Temubual Anwar Ibrahim Dengan Adam Boulton Dari Sky TV

Screen Shot 2014-10-22 at 12.42.00

Sarawak Report kini telah berjaya mendapatkan sesalinan temubual perdana minggu lepas antara Anwar Ibrahim dengan Adam Boulton dari Sky TV.

Temubual itu telah diterbit di saluran televisyen Sky News Tonight, sebuah saluran berita luar negara pada jam 8:30 malam Khamis 16 Oktober, semasa kunjungan ringkas ketua pembangkang itu ke London. Malangnya Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan dan menolak tawaran-tawaran untuk ditemubual lain, termasuk BBC apabila dia dikehendaki balik semula ke Malaysia dengan notis yang singkat.

Telah diketahui kini bahawa Mahkamah Persekutuan yang mendengar perbicaraan kes liwatnya akan dijalankan pada 28 Oktober ini. Pada mulanya Anwar telah didapati tidak bersalah berikutan perbicaraan di Mahkamah Tinggi, yang mendapati bahawa tidak terdapat sebarang bukti kukuh untuk mensabitkan ketua pembangkang itu.

Namun dalam gerakan yang mengejutkan, sebaik sahaja selepas pakatan pembangkang didapati menang majoriti undi popular, pihak pendakwaraya telah mengemukakan rayuan ke atas akuitalnya.

Mahkamah Rayuan telah mengatasi keputusan Mahkamah Tinggi dalam masa perbicaraan yang singkat selama setengah jam, dengan mengarahkan ketua pembangkang itu dipenjara selama 5 tahun. Seterusnya Anwar telah merayu pada keputusan itu kepada pihak arbiter terakhir, iaitu Mahkamah Tinggi.

Dalam pada itu, pihak pendakwaraya juga merayu pada Mahkamah Persekutuan berdasarkan alasan bahawa tempoh penjara itu tidak panjang!

Sifat homofobik pendakwaan ini dan juga motivasi berpolitik yang begitu jelas di sebalik perbicaraan ini telah membangkitkan persoalan dari kalangan komuniti antarabangsa dan seterusnya mencemarkan nama baik Malaysia yang sering mendakwa dirinya sebagai sebuah negara Islam yang sederhana dan liberal.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments