Wargana Consortium Akan “Terus Membantu” Orang-Orang Di Belaga – Billy Abit Joo

Cek-cek dan janji-janji sebelum pilihanraya untuk orang-orang di Bakun – Adakah mereka akan melihat wang tunai sebenarnya?

Cek-cek dan janji-janji sebelum pilihanraya untuk orang-orang di Bakun – Adakah mereka akan melihat wang tunai sebenarnya?

Setelah lebih 15 tahun janji tidak ditunaikan, kenyataan oleh wakil-wakil rakyat di Belaga pada minggu ini jelas menunjukkan bahawa mereka masih menganggap orang-orang kaum asal itu tetap bodoh
Dalam suatu ucapannya yang mencarut Wakil Rakyat tempatan, Liwan Lagang, telah mengumumkan bahawa berkenaan janji untuk menunaikan pampasan kepada pemilik-pemilik tanah, yang telah dipaksa berpindah meninggalkan tanah-tanah mereka 20 tahun yang lalu, dia berkata “akan meneruskan tuntutan bagi pihak orang aasal”!

Malah dia berkata dia telah membawa perkara itu ke pengetahuan Perdana Menteri Najib Razak dan juga bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Bukankah kedua-dua orang itu yang telah sekata menjanjikan sebelum PRU 2011 lalu bahawa pampasan yang telah dijanji satu dekad yang lalu akan ditunaikan dengan segera?

Sememangnya ya. Namun kini Liwan telah memberikan isyarat yang aneh bahawa terdapat kesulitan yang timbul, yang membawa makna bahawa isu pembayara pampasan itu sukar diselesaikan … Sungguh mengejutkan.

Bekas MP Billy Abit Joo masih merupakan seorang Pengerusi dalam syarikat Wargana Consortium, sebuah pertubuhan koperasi yang seharusnya “membantu mayarakat tempatan mencari ‘pekerjaan’”

Bekas MP Billy Abit Joo masih merupakan seorang Pengerusi dalam syarikat Wargana Consortium, sebuah pertubuhan koperasi yang seharusnya “membantu mayarakat tempatan mencari ‘pekerjaan’”

Semasa mencarut Liwan mengataakan masalah itu terletaak pada sesuatu yang berkaitan dengan “royalti” berkenaan “kerajaan dengan kerajaan” dan sebaliknya kemungkinan “pembayaran ex-gratia” harus diterokai.

Liwan mengatakan bahawa dia akan berbincang mengenai perkara ini dengan Ketua Menteri yang baru Adenan Satem, ipar Taib sendiri.

Orang-orang Belaga kini tahu bahawa jika adapun sebarang jumlah peruntukan ianya akan diragut oleh kroni-kroni politik BN.

Lihatlah penulis ucapan kepada Liwan, sebagai contoh, bekas seorang MP, Billy Abit Joo. Billy adalah Pengerusi dalam Wargana Consortium, yang kononnya sebuah pertubuhan koperasi yang dikawalnya semasa dia masih sebagai MP di kawasan itu.

Wargana seharusnya membersihkan tasik Bakun dari sampah … namun ianya sentiasa bersembunyi di semak di tepi sungai

Wargana seharusnya membersihkan tasik Bakun dari sampah … namun ianya sentiasa bersembunyi di semak di tepi sungai

Billy juga merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat persendirian yang dibiayai menggunakan dana awam, yang telah diberikan jutaan ringgit untuk melakukan kerja pembersihan sampah di tasik Bakun.

Sarawak Report pernah mendedahkan skandal ini dalam tahun 2012, dengan menunjukkan bahawa Billy telah mengakui bahawa dia “membantu orang-orang asal” menerusi “koperasi” ini, namun sebenarnya dia membantu diri sendiri … untuk mendapatkan jutaan ringgit. Namun sekali lagi Billy telah membuat pengakuan yang sama pada minggu lepas sebagaimana dilaporkan oleh Borneo Post.

Sepertimana dilaporkan Sarawak Report dalam tahun 2012, perbualan mengenai Wargana yang bertindak sebagai ‘koperasi kaum asal’ dan orang-orang tempatan sebagai penerima ‘saham-saham’ dan juga ‘kerja-kerja hanyalah merupakan samara pada keuntungan besar untuk Billy dan bos politiknya James Masing, di mana setiap seorang dari mereka memegang saham sebanyak 25,000 unit dalam syarikat itu (Masing, menerusi bapa mertuanya).

Dari sebuah konsortium yang terdiri dari 3 buah syarikat persendirian dan 300,000 saham hanya 25 saham telah diberikan kepada ‘orang tempatan’, khasnya kepada 25 orang ketua kaum, yang menerima satu saham seorang daripada syarikat Sinaran Bakun (M) Sdn Bhd, yang memiliki sepertiga dari konsortium itu.

Para pengarah yang mengawal syarikat itu adalah Billy dan bapa mertua Masing, bersama seorang peniaga yang memegang saham selebihnya, David Wong.

Secara kebetulan, walaupun Sinaran Bakun (M) adalah syarikat berstatus Berhad, ianya tidak disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia. Dan para pengarahnya adalah, sekali lagi, Billy dan bapa mertua Masing, yang mendapat dua saham seorang, berbanding satu saham setiap seorang ketua kaum.

Pada awalnya kesemua ketua kaum akan menerima dividen-dividen bagi pihak rumah panjang mereka. Namun para pengarah syarikat masih belum lagi melaksanakan tugas itu.

Wargana telah ditubuhkan dalam tahun 2005, sebelum empangan Bakun disiapkan, dengan Billy Abit sudahpun menjadi pengarahnya. Syarikat itu telah mendapat beberapa lesen pembalakan – tahukah orang-orang asal sesuatu mengenai saham-saham ini dan adakah mereka dapat menikmati keuntungan itu? Jawapannya, sudah tentu tidak.

Lesen-lesen pembalakan Wargana – MP Billy Abit Joo telah menjadi pengarah sejak 2005

Lesen-lesen pembalakan Wargana – MP Billy Abit Joo telah menjadi pengarah sejak 2005

Bagaimanakah cara Wargana dan Pengerusi politiknya Billy Abit Joo “membantu” orang-orang asal itu? Jika tiada dividen dikeluarkan, mungkinkah ada pekerjaan untuk orang asal itu?

Sebuah kontrak bernilai RM9 juta daripada Sarawak Hydro telah dikeluarkan bagi mebayar kerja-kerja pembersihan tasik itu sejak 2010. Namun tiada sebarang kerja pembersihan dijalankan, sebagaimana didakwa oleh seorang kaum asal.

Namun, longgokan-longgokan berbahaya sampah di sekitar tasik Bakun, belum lagi dibersihkan!

Apa yang lebih buruk adalah ketua-ketua kaum dan anak-anak buah mereka masih belum lagi melihat apa-apa hasil dari kontrak Wargana, tambahan pula pemberi maklumat kami mengatakan bahawa pihak-pihak yang berkuasa tidak mengiraukan pembalakan haram dijalankan oleh beberapa orang ketua kaum di kawasan itu, menggunakan pekerja upahan mereka dari Bintulu.

Inilah kegiatan yang sukar dicemuh oleh pentadbiran kerajaan masa kini.

Namun, pada hari Sabtu lalu Billy Abit telah mendakwa bahawa tiga jawatan telah diwujudkan oleh Lembaga Sungai Sarawak pada sebuah pusat pemeriksaan keselematan merupakan bukti bahawa Wargana telah menyediakan pekerjaan dan kemewahan yang didakwanya.

Sungguh tidak masuk akal.

Kata-kata Liwan penuh dengan cadangan yang tiada makna, namun di manakah peluang pekerjaan untuk orang kaum asal?

Kata-kata Liwan penuh dengan cadangan yang tiada makna, namun di manakah peluang pekerjaan untuk orang kaum asal?

Liwan, yang sedang berusaha memenangi kerusinya pada pilihanraya akan datang, dilihat mengeluarkan rayuannya pada kerajaannya dan juga pada Sarawak Hydro, agar mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk kaum belia tempatan.

Namun, wakil rakyat itu pula mengampu Sarawak hydro, dengan mengatakan kesyukurannya kerana “menganjurkan beberapa aktiviti berfaedah” untuk orang tempatan, sebagai memenuhi program tanggungjawab sosial dan korporat mereka.

Liwan juga menjelaskan mengenai ura-ura untuk ‘mungkin’ mendirikan sebuah muzium di kawasan itu dan tapaknya sedang ditentukan … jika terdapat jalan akses diluluskan nanti.

Empangan Bakun itu sendiri merupakan tugu lambing rasuah dan merupakan sebuah projek gajah putih terbesar di rantau Asia Tenggara dan orang-orang asal tidak akan membuang masa dan tenaga mereka mengharapkan sesuatu yang datang dari angan-angan Liwan mengenai pekerjaan di muzium itu nanti
Ujikaji terhadap panel tenaga solar untuk orang kaum asal bagi rumah-rumah jelatong di sepanjang tebingan tasik Bakun adalah pilihan tenaga yang terbaik (murah dan kurang merosakkan persekitaran) berbanding projek tenaga hidro, yang kini belum lagi membekalkan tenaga elektrik yang percuma seperti dijanjikan.

Terdapat kejujuran dinyatakan apabila Liwan membincangkan perlunya mendirikan sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di Bakun.

Dengan adanya pusat pemeriksaan sedemikian maka orang-orang di atas Bakun akan menjadi orang tahanan dan pelawat-pelawat mereka pula akan diusir, jika kebenaran akan dikeluarkan?

Sememangnya akan memulangkan sebahagian kecil wang yang telah mereka curi dari orang-orang asal, dalam bentuk wang rasuah sebelum pilihanraya akan datang. Namun ahli-ahli politik ini inginkan orang-orang tempatan itu tetap miskin supaya rasuah kecil dapat diberikan.

Dengan sebab ini orang di Bakun tidak akan menerima pampasan yang dijanjikan kerajaan BN.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments