Jho Low Sekali Lagi Didapati Membelanjakan Hartanya Secara Bermisteri!

Low telah menceritakan mengenai perbelanjaannya dalam laman twitternya tanpa henti selama 3 hari berturut-turut

Low telah menceritakan mengenai perbelanjaannya dalam laman twitternya tanpa henti selama 3 hari berturut-turut

Taek Jho Low, 33 tahun, sekali lagi didapati berbelanja besar bersama-sama rakan-rakan dan kenalannya yang berprofil tinggi, pada kali ini di Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN).

Kini Sarawak Report boleh mendedahkan lebih banyak lagi bahawa jutawan muda Malaysia ini juga telah terpikat dengan pasaran barangan hasil seni mewah.

Dalam pengumuman minggu lepas mengatakan bahawa pertubuhan antarabangsa itu akan ‘menswastakan agensi berita kemanusiaannya, IRIN, terima kasih pada suntikan luar biasa bernilai $25juta kepada ‘hartawan’ ciptaan-sendiri, yang telah menyebabkan kebingungan di kalangan NGO-NGO di Malaysia.

Wang yang berpunca dari syarikat peribadinya, Jynwell Capital dan dengan jelas telah meletakkan pada kedudukan sebagai dermawan yang serius di pentas antarabangsa, bersama rakan-rakannya yang berpengaruh.

Dengan pertambahan spekulasi mengenai punca semua peruntukan kewangan Jho Low yang luar biasa besar jumlahnya itu, umum mengandaikan bahawa dia sememangnya memerlukan semua itu.

Lagi pun, sebagaimana diketahui oleh semua orang Malaysia, apabila Jho Low cuba mencipta pengikut yang luar biasa dia merasa amat gembira membelanjakan wang beribu juta yang tidak diketahui puncanya di meja-meka perjudian di Vegas, para perempuan pelayan dan ciptaan rekod jumlah pembelian minuman Crystal Champagne paling tinggi.

Pada musim panas lalu, Jho Low telah sekali lagi mengampu Najib dan Rosmah dengan memperkenalkan kenalannya dari syarikat PetroSaudi, Tarek Obaid, dan seterusnya menawarkan percutian mewah dengan menaiki kapal layar jenis Tatoosh di Mediteranean.

Tatoosh merupakan kapal layar ke-26 terbesar di dunia dan kadar sewanya mencecah setengah juta dollar seminggu. Ianya kapal layar yang sama digunakan oleh Jho Low menghiburkan bintang hiburan Paris Hilton dalam tahun 2010 dulu.

Dermawan dalam percutian – kapal layar jenis Tatoosh (dengan Paris Hilton dalam gambar sisipan)

Dermawan dalam percutian – kapal layar jenis Tatoosh (dengan Paris Hilton dalam gambar sisipan)

Para pegawai di PBB tahu akan punca wang Jho Low itu semasa mereka menyambut kehadiran jutawan muda Malaysia sambil mengumumkan ‘murah hatinya’ minggu lepas.

Selamat datang ke PBB

Selamat datang ke PBB

‘Ketua Kemanusiaan’ PBB, Valerie Amos mengalu-alukan penglibatannya, menurut kenyataan media IRIN.

Pengarah, Ben Parker, memberitahu para wartawan kegembiraan pihak UN menyambut kehadiran penyumbang kemanusiaan dari kalangan negara-negara membangun.

Namun, ramai pihak di Malaysia kini bertanya apakah keperluan PBB menggunakan sumbangan berjuta-juta dollar dari Jho Low?

Kumpulan-kumpulan NGO yang telah kerapkali membawa masalah-masalah ke perhatian bahagian kemanusiaan PBB juga turut menyuarakan isu-isu mereka mengenai sifat kekayaan luar biasa Jho Low.

Mari kita sepahka wang kita! Paris Hilton dan Jho Low suka membazir wang – tapi dari manakah punca wangnya?

Mari kita sepahka wang kita! Paris Hilton dan Jho Low suka membazir wang – tapi dari manakah punca wangnya?

Sebagai contoh, terdapat krisis kemanusiaan di Sarawak dan Sabah yang masih segar dalam ingatan media arus perdana, termasuk juga PBB dan IRIN.

Krisis-krisis itu membabitkan pemusnahan Hutan Hujan Borneo dan ekploitasi orang kaum asalnya.
Perniagaan Jho Low telah berjaya dijalankan di atas cerita yang tidak dilaporkan ini – ianya salah satu dari fakta-fakta kukuh yang kita tahu.

Lagi pun, tugas utama pertamanya adalah sebagai Pengarah bukan eksekutif di bank UBG milik Abdul Taib Mahmud Mahmud di antara 2008 – 2010, terima kasih pada penebusan bank itu, di mana Jho Low yang berusia 26 tahun ketika itu mendakwa telah menyumbangkan sebanyak 10%.

Penglibatan 1MDB kendaliannya di PetroSaudi, yang telah dibiayai menggunakan wang para pembayar cukai Malaysia, telah dibeli darinya kemudian.

Kekayaan UBG yang dikaitkan secara langsung dengan pentadbiran korup negeri Sarawak, telah merangsangkan pemusnahan Hutan Borneo, perampasan tanah-tanah dari orang kaum asalnya dan kecurian kayu balak dan sumber-sumber asli dari khazanah alam semulajadi milik negeri itu.

Hubungan samar-samar Jho Low dengan dana 1MDB, syarikat PetroSaudi dan pelbagai urusniaga yang membabitkan Malaysia dan Timur Tengah kini menjadi tumpuan umum dunia, apabila berkenaan skandal kewangan terbesar Malaysia.

Keseluruhan masalah ini terdedah kerana kurangnya ketelusan, yang berjaya dicungkil oleh kesepaduan ahli-ahli politik pembangkang dengan bekas Perdana Menterinya mengeluarkan kritikan tanpa henti.

Walaupun wujudnya kebingungan dan maklumat yang kurang jelas, jelaslah terdapat percanggahan antara pendedahan pinjaman $40bilion oleh sebuah badan awam yang dilihat tidak mampu mengendalikan sebahagian besar darinya, dan wujud tahap kemewahan secara mengejut dan luar biasa bagi individu yang mempunyai hubungan langsung secara berpolitik dengan anak muda jutawan ini, yang telah mengadakan hubungan intim dengan para pemain utama dalam semua urusniaga 1MDB.

Dan seperti yang pernah dilaporkan oleh Sarawak Report di suatu ketika dahulu, berkenaan anak tiri Perdana Menteri Najib, Riza Aziz, yang didapati merupakan rakan karib kepada Jho Low, nampaknya tidak mampu menjelaskan punca kekayaan penuh rahsianya.

Jho Low mungkin seorang pelabur yang amat bertuah dan mewarisi kekayaan berbilion-bilion dollar antara usianya 25 tahun dalam tahun 2005 apabila ditamat pengajian dari Wharton Business School di Pennsylvania dan pada usia 28 tahun pada 2008 apabila dia membeli dan mengambilalih bank UBG.

Kita hanya mampu meragui punca kemewahannya itu.

Namun, dengan kekaburan CV dirinya dan juga kekaburan penjelasan mengenai kekayaan mendadaknya, tidakkah pihak kemanusiaan PBB harus menyiasat dengan lebih mendalam tentang maklumat dirinya sebelum mereka mendapatkan wang darinya?

Lagipun, salah sebuah cerita-cerita yang tidak diterbitkan yang ada perkaitan dengan kepakaran IRIN adalah pemusnahan Hutan Hujan Borneo dan pelbagai pelanggaran hak kemanusiaan terhadap kaum asalnya, termasuk kes rogol bersistematik wanita kaum Penan oleh pembalak-pembalak haram.

Satu lagi keadaan adalah penggunaan tenaga buruh kasar bersifat penghambaan di kawasan yang sama dan satu lagi adalah layanan buruk ke atas para pekerja asing di seluruh bumi Malaysia.

Adakah pengaruh Jho Low akan menambah-baik liputan perkara-perkara ini, dengan wujudnya hubungannya dengan ahli-ahli keluarga Abdul Taib Mahmud Mahmud dan juga ahli-ahli politik BN, yang pada masa ini masih gagal memberikan jawapan-jawapan asas ke mana perginya beratus-bilion dollar berhubung 1MDB?

Lagipun Jho Low mendakwa dirinya sebagai arkitek asal 1MDB.

Adalah suatu perkara yang tidak akan membantu jika ada pihak yang sentiasa mengubah-ubah cerita masa lampau mereka, jika kita ingin faham akan kisah berkenaan asal-usul kekayaan dan kejayaan hidup mereka.

Dan sekali lagi ini adalah masalah berkenaan diri Jho Low.

Apabila pada mulanya para wartawan mulai bertanya padanya berhubung sikap berbelanjanya dahulu bagaimana dia boleh menjadi kaya secara tiba-tiba di tahun 2009, dia mengatakan bahawa wang itu bukan dia yang punya.

Para wartawan itu diberitahu bahawa Jho Low datangnya dari keluarga yang sederhana kaya dan bahawa dia bertindak selaku “pemudah-cara” yang mengatur majlis-majlis santai bagi rakan-rakannya yang lebih kaya yang kemudiannya ingin dijadikan sebagai pembiayanya. Denga cara nya dia berharap akan mendapatkan wang ibubapa mereka untuk dilaburkan dalam projek-projek pengajiannya, namun wang yang dia sepahkan di keliling kotaraya bukanlah miliknya.

Lima tahun kemudianya Jho Low telah diikhtiraf sebagai “dermawan jutawan”. Dia kini secara penuh yakin mendakwa semua wangnya sebagai wangnya sendiri.

Namun kisah keluarga itu nampaknya tidak sama dari masa ke masa.

Kini Jho Low dikatakan sebagai generasi ketiga dalam keluarga jutawan.

Maka, adakah Jho Low menjana kekayaan dengan memukau ibu-bapa rakan-rakan Arabnya yang serba mewah yang sanggup memberikan wang mereka yang kemudiannya menjadikan teramat kaya? Atau adakah dia sendiri yang menjadi kaya secara luar biasa?

Dengan kekayaannya yang meningkat secara luar biasa pada masa dunia mengalami krisis ekonomi dan bahawa beberapa syarikat yang telah diiklankan di mana dia telah terlibat (pembelian RHB, UBG dan Dana Tun Razak) telah dilihat sebagai menemui kegagalan, mungkin tidak mengejutkan jika kekayaan sebenar keluarganya juga merosot.
Tiada siapa yang menafikan bahawa keluarga Low itu sebuah keluarga yang berjaya. Namun rakyat Malaysia ingin tahu bilakah kekayaan Jho Low itu datang padanya? Adakah pihak PBB bertanya soalan yang sama dan bolehkah mereka memberitahu kita jawapan-jawapannya?

Pihak Christies menjualkan Dustheads pada harga berekod tinggi – kepada Jho Low

Pihak Christies menjualkan Dustheads pada harga berekod tinggi – kepada Jho Low

Yang seterusnya mengajak kita merungkai apakah pembelian menggunakan pembiayaan luar biasa Jho Low yang terkini.

Cinta terakhir Warhol – lukisan bertrendi Basquiat adalah mengenai rakan-rakan pengguna dadah yang digelarnya sebagai ‘dustheads’

Cinta terakhir Warhol – lukisan bertrendi Basquiat adalah mengenai rakan-rakan pengguna dadah yang digelarnya sebagai ‘dustheads’

Sarawak Report kini mengetahui bahawa pengunjung restoran mewah telah mencetuskan sensasi di Christies tahun lalu, apabila agennya mencecah rekod jualan sebuah lukisan graffiti hasil Andy Warhol groupie, Michel Basqiat.

Lukisan Dustheads oleh Basqiat, yang dihasilkan dalam tahun 1982 telah menjangkakan jualan bernilai $25-30 juta, dengan pengikhtirafannya berstatus Warhol groupie.
Warhol dilihat telah jatuh hati dengan watak seorang artis muda, yang telah berjaya menempah namanya menerusi kerjanya dengan mati sebagai mangsa salahguna heroin berlebihan dos pada usia semuda 27 tahun.

Sarawak Report mendapati dari para penyelidik bahawa Jho Low adalah pembeli hasil lukisan yang dijual di New York pada 13hb Mei 2013 yang lalu.

Low dilihat sebagai terlalu bangga dengan hasil karya ini (yang dipercayai digemari oleh rakan-rakannya di Hollywood termasuk Leonardo di Caprio) bahawa dia telah menawarkan harga pembelian sebanyak $48,843,750 di sebuah majlis lelongan itu – yang dianggap dapat menyelamatkan banyak pembayaran GST, bagi orang-orang miskin di Sarawak atau mengubah nasih malang perindustrian tekstil kaum asal jika dia telah membelanjakan wang sebanyak itu di sana.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments