Adenan Bersetuju Dengan Mahathir Mengutuk Rasuah Pembalakan!

Simpanan kayu balak seperti ini dibiarkan tidak dipantau, maka tiada siapa yang tahu dari kawasan mana ianya diambil

Simpanan kayu balak seperti ini dibiarkan tidak dipantau, maka tiada siapa yang tahu dari kawasan mana ianya diambil

Pada awal hari ini Ketua Menteri Sarawak yang baru, Adenan Satem, telah bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad, mengkritik sekeras-kerasnya rasuah yang mengongkong perindustrian pembalakan di negeri Sarawak!

Pendapat kedua-dua pemimpin itu adalah suatu kejutan, memandangkan mereka telah lama berada dalam arena politik bersama Gabenor Sarawak yang baru, Abdul Taib Mahmud, yang sering mengutuk laman web ini dan juga kumpulan-kumpulan NGO alam sekitar kerana kerapkali mengkritik kesalahan rasuah ini.

Selama beberapa dekad Taib telah menafikan bahawa rasuah pembalakan tidak pernah wujud atau rakyat dan alam sekitar di negerinya sengsara dan menjadi mangsa kegiatan perindustrian itu.

Kini, nampaknya Sarawak Report telah berubah dari dianggap sebagai ‘musuh negeri’ kepada sebuah institusi yang bercakap sesuara dengan pemimpin-pemimpin BN!

Adenan mengadu bahawa segelintir penguatkuasa mengatakan bahawa mereka adalah terlalku takut akan samseng upahan syarikat pembalakan (di mana kewujudan mereka yang dahulunya telah dinafikan) – berapa orang lagi mangsa seperti ini dari kalangan orang tempatan yang miskin?

Adenan mengadu bahawa segelintir penguatkuasa mengatakan bahawa mereka adalah terlalku takut akan samseng upahan syarikat pembalakan (di mana kewujudan mereka yang dahulunya telah dinafikan) – berapa orang lagi mangsa seperti ini dari kalangan orang tempatan yang miskin?

Lagi pun, setelah beberapa tahun kami menghebahkan mengenai amalan haram syarikat-syarikat kroni pembalakan dan bercakap sekuat hati kami mengenai pemusnahan hutan Borneo.

Dan kami telah membantah terhadap bagaimana komuniti-komuniti asal ini telah ditipu dan dibuli dan diusir keluar dari tanah tradisi mereka oleh syarikat-syarikat ini, di mana amalan mereka telah mengakibatkan pemendapan sungai-sungai dan pemusnahan alam sekitar.

Pada hari ini, di suatu pertemuan yang luar biasa dengan taiko-taiko pemnalakan di Jabatan Hutan, Satem akhirnya telah bersetuju:

“Jangan main-main dengan saya!” katanya kepada taiko-taiko pembalakan yang terkejut, dengan menamakan mereka sebagai kumpulan Big Six KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK sebagai bertanggungjawab langsung ke atas apa yang dia maksudkan sebagai “rompakan terang-terangan.”

Para pengarah syarikat-syarikat pembalakan itu telah dipanggil oleh ketua menteri itu untuk menandatangani ‘perjanjian integriti’ dan mereka mendapati bahawa mereka berhadapan dengan tanggungjawab untuk mengurangkan kehilangan sumber pendapatan negeri.

Adenan telah menjadi tajuk utama beberapa akhbar utama dan mengejutkan para audiennya dari kalangan taiko-taiko pembalakan dan ahli-ahli politik senior dan juga pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri dalam prose situ.

Kemusnahan alam sekitar akibat penebangan dilereng bukit

Kemusnahan alam sekitar akibat penebangan dilereng bukit

Pada sanggahannya terhadap rasuah pembalakan yang berleluasa selama ini, Adenan telah mengutuk tindakan ambil lewa pihak-pihak berwibawa sebelum ini dalam kenyataannya. Selama ini syarikat-syarikat sab-kontraktor telah diupah oleh syarikat-syarikat Big Six, supaya mereka dapat menafikan pembalakan di luar konsesi sebenar mereka.

Dia juga merujuk pada kegagalan pegawai-pegawai penguatkuasa jabatan hutan membendung masalah ini.

Alasan kurangnya pemantauan telah dijelaskan oleh Sarawak Report dalam artikel-artikel yang terdahulu yang mendedahkan amalan rasuah yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar untuk menutup mulut para pegawai itu.

Adenan Satem telah memberikan isyarat bahawa dia telah meminta pihak SPRM untuk menyiasat kesemua amalan rasuah ini dan seterusnya mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Di manakah kayu balaknya – dan hasil tebangannya?

Di manakah kayu balaknya – dan hasil tebangannya?

Namun, Ketua Menteri Sarawak yang baru itu telah gagal untuk menamakan orang yang paling bertanggungjawab di sebalik masalah rasuah pembalakan ini
Dia tidak sepatahpun menyebut bagaimana semua syarikat ini dan pegawai penguatkuasa telah berjaya meloloskan diri bersama habuan mereka?

Ianya seolah-olah suara-suara lantang seperti Sarawak Report dan banyak lagi pihak tidak mengambil berat tentang masalah ini.
Ianya juga seolah-olah kaum asal yang bangkit menentang bagi menghalang kemasukan pembalak haram memasuki kawasan-kawasan mereka.

Punca sebenar pada masalah ini terletak pada bos Adenan sendiri, Abdul Taib Mahmud.

Mereka inilah ahli-ahli politik yang telah menerima wang sogokan yang begitu banyak dari taiko-taiko pembalakan sebagai balasan pada pemberian konsesi-konsesi yang mereka keluarkan.

Kebanyakan mereka menerima bahagian dalam syarikat-syarikat yang menerima lesen-lesen di kawasan pilihanraya mereka.

Buah rasuah pembalakan – rumah mewah $1 dollar Taib di Bandar Seattle pemberian Samling

Buah rasuah pembalakan – rumah mewah $1 dollar Taib di Bandar Seattle pemberian Samling

Sebagai contoh, dua buah rumah mewah yang diterima oleh ahli-ahli keluarga Taib di bandaraya Seattle USA dari syarikat Samling milik keluarga Yaw hanya pada kos berjumlah $1 dollar setiap satunya.

Atau, saham-saham yang banyak yang diberikan kepada bomoh peribadi Taib dalam Samling Global sahaja.

Bukan sahaja keluarga Taib yang telah mendapat faedah dari konsesi pembalakan dan perladangan yang dilakukan di kawasan-kawasan empangan seperti di Bakun.

Keseluruhan ahli politik yang bersekongkol denga Taib turut terbabit dalam amalan rampasan tanah di konsesi-konsesi utama. Jacob Sagan, Awang Tengah, Alfred Jabu, Naored Majais, Billy Abit Joo, Lihan Jok, Daud Abdul Rahman merupakan ‘jerung-jerung’ yang pernah didedahkan dalam blog ini, namun siapakah di kalangan YB atau MP dalam BN yang tidak mendapat apa-apa faedah dari rompakan terang-terangan ini?

Sebenarnya, terdapat satu alasan mengapa rasuah pembalakan telah dibiarkan membarah di Sarawak buat sekian lamanya adalah kerana pada amalan biasanya setiap ahli politik BN di Sarawak telah direstui oleh Taib untuk melakukan apa yang mereka suka di kawasan masing-masing – dan Taib Mahmud sendiri adalah pesalahlaku yang paling buruk di kalangan mereka.

Orang yang bersih atau sebahagian dari kumpulan orang-orang lama? Adenan adalah teman sekolej Taib dan rakan sekandang dengannya.

Orang yang bersih atau sebahagian dari kumpulan orang-orang lama? Adenan adalah teman sekolej Taib dan rakan sekandang dengannya.

Sebenarnya, apabila Adenan melafazkan ikrar peribadinya untuk tidak membenarkan sebarang konsesi atau kontrak diberikan kepadanya atau ahli keluarganya semasa mengangkat sumpah menjawatan jawatan ketua menteri dahulu dia juga menyeru kepada rakan-rakan politiknya dalam BN untuk bersamanya, namun tidak seorangpun dari mereka telah menyahut seruannya.

Pada hari ini perkara itu telah sekali lagi dibangkitkan oleh para penemuramahnya dan ketua menteri itu sekali lagi memberi jaminan bahawa dia sedang dalam proses untuk mendapatkan rakan-rakannya dari kalangan ahli politik BN untuk bersamanya memeterai ‘perjanjian integriti’ … “secepat mungkin”.

Nampaknya prose situ agak perlahan sekali.

Dan, dengan beberapa kerat lagi yang masih berkuasa dalam BN, apakah mungkin Adenan dapat mengharapkan penyelesaian yang tulen dan asli untuk masalah ini?

Sebalik, para penemubual akan menyoal jika ketua menteri BN ini hanya merancang untuk melakukan apa yang telah dilakukan mereka yang terdahulu?

Ianya dilihat sebagai menarik balik semua lesen pembalakan dan enggan mengeluarkannya semula, jika taiko-taiko itu enggan memberinya 30% wang sogokan secara rahsia!

Adakah ini permainan Adenan, begitulah yang mungkin dipersoalkan oleh beberapa pihak yang mencurigainya.

Selama beberapa dekad ahli-ahli politik BN telah menutup telinga mereka pada rintihan penduduk asal berkenaan rasuah

Selama beberapa dekad ahli-ahli politik BN telah menutup telinga mereka pada rintihan penduduk asal berkenaan rasuah

Kerana, jika agenda sebenar Adenan Satem adalah perubahan yang tulen, maka dia harus menyelesaikan bukan sahaja masalah dalam industri pembalakan dan para pegawai jabatan hutan yang korup.

Dia juga harus menyelesaikan rasuah politik dan di peringkat yang paling tinggi.

Dengan bantuan siasatan pihak SPRM Adenan seharusnya melucut jawatan bosnya sendiri, Taib Mahmud (ingat, bahawa Taib yang telah melantiknya dahulu kerana Taib percaya bahawa dia akan percaya pada Taib walaupun Taib bermasalah).

Kemudian dia harus menjatuhkan kesemua ahli politik BN, yang telah menipu pengundi mereka, semata-mata untuk menjadi kaya dan mendakwa mereka.

Untuk melakukan itu kepada partinya sendiri, dia memerlukan segala bantuan yang dia perlukan!
Adenan mungkin boleh bermula dengan mendapatkan bantuan Dr Mahathir yang masih berkuasa itu untuk menentang rasuah.

Walau bagaimanapun, untuk mengubah ahli-ahli politik BN ianya amat sukar dilakukannya.

Kini dengan terkesannya barah, mereka harus berserah pada tangan-tangan bersih orang lain.
Ianya sesuatu yang dipersetujui oleh kebanyakan pengundi.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments