Syarikat Luckyhill Mining; Keluarga Abdul Taib Mahmud Yang Bertuah; Para Kroni Abdul Taib Mahmud Yang Bertuah – Nasib Malang Untuk Yang Lain!

Pekerja yang cedera dikejarkan dan dirawat di Hospital Umum Sarawak

Pekerja yang cedera dikejarkan dan dirawat di Hospital Umum Sarawak

Apabila kemalangan di tempat kerja dilaporkan di akhbar dan media, seperti letupan yang telah menyebabkan kecederaan dan kematian para pelombong arang batu di Selantik pada hujung minggu ini, seperti kebiasaannya nama syarikat yang beroperasi akan dilaporkan.

Namun, yang anehnya, perkara ini tidak dihebahkan secara menyeluruh di media maklumat di Sarawak.

Apa yang diberitahu kepada kita adalah semua pekerja yang terbabit, termasuk mereka yang terbunuh itu adalah warga asing.

Tiada satu pun pekerjaan untuk penduduk tempatan dalam syarikat ini, yang melombong khazanah bumi di bawah tapak kaki mereka sendiri.

Timbalan Menteri Dalam Negeri MP Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah membantu untuk memberikan penjelasan untuk kemalangan ini, dengan mengatakan bahawa para buruh dari Korea Utara kerana mereka lebih ‘berani’ berbanding penduduk tempatan!

Struktur yang compang camping dan juga kurangnya pengudaraan yang sempurna

Struktur yang compang camping dan juga kurangnya pengudaraan yang sempurna

Dia memberitahu para wartawan bahawa buruh dari Korea Utara boleh masuk dan bekerja secara sah di bawah syarat dan perjanjian khas antara Pyongyang dan pihak-pihak berkuasa di Sarawak.

Kenyataan sedemikian mengambarkan bahawa Sarawak merupakan salah sebuah dari sebilangan kecil negeri di dunia ini yang sanggup mengeksploitasi buruh-buruh Korea Utara yang putus asa, dan di masa yang sama menghina orang-orang tempatan senegeri dengannya.

Namun, mengapakah para pelombong ini harus sangat berani?

Adakah tahap keselamatan di lombong-lombong di Sarawak lebih merbahaya berbanding puluhan ribu lombong di dunia bagi orang-orang tempatan bekerja?

Semasa melaporkan hasil siasatan awal kemalangan itu, Institusi Jurutera mendapati bahawa lombong di Selantik itu mempunyai potensi keselamatan yang tidak dipatuhi, terutama persoalan berkenaan sistem pengudaraan di lombong itu.

Wakil Rakyat pembangkang kawasan Batu Lintang, See Chee How telah menyuarakan haknya untuk menuntut hasil ikuiri penuh bagai mana lombong ini dan lombong-lombong lain di negeri itu dikendalikan, setelah mendapat tahu bahawa punca kemalangan itu adalah kerosakan pada kipas sistem pengudaraan.

4 orang pekerja mati setakat ini, 30 orang lagi cedera parah, di mana 20 dari mereka dikatakan berada dalam keadaan paling kritikal

4 orang pekerja mati setakat ini, 30 orang lagi cedera parah, di mana 20 dari mereka dikatakan berada dalam keadaan paling kritikal

Persoalan utama dalam inkuiri adalah, apakah tahap kelayakan orang-orang tertentu yang telah diberikan konsesi, sama ada mereka itu mempunyai kelayakan di segi teknikal melombong di tempat yang amat berbahaya atau sebaliknya?

Adakah Menteri Perancangan dan Sumber Sarawak di ketika itu berjaya mempastikan bahawa syarikat yang diberikan konsesi melombong itu sememangnya mempunyai rekod kerja yang baik?

Adakah Abdul Taib Mahmud yang sama itu, yang pernah menjawat jawatan Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sarawak, telah mempastikan bahawa syarikat itu akan memasukkan pulangan kewangan yang terbaik untuk dana Sarawak, setelah mengorek perut bumi negeri dan setelah kegiatan mereka sedikit sebanyak mengancam kesihatan dan kemajuan komuniti-komuniti kaum asal berhampiran kawasan lombong itu?

Lagi pun, sumber alam ini milik negeri dan rakyatnya dan tidak terdapat sebarang alasan yang boleh diterima untuk membuka lombong ini.

Atau, adakah Gabenor yang ada sekarang ini hanya ‘merundingkan’ tender peribadi dengan beberapa orang kroni, yang tidak memiliki sebarang pengetahuan dan pengalaman mengendalikan sebuah lombong arang batu yang kemudiannya menurunkan kontrak mereka kepada sab-kontrak kepada pihak kontraktor yang kejam dan sewenang-wenangnya, yang telah mengupah tenaga buruh murahan dari luar negara?

Nampaknya para pengusaha lombong malang ini diusahakan oleh Luckyhill Mining Sdn Bhd, sebuah syarikat yang pernah mengalami letupan yang serupa dalam tahun 2012 dahulu, di mana empat orang buruh dari China telah terkorban.

Pengusaha lombong arang batu yang amat berpengalaman? – saudara-saudara Abdul Taib Mahmud, Zaleha (ke-2 dari kiri) adalah pemegang saham utama dalam syarikat itu

Pengusaha lombong arang batu yang amat berpengalaman? – saudara-saudara Abdul Taib Mahmud, Zaleha (ke-2 dari kiri) adalah pemegang saham utama dalam syarikat itu

Gesaan yang serupa daripada parti pembangkang Sarawak dua tahun yang lalu agar siasatan menyeluruh dilakukan ke atas kemalangan pertama itu dan perlunya diadakan penilaian kesan kegiatan pada alam sekitar dan sosial mungkin telah diabaikan oleh pihak-pihak berwibawa.

Jika semua syor dan gesaan itu telah dihormati maka mungkin trajedi malang ini dapat dielakkan.
Masalah itu bukanlah satu-satunya disembunyikan bila berkenaan syarikat Luckyhill.

Rasa tidak puas hati orang-orang tempatan berkenaan kegiatan perlombongan di halaman rumah mereka ini akhirnya terdedah berikutan kemalangan tahun 2012 itu.

Jika syarikat itu telah disiasat sepenuhnya selepas kemalangan pertama maka mungkin kemalangan seterusnya dapat dielakkan

Jika syarikat itu telah disiasat sepenuhnya selepas kemalangan pertama maka mungkin kemalangan seterusnya dapat dielakkan

Mereka telah memberitahu para wartawan bahawa mereka telah mengadu selama bertahun-tahun berkenaan syarikat Luckyhill dan syarikat-syarikat perlombongan yang lain di Selantik, yang dimiliki oleh kepentingan-kepentingan yang sama.

Menurut pelbagai aduan yang dikemukakan, pentadbiran yang tidak terurus sebuah syarikat mewah yang telah menyebabkan kerosakan dan pencemaran alam sekitar dan penduduk-penduduk tempatan serta sungai-sungai mereka.

Namun, secara bertipikalnya, tiada satupun aduan daripada orang-orang tempatan yang miskin ini diendahkan.
Mereka tiada hak untuk menyuarakan sesuatu berkenaan kerja-kerja perlombongan di kawasan mereka sendiri. Mereka juga tidak diberitahu mengenai kerja-kerja membendung masalah yang berkaitan kegiatan perlombongan. Mereka tidak dibayar sebarang pampasan atau ditawarkan sebarang pekerjaan. Ceritanya tetap cerita yang sama.
Maka, siapakah berada di sebalik lombong arang batu ini, yang telah diberikan konsesi oleh bekas Menteri Perancangan dan Sumber yang juga selaku bekas Ketua Menteri dan juga Menteri Kewangan, Gabenor Sarawak yang kini, Abdul Taib Mahmud?

Kerana, perlombongan arang batu merupakan kegiatan yang lumayan dan amat menguntungkan – terutamanya bila anda tidak perlu mengambil kira tentang keselamatan, kebajikan dan gaji pekerja atau ganjaran pada pekerja yang terbunuh semasa bekerja.

Tidakkah ada di kalangan para pembaca akan terkejut dengan kenyataan bahawa para pemegang saham-saham dan ahli-ahli lembaga pengarah dalam syarikat perlombongan ini merupakan gabungan ahli keluarga Abdul Taib Mahmud sendiri dan gerombolan kroni-kroninya seperti keluarga Wong dari syarikat WTK?

Adik perempuan Abdul Taib Mahmud adalah pemegang saham-saham utama dan Stratum Mining adalah milik taiko pembalakan yang mengendalikan syarikat KTS.

Adik perempuan Abdul Taib Mahmud adalah pemegang saham-saham utama dan Stratum Mining adalah milik taiko pembalakan yang mengendalikan syarikat KTS.

Mereka yang berpaut pada keluarga Abdul Taib Mahmud adalah keluarga Wong dari syarikat WTK, kroni utama kepadanya.

Apakah yang mereka tahu mengenai pengendalian sebuah usahasama perlombongan arang batu yang selamat?

Ahli-ahli keluarga kepada Abang Johari Abang Openg juga turut menjadi pemegang saham-saham dalam syarikat Luckyhill Mining

Ahli-ahli keluarga kepada Abang Johari Abang Openg juga turut menjadi pemegang saham-saham dalam syarikat Luckyhill Mining

Senarai para pemegang saham-saham dalam Luckyhill Mining adalah: Zaleha Mahmud (adik perempuan kepada Abdul Taib Mahmud); Datuk Abang Abdul Karim Openg (saudara kepada Abang Johari, Menteri Perumahan); isterinya Datin Airi binti Abdul Manan; adik iparnya Marjuin Bt Haji Abdul Manan; Datuk Amar Haji Hamdan Sirat (bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak); Halimah Abdullah (isteri kepada Hamdan Sirat) and Benedict Bujang Tembak (bekas senator dan Ahli Majlis Tertinggi PBB).
Pemegang utama saham-sahamnya adalah Stratum Mining, yang dimiliki oleh keluarga Wong dari WTK!

Di suatu ketika dahulu, Sarawak Report telah mendedahkan mengenai hubungan antara keluarga Abdul Taib Mahmud dan WTK termasuk pegangan saham-saham yang banyak Jamilah Abdul Taib Mahmud dalam syarikat itu.

Kemalangan letupan di lombong arang batu DI Selantik yang terkini itu telah menambahka lagi kandungan senarai pelanggaran hak kemanusiaan dan alam sekitar yang boleh dikaitkan dengan penerokaan perniagaan global keluarga Wong, yang telah diperincikan di dalam blog ini.

Sedihnya, tiada siapa pun di Sarawak akan terkejut dengan sifat pemilikan yang tidak murni syarikat ini.

Lagipun, idea supaya konsesi negeri untuk melaksanakan sesebuah lombong harus diuruskan untuk kebaikan awam menggunakan sistem tender yang sempurna bagi menjana pendapatan negeri semaksimum mungkin dan konsultasi untuk orang tempatan yang terjejas merupakan suatu laknat pada kerajaan BN kendalian keluarga Abdul Taib Mahmud/Adenan Satem dan kroni-kroni mereka.

Para pekerja yang ‘bernasib baik’ yang terselamat dari malapetaka perlombongan Luckyhill

Para pekerja yang ‘bernasib baik’ yang terselamat dari malapetaka perlombongan Luckyhill

Mereka lebih gemar menjadikan negeri Sarawak seolah-olah ianya milik keluarga bapak mereka sendiri.

Sebab itulah mereka tidak gemar untuk mengambil pekerja dari kalangan orang-orang tempatan.
Kerana mereka tidak mahu mengambil kira kemungkinan orang-orang tempatan itu juga berhak pada galian di Selantik.

Walaupun, pada hakikatnya, umum dan pemilik tanah pusaka adalah pemegang hak ke atas kawasan itu mana kala ahli-ahli politik dan kroni-kroni mereka tiada sebarang hak sama sekali.

Harga sebenar arang batu satu tan – tidak dicerminkan dalam royalti-royalti untuk negeri

Harga sebenar arang batu satu tan – tidak dicerminkan dalam royalti-royalti untuk negeri

Saudara See Chee How juga telah membuat aduan utama mengenai pengurusan yang dikendalikan oleh rejim keluarga BN Sarawak ke atas sumber arang batu itu.

Wang hasil sumber alam itu telah dimasukkan terus ke dalam akaun-akaun bank di luar negara, sama seperti mereka uruskan hasil dari pembalakan dan kelapa sawit, dan sebagainya.

Wakil Rakyat itu menjelaskan bahawa kenyataan mengenai sumber bumi negeri itu sememangnya terdapat dalam bentuk hitam-putih.

Pada tahu lepas terdapat 3 juta tan batu arang dilombong dari perut bumi negeri Sarawak yang hanya menjana royalti berjumlah sekecil RM22 juta untuk negeri.

Ini bermakna royalti yang dinikmati oleh orang-orang Sarawak adalah RM7.30 untuk satu tan bahan galian itu.
Namun, Sarawak Report difahamkan bahawa harga pasaran serantau semasa batu arang dunia adalah sekitar USD$78 untuk satu tan – RM250 satu tan!

Ini bermakna Negeri Sarawak telah menetapkan harga batu arang pada RM7.30 satu tan, yang boleh dijual pada harga melebihi RM250 satu tan.

Jamilah Abdul Taib Mahmud (kiri) dan Zaleha Mahmud (kanan) kedua-duanya merupakan pemegang saham, walaupun Abdul Taib Mahmud pernah mengatakan bahawa keluarganya “tidak berniaga di Sarawak”

Jamilah Abdul Taib Mahmud (kiri) dan Zaleha Mahmud (kanan) kedua-duanya merupakan pemegang saham, walaupun Abdul Taib Mahmud pernah mengatakan bahawa keluarganya “tidak berniaga di Sarawak”

Skarkah bagi bekas Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan dan juga Menteri Perancangan dan Sumber menuntut royalti yang lebih besar untuk rakyatnya?

Lagipun dia gemar dikenali sebagai ‘CEO Hebat’ Sarawak!

Bayangkan jika dia telah menuntut supaya 1/3 dari harga jualan bahan galian itu untuk negeri Sarawak. Jumlah itu boleh menyumbang RM26 juta pada dana awam – empat puluh kali ganda.

Andai kata jika dia berjaya menuntut royalti sehingga 50%, ianya akan menyumbang sebanyak RM500 juta bagi membiayai projek-projek negeri.

Maka, kemana perginya keuntungan jualan arang batu itu?

Adakah ianya hanya untuk para buruh lombongnya? Adakah ianya untuk membiayai aspek kesihatan dan keselamatan pekerja-pekerja lombongnya? Adakah ianya digunakan untuk membayar pampasan kepada orang-orang tempatan yang terjejas?

Atau, adakah ianya dibayar kepada para pemegang saham-saham syarikat mereka?

Kita semua kini tahu, kerana Abdul Taib Mahmud bukanlah seorang CEO Sarawak.

Dia hanyalah CEO dalam syarikat-syarikat keluarganya sendiri, yang telah banyak mencuri tanah-tanah di negeri Sarawak bagi menjadikan mereka salah sebuah keluarga paling kaya di dunia sedangkan rakyatnya miskin akibat sifat tamak mereka sekeluarga.

Adenan Satem, selaku penggantinya, seharusnya serius apabila dia menamakan WTK dan keluarga mereka, yang terbabit terus dengan perlombongan arang batu yang terjejas itu.

Lagipun WTK telah menandatangani perjanjian integrity bagi membendung jenayah rasuah minggu lalu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments