Penjelasan Berkenaan 1MDB “Bukanlah Sesuatu Yang Dapat Saya Terima” Kata Dr M - EKSKLUSIF

Menerima sesalinan buku Money Logging, sebuah hasil kajian berkenaan rasuah pembalakan di Sarawak

Menerima sesalinan buku Money Logging, sebuah hasil kajian berkenaan rasuah pembalakan di Sarawak

Pada sebuah temubual peribadi yang eksklusif yang diberikan kepada Sarawak Report semalam, bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah jelas mengatakan bahawa dia tetap tidak berpuas hati dengan pengumuman terkini oleh 1MDB, yang mendakwa bahawa US$2.32 billion (bersamaan RM8.24 billion), yang dikatakan telah disimpan di Kepulauan Cayman, kini telah “ditebus sepenuhnya”.

“Penjelasan itu tidak memuaskan kita berkenaan apa-apa”, tegas ahli politik veteran itu. “Saya ingin tahu apakah bank tempat wang itu disimpan kini. Satu billion dollar, anda mesti simpan di sesuatu tempat. Saya tidak mengetahui di mana wang itu disimpan – itu adalah sebahagian dari sifat ketelusan.”

Dr Mahathir, yang telah menjadi pengkritik kuat kepada UMNO dan pengkritik bersuara lantang dalam BN mengenai pengurusan dana pembangunan itu, telah menjemput Ketua Editor Sarawak Report ke Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya untuk membincangkan isu-isu berkaitan rekod alam sekitar dan hak asasi di Sarawak.

Namun Dr Mahathir dilihat lebih bersedia membincangkan perkara-perkara berkaitan rasuah dan kerisauannya mengenai pengurusan sebuah dana yang dinamakan 1MDB.

Selama beberapa bulan lamanya Dr Mahathior dilihat bergabung dengan jurucakap pembangkang dalam menuntut penjelasan mengapa berbillion-billion ringgit yang pada mulanya dilaburkan dalam sebuah syarikat petroleum keci yang tidak dikenali, PetroSaudi dan kemudiannya disimpan dalam sebuah dana pelaburan bermisteri, yang dijangkakan di Kepulauan Cayman.

Langkah pertama CEO dana itu Arul Kanda Kandasamy, yang baru dilantik selepas persaraan mengejut Mohd Hazem Abdul Rahman pada minggu lepas, merupakan pengumuman yang amat mengejutkan berkaitan kehilangan mengejut wang dana itu.

Sarawak Report menyoal bekas PM dan Menteri Kewangan itu sama ada dia kini boleh berpuas hati bahawa perkara itu sudah selesai. Sebaliknya, dia menegaskan bahawa misteri kehilangan wang dana itu tetap menghantui dan mengatakan kepada Sarawak Report bahawa dia tidak puas hati dengan dakwaan bahawa wang dana yang hilang itu sudah ditebus.

“Saya menuntut penjelasan, ianya bukan sesuatu yang dapat saya terima. Jawapan mereka terlalu cetek … saya mempersoalkan penubuhan 1MDB dan bagaimana ianya akan diuruskan. Mereka (para pengurus) dapat berjumpa saya, namun mereka tidak dapat menjelaskan bagaimana wang itu akan diperolehi dan mengapa loji-loji tenaga itu telah dibeli pada kadar harga yang terlampau tinggi dan komisyennya pula dibayar kepada institusi Goldman Sachs”, hurai Mahathir.

Temubual diadakan di Yayasan Perdana

Temubual diadakan di Yayasan Perdana

Keengganan pengritik paling berkuasa dan tegar BN itu berkenaan perkara ini untuk diyakinkan mengundang cabaran yang utama kepada dana itu dan juga ketua pengurusnya, Perdana Menteri Najib, untuk mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaan bahawa wang berjumlah beribu juta ringgit yang hilang itu telah pun dapat ditebus semula.

Ahli politik DAP Tony Pua juga menuntut ketelusan yang serupa.
Dr Mahathir dipercayai mempunyai maklumat dari dalam yang mengungkit persoalan-persoalan yang serius berkenaan ketelusan dan juga integriti pelaburan dana itu dan dia dilihat enggan melupakannya, walaupun kini dana itu dilihat telah melengkapkan jurang dalam akaun-akaunnya.

Bagi saya ianya tidak masuk akal. Itulah perbezaan saya dengan kerajaan. Saya ingat kita tidak memerlukan dana seperti itu. Kita dapat bergerak ke hadapan tanpa dana seperti itu … pada mulanya mereka meminjamkan wang dari dana itu kepada rakyat Saudi dan mempertaruhkannya. Kerajaan tidak sepatutnya memperjudikan dana itu”, kata Mahathir, mengulangi hujah-hujahnya mempersoalkan dana pembangunan itu.

Namun, semalam bekas Perdana menteri itu mengatakan bahawa sebuah isu berstruktur utama dengan cara dana awam itu diuruskan, tanpa ketelusan yang telah membenarkan skandal-skandal sedemikian berkembang dalam 1MDB tanpa sebarang penilaian dari pihak luar.

Dr Mahathir bersetuju dengan adanya ketelusan yang lebih besar bagi menghalang salah urus 1MDB dan nampaknya dia amat tidak berminat dengan jawapan-jawapan bahawa wang itu kini berada di tempat yang selamat, tanpa sebarang bukti kukuh diberikan.

Kami akan menerbitkan lebih banyak temubual eksklusif dengan Sarawak Report di masa akan datang.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments