Jangan Kutuk Bos-Bos BN – Halakan Kutukan Ke Arah Pekerja Mereka!

Ohh! Saya tak bermaksud apa yang saya cakapkan

Ohh! Saya tak bermaksud apa yang saya cakapkan

Hanya selepas 24 jam bagi sesuatu ‘penjelasan’ timbul pada kenyataan memancing undi Ketua Menteri untuk memerangi rasuah semalam.

Para NGO alam sekitar masih lagi menghebahkan ‘perubahan hati nurani’ Adenan, dalam masa dia membunyikan isyarat perubahannya … dengan menjelaskan apa yang dia maksudkan dengan kata-katanya.

Berikutan kemarahannya mengutuk rasuah pembalakan di Sarawak, Adenan telah dengan cepat memanggul balik para wartawan, mengesahkan bahawa dia bukan menghalakan kutukan pada mana-mana taiko pembalakan, syarikat-syarikat pembalakan yang besar-besar atau (biasanya) seorang ahli politik BN yang tertentu.

Tidak sama sekali, dia hanya maksudkan ikan bilis sahaja.

Mereka yang dia maksudkan adalah ‘para sab-kontraktor, pengurus kem pembalakan dan para pembalak, yang seharusnya dikutuk kerana memusnahkan saki baki kawasan hutan Sarawak.

Juga, termasuk para pegawai-pegawai jabatan hutan yang kecil-kecil dan remeh kerana sering gagal menjalankan pemantauan.

Namun bagai mana pula dengan ahli-ahli politik BN dan ahli-ahli keluarga mereka, yang mempunyai rekod berkenaan pegangan saham-saham yang jelas dalam syarikat-syarikat pembalakan.

Adalah kurang manis bagi Adenan untuk mengatakan bahawa mereka harus dipertanggungjawabkan!

Dalam pada itu, Adenan telah menunjukkan bahawa rakan-rakannya dari kalangan taiko pembalakan dan pegawai-pegawai penguasa dan juga segerombolan ahli politik kini telah menandatangani ‘perjanjian intergiti korporat’.

Rumah mewah – milik seorang taiko pembalakan syarikat Shin Yang, Ling Chiong Sieng di Bandar Miri

Rumah mewah – milik seorang taiko pembalakan syarikat Shin Yang, Ling Chiong Sieng di Bandar Miri

Maka itu telah dianggap sebagai ok.
Kini BN boleh bermula dengan mendakwa dan memenjarakan beberapa orang pekerja di kem pembalakan dan juga pegawai-pegawai kecil dari jabatan hutan – kemudian mengatur langkah untuk memenangi pilihanraya negeri!
Malangnya, beberapa perkara tidak semudah itu untuk dibersihkan menggunakan taktik mengutuk orang-orang kecil itu.

Kita seharusnya bermula mengikuti perjalanan wang – wang berbilion-bilion ringgit yang, menurut Adenan, dihilangkan menerusi pembalakan haram.

Adakah para pengurus kem pembalakan, para pegawai jabatan hutan dan sab-kontraktor mereka yang mampu membina rumah-rumah mewah, membeli kereta-kereta mewah dan melaburkan wang di luar negara – atau para taiko pembalakan dan ahli-ahli politik utama dalam BN?

Kita semua tahu akan jawapan itu.

Kenapa begitu sukar untuk mematuhi keperluan pemantauan antarabangsa?

Kenapa begitu sukar untuk mematuhi keperluan pemantauan antarabangsa?

Kemudian, lhat balik pada logistiknya – kita bukan bercakap mengenai kecurian butiran kecil berlian atau rerambut halus.

Kita bercakap mengenai kecurian batang kayu balak yang besar-besar yang bernilai tinggi; jentera dan mesin berat dan simpanan kayu balak dan urusan pengangkutan yang kompleks.

Maka, bagaimana mungkin para sab-kontraktor itu menebang beribu-ribu pokok tanpa pengetahuan pemegang konsesi pembalakan yang tamak, yang berbekalkan teknologi geo-sat, pesawat-pesawat helikopter dan segerombolan ‘individu-individu yang berbadan sasa dan garang, tanpa sebarang urusan yang kompleks.

Dan akhir sekali, mari kita lihat kembali pada perlaksanaan tindakan – kenapa ianya terlalu longgar?

Lagi pun, bagai mana mudahnya urusan di kem pembalakan menjadi kelam kabut sehingga sukar membuktikan dari mana datangnya kayu balak yang dibawa masuk dan mengapa kerajaan Sarawak tetap enggan memperbaiki kaedah penentuan selari dengan pemantauan antarabangsa.

Adakah kita dapat merumuskan bahawa para taiko yang terlalu kaya itu terlalu bodoh dalam menjalankan perniagaan mereka, atau adakah kita menyaksikan suatu urusniaga untuk menjauhkan diri dari sikap jahat dengan menggunakan ‘pihak ketiga’?

Sukar untuk dikenalpasti? Mudah dilaksanakan ‘menggunakan radar’?

Sukar untuk dikenalpasti? Mudah dilaksanakan ‘menggunakan radar’?

Sememangnya hala tuju semua wang itu menunjukkan kita jawapan-jawapan sebenar dan di mana pihak SPRM harus memfokuskan penyiasatan mereka!

Siapa yang menyogok siapa pula?

Sarawak Report telah mendedahkan bagaimana pegawai-pegawai jabatan hutan telah disogok untuk mengeluarkan laporan palsu berkenaan pembalakan haram. Dan kami juga mendedahkan bagaimana orang yang menyogok mereka adalah syarikat Samling.

Kami juga mempunyai lebih banyak bukti yang menunjukkan bagaimana sebenarnya sikap dianakangkat oleh syarikat-syarikat yang besar-besar dan inilah yang harus disiasat secara terperinci oleh SPRM, bukannya pengurus-pengurus biasa kem pembalakan yang hanya melaksanakan apa yang diharapkan oleh bos-bos untuk mendapatkan keuntungan dalam prose situ.

Mampukah sab-kontraktor kecil dan pekerja-pekerja kem pembalakan membeli dan menggerakkan mesin-mesin seperti ini?

Mampukah sab-kontraktor kecil dan pekerja-pekerja kem pembalakan membeli dan menggerakkan mesin-mesin seperti ini?

Namun, jika ada di antara rasuah ini harus dicantas, ianya mesti disiasat dari akar umbinya kenapa ianya telah diketahui dan diadu selama bertahun-tahun, namun tiada yang diakui secara formal.

Sebenarnya ahli-ahli politik BN menafikan adanya masalah ini, pada masa yang sama juga mereka membina rumah-rumah mewah dan memandu kereta-kereta mewah mereka.

Sarawak Report telah berusaha keras untuk membekalkan bukti yang cukup dan kukuh.
Kami telah banyak kali menunjukkan bagai mana ahli-ahli politik BN itu telah mendapatkan lesen-lesen pembalakan untuk mereka sendiri di samping mendapatkan saham-saham yang banyak dalam syarikat-syarikat pembalakan.

Namun mereka tetap terus beroperasi di sebalik salah seorang penjenayah pembalakan, Awang Tengah, di mana syarikat milik pembantu khasnya telah diarahkannya mengupah segerombolan samseng untuk menyeksa penduduk-penduduk di Melikin pada awal tahun ini, bagi melaksanakan pembalakan haram di atas tanah tradisi mereka.

Dalam masa yang sama ketika menandatangani ‘perjanjian integriti’ untuk menghapuskan pembalakan haram, ahli-ahli politik BN ini juga menyokong usul bersama jawatankuasa disiplin DUN untuk menentang MP Violet Yong, yang telah membantah dan menunjukkan sikap hipokrit Awang Tengah dalam perkara ini.

Apa bezanya antara pembalakan halal dan pembalakan haram di sebuah negeri yang korup di mana ahli-ahli politik memerintahnya sering mengabaikan keputusan-keputusan mahkamah?

Apa bezanya antara pembalakan halal dan pembalakan haram di sebuah negeri yang korup di mana ahli-ahli politik memerintahnya sering mengabaikan keputusan-keputusan mahkamah?

Maka, dalam masa 24 jam sahaja setelah berlakon sebagai super hero, nampaknya Adenan Satem adalah merupakan seorang jeneral yang mengutuk tentera-tentera barisan hadapannya, kerana kononnya mereka itu lalai menjalankan tugas.

Adenan bolehlah disamakan dengan jeneranl perang yang tidak tahun mengenai sebarang kekejaman yang dilakukan oleh anak-anak buahnya.

Dan, majlis menandatangani ‘perjanjian integritinya’ itu sekadar dicipta untuk meraih undi sambil memicit perniagaan-perniagaan yang besar-besar, di sambil melepaskan mereka dari mata kailnya.

Sebaliknya dimerancang untuk mengutuk orang rekaannya dengan pelbagai cacian dan cercaan.
Kita harus ingat bahawa Adenan Satem adalah orang paling kanan Gabenor Taib Mahmud.

Adenan Satem dipilih oleh Gabenor Taib untuk menjawatan jawatan Ketua Menteri selepasnya, walaupun mendapat tentangan dari dari partinya sendiri.

Dan Adenan Satem telah berikrar untuk meneruskan rancangan pembinaan empangan-empangan gergasi impian gila Taib Mahmud di Sarawak, yang bakal memusnahkan saki baki kawasan berhutan menggunakan kaedah pembalakan haram.

Ingat balik bagaimana Adenan satem telah secara senyap-senyap merestui pembalak haram MM Golden menggunakan polis negeri dan para samseng untuk memaksa kemasukan mereka ke dalam kawasan tradisi milik kaum asal di Baram, untuk membuka laluan ke tapak pembinaan empangan yang masih belum diluluskan.

Adenan Satem boleh mewakili seluruh rakyat untuk menandatangi ‘perjanjian integriti’, namun dia harus membuktikan dengan tindakannya, bukan sekadar bercakap kosong sahaja.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments