Apa Lagi Seterusnya Taib? Dengan Buku ‘Money Logging’ Ditarik Balik Dari Rak Buku Di Amazon

Dipromosikan untuk dijual semula, walaupun mendapat ancaman dan penafian daripada para peguam Taib

Dipromosikan untuk dijual semula, walaupun mendapat ancaman dan penafian daripada para peguam Taib

Menurut beberapa siri laporan mengkagumkan dalam akhbar milik keluarga Taib Mahmud, Sarawak Tribune, yang disunting oleh anak perempuannya Hanifah Binti Abdul Taib, Taib kini sedang mengadakan kunjungan rasmi ke India dalam kapasitinya sebagai Pemimpin Negeri.

Di negara itu rombongan Taib telah dijamu bukannya bersama para pegawai atau ahli-ahli politik yang mengiringinya. Dia telah dilayan oleh pengerusi sebuah syarikat pembangun hartanah, ETA Star.

Adakah syarikat CMS sedang mencari lebih ramai pelabur dalam “bank tanah yang luas” (sebagaimana dicatatkan dalam laporan tahunannya) diberikan kepada syarikat itu daripada kerajaan negeri ketika Taib berjawatan Ketua Menteri dahulu?

Jika benar, maka testimoni semasa yang sedang didengar di mahkamah dalam kes rasuah menentang Ketua Eksekutif Sime Darby itu adalah bersifat instruktif.

Ahli perniagaan Sarawak Chew Chiaw Ann memberikan keterangan semalam bahawa CEO Sime darby itu telah mengadakan perjumpaan dengan Taib Mahmud dan kemudian mengatakan bahawa dia bersedia untuk membayar CMS sebanyak RM400juta untuk mendapatkan hak perladangan atas tanah-tanah NCR untuk masuk.

Taib sekeluarga dilayan dan dijamu oleh taiko hartanah di Malaysia

Taib sekeluarga dilayan dan dijamu oleh taiko hartanah di Malaysia

Adakah syarikat ETA Star akan terus membangunkan hartanah di atas Itmus Kuching, terima kasih pada pembelian tanah daripada CMS pada harga yang amat tinggi – tanah yang telah diserahkan Taib kepada syarikatnya sendiri pada harga paling murah?

Inilah isu-isu rasuah yang sedang dikupas oleh buku mengenai apa yang telah berlaku di seluruh negeri Sarawak sejak beberapa puluh tahun lalu, Money Logging hasil kajian Dr Lukas Straumann dari pertubuhan NGO BMF.

Taib Mahmud telah mengeluarkan banyak surat saman dan kumpulan samseng saiber BN pula sering cuba untuk menuduh bahawa dia telah mengambil ‘tindakan undang-undang’ untuk menghalang penerbitan, pengedaran dan penjualan sebuah buku hasil kajian yang terperinci itu.

Kini Taib Mahmud dan para peguam dari Mishcon de Reya harus memikirkan sama ada untuk betul-betul mengambil tindakan undang-undang dan berhadapan dengan penelitian di mahkamah atau melarikan diri selamanya.
Berikut adalah rumusan yang amat baik mengenai buku tersebut [sila lihat juga di Malaysiakini]

607d7accd30d0c6b2040e8cb06c28d53 LEE HWOK­ AUN

Dengan adanya banyak kisah mafia diceritakan, yang ini mempunyai segala-galanya: sogokan, kekayaan yang diperolehi secara haram, hasil negeri dilarikan, keganasan, keluarga yang dimanjakan dengan kemewahan haram, kehilangan nyawa orang lain – dan seorang ketua samseng.

Namun plot ini mempunyai ceritanya yang unik, kerana ketua samsengnya merupakan seorang ketua kerajaan sebuah negeri, dan limpah kurniaan buminya yang dinodai adalah hutan dara seluas lebih 100,000 kilometer persegi.

Akibatnya amatlah dahsyat: 90 peratus dari hutannya telah ditebang, untuk menjual kayu balak bernilai lebih US$50bilion.

Wajah alamnya amatlah menyedihkan, dan kerosakannya tidak terkata. Namun, kisah kleptokrasi bersifat feudal, kemusnahan ekologi dan kerosakan warisan semulajadi kini terbongkar di Sarawak setelah selama tiga puluh tahun di bawah pemerintahan bekas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Bin Mahmud (kiri).

Suatu hasil kajian yang dihimpunkan dan ditulis secara baik dan penting, buku itu menceritakan dengan baik.
Buku yang bertajuk Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia, tulisan Lukas Straumann, menyiasat penodaan hutan dara Sarawak dan membongkar urusan rahsia antara Taib Mahmud dan sekutunya, menghimpunkan bukti-bukti penodaan hutan, sifat nepotisma dan rasuah tidak seperti jenayah lain yang dapat kita saksikan di bumi Malaysia.

Penulis buku itu merupakan seorang pengarah dalam Bruno Manser Foundation (BMF) yang beribupejabat di Switzerland, yang sejak tahun 1990 telah berjuang untuk mempertahankan khazanah alam bernilai tinggi di Sarawak dan juga sering mempersoalkan mekanisma dalam pentadbiran kerajaan pimpinan Taib Mhmud dan juga aliran kabur wang kemewahan jijik keluarganya.

Dengan adanya sebuah pengedar tempatan, Money Logging tidak mudah untuk ditemui. Namun janglah kita cepat berputus asa. LEE HWOK AUN merupakan seorang pensyarah ekonomi. Money Logging tetap boleh didapati dari http://gbgerakbudaya.com/bookshop .

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments