan dan juga turbin yang didakwanya selamat. Dia kini sedang bercuti di negeri kelahirannya, Norway.

Sebuah dokumen penting yang harus diterbitkan adalah laporan Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA), yang harus ditauliahkan sebelum bermulanya projek dan dijadikan konsultasi umum.

Sebenarnya, laporan EIA telah ditauliahkan lama SELEPAS pembinaan dimulakan dan telah dirahsiakan, membiarkan umum tidak berpeluang menilai kemungkinan kerosakan dan risiko empangan yang baru sahaja disiapkan, yang telah ditauliahkan oleh SEB dari syarikat dari China, Three Gorges Development Company (Malaysia) Sdn. Bhd, tanpa sebarang konsultasi.

Sementara itu, laporan berkenaan kecacatan yang merbahaya semasa pembuatan empat buah turbin untuk loji empangan Murum itu kini telah diketahui umum, terima kasih pada pembocoran maklumat kepada Sarawak Report.

Cubaan untuk membaikpulih dan mengkalibrat semula kecacatan di tapak empangan adalah “terlalu merbahaya”, menurut beberapa pakar binaan empangan terkemuka dunia, kerana menyelamatkan kerugian pada syarikat Three Gorges untuk menanggalkan dan menghantar balik kesemua turbin ke kilang di China

Cubaan untuk membaikpulih dan mengkalibrat semula kecacatan di tapak empangan adalah “terlalu merbahaya”, menurut beberapa pakar binaan empangan terkemuka dunia, kerana menyelamatkan kerugian pada syarikat Three Gorges untuk menanggalkan dan menghantar balik kesemua turbin ke kilang di China

Laporan itu telah dikemukakan kepada SEB oleh syarikat jururunding dari Norway, Norconsult pada 20 Mac dan Frankie Chin merupakan seorang individu yang bertanggunjawab, melaporkan kepada bosnya CEO Torstein Dale Sjotveit.

Norconsult telah merumuskan turbin-turbin Murum yang baru itu mengalami kecacatan yang amat serius dan “tidak selamat dipasang atau dikendalikan”.

Walau bagaimana pun, SEB dikatakan telah membuat keputusan untuk merahsiakan laporan jururunding dan sebaliknya ingin melakukan “kerja-kerja baikpulih” yang sukar di tapak, selain menangguhkan pembinaan empangan itu.

Para pakar telah memberitahu Sarawak Report bahawa tindakan itu belum pernah diketahui lagi di mana-mana media arus perdana berkenaan empangan dan berisiko amat tinggi.

Menurut kandungan dokumen yang kami terima, Frankie Chin merupakan pengurus utama di SEB yang dipertanggungjawabkan untuk merundingkan krisis ini dengan syarikat Three Gorges dan juga dengan syarikat Harbin, yang telah membina turbin-turbin itu.

Berdasarkan keputusan untuk cubaan membaikpulih kesemua turbin di tapak empangan, selain memulangkan kepada kilang pembuatnya adalah terlalu berisiko tinggi, bukti yang baru adalah terdapatnya kerisauan di pihak SPRM bahawa Chin mungkin pernah menerima wang sogokan secara haram.

Sumber-sumber yang paling dekat dengan projek itu dan juga dengan Frankie Chin telah memberitahu Sarawak Report bahawa Chin telah disoalsiasat atas sama ada dia pernah disogok oleh kontraktor projek.

Sumber-sumber yang sama juga telah memberitahu Sarawak Report bahawa beberapa orang kakitangan kanan dalam SEB yang berkaitan dengan laporan turbin itu telah disyaki menerima sogokan dan kontraktor yang sama.

Para pakar binaan empangan gergasi mendakwa bahawa adalah sukar untuk mengimpal semula dan mengkalibrasi semula kecacatan pada turbin-turbin di luar kilang pembuatannya

Para pakar binaan empangan gergasi mendakwa bahawa adalah sukar untuk mengimpal semula dan mengkalibrasi semula kecacatan pada turbin-turbin di luar kilang pembuatannya

Kini terdapat kerisauan bahawa membaikpulih kecacatan di tapak empangan di Murum tidak akan dilakukan sepenuhnya.

Kerahsiaan yang menyelubungi pembinaan di tapak Murum yang dijalankan oleh pekerja asing dan dirahsiakan dari pengetahuan umum, bermakna tiada siapa yang pasti apakah jenis kerja baikpulih jika ianya dijalankan.

Dalam pada itu, ujian-ujian pada turbin-turbin itu akan dilakukan sedikit masa lagi, menurut sumber maklumat kami.

Ini amat bercanggah dengan persetujuan para pakar yang mengatakan bahawa kecacatan pada kipas-kipas turbin yang telah dikenalpasti dalam laporan itu akan terhakis dan patah, mengakibatkan malapetaka yang dahsyat dalam sedikit masa lagi.

Kerosakan yang bakal berlaku akan menjadikan projek itu sebagai gajah putih, yang akan mengeluarkan sedikit atau tiada tenaga langsung. Apa yang amat merisaukan adalah ianya bakal mengancam banyak nyawa jika berlakukan letusan pada rerumah turbin, seperti yang pernah berlaku di Rusia dalam tahun 2009 dahulu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments