Pembalak Haram Di Baram Didapati Mencuri Kayu Tapang Dalam Rundingan Dengan Taib EKSKLUSIF

Kayu pokok tapang ditebang secara haram oleh MM Golden di kawasan Baram awal tahun ini

Kayu pokok tapang ditebang secara haram oleh MM Golden di kawasan Baram awal tahun ini

Bersempena penentangan kumpulan-kumpulan NGO di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini berhubungan tindakan bersenjata Kerajaan Sarawak ke atas penunjuk perasaan yang dianjurkan secara aman di Baram, Sarawak Report boleh mendedahkan bahawa pasukan polis yang memusnahkan penghadang jalan itu turut disokong oleh para pembalak haram.

Seramai 50 orang anggota polis telah memilih untuk bertindak pada masa paling tidak sensitif, iaitu menjelang ulangtahun pertama terbinanya penghadangan jalan bagi menentang projek Empangan Baram.

Penghadang jalanan itu telah didirikan oleh orang kaum asal bagi mengelakkan pengapungan tanah pusaka mereka dan untuk menghalang bermulanya pembinaan sebuah projek gergasi yang belum sah.

Pasukan polis itu dibantu oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Hutan dan juga segerombolan pembalak, yang diupah oleh syarikat MM Golden Sdn Bhd, yang mendakwa mereka diberikan hak untuk menebang di kawasan NCR milik kaum orang asal.

Berkumpul semula – para pengendali penghadang jalan selepas mereka diserang semalam

Berkumpul semula – para pengendali penghadang jalan selepas mereka diserang semalam

Namun, kaum orang asal, yang telah membantah lesen pembalakan itu, kini telah memberikan penjelasan dan bukti kepada Sarawak Report bahawa MM Golden telah menceroboh ke kawasan milik mereka untuk menebang pokok Tapang, yang telah ditebang secara haram sejak beberapa bulan yang lalu.

Gambar-gambar foto yang diambil oleh penduduk tempatan bulan Mei lalu merakamkan sekumpulan jentolak dan jengkaut milik syarikat itu memusnahkan hutan mereka dan khasnya mencuri pokok Tapang yang paling berharga dari kawasan itu.

Dan ini bermakna bahawa pihak polis dan penguatkuasa yang lain telah didapati menggunakan khidmat pembalak haram untuk menentang kaum orang asal.

Pendedahan itu telah memperolokkan dakwaan ketua menteri Sarawak yang baru bahawa dia pernah dirakamkan merancang untuk menghentikan pembalakan haram di Sarawak, sedangkan Jabatan Hutan pula didapati menggunakan syarikat itu untuk menentang kaum orang asal yang mempertahankan tanah pusaka mereka.

Himpunan kayu balak jenis Tapang yang ditebang secara haram, yang ditemui oleh kaum orang asal yang ditebang oleh MM Golden

Himpunan kayu balak jenis Tapang yang ditebang secara haram, yang ditemui oleh kaum orang asal yang ditebang oleh MM Golden

Dan satu lagi rahsia yang terbongkar dari angkara bulan Mei itu, di mana syarikat MM Golden telah memeterai perjanjian untuk membina jalan pembinaan untuk memulakan projek yang tidak sah dengan Sarawak Energy, sebagai sebahagian dari lesen pembalakan yang telah berjaya mereka bida itu.

Penemuan bahawa lesen pembalakan MM Golden yang merangkumi tugasan untuk membersihkan laluan haram ke tapak Empangan Baram itu telah mendedahkan bahawa Kerajaan Sarawak telah membongkar agenda rahsia membenarkan syarikat pembalakan memasuki secara haram kawasan tradisi milik kaum orang asal.

Mendirikan penghadang jalan dan mengusir pembalak haram. Kesungguhan orang asal mengusir keluar jentolak pada bulan Mei lalu

Mendirikan penghadang jalan dan mengusir pembalak haram. Kesungguhan orang asal mengusir keluar jentolak pada bulan Mei lalu

Peristiwa ini mendedahkan bagaimana Taib Mahmud dan Sarawak Energy telah menggunakan paksaan untuk memasukkan pembangunan yang penuh kontrovesi, walaupun projek impian bekas ketua menteri itu belum mendapat restu dan kebenaran.

Menurut penjelasan Presiden JAOS Thomas Jalong bersempena hari ke-365 pada hari ini berkenaan terdirinya Penghadang Baram, asas-asas berperundangan untuk empangan itu masih tidak diperolehi.

Maka, adalah tidak sah bagi pihak kerajaan dan juga Sarawak Energy untuk memulakan sebarang kerja membersihkan kawasan tradisi milik kaum orang asal itu.

Penggunaan kekasaran dalam urusniaga pembalakan di Sarawak di kawasan kaum orang asal sudah banyak didokumentasikan, seperti yang dijalankan oleh MM Golden pada lesen pembalakan yang meragukan, yang dicela oleh kumpulan NGO Switzerland, BMF sebagai tidak berperikemanusiaan.

Namun, cubaan untuk membersihkan hutan di Baram sebelum empangan itu mendapat sebarang kebenaran untuk diteruskan dan di samping mendapat penentangan dari pihak pembangkang, dilihat sebagai petunjuk baru, walaupun kepada Gabenor Taib Mahmud, yang telah lama bertindak pada kepercayaan bahawa dia berada di atas undang-undang.

Diusir keluar – kaum orang asal memaksa pengusiran jentolak dari kawasan mereka – kini mereka cuba menggunakan polis untuk melepasi penghadang yang didirikan

Diusir keluar – kaum orang asal memaksa pengusiran jentolak dari kawasan mereka – kini mereka cuba menggunakan polis untuk melepasi penghadang yang didirikan

Kaum orang asal itu telah bertindak cepat untuk mendirikan semula penghadang mereka dan mengisytiharkannya bersempena ulangtahun penghadang yang terdahulu itu.

Namun, mereka telah dipaksa secara perundangan untuk mempertahankan lesen pembalakan, yang telah dikeluarkan atas tanah NCR tanpa sebarang notis atau kebenaran dari bekas Ketua Menteri yang juga selaku Menteri Perancangan, Taib Mahmud.

Kaum orang asal menyaman kerajaan negeri Sarawak pimpinan Taib kerana meluluskan lesen pembalakan kepada MM Golden

Kaum orang asal menyaman kerajaan negeri Sarawak pimpinan Taib kerana meluluskan lesen pembalakan kepada MM Golden

Beratus buah lesen pembalakan yang serupa kini telah dikemukakan ke mahkamah di Sarawak, kerana berkenaan statut yang diluluskan oleh Taib, yang kebanyakannya didapati salah di sisi undang-undang seperti ditemui oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan.

Walaupun telah banyak kali ditentang di mahkamah, kerajaan negeri masih enggan meminda statut haram yang dibuat oleh Taib Mahmud!

Dan, lesen kepada MM Golden, yang telah diumumkan tanpa mendapat kebenaran orang kaum asal (sebagaimana dituntut oleh undang-undang) sebaik selepas pilihanraya bulan Julai 2013 lalu, adalah suatu contoh yang baik berkenaan sikap tidak berperundangan itu.

Taib telah mengisytiharkan lesen ke atas tanah tradisi itu tanpa sebarang amaran atau kebenaran, menunjukkan bahawa undang-undang yang diluluskan itu tidah sah.

Sebuah kes mahkamah kini telah difailkan oleh kaum orang asal yang sudah terjejas bagi menentang Kerajaan Negeri dan juga Taib kerana melanggar hak ke atas tanah NCR dengan cara merampas tanah mereka tanpa sebarang notis atau bayaran pampasan.

Berjuang untuk tanah tradisi peninggalan nenek moyang mereka – orang asal Baram kini merasakan mereka sudah putus harapan

Berjuang untuk tanah tradisi peninggalan nenek moyang mereka – orang asal Baram kini merasakan mereka sudah putus harapan

Maka siapakah yang betul?

Adakah kaum orang asal yang mempertahankan tanah tradisi yang sah mereka atau pihak polis dan Jabatan Hutan, yang menggunakan khidmat pembalak haram untuk menyerang khemah yang didirikan secara aman itu?

Dan, adakah urusniaga rahsia dengan syarikat pembalakan untuk membina jalan projek empangan di bawah penyamaran untuk membina laluan pembalakan sebagai mempersembahkan negeri Sarawak sebuah negeri yang berdemokrasi yang sebenarnya.

Penggunaan kekasaran ke atas kaum orang asal di Baram pada hari yang sensitif itu telah menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa ketua menteri Sarawak yang baharu itu sebenarnya sebuah boneka, yang meneruskan dasar-dasar haram Gabenor Taib Mahmud.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments