Syarikat-Syarikat Asing Diberi Amaran Berkenaan Impot Yang Datang Dari Kumpulan Roundtree Milik KTS

Para pemilik tanah asal tiba di hutan mereka hanya untuk mendapati bahawa kayu mereka telah habis dicuri

Para pemilik tanah asal tiba di hutan mereka hanya untuk mendapati bahawa kayu mereka telah habis dicuri

Sekumpulan syarikat-syarikat luar negara, yang kebanyakannya telah memberitahu para pelanggan mereka bahawa hasil perkayuan adalah ‘berterusan’ telah, pada hari ini, diberi amaran bahawa dakwaan-dakwaan itu sukar disahkan benar dan bahawa pembekal mereka Kumpulan Syarikat Roundtree milik KTS kini dikaitkan dengan banyak aduan berkenaan pembalakan haram di Sarawak.

Sarawak Report telah mendapatkan salinan-salinan beberapa laporan polis yang telah dibuat terhadap syarikat Isotimber Sd Bhd yang dikaitkan dengan KTS.
Isotimber telah menebang dan mencuri kayu balak atas tanah orang asal berhampiran daerah Julau, Sarawak, tanpa kebenaran secara sah.

Dalam masa yang sama juga, Sarawak Report telah mendapatkan sebuah perjanjian rahsia yang dimeterai antara syarikat Isotimber Sdn Bhd dengan dua orang penduduk kampung, yang telah melepaskan hasil dari tanah NCR di Julau bagi tujuan pembalakan, termasuk sebuah peta kawasan yang menunjukkan kawasan yang ditebang oleh Isotimber.

Laporan itu mengatakan bahawa Thomas dan orang-orang kampung yang lain termasuk seorang Tuai Rumah (Ketua Rumah Panjang) dari wilayah itu telah pergi ke kawasan Sungai Kemuing, Ulu Lijan di daerah Julau pada 30hb Januari 2014 lalu dan mendapati bahawa hutan milik mereka dari Sungai Sebuluh, Sungai Sebo, Sungtai Sebayak dan Sungan Sekerangan telah ditebang dan dicuri oleh syarikat Isotimber.

Ditebang secara haram dari kawasan itu – Dilonggokkan oleh Isotimber

Ditebang secara haram dari kawasan itu – Dilonggokkan oleh Isotimber

Laporan itu seterusnya mengatakan bahawa 40,000 batang kayu balak telah dilonggokkan di sebuah kawasan dan bahawa terdapat sebuah perjanjian termetrai antara Isotimber dengan dua orang penduduk tempatan bernama Kasi Anak Janda dan saudaranya, Bartholomew Busah Anak Janda, tanpa sebarang kebenaran daripada orang-orang tempatan.

Orang-orang kampung menuntut pembalakan haram dihentikan dan bayaran pampasan daripada Isotimber

Orang-orang kampung menuntut pembalakan haram dihentikan dan bayaran pampasan daripada Isotimber

Setelah persengketaan berlaku antara para pemilik tanah dan seorang wakil syarikat baharulah para penduduk kampung mengetahui kewujudan perjanjian itu. Siasatan Sarawak Report mendapati bahawa Bartholomew Busah Anak Janda adalah seorang Penyelia di Jabatan Hutan Sarawak. Saudaranya pula, menurut orang tempatan, Kasi Anak Janda adalah seorang guru dari kawasan itu.

Terdapat satu masalah utama berkenaa komitmen-komitmen di atas, menurut pemimpin-pemimpin tempatan, di mana dua orang individu itu tidak ada kuasa untuk meluluskannya.

Laporan polis seterusnya telah dibuat pada 11hb April 2014 lalu, menjelaskan secara terperinci bagaimana orang-orang kampung telah mendapati pokok-pokok dari hutan mereka telah ditebang secara terburu-buru dan dilarikan oleh Isotimber.

Laporan itu mengatakan bahawa sejumlah 568 batang kayu balak ditinggalkan di kawasan itu namun orang-orang tempatan tidak pasti berapa banyak lagi kayu balak yang telah dicuri.

Pencarian syarikat bagi Isotimber mendapati bahawa ianya di bawah kepengarahan John Lau Hui Siew, seorang ahli keluarga KTS yang juga selaku pengarah dan pemegang saham-saham dalam pelbagai syarikat KTS.
KTS adalah salah sebuah syarikat kroni pembalakan di Sarawak dan juga pengekspot utama hasil kayu antarabangsa dari negeri itu.

Di bawah arahan John Lau – ahli keluarga KTS

Di bawah arahan John Lau – ahli keluarga KTS

Pemegang utama saham dalam Isotimber adalah sebuah syarikat bernama Roundtree Group Sdn Bhd.

Roundtree Group telah mempromosikan diri mereka menerusi laman web mereka sebagai peneraju perindustrian perkayuan Sarawak termasuk perniagaan dalam lapangan penebangan, kilang kayu, papanlapis, perladangan, dan perkapalan dengan jumlah pekerja seramai 10,000 orang.

Pemegang saham utama – Roundtree Timber

Pemegang saham utama – Roundtree Timber

Roundtree telah diheret ke mahkamah di Sarawak kerana dituduh melakukan jenayah menebang dan mencuri kayu balak dari hutan milik orang tempatan.

Syarikat Roundtree Timber – milik keluarga KTS

Syarikat Roundtree Timber – milik keluarga KTS

Sebagai contoh, pada awal 2006 yang lalu, para penduduk dari Sebangan, mendapati bahawa syarikat Roundtree Timber telah membina landasan lokomotif merentasi tanah-tanah NCR mereka dan menyebabkan kerosakan pada alam sekitar yang serius dan kehilangan pokok-pokok kayu balak dan dalam tahun 2011, penduduk-penduduk asal dari Sri Aman telah mengheret Roundtree Timber ke mahkamah kerana menceroboh tanah-tanah NCR mereka dan memenangi kes mereka.

Menurut laman web mereka pengarah Roundtree Group adalah ahli-ahli keluarga KTS: John Lau Hui Siew, Peter Lau Hui Sing dan Robert Lau Hui Yew.
Menurut hasil siasatan ke atas syarikat itu keluarga KTS juga memiliki banyak saham Roundtree Group menerusi beberapa jaringan syarikat mereka {Vasty Development, Lagi Duta, United Greenview dan Ritz Heights Development.)

Ini merupakan amalan biasa bagi taiko-taiko pembalakan Sarawak yang suka menyembunyikan pegangan saham-sahama mereka dalam pelbagai syarikat cengkerang.

Roundtree mendakwa bahawa produk mereka dipasarkan di lebih 30 negara termasuk pasaran maju seperti Jepun, Amerika dan negara-negara Eropah, China, India dan negara-negara di rantau Asia. Siasatan bebas oleh Sarawak Report mendapati produk kayu Roundtree Group juga turut dipasarkan ke Australia, Kanada dan juga Amerika Syarikat.

Di Australia, Roundtree Group mempunyai syarikatnya sendiri untuk mengimpot kayu yang bernama RT Group Timber Australia. Laman web mereka mendakwa bahawa bahawa mereka “menyokong kebeterusan” dan bahawa “tujuan utama mereka adalah untuk membekalkan hasil kayu yang berkualiti, terus dari kilang induk mereka Roundtree Timber”.

Kayu yang mereka jenamakan sendiri dan juga oleh Kerajaan Malaysia

Kayu yang mereka jenamakan sendiri dan juga oleh Kerajaan Malaysia

Pencarian syarikat untuk RT Group Australia Pty Ltd membawa kami ke sebuah syarikat yang didaftarkan di Aras 1, 33 Queen Victoria Street, Freemantle, West Australia 6160 dengan ibu pejabat perniagaan mereka di 4 Eliot Road, Armadale West Australia 6112.

Para pengarah dan pemegang saham syarikat itu adalah King Siew Ting (yang juga selaku pengarah dalam Roundtree Group) dan Weng Hoe Nicholas Cheang. John Lau Hui Siew telah disenaraikan sebagai bekas pengarah dan pemegang saham bersama dua lagi Lau bersaudara yang juga turut disenaraikan sebagai bekas pengarah.

Hasil kayu Malaysia berakhir di alamat Roundtree – 4 Eliot Road, Armadale, WA

Hasil kayu Malaysia berakhir di alamat Roundtree – 4 Eliot Road, Armadale, WA

Sarawak Report juga mendapat sebuah lagi syarikat milik Roundtree (iaitu, Roundtree Timber dan Lattice Pty Ltd) di Australia yang telah didaftarkan dan beroperasi dari alamat yang sama.

Para pengarah mereka termasuk King Siew Ting dan pemegang-pemegang saham dalam Roundtree seperti Juliet Chuih-Tiek Lau, Ken Kai Chui Ting dan juga Ting & Lau Property Pty Ltd. Para pemegang saham dalam Ting & Lau Property adalah pengarah Roundtree King Siew Ting dan Lau bersaudara dalam KTS.

Siasatan oleh Sarawak Report mendedahkan bahawa Roundtree Timber dan Lattice Pty Ltd mengedarkan hasil kayu kepada syarikat-syarikat seperti Sekit International dan juga kepada Lattice Makers Victoria.

Di Kanada, syarikat PH Venture Inc merupakan landasan perniagaan yang mengimpot kayu dari syarikat-syarikat seperti Roundtree Timber Sdn Bhd dan Perfect Trans Sdn Bhd dari Malaysia dan juga Woodywood Industries, yang memliki kilang yang beroperasi di Paramaribo di Suriname, Amerika Selatan.

Menurut laman web mereka PH Venture mengimpot spesis kayu seperti Meranti, Kapur, Keruing, Alam Batu dan Kayu getah dengan isipadu pembalakan sebanyak 500,000 ke 650,000 meterpadu setahun daripada Roundtree Timber dan kayu Rengas, Nyatoh, Sepetir, Kapur, Keruing, Alam batu dan Meranti dari Perfect Trans Plywood di Malaysia.
Dari kilangnya di Suriname, keluaran tahunan mereka mencecah 120,000 meterpadu kayu Bergi Gronfolo, Belletri, Ingi merah dan kuning, Kimboto, Kwatagrtu dan sedikit Greenheart dan juga Purpleheart.

Woodywood Industries N.V didapati mengangkut kayu mereka ke Amerika menerusi syarikat-syarikat dari China (Tian Yang International Investment) dan Singapura (Dowlet Trading Enterprise Pte Ltd).

Screen Shot 2014-07-29 at 14.08.20Screen Shot 2014-07-29 at 13.06.52 Di Amerika Syarikat, kami mendapati beberapa buah syarikat mengimpot hasil kayu terus dari Roundtree Timber di Sarawak.

Wood Brokerage International memuji diri mereka sebagai mengamalkan pembalakan berterusan dan menawarkan produk-produk berasaskan kayu dipersijilkan FSC namun rekod-rekod perkapalan mereka hanya menunjukkan bahawa mereka mengimpot kayu daripada keluarga KTS dalam bulan Julai 2014.

Screen Shot 2014-07-29 at 15.08.30

Bukti pada dokumen Bill & lding di Amerika menunjukkan bahawa Wood Brokerage International membeli hasil kayu daripada Roundtree Timber dalam tahun 2014

Bukti dari Pacific Alaska Timber – mengimpot kayu dari Sarawak dalam bulan Mei 2014

Bukti dari Pacific Alaska Timber – mengimpot kayu dari Sarawak dalam bulan Mei 2014

Rekod-rekod perkapalan menunjukkan bahawa Roundtree Timber telah mengekspot hasil kayu kepada Galleher Lumber Co di California dalam bulan Mac 2014.

Laman web Gallegher Lumber Co. mendakwa diri mereka sebagai pelopor pembuatan dan pengedaran bahagian asas kayu untuk trak-trak di barat.

Sebuah lagi syarikat Amerika Syarikat yang mengimpot hasil kayu daripada keluarga KTS adalah Pacific Alaska Lumber dan dalam 2009 Rockland Flooring juga mengimpot hasil kayu dari Roundtree Timber.

Kroni-kroni Taib – Taib Mahmud bersama keluarga KTS

Kroni-kroni Taib – Taib Mahmud bersama keluarga KTS

Maka, mengapakah syarikat-syarikat antarabangsa harus bersikap berhati-hati dengan keluarga KTS?
Sarawak Report boleh meyakinkan para pelanggan antarabangsa bahawa ini bukannya perkara yang baru melaporkan bahawa keluarga Lau itu sememangnya rakus dalam perniagaan hasil kayu mereka, dan mereka telah diheret ke mahkamah beberapa kali kerana menebang kayu balak di tanah-tanah NCR dan melanggar hak-hak orang asal Sarawak.

Menurut laporan-laporan alam sekitar, KTS telah melabur dalam projek-projek perkayuan di wilayah-wilayah Yunnan dan Sichuan di China dan juga di Lembah Amazon di Brazil.

Syarikat-syarikat asing yang cuba meyakinkan para pelanggan mereka bahawa hasil kayu dari KTS dijamin bersifat keberterusan dan mesra alam harus diberi amaran bahawa mereka menghadapi bahaya untuk didedahkan kerana membuat dakwaan-dakwaan palsu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments