Taib Tidak Lagi Dialu-Alukan Di Universiti Adelaide! EKSKLUSIF

Bekas Naib Canselor James McWha bersama Taib dalam tahun 2011.

Bekas Naib Canselor James McWha bersama Taib dalam tahun 2011.

Lima tahun selepas Sarawak Report buat pertama kalinya mendedahkan hubungan meragukan Taib Mahmud dengan Universiti Adelaide, institusi pengajian tinggi terkemuka Australia itu telah memberikan respon mereka untuk menghina bekas Ketua Menteri Sarawak itu.

Dalam sepucuk surat yang diterima pada hari ini oleh kumpulan kempen Bruno Manser Fund (BMF), Naib Canselor universiti itu, Professor Warren Bebbington telah mengisytiharkan sebuah penarikan balik dasar utamanya, di mana mereka telah memikirkan beberapa kali mengekalkan nama dataran mereka “Taib Mahmud Court”, sebagai menghormati multi-jutawan itu dalam tahun 2008.

Dan dalam penghinaan yang mengejutkan, Professor Bebbington juga mendedahkan bahawa universiti itu telah menolak permohonan Taib untuk menghadiri Majlis Makan Malam Ulangtahun mereka ke-140, yang secara rasminya menamakan bekas pelajar mereka itu sebagai persona no grata (tidak lagi dialu-alukan menjejakkan kakinya) di universiti itu.

Bantahan yang ditunjukkan para pelajar pada penamaan dataran Taib Mahmud Court selepas SR mendedahkannya

Bantahan yang ditunjukkan para pelajar pada penamaan dataran Taib Mahmud Court selepas SR mendedahkannya

Keputusan yang dibuat oleh salah seorang professor perdana Australia di universiti itu untuk memisahkan diri mereka dari Taib dengan cara ini – dengan menolak permintaan Taib pada pengetahuan umum – merupakan petanda berkembangnya kefahaman dan kerisauan umum di Australia terhadap jenayah rasuah dan kemusnahan Sarawak yang dilakukan oleh keluarga pemerintah itu semenjak empat dekad yang lalu.

Beberapa tahun yang lalu, apabila Taib dilayan sebagai salah seorang seorang bekas pelajar terhormat di universiti itu; dinobatkan sebagai seorang patron dan dianugerahkan darjah tertinggi Australia, the Order of Australia.

Para pejuang, yang telah membantah penghormatan-penghormatan yang diberikan kepada Taib, sebagai menghargai sumbangan kewangan darinya, akan meraikan kejayaan usaha mereka, yang telah tidak dipedulikan selama beberapa tahun ini.

Mereka ini termasuk enam belas pelajar dari Malaysia dan kesatuan pelajar dari Sarawak, yang telah menuliskan surat kepada bekas Naib Canselor Professor James McWha dalam bulan Disember 2010 yang lalu mengenai perkara ini, hanya tidak dipedulikan.

Bantahan di universiti yang dijalankan pada tahun lalu

Bantahan di universiti yang dijalankan pada tahun lalu

Pelajar-pelajar di universiti itu, yang telah melancarkan beberapa bantahan juga dipercayai merasa gembira berkenaan perubahan mendadak pada dasar utama unversiti itu. Namun rentetan peristiwa menunjukkan bahawa keputusan yang telah dicapai itu adalah tindak balas terhadap maklumat yang diterima.

Pihak BMF telah menghadiahkan buku Money Logging tulisan Dr Lukas Straumann kepada Professor Bebbington dan buku inilah yang membuat Bebbington memberikan responnya yang jelas.

Inilah salinan surat sepenuhnya

Inilah salinan surat sepenuhnya

Kumpulan pejuang alam sekitar yang beribu pejabat di Tasmania juga menunjukkan bahawa inilah masanya untuk mengusir syarikat Ta Ann milik keluarga Taib, yang merupakan sebuah syarikat pembalakan yang telah memusnahkan baki hutan di kepulauan itu.

Pada laporan yang kami buat pada kali pertamanya dalam tahun 2010 Sarawak Report telah memperincikan bagaimana Taib telah diagung-agungkan oleh universiti itu sebagai respon mereka pada sumbangan besarnya, seorang bekas pelajar undang-undang, yang mana keluarganya juga memiliki hotel Adelaide Hilton dan beberapa deretan pasaraya di tengah-tengah bandaraya itu.

Menurut hasil kajian kami, sumbangan pertamanya kepada universiti itu tidak lama selepas dia mendapat kawalan penuh ke atas negeri Sarawak dalam tahun 1987, apabila dia membantu Fakulti Undang-undang dan secara ironiknya menubuhkan Pusat Undang-undang Alam Sekita di Australia. Pada tahun 1994 dia telah dianugerahkan Doktor Kehormat.

Dalam tahun 2002 Adelaide telah mengumumkan bahawa Taib telah menyumbang sebanyak AU$300,000 dan bahawa sebahagian kecil dari sumbangannya itu telah digunakan untuk membina ‘Malaysia Roon’ di universiti itu.

Risalah Adelaidean 2002 – Taib telah menyumbang sebanyak AU$300,000 kepada kami dalam beberapa tahun ini

Risalah Adelaidean 2002 – Taib telah menyumbang sebanyak AU$300,000 kepada kami dalam beberapa tahun ini

Selepas ini Taib telah mengembangkan peranannya di institusi pengajian tinggi Australia dengan menjadi patron kesatuan bekas pelajar antarabangsa dan selaku pengerusi yayasan Malaysia-Australia. Terdapat ramai pelajar Melayu dan Sarawak yang menuntut di universiti-universiti seluruh Australia dan Taib dilayan sebagai rakan paling kanan mereka, berjaya dan wakil yang ternama!

Kemuncak anugerah itu adalah pada 2008 apabila sebahagian besar campus universiti itu dinamakan sebagai Taib Mahmud Court untuk menghormatinya.

Walau bagaimana pun universiti itu enggan mengatakan sama ada tindak balas ini sebagai respon pada sumbangan seterusnya daripada Ketua Menteri, yang kini merupakan Gabenor Sarawak.

Namun dalam surat hari ini menyatakan bahawa kebanyakan sumbangan kali terakhirnya adalah 10 tahun lalu, iaitu dalam tahun 2005, lebih lewat dari pengumuman jumlah AU$300,000 dalam tahun 2002. Maka, mungkin terdapat sumbangan seterusnya di antara tahun 2002 dan 2005 yang telah menggesa universiti itu memberikan nama dataran di universiti itu sebagai Taib Mahmud Court.

Dengan terdedahnya kemurahan hati Taib terhadap universiti itu dalam tahun 2010, Sarawak Report telah mencabar univesiti itu untuk menjelaskan bagaimana mereka percaya bahawa wang sejumlah itu telah diperolehi secara sah oleh seorang ahli politik yang bergaji bulanan secara tetap, hanya setelah berkerja selama dua tahun.

Lagipun Taib diketahui umum telah menuntut di universiti itu menggunakan bantuan Biasiswa Colombo, mengesahkan fakta bahawa dia merupakan seorang dari sepuluh adik beradik yang datang dari keluarga yang serba kekurangan. Bapanya adalah seorang tukang kayu yang bekerja untuk syarikat carigali minyak Shell.

Berjaya berhujah di Adelaide

Berjaya berhujah di Adelaide

Peranan Taib sebagai Ketua Menteri dan Gabenor seharusnya menghalangnya terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan dan sebaliknya, tanggungjawabnya adalah untuk mengelakkan percanggahan kepentingan berkenaan dengan konsesi dan kontrak kepada ahli keluarganya.

Sebaliknya terdapat banyak maklumat yang menunjukkan bahawa Taib mengakui harta yang banyak telah diperolehi daripada hasil rasuah dan salah guna kuasa, banyak yang telah dibentangkan di dalam Sarawak Report dan juga kumpulan NGO alam sekitar seperti Bruno Manser Fund.

Selama lima tahun Adelaide enggan menjawab soalan kami atau bertindak balas kepada permintaan maklumat mengenai Taib Mahmud. Tetapi, akhirnya kedudukan mereka kini telah berubah. Semakin, dunia tidak lagi bersedia untuk menutup mata kepada Taib dan kekayaan yang beliau telah ambil dari rakyatnya dan hutan Borneo.

Hari ini, Lizzie Adam, seorang pelajar di universiti itu yang telah berkempen tanpa mengenal penat lelah untuk penamaan semula yang Taib Mahmud Court menceritakan pandangannya kepada Sarawak Report:

“Saya teruja bahawa akhirnya Naib Canselor telah mendengar dan memberikan perhatian kepada kempen yang sedang berlangsung. Ini adalah merupakan satu langkah besar ke hadapan. Saya gembira kerana universiti itu sedang mempertimbangkan tidak lagi mempunyai sebarang kemudahan untuk menghormati jenayah rasuah seorang ketua kerajaan seperti itu.”

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments