Urusan Pinjaman Cilik USD$700 Juta Di Tengah-Tengah Krisis Hutang Gergasi 1MDB EKSKLUSIF

Putera Turki – Anak arwah Raja Abdullah dari Arab Saudi dan pemilik PetroSaudi

Putera Turki – Anak arwah Raja Abdullah dari Arab Saudi dan pemilik PetroSaudi

Sarawak Report telah berjaya mendapatkan akses pada sesalinan Perjanjian Usahasama 1MDB yang penuh kontroversi, disiapkan pada 28hb September 2009 yang lalu antara dana pembangunan, 1MDB dan syarikat dari Arab Saudi, PetroSaudi.

Dokumen 26 muka surat itu, yang masih dirahsiakan, telah ditandatangani oleh bekas Pengarah Urusan 1MDB, Shahrol Halmi dan Pengarah Urusan PetroSaudi, Tarek Obaid.

Walaupun komputer-komputer pelayan 1MDB telah dibersihkan menjelang sambutan Hari Krismas tahun lepas, salinan itu telah diserahkan kepada Sarawak Report oleh seorang sumber dalaman yang amat prihatin dan risau hanya beberapa hari selepas ketua pembangkang Anwar Ibrahim dipenjarakan secara berkontroversi pada minggu lepas.

Ini telah memboleh pihak-pihak yang risau menilai sifat sebenar urusan yang banyak menghadapi kritikan yang telah dipacu oleh Perdana Menteri Malaysia dalam kapasitinya selaku Menteri Kewangan dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat kepada 1MDB.

Perkara yang didedahkan dalam dokumen itu adalah Perdana Menteri dan para penasihatnya dalam 1MDB (juga termasuk taiko playboy Jho Low) telah membayar wang awam USD$1 bilion yang dipinjaman ke dalam sebuah usahasama yang telah menanggung hutang sebanyak $700 juta daripada syarikat penaung PetroSaudi kepada anak syarikat yang memasuki usahasama itu, PetroSaudi Holdings (Caymans) Limited.

Di bawah terma usahasama itu, yang dipersetujui oleh 1MDB, dana pembangunan itu telah bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman gergasi itu kepada syarikat induk, PetroSaudi International, pada hari pertama perjanjian usahasama itu dimeterai!

Hutang belum jelas – ‘pendahuluan’ itu tertunggak kepada syarikat induk PetroSaudi dan harus dibayar balik!

Hutang belum jelas – ‘pendahuluan’ itu tertunggak kepada syarikat induk PetroSaudi dan harus dibayar balik!

Kini Sarawak Report menerbitkan keseluruhan dokumen usahasama itu, yang telah dirahsiakan sehingga ke hari ini, sepenuhnya.

Kami melakukan ini tanpa sebarang alasan berkaitan kerahsiaan yang obsesif Kerajaan Malaysia, yang sepatutnya telus dengan dokumen-dokumen dan akaun-akaun awam.
Pada minggu lepas kami telah mendedahkan bahawa dana itu telah membersihkan semua rekod komputer dalam apa yang kami andaikan sebagai usaha untuk menutup kegiatan-kegiatan pelaburan itu.

Butir-butir guaman yang dihasikan oleh sebuah syarikat guaman antarabangsa yang berpejabat di UK, White & Case, kepeluan utama 1MDB untuk membayar balik hutang kepada PetroSaudi itu dituliskan menggunakan bahawa undang-undang yang halus.

Namun, setelah disiasat dengan teliti pada dokumen-dokumen itu jelaslah ianya merupakan terma-terma dalam perjanjian itu, yang turut ditandatangi oleh Najib Razak bagi pihak 1MDB.

Penyelinapan – klausa penting 4.5, yang menuntut bahawa keseluruhan $700 juta itu harus dibayar balik kepada PetroSaudi International pada hari pertama 1MDB masuk melanggan dalam usahasama menerusi suntikan wang tunai £1 bilion yang dipersetujui itu

Penyelinapan – klausa penting 4.5, yang menuntut bahawa keseluruhan $700 juta itu harus dibayar balik kepada PetroSaudi International pada hari pertama 1MDB masuk melanggan dalam usahasama menerusi suntikan wang tunai £1 bilion yang dipersetujui itu

Jurucakap pembangkang Tony Pua telah berkempen untuk Suruhanjaya Akaun-Akaun Awam Malaysia supaya dibenarkan memeriksa sepenuhnya kegiatan-kegiatan 1MDB, yang kini menjadi semakin kritikal dibelengu hutang melebihi $40 bilion.

Tony Pua – Pengkritik utama 1MDB

Tony Pua – Pengkritik utama 1MDB

 

Dia telah memberitahu Sarawak Report bahawa sebarang penilaian undang-undang ke atas dokumen usahasama itu akan mengenalpasti beban hutang dan keperluan bagi 1MDB untuk melangsaikannya.

Wang pendahuluan bayaran balik hutang kepada syarikat induk PetroSaudi itu bermakna hanya $300 juta dari $1 bilion yang asal itu dibayar kepada usahasama oleh 1MDB akan tinggal untuk membiayai kegiatan-kegiatan dana itu.

Dokumen usahasama itu turut memperuntukkan pengagihan $5 bilion lagi untuk pembiayaan masa hadapan oleh 1MDB memasuki usahasama yang cilik pada “terma-terma untuk dipersetujui”.

Sarawak Report telah ambil maklum bahawa dakwaan asal oleh Najib dan 1MDB, yang bermakna bahawa PetroSaudi membayar pertambahan $1.5 bilion ke dalam usahasama itu, adalah pembohongan semata-mata.

Najib telah mendakwa bahawa PetroSaudi telah melaburkan $1.5 bilion, adalah suatu pembohongan. Dia tidak menjelaskan keperluan untuk membayar balik ‘pinjaman’ $700 juta daripada PetroSaudi International – dan dia juga mendakwa bahawa syarikat persendirian ini secara rasmi berkait dengan Kerajaan Arab Saudi, yang juga tidak benar.

Najib telah mendakwa bahawa PetroSaudi telah melaburkan $1.5 bilion, adalah suatu pembohongan. Dia tidak menjelaskan keperluan untuk membayar balik ‘pinjaman’ $700 juta daripada PetroSaudi International – dan dia juga mendakwa bahawa syarikat persendirian ini secara rasmi berkait dengan Kerajaan Arab Saudi, yang juga tidak benar.

Syarikat carigali minyak yang tidak begitu dikenali (yang berkongsi pejabat dengan syarikat lain di Geneva pada waktu itu) telah sebenarnya tidak membayar satu senpun ke dalam usahasama itu, tetapi sebaliknya melaburkan aset-asetnya dalam usahasama itu.

Orang yang menguasai penuh 1MDB adalah PM Malaysia Najib Razak

Orang yang menguasai penuh 1MDB adalah PM Malaysia Najib Razak

Aset-aset ini merangkumi konsesi-konsesi carigali minyak yang lama di Lautan Caspian, yang dijangka bernilai lebih $2.5 bilion.

Namun, kerahsiaan yang menyelubungi keseluruhan usahasama ini telah menjadikan dakwaan itu sukar untuk dibuktikan.

 

 

 

 

Dan dalam masa kenyataan media Najib dan dana 1MBD telah mengandaikan secara palsu bahawa terdapat suntikan wang tunai daripada PetroSaudi, tidak dinyatakan sehingga kini berkenaan pengekstrakan sebaliknya, $700 juta pada hari pertama urusniaga itu dijalankan.

Suatu pembohongan yang dibuat oleh mekanisma Najib dan 1MDB dalam usahasama yang dimeterai pada 29hb September 2009 itu mencadangkan bahawa PetroSaudi mempunyai perkaitan langsung dengan Kerajaan Arab Saudi.

Para pemerhati termasuk Sarawak Report, kemudiannya membuktikan bahawa syarikat itu sebenarnya adalah sebuah syarikat persendirian yang kecil yang ditubuhkan oleh seorang ahli perniagaan Arab Saudi bernama Tarek Obaid bersama rakannya, yang secara kebetulannya salah seorang dari kalangan putera-putera raja Arab Saudi.

Putera Trki Bin Abdullah baharu sahaja meninggalkan jawatannya sebagai Gabenor Riyadh, suatu kedudukan yang dicapainya selepas urusniaga Petro Saudi.

Memandangkan PM Malaysia Najib Razak tidak berjaya mencapai apa-apa dalam dana pembangunan ini, ramai pihak kini tertanya-tanya bila lagi dia meninggalkan jawatan perdana menterinya itu?

Usaha mengelirukan untuk menjelaskan mengenai usahasama itu sebagai kegiatan yang rasmi antara dua negara …

Usaha mengelirukan untuk menjelaskan mengenai usahasama itu sebagai kegiatan yang rasmi antara dua negara …

 

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments