Perniagaan Penaja Wolf Of Wall Street Ada Hubungkait Dengan 1MDB Dan Jho Low!

Riza dan Joey dari syarikat perfileman Red Granite Pictures bergambar bersama para pelakon mereka – Leonardo di Caprio dan Jamie Foxx

Riza dan Joey dari syarikat perfileman Red Granite Pictures bergambar bersama para pelakon mereka – Leonardo di Caprio dan Jamie Foxx

Setelah beberapa bulan enggan menamakan siapakah penaja mereka, akhirnya syarikat pengeluaran filem Red Granite Pictures (RGP) kini menamakan siapakah penaja utama mereka dalam sebuah temubual bersama-sama New York Times.

Individu itu berpejabat di Abu Dhabi yang bekerja sebagai Ketua Eksekutif dalam syarikat pelaburan, Aabar Investments, Encik Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Aabar adalah sebuah dana yang mempunyai ikatan pelaburan yang kukuh dengan 1MDB di Malaysia dan juga hubungan rapat dengan jutawan muda Jho Low, yang mereka biaya untuk membida pembelian kumpulan hotel Claridge di London.

Namun, RGP, yang dimiliki oleh anak tiri Najib Razak, Riza Abdul Aziz, telah, pada mulanya, mengancam untuk menyaman Sarawak Report kerana mempersoalkan peruntukan ratusan juta ringgit yang disalurkan ke dalam akaun syarikat itu untuk membiayai projek-projek perfileman yang boleh dikaitkan dengan rakan jutawannya, Jho Low, yang gemar berpesta dan bersantai.

Dalam surat guaman mereka kepada Sarawak Report dalam bulan Januari lalu RGP telah mengatakan bahawa RGP tidak menerima sebarang pembiayaan “yang dating dari negara Malaysia ataupun individu yang bernama Jho Low”.
Namun, kenyataan yang terkini daripada RGP telah mendedahkan hubungan perniagaan yang rapat dengan Malaysia, terima kasih pada Aabar Investments dan ianya merujuk kepada Encik Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny sebagai pembiaya utama RGP.
Dalam temubual mereka bersama New York Times, wartawan Michael Cieply, Riza Aziz dan rakannya Joey McFarland telah menjelaskan bahawa Encik Al-Husseiny hanya melabur secara peribadi dalam RGP dan bukannya menerusi dana Aabar Investment, di mana dia selaku Ketua Eksekutif syarikat pelaburan itu.
Pasangan dari RGP itu menjelaskan bahawa mereka telah sekian lama berdiam diri kerana Encik Al-Husseiny enggan diminta oleh pengeluar-pengeluar filem Hollywood yang lain!

Pendedahan-pendedahan ini telah membuka ruang persoalan berkenaan potensi percanggahan kepentingan.
Lagipun, kenapakah Encik Al-Husseiny memperlihatkan kesediaannya untuk melabur dalam projek perfileman pengeluar-pengeluar baharu seperti Riza Aziz dan Joey McFarland, di samping enggan terbabit dalam syarikat-syarikat perfileman Hollywood yang telah lama bertapak?

Riza Aziz menjelaskan bahawa dia bertemu dengan Encik Al-Husseiny ketika dia bekerja di bank HSBC selama dua tahun di London sebelum 2008 dahulu.

Dia mungkin telah menarik perhatian Encik Al-Husseiny pada potensinya sebagai bakal pengeluar filem, kerana pada waktu itu dia belum lagi terlibat dalam perbankan untuk Hollywood.

Namun, dengan mengambil kira peruntukan peribadi sebanyak ratusan juta ringgit dari Encik Al-Husseiny telah dilaburkan, isu-isu percanggahan kepentingan harus dibangkitkan, yang sepatutnya dibersihkan.

Kerana, selaku peranannya sebagai Ketua Eksekutif dalam Aabar, Encik Al-Husseiny telah terbabit dalam urusniaga berbillion ringgit dengan 1MDB dan juga mempunyai urusniaga dengan Jho Low.

Urusniaga-urusniaga ini telah membangkitkan banyak persoalan di Malaysia, bukan hanya berikutan penerbitan laporan kewangannya untuk tahun 2013, yang telah dikeluarkan dalam bulan Mei tahun ini.

Keadaan yang berfaedah tinggi berkenaan hubungan Aabar Investment terhadap 1MDB (yang dipengerusikan oleh bapa tiri Riza, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Kewangan, Najib Razak) membuatkan hubungan Riza dengan Al-Husseiny itu lebih relevan.

Aabar Investment dan 1MDB membuat suatu urusniaga pembelian tenaga, yang dikendalikan oleh pasukan Goldman Sachs diketuai oleh Tim Leissner dan Robert Ng. Portal perniagaan The Edge melaporkan bahawa Leissner adalah kenalan rapat kepada rakan karib Riza, Jho Low (gambar atas)

Aabar Investment dan 1MDB membuat suatu urusniaga pembelian tenaga, yang dikendalikan oleh pasukan Goldman Sachs diketuai oleh Tim Leissner dan Robert Ng. Portal perniagaan The Edge melaporkan bahawa Leissner adalah kenalan rapat kepada rakan karib Riza, Jho Low (gambar atas)

Lagipun, Aabar Investments telah dikatakan bertindak sebagai rakan penjamin bagi sebuah bon yang dikeluarkan oleh 1MDB untuk pembelian syarikat tenaga Tanjong yang dikendalikan oleh Goldman Sachs dalam sebuah urusniaga tertutup, yang mana Sarawa Report kini menyimpan sesalinan dokumen berkenaan.

Sememangnya Goldman Sachs dapat menjana keuntungan yang amat lumayan serta luarbiasa dari urusniaga ini, menurut siasatan awal kami.
Tokoh penting yang utama untuk bon perniagaan Asia Goldman Sachs dengan 1MDB, Robert Ng telah meletak jawatannya untuk menubuhkan perniagaannya sendiri.

Namun, sebagaimana ditunjukkan oleh pihak media kewangan, Robert Ng mempunyai reputasi yang baik dalam hubungan politik dan pernah bekerja dengan Deustche Bank di mana dia didapati pernah mengendalikan pembelian bon luar negara secara tertutup menerusi Labuan untuk bekas Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan projek SCORE.

Robert Ng dan rakan karibnya dalam Goldman Sachs, Tim Leissner (yang masih bersama bank itu) juga pernah dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan rakan karib Riza Aziz, Jho Low.

Jho Low didapati sebagai pemangkin penubuhan keseluruhan konsep 1MDB, bermula dengan pemain utama mereka, dana kekayaan kedaulatan Terengganu Jho Low juga rakan kepada emak Riza Aziz, Rosmah Mansor iaitu isteri kepada Najib Razak.

Bagaimana portal The Edge mengaitkan Tim Leissner dari Goldman Sachs, Robert Ng dan Jho Low sebagai berperanan utama dalam 1MDB. Aabar Investments merupakan rakan penjamin dalam bon Goldman Sachs yang dikeluarkan untuk pembelian Tenaga Tanjong.

Bagaimana portal The Edge mengaitkan Tim Leissner dari Goldman Sachs, Robert Ng dan Jho Low sebagai berperanan utama dalam 1MDB. Aabar Investments merupakan rakan penjamin dalam bon Goldman Sachs yang dikeluarkan untuk pembelian Tenaga Tanjong.

Dalam artikel New York Times rakan Riza dalam RGP, Joey McFarland berbangsa Amerika itu juga telah akhirnya mengakui bahawa dia mempunyai hubungan dengan Global Talent Booking, sebuah syarikat yang menyewakan selebriti, termasuk Paris Hilton, untuk majlis-majlis keramaian tertentu. McFarland juga mendakwa inilah cara dia bertemu dan mengenali Jho Low.

Ini adalah cerita yang amat berbeza dengan yang diberikan kepada Sarawak Report dalam surat guaman daripada RGP.

Di samping itu, McFarland menyatakan dia adalah seorang pelabur dan bukannya pekerja dalam sesebuah ‘syarikat broker bakat’, menurut pendedahannya kepada New York Times bahawa ini dan pelaburan yang terdahulu dalam hartanah dan juga restaurant, membentuk latarbelakang perniagaan sebenarnya dan bukannya perniagaan perfileman.

Terdahulu, Mcfarland telah mengancam untuk memyaman Sarawak Report kerana mengatakan bahawa dia bekerja untuk syarikat broker bakat dan inilah cara dia bertemu dan berkenalan dengan Jho Low.

Dalam surat guamannya kepada Sarawak Report dalam bulan Januari lalu Mcfarland mendakwa sebaliknya bahawa dia mempunyai latarbelakang dan pengalaman luas dan perfileman, suatu dakwaan yang tidak dirujuknya semasa berbual dengan wartawan New York Times minggu lalu.

“Ternyata amat palsu” – surat guaman daripada Red Granite dalam bulan Januari lalu mendakwa latarbelakang dan pengalaman McFarland dalam bidang perfileman dan menafikan bahawa dia mempunyai pengalaman dalam bidang broker bakat. Ternyata ceritanya sungguh berbeza semasa ditemubual wartawan New York Times minggu ini!

“Ternyata amat palsu” – surat guaman daripada Red Granite dalam bulan Januari lalu mendakwa latarbelakang dan pengalaman McFarland dalam bidang perfileman dan menafikan bahawa dia mempunyai pengalaman dalam bidang broker bakat. Ternyata ceritanya sungguh berbeza semasa ditemubual wartawan New York Times minggu ini!

Maka, ianya adalah berbaloi untuk menunjukkan bahawa Jho Low sememangnya mempunyai hubungkait dengan Aabar Investment.

Suatu ketika dahulu Sarawak Report telah mendedahkan bagaimana Jho Low mengheret masuk 1MDB sebagai pembiaya yang dijanjikan untuk bidaannya membeli kumpulan hotel Claridge di London pada harga lebih satu billion dollar. 1MDB juga telah melaburkan puluhan juta euro dalam pembelian hutang dalam suatu gerakan untuk menaikkan kedudukan Jho Low dalam peperangan bidaan.

Namun Jho Low juga dibiayai, menurut keputusan perbicaraan ke atas perkara itu oleh hakim British, Hakim David Richards, oleh Aabar Investments, yang bertindak selaku rakan niaganya dalam urusniaga bersama 1MDB.

Hakim David Richards beberapa kali merujuk kepada bidaan bersama dalam kalangan Jho Low dan Aabar dalam bidaan pembelian kumpulan hotel Claridge di London

Hakim David Richards beberapa kali merujuk kepada bidaan bersama dalam kalangan Jho Low dan Aabar dalam bidaan pembelian kumpulan hotel Claridge di London

Hubungan itu telah dijelaskan oleh Jho Low sendiri dalam kenyataannya sebagai maklum balas kepada pendedahan Sarawak Report bahawa dia terbabit dalam cubaan mendapatkan pembelian yang disokong menggunakan dana 1MDB.

Fakta-fakta ini, jelas menunjukkan tertubuhnya hubungan antara pembiaya Red Granite dan rakan Riza Aziz, Jho Low.

Jho Low dipercayai telah membiayai banyak majlis keramaian di Las Vegas untuk kenalan-kenalan RGP, termasuk para pelakon Wolf Of Wall Street, Leonardo di Caprio.
Ia juga mengesahkan hubungan antara sumber kewangan RGP dan bapa tiri Riza dalam 1MDB.

Penafian-penafian sebelum ini oleh RGP kini boleh dinilai semula dan tidak hairanlah ancaman-ancaman saman menerusi dua pucuk surat guaman kepada Sarawak Report tidak menjadi kenyataan.

Dengan sifat hubungan-hubungan ini, penjelasan yang penuh berkenaan butir-butir urusniaga Riza Aziz dengan Encik Al-Husseiny kini diperlukan demi kepentingan orang awam di Malaysia, yang menyumbang pada dana 1MDB.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments