Jho Low Mendakwa Mendapat Kelulusan “Perdana Menteri/Menteri Kewangan” Untuk Mengelakkan Bank Negara Mengetahui Pinjaman 1MDB

Hanya mengaitkan beberapa orang Arab yang berpengaruh dengan 1MDB, seperti Putera Turki?

Hanya mengaitkan beberapa orang Arab yang berpengaruh dengan 1MDB, seperti Putera Turki?

Sepasukan peguam untuk Jho Low, iaitu Schillings dari kota London akhirnya telah mengeluarkan sebuah kenyataan bagi pihak jutawan muda Malaysia, sebagai responsnya terhadap soalan-soalan daripada agensi berita AFP.

Jawapan yang mendapat laporan meluas itu mengesahkan bahawa Jho Low telah “merundingkan” berkenaan usahasama dengan dana pembangunan Malaysia 1MDB, “namun dia sendiri tidak pernah terlibat dalam kegiatan jenayah mengenai pemindahan wang itu”.

Kenyataan terkini ini amat bercanggah dengan dakwaan jurucakap Jho Low, Edelmen di New York, yang dikeluarkan pada akhir tahun lalu bagi pihak Jho Low:

Usahasama dengan PetroSaudi dilakukan antara 8hb September dan 29 September 2009.

Tukang runding di belakang Petro Saudi, Pengarah iya, Patrick Mahony

Tukang runding di belakang Petro Saudi, Pengarah iya, Patrick Mahony

Dan Sarawak Report kini memiliki pertukaran maklumat yang terperinci antara Jho Low, 1MDB dan para pengaarah PetroSaudi, menyatakan lebih lanjut mengenai $1 bilion yang telah dibayar untuk menjelaskan pinjaman 1MDB kepada syarikat minyak itu sepanjang 2010.

Wang itu telah dipinjam daripada 1MDB dan seharusnya diisytiharkan kepada Bank Negara secara sah oleh 1MDB, menurut seorang pakar memberitahu Sarawak Report.

Namun menurut perbincangan Jho Low, yang berperanan secara autoritatif, telah menggesa rakan-rakannya bahawa Bank Pusat itu tidak perlu diberitahu mengenai pinjaman itu, kerana kaedah itu mungkin akan menyebabkan “kelewatan yang tidak perlu”.

Low telah beberapa kali memberitahu Pengarah Patrick Mahony di PetroSaudi, yang tidak sabar menanti pengesahan bahawa Bank Pusat telah meluluskan pinjaman itu, bahawa ianya tidak diperluakan kerana:

“Kelulusan daripada Kementerian Kewangan diperlukan untuk pinjaman yang telah kita meterai, oleh PM yang juga selaku Menteri Kewangan”

Tidak perlu memberitahu Bank Pusat, kita ada kulusan Menteri Kewangan (yang juga selaku PM) ...

Tidak perlu memberitahu Bank Pusat, kita ada kulusan Menteri Kewangan (yang juga selaku PM) …

Dakwaan ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri itu terbabit sepenuhnya dalam rundingan-rundingan itu dan telah menandatngani pinjaman oleh 1MDB kepada PetroSaudi, tanpa perlu menyalurkannya menerusi Bank Negara.

Jho Low juga bertindak selaku antara muka bagi Perdana Menteri/Menteri Kewangan dengan PetroSaudi.

Keputusan Jho Low dan Perdana Menteri telah membiarkan Bank Negara dalam kegelapan mengenai pinjaman itu, walaupun tetap dokumen kelulusan dari bank pusat itu tetap diminta oleh para peguam secara undang-undang.

Namun Low mengatakan bahawa pinjaman itu berpindah secara “luar negara ke luar negara” maka pemindahan wang ke bank itu dan penasihat undang-undang boleh diabaikan. Kelulusan Bank Negara tidak diperlukan.

Para pakar yang dikaitkan dengan Bank Negara telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa ini bukanlah kesnya dan kerana pinjaman itu terlibat, di mana 1MDB yang merupakan badan awam yang dipertanggungjawabkan, bank pusat itu harus diberitahu/
Jho Low sudah tersilap.

Menurut Mahony perbincangan antaranya dengan Jho Low menerusi peranti Blackberry berlaku antara hari Rabu 21hb Julai dan Selasa 27hb Julai 2010.

Terbabit sama, Tarek Obaid dari petroSaudi – tetapi bagaimana pula dengan ketua-ketua dalam 1MDB sendiri?

Terbabit sama, Tarek Obaid dari petroSaudi – tetapi bagaimana pula dengan ketua-ketua dalam 1MDB sendiri?

Dia kemudiannya mengirimkan keseluruhan transkrip menerusi emel kepada rakan pengarahnya Tarek Obaid untuk dijadikan gambaran pada keadaan yang akan dilakukannya.

Ianya meletakkan perbincangan-perbincangan itu berterusan untuk pinjaman yang dirancangkan pada PetroSaudi bernilai USD$500 juta bertarikh 26hb Julai 2010.

Mahony merujuk “hari Isnin” sebagai hari yang dicadangkannya, yang sebenarnya pada 26hb dan membalas dokumen-dokumen seperti yang telah diperolehi oleh Sarawak Report, yang berkait rapat dengan perjanjian pinjaman mudarabah USD$500 juta antara 1MDB dan PetroSaudi, bertarikh pada hari itu juga.

From: Patrick Mahony
To: Tarek Obaid
Date: Tue, 27 Jul 2010 14:11:33 +0200
Subject: Bbm transcript

This is my conversation with jho – it is between last wednesday and today…

Participants:

Patrick, JL

Messages:

Satu lagi aspek yang signifikan yang diumumkan oleh Jho Low adalah tanggungjawab dan liabiliti bagi pinjaman itu diletakkan pada bahu 1MDB.

JL: Just insert “any required regulatory approvals” so its
mdb’s [1MDB’s] liability n responsibility
JL: That covers all rather than specific bnm [Bank Negara Malaysia]

Namunsekali lagi 1MDB tidak dilibatkan dalam rundingan itu.

Nik Faisal Ariff Kamil, featured as the Executive Director of Investments for UBF in the UBG 2008 Annual Report

Nik Faisal Ariff Kamil, featured as the Executive Director of Investments for UBF in the UBG 2008 Annual Report

Sama seperti perjanjian usahasama yang terdahulu, para pengurus 1MDB hanya berperanan sebagai pemerhati, dengan orang kanan dari UBG, Nik Faisal, menerima dokumen-dokumen daripada PetroSaudi sebagaimana dipersetujui Jho Low.

Dalam keadaan itu kerana Mahony telah membantah rancangan asal yang mana pinjaman itu harus diberitahu kepada Bank Negara, ianya merupakan maklumbalas yang dianggap Jho Low sebagai “suatu kes yang teruk”.

Low telah mengesahkan bahawa dia telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dan lembaga pengarah 1MDB untuk pinjaman itu, namun kerana Mahony telah membangkitkan isu-isu untuk mendapatkan kelulusan Bank Negara, dia mungkin perlu dating ke KL untuk melaksanakan beberapa perkara bersama para peguam, suatu kes senario yang teruk.

Persoalan yang timbul adalah mengapakah Menteri Kewangan dan Lembaga Pengarah 1MDB telah menurunkan tandatangan mereka tanpa menyemak perkara itu dengan bank pusat terlebih dahulu, sedangkan perkara itu amat diperlukan?

Pertukaran urusan itu sekali lagi telah merosakkan sebarang cadangan bahawa Jho Low dibabitkan dan berperanan sebagai jururunding jarak jauh berhubung penubuhan usahasama PetroSaudi dan 1MDB.

Minat Jho Low dalam urusan pinjaman itu jelas dapat dilihat menerusi dokumen-dokumen yang telah merangkumi pengagihan wang itu.

Seperti yang ditemui Sarawak Report $160 juta dari jumlah pinjaman $500 juta itu telah dihantar ke akauan RBS Courts di Zurich milik syarikat Good Star, yang dikendalikan oleh jutawan muda Malaysia itu.

Bakinya yang berjumlah $340 juta dimasukkan ke dalam akaun operasi PetroSaudi yang dipegang oleh JP Morgan di Geneva.

Sama ada dua pinjaman yang serupa yang telah disalurkan pada 23hb Julai dan kemudian pada 8hb September, atau sama ada Bank Negara telah diberitahu, yang menyebabkan “senario kes paling teruk” seperti dianggap oleh Jho Low – suatu kelewatan sehingga bulan September – adalah suatu merit pada sebarang siasatan oleh para penyiasat dari Pejabat Audit, yang kini telah diamanahkan untuk memeriksa apa yang berlaku dalam 1MDB.

Dengan hubungan rapat berkenaan pembelian dan pengambil-alihan bank UBG, para pemain utama urusniaga pinjaman 1MDB, perlu diberikan perhatian bahawa tawaran PetroSaudi untuk UBG telah diumumkan dalam bulan Januari 2010, tetapi pembeliannya belum selesai sehingga 29hb September.

Dalam masa yang sama, pemindahan USD$500 juta kepada PetroSaudi dari 1MDB adalah pada 8hb September. Kemudian pada 18hb September, Tarek Obaid selaku Pengaarah PetroSaudi International (Seychelles), membayar USD$260 juta kepada anak syarikat mereka, Jarvace Sdn Bhd, yang membeli UBG.

Pindahan modal kepada Jarvace Sdn Bhd hanya beberapa hari sebelumnya

Pindahan modal kepada Jarvace Sdn Bhd hanya beberapa hari sebelumnya

Pendedahan-pendedahan mengenai peranan Jho Low dan urusniaga-urusniaga ini, dalam masa selaku Pengarah kepada lembaga dalam UBG, membangkit banyak persoalan pada keaakrabannya dengan Perdana Menteri/Menteri Kewangan/Pengerusi Lembaga Penasihat dalam 1MDB.

Jho Low, jauh dari bertindak selaku penasihat, jelas terlibat sepenuhnya dalam urusniaga itu dan dalam pengarahan yang disokong dan direstui oleh Perdana Menteri Malaysia.

Rosmah, Taib, Raziah dan Robert Geneid di Monaco dalam bulan Ogos 2010, setelah menikmati pelayaran dalam sebuah kapal layar mewah milik PetroSaudi.

Rosmah, Taib, Raziah dan Robert Geneid di Monaco dalam bulan Ogos 2010, setelah menikmati pelayaran dalam sebuah kapal layar mewah milik PetroSaudi.

Keakraban hubungannya dengan PM dan keluarganya tidak diragukan dalam masa urusniaga ini dan sosialisasi ini juga dikaitkan dengan keluarga Abdul Taib Mahmud, selaku pemilik majoriti UBG.

Dua minggu sebelumnya Jho Low berpesta di St Tropez bersama Paris Hilton. Akhbar-akhbar di New York melaporkan mengenai Jho Low sebagai orang yang memulakan gelagat menyimbah-nyimbah wang dalam bulan Oktober 2009 sebaik sahaja selesainya pemeteraian perjanjian usahasama PSI itu.

Dua minggu sebelumnya Jho Low berpesta di St Tropez bersama Paris Hilton. Akhbar-akhbar di New York melaporkan mengenai Jho Low sebagai orang yang memulakan gelagat menyimbah-nyimbah wang dalam bulan Oktober 2009 sebaik sahaja selesainya pemeteraian perjanjian usahasama PSI itu.

Dalam bulan Ogos 2010, di pertengahan transaksi-transaksi ini, Perdana Menteri Malaysia dan isterinya merupakan tetamu kehormat di sebuah majlis Putera Albert di Monaco.

Di sini Rosmah Mansor berperanan sebagai penyumbang dana untuk siri pertama Pertunjukan Fesyen Islam, direka untuk menambah dana Alam Sekitar Putera Albert.

Keluarga Taib Mahmud, keluarga Geneid, Keluarga Hii dan Rosmah dan Najib semuanya mengikuti rombongan yang berkunjung ke majlis pertunjukan fesyen setelah mereka dilaporkan menikmati pelayaran menaiki kapal layar mewah disewa khas Jho Low di luar pantai Selatan Peranchis.

Pelayaran menaiki kapal layar mewah ini disewa sebaik sahaja sebelum majlis itu oleh PetroSaudi untuk menghiburkan rakan-rakan dari Malaysia di Selatan Peranchis

Pelayaran menaiki kapal layar mewah ini disewa sebaik sahaja sebelum majlis itu oleh PetroSaudi untuk menghiburkan rakan-rakan dari Malaysia di Selatan Peranchis

Rosmah kemudiannya menyampaikan sekeping cek bernilai $100,000 kepada yayasan Putera Albert, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Sarawak Report sebenarnya dibiayai oleh taiko pembalakan Sarawak, keluarga Hii yang merupakan saalah satu dari kroni-kroni kepada pemusnah alam sekitar paling jahat di dunia, Abdul Taib Mahmud.

Jho Low dipercayai telah memberitahu para tetamunya bahawa kapal layar mewah (yang disewa sebanyak setengah juta dollar seminggu) dimiliki oleh pemilik syarikat PetroSaudi, Putera Turki bin Abdullah, anak Raja Arab Saudi.

Terdahulu dari itu, pada ahkir 2009, terdapat sebuah lagi majlis keramaian di Selatan Peranchis. Menurut pertukaran perbincangan, jho Low menghubungi pejabat Perdana Menteri untuk meminta gambar-gambar foto.

From: Low Jho
To: [email protected], Tarek Al-Obaid
Date: Sun, 27 Dec 2009 03:29:32 +0000
Subject: Re: Pictures from South of France (PM Najib & HRH Prince Turki)
Thanks so much Wan!

——Original Message——
From: [email protected]
To: [email protected]
To: Tarek Al-Obaid
ReplyTo: [email protected]
Subject: Re: Pictures from South of France (PM Najib & HRH Prince Turki)
Sent: Dec 26, 2009 11:25 PM

Dear Jho and Mr. Tarek Al Obeid,

It would be a pleasure to email you the photos of HRH. Unfortunately I am away with the Prime Minister at the moment whereas the photos are back in Malaysia and is not immediately accessible. I will send it through as soon as I return. Hope that’s alright.
May I take this opportunity to extend to you the season’s greetings and wish you a Happy New Year.
Warmest regards,
Wan

——Original Message——
From: Low, Jho
To: [email protected]
Cc: Tarek Al-Obaid
ReplyTo: [email protected]
Subject: Pictures from South of France (PM Najib & HRH Prince Turki)
Sent: Dec 27, 2009 9:08 AM

Dear Mr. Wan Shihab,
Would you pls kindly email the pictures you have of The Hon PM Mohd Najib Razak with HRH Prince Turki Al-Saud and Sheikh Tarek Obaid asap? They wld like it strictly for their private records. I have cced Tarek on this email so you can email him and cc me asap.

Thanks.

Ini mungkin pertemuan berperibadi, namun ianya berkait rapat dengan kepentingan awam.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments