Bagaimana Pensempadanan Semula Kawasan Pilihanya Sarawak Yang Dicadangkan Itu Akan Melanggar Perlembagaan

Siapa yang masih menjadi bos? Majlis perasmian Persidangan DUN Sarawak – namun hanya bersidang selama 8 hari setiap sesinya!

Siapa yang masih menjadi bos? Majlis perasmian Persidangan DUN Sarawak – namun hanya bersidang selama 8 hari setiap sesinya!

Negeri Sarawak kini sedang menghadapi kembungan kawasan pilihanraya. Bilangan penduduknya seramai 2.4 juta orang itu kini mempunyai 71 orang wakil rakyat, di samping mempunyai sebanyak 31 kerusi parlimen, menjadikannya suatu bebanan kewangan kepada dana negerinya.

Wakil-wakil rakyat ini telah merasakan peningkat gaji bulanan mereka sebanyak tiga kali ganda sebaik selepas pilihanraya umum yang lalu iaitu sebanyak RM20,000 seorang untuk sebulan, walaupun mereka hanya duduk bersidang sebanyak 16 hari setahun – dua sesi 8 hari setiap sesinya.

Walaupun ‘wakil-wakil rakyat’ ini jarang mendapat peluang berkunjung ke kawasan yang mereka wakili, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan pertambahan kawasan pilihanraya sebanyak 11 buah dalam cadangan pindaan peta pilihanraya di Sarawak, menjadikannya salah sebuah dokumen paling mencurigakan dikemukakan di sebuah negara yang mendakwa dirinya mengamalkan demokrasi tulen.

Cadangan ini telah dicipta secara rahsia dan kini telah dibentangkan untuk tatapan umum secara paksaan, dengan memberikan 30 hari kepada orang ramai mengemukakan bantahan.

Kaedah ini amat jauh berbeza dengan amalan Suruhanjaya Sempadan di UK sebagai contoh, yang menjalani proses konsultasi yang menyeluruh dengan para pengundi dan pihak-pihak yang terjejas, dan yang jelas menggunakan proses-proses yang telus sebelum cadangan-cadangan itu diterbitkan.

Pihak SPR Malaysia bukan sahaja enggan mendapatkan pandangan para pengundi mereka yang memberikan kepercayaan kepada mereka tetapi mereka telah tidak mempedulikan nasihat terperinici yang dikemukakan oleh organisasi-organisasi yang sah seperti Bersih dan Tingat Malaysia berkenaan bagaimana kerusi-kerusi diagihkan untuk memperbaiki keadaan dan supaya amalan itu lebih bersifat lebih berdemokratik.

Pihak SPR sendiri telah tersilap urus pengumuman berkenaan perubahan itu, dengan melanggari peraturan mereka sendiri dalam proses menyampaikan pengumuman itu. Keperluan untuk perubahan yang dicadangkan kepada umum di seluruh negeri seharusnya dibuat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum.

Namun, yang peliknya, para pegawai SPR memilih untuk menerbitkan pengumuman itu dalam akhbar kendalian keluarga Taib, Sarawak Tribune, yang mempunyai edaran yang terhad di negeri itu. Apabila perkara telah dibangkitkan mereka kemudiannya menerbitkan pengumuman itu dalam akhbar milik kroninya, Borneo Post – itupun dalam edisi Sabah! Kenapa pula harus menerbitkan perubahan sempadan pilihanraya Sarawak dalam Borneo Post edisi Sabah?!

Walau bagaimanapun, perubahan sempadan kerusi itu sendiri yang paling penting untuk demokrasi, kerana SPR telah berjaya melanggar perlembagaan berkenaan agihan kerusi di Sarawak menjadikannya lebih teruk, bukan menambahbaik keadaannya.

Perlembagaan jelas menuntut bahawa pelencongan itu tidak seharusnya lebih 33% dari purata bilangan penduduk untuk sesebuah kerusi. Tetapi pensempadanan semula yang baru ini adalah lebih besar perbezaannya sebagaimana dituntut oleh undang-undang.

Di UK sebagai contoh undang-undang bagi kerusi arus perdana tidak harus berbeza sehingga 5% lebih besar dari kerusi lain (dengan mengecualikan kependudukan di pulau utama).

Namun di Sarawak terdapat masalah yang semakin buruk, dengan perbezaan sehingga 35% antara bilangan penduduk yang berada di kawasan yang kecil, yang kebanyakannya dikuasai oleh parti-parti kerajaan dan kerusi-kerusi di bandar, di mana para pengundi bebas lebih cenderung berpihak pada parti pembangkang.

Dalam perubahan yang terkini mereka pihak SPR telah memburukkan imej demokrasi, dengan mencipta lebih banyak kerusi kecil, di samping tidak berbuat apa-apa pada kerusi yang mempunyai pengundi yang amat ramai!
Umum mungkin akan bertanya, bagaimana jelasnya mereka sangat bermotivasi untuk membuat perubahan ini.
Di bawah amalan ini 3 kerusi yang paling kecil kini hanya mempunyai 6-7,000 pengundi, sementara 3 kerusi paling besar mengandungi lebih 30,000 pengundi menjadikannya 5 kali lebih besar di segi saiz.

Jelaslah kerusi-kerusi paling kecil itu dikuasai oleh PBB mana kala kerusi paling besar oleh pembangkang DAP!
Para pemerhati telah menunjukkan hanya 36 kerusi yang baru itu termasuk dalam variasi 33% dari minnya, sebagai mana diperlukan undang-undang manakala 46 kerusi lagi bearada di luar keperluan undang-undang.

Apakah maksud perubahan yang terdapat dalam fikiran SPR itu?

Dapat kita rumuskan bahawa pegawai-pegawai SPR yang kononnya bersifat ‘bebas dan berkecuali’ itu telah diarahkan untuk menjalankan pensempadanan semula untuk mewujudkan lebih banyak kerusi untuk penyokong BN mereka di kawasan pedalaman dan luar bandar, manakala membiarkan kerusi pembangkang kekal sedikit.

Lagipun pada PRU 2011 yang lalu BN hanya mampu meraih 55% undi namun mereka telah berjaya mempertahankan 77% dari kerusi-kerusi itu (memberikan mereka kelebihan kerusi 2/3 yang mereka perlukan untuk terus mengubah perlembagaan bagi memenuhi kehendak mereka, walaupun sebenarnya sokongan yang mereka perolehi telah kian merosot).

Cadangan terkini SPR itu akan memburuk lagi ketidak-seimbangan itu!

Sememangnya mereka mengemukakan 1001 alasan apabila ditegur. Sebuah kerusi yang harus diperbaiki adalah kerusi kawasan pedalaman yang mempunyai kependudukan yang berselerak, yang sukar dikunjungi di musim pilihanraya.

Namun kerusi-kerusi paling baru paling kecil yang disempadan semula dalam peta yang baru itu bukanlah berada di pedalaman. Ianya kerusi baru bagi kawasan Gedong, dengan hanya 6,340 pengundi, jarak pemanduan sejam dari bandaraya Kuching.

See Chee How – sudah tiba masanya untuk DUN Sarawak lebih mengutamakan demokrasi, bukan menentangnya

See Chee How – sudah tiba masanya untuk DUN Sarawak lebih mengutamakan demokrasi, bukan menentangnya

Kawasan pilihanraya Gedong merupakan kerusi PBB yang kukuh.
Maka, SPR mempunyai peluang yang amat terhad untuk memujuk sesiapa bahawa ‘usaha pensempadanan semula’ ini tidak lebih dari taktik penipuan yang diamalkan oleh parti pemerintah dan sesiapa yang ingin melihat pengganti Taib sebagai Ketua Menteri pembawa perubahan harus mengambil ini sebagai suatu ujian.

Wakil Rakyat dari parti pembangkang See Chee How, di London minggu ini berkunjung menemui pegawai-pegawai Pejabat Luar Negara, merumuskan kedudukan, dengan memberitahu Sarawak Report:

“Apa yang kita inginkan adalah menggesa wakil-wakil rakyat itu lebih bertanggungjawab dan bukannya mewujudkan lebih banyak kerusi untuk memuaskan sistem pemerintahan seperti yang dijalankan oleh BN. Mewujudkan lebih banyak kerusi bermakna kita mambantu BN kekal berpaut pada kekuasaan mereka dan ianya melanggar perlembagaan”

Ketua Menteri ‘pembawa perubahan’ mempunyai peluang untuk menilai semula amalan kotor ini dan membuktikan bahawa negeri Sarawak adalah sebuah negeri pengamal sistem demokrasi yang tulen seperti yang sering didakwa.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments