Radio Free Sarawak Memenangi Anugerah Kebebasan Australia Paling Berprestij

Mempersembahkan isu-isu di Sarawak kepada ahli-ahli jawatankuasa anugerah di universiti berkenaan

Mempersembahkan isu-isu di Sarawak kepada ahli-ahli jawatankuasa anugerah di universiti berkenaan

Radio Free Sarawak, pada hari Selasa lalu, telah diberikan penghormatan oleh Universiti Queensland di Australia sebagai pemenang Anugerah Komunikasi Untuk Perubahan Sosial 2014.

Hanya satu sahaja organisasi pemenang yang diberikan penghormatan berhubung komunikasi ini setiap tahun dan pasukan media bebas RFS merasa amat gembira untuk menyambutnya berteraskan kekuatan projek-projeknya, yang selama ini berperanan memperhebatkan komunikasi untuk masyarakatnya dari seluruh dunia.

Pemenang bagi kategori individu pula adalah wartawan fotografi yang juga pelarian Afghanistan Barat Ali Batoor, yang telah mendokumentasikan perjalanan seramnya mencari perlindungan suaka dengan merentasi Malaysia dan Indonesia untuk sampai ke Australia.

Dengan menjelaskan mengenai peranan RFS, Pusat Komunikasi Untuk Perubahan Sosial dari unversiti itu berkata:
Radio Free Sarawak (RFS) menggunakan gabungan ICT dan teknologi gelombang pendek untuk membawa pandangan kritikal media ke kawasan-kawasan paling sukar di Barat Malaysia iaitu di negeri Sarawak, dan juga membolehkan komuniti kaum-kaum asalnya menggunakan kemudahan panggilan telefon, untuk menyampaikan maklumat, dan mendidik komuniti-komuniti ini berkenaan hak-hak kemanusiaan mereka dan juga hak-hak menggunakan media.

Dirakamkan dalam TV oleh para pelajar kewartawanan Pusat itu

Dirakamkan dalam TV oleh para pelajar kewartawanan Pusat itu

Pengasas RFS, Clare Rewcastle Brown dan juruhebah utamanya Peter John Jaban (yang dikenali dengan jolokan Papa Orang Utan di kalangan pendengarnya) telah dijemput ke Brisbane untuk menerima anugerah itu dan bertemu dengan para pemimpin akademik di universiti berkenaan, termasuk Professor Pradip Thomas, yang merasmikan acara itu.

Wang hadiah itu akan digunakan untuk membiaya pembekalan set-set radio untuk diedarkan ke kawasan-kawasan terpencil di Sarawak.

Semasa bercakap di majlis itu Peter John Jaban menceritakan bagaimana keluarganya dan juga komuniti kaum Dayak telah dipaksa menyaksikan tanah-tanah pusaka dan kehidupan mereka dirampas sejak beberapa dekad yang lalu tanpa sebarang konsultasi yang sempurna sebelumnya.

Dia menjelaskan bahawa telah menggunakan nama orang utan, kerana menurutnya, seperti haiwan itu, dia sendiri dan juga kaumnya merasakan diri mereka sebagai spesis yang semakin terjejas.

Clare Rewcastle turut menunjukkan bahawa anugerah itu diketahuinya selang beberapa hari selepas blognya Sarawak Report mendedahkan seorang personality utama di sebalik usaha mengganggu siaran RFS tanpa henti, yang telah menyebabkan kemarahan di kalangan para pendengarnya, yang telah mengadu mereka semakin sukar mendengar siaran radionya selama beberapa minggu.

Didedahkan – RFS menghadapi gangguan gelombang siaran, yang diusahakan oleh pakar penyiaran barat seperti Ludo Maes dari negara Belgium

Didedahkan – RFS menghadapi gangguan gelombang siaran, yang diusahakan oleh pakar penyiaran barat seperti Ludo Maes dari negara Belgium

Sarawak Report telah bersemuka dengan penjual alat telekomunikasi dan siaran radio Ludo Maes di Brussels sebelum mereka bertolak ke Brisbane dengan membawa bersama mereka bukti-bukti yang dikaitkan dengan usaha mengganggu siaran dari stesyen mereka.

Semasa bermesyuarat dengan Ludo Maes, dia telah dirakam bersetuju menjual peralatan untuk mengganggu siaran pihak pesaing, yang kononnya dari sebuah negara di Afrika, setelah diberitahu bahawa seorang klien warga Afrika bertindak bagi pihak kerajaan memerintah di sana, ingin mendatangkan gangguan siaran radio pada sebuah stesen radio milik pro-pembangkang.

Ludo telah mengatakan bahawa amalan mendatangkan gangguan itu adalah salah di sisi undang-undang penyiaran, tetapi kemudiannya bersedia menawarkan peralatan itu (jika dibayar wang pendahuluan) dan “membantu mengendalikan projek” untuk mempastikan keberkesanannya seperti yang dikehendaki.

Pasukan Radio Free Sarawak telah menjelaskan bahawa mereka akan menentangnya balik dengan apa jua cara sekalipun terhadap usaha mengganggu siaran mereka itu, kerana bagi mereka, hak menerima maklumat alternative komuniti kaum asal di Sarawak harus diikhtiraf untuk mengetahui propaganda serta muslihat kerajaan dan sebagai landasan untuk mereka mengemukakan rintihan mereka.

Clare Rewcastle menyampaikan kesyukurannya pada pihak Universiti bagi pengikhtirafan mereka itu, bukan sekadar kerana penghormatan itu, tetapi pada kepercayaan dari institusi-institusi antarabangsa yang telah memberikan sokongan mereka untuk menghadapi penindasan dari Taib Mahmud dan juga ahli-ahli politik di Sarawak.

“Kami menghadapi penentangan hebat dari menteri-menteri BN dan juga dari Taib sendiri. Dia menamakan kami sebagai ‘Stesen Radio Yang Jahat’ dan kami telah sering dituduh meracuni dan mengelirukan minda kaum Dayak ‘yang ringkas’. Kami telah dituduh menghasut dan menjejaskan keharmonian antara agama dan kaum – semua ini boleh diterjemahkan pada suatu jenayah di Malaysia, di mana serangan ini dilancarkan dengan hebat terhadap rakyat pro-demokrasi setelah pihak pembangkang memenangi undi majoriti (jika tidak kerusi) pada pilihanraya lepas.
Kami sering menghadapi serangan gangguan siaran bertubi-tubi yang kami percaya amat mahal dilaksanakan.
Saya sendiri telah dituduh secara peribadi di dewan Parlimen Sarawak oleh Ketua Menterinya kerana kononnya saya mendalangi amalan di neo-kolonialisme untuk merampas hasil minyak Sarawak untuk saya sendiri – bukan menggunakan kapal peran, kali ini, tapi nampaknya menggunakan siaran gelombang pendek selama dua jam sehari.
Yang menyedihkan saya dihalang berkunjung ke negeri Sarawak itu, sebuah tempat kelahiran saya dahulu.”

Anugerah itu diumumkan hamper serentak dengan Anugerah Pelopor Kebebasan Kewartawanan 2013 Institusi Kewartawanan Antarabangsa dan beberapa minggu yang lalu Pengacara Peter John Jaban telah menerima pengikhtirafan daripada NGO Wartawan Tanpa Sempadan yang beribupejabat di Perancis sebagai salah seorang dari 100 Wira Wartawan Kebebasan dunia.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments